Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Saturday, April 18, 2015

ATOK PULA PERGI

Akhirnya atok pergi jua. Sungguh pun disedari ia akan berlaku pada bila-bila masa, secara peribadi aku tetap tak putus-putus berharap agar ia bukanlah dalam waktu terdekat. Terlintas di hati aku pada hari wan ke rahmatullah terdahulu, biarlah atok tetap bersama-sama kami dalam tempoh lebih 5 tahun. Memang aku bukan Tuhan untuk menentukan cepat lambatnya nasib seseorang, namun tetap juga aku tetapkannya untuk menyedapkan hati sendiri biar pun tahap kesihatan atok yang dikira lanjut usianya tidaklah baik sangat. 

Dalam usia 87, memang dikira bonus jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia atok yang telah lama pergi dahulu (Tapi aku perhatikan ramai suku sakat atok seperti mak-mak dan bapak-bapak sedare atok memang brusia lanjut. Hanya ayah atok sahaja yang dikenalpasti pergi dalam usia yang muda, 20-an). Jadi, segala kemungkinan yang bakal berlaku sepatutnya patut kami hadapi dengan persediaan mental dan emosi. Lebih-lebih start atok mula disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, kami dah tahu saat atok pergi semakin hampir dari hari ke hari. Tapi mungkin sbb berfikir positif dan berdoa yang baik2 buat atok, membuatkan ada antara kami yang meneruskan kehidupan seperti biasa. (masih dalam keadaan kesal sebab mengambil masa yang lama untuk makan dan borak bersama-sama uda dan ucu. Mujur sempat berada di sisi atok di masa itu).

Bercerita tentang kejadian tadi, sekitar 10.30 aku menjengah masuk ke bilik atok. Masa melangkah masuk pintu pertama, Syida pula melangkah keluar sambil teresak-esak. Aku tidak ambil peduli sebab tau syidah tu memang begitu. Sejurus masuk, aku tengok abah dan kemal sedang mengurut dada atok. Kelihatan sukar untuk atok bernafas sebab ada terdengar macam jerih. Ucu dan uda pula menyangka atok nak buang kahak. Uda siap cari besen dalam toilet sebelum diserahkannya pada aku yang diminta uda mencapai tisu. Lepas tu aku yang berada di tepi kaki atok menghulurkannya kepada abah untuk disuakan kepada atuk. Tapi, atok seolah-olah macam cuba nak batuk tapi tak jadi. Yang berlaku atok menarik nafas panjang sebelum dilepas secara perlahan-lahan. Aku mula kaget. Abah dan Kemal cuba menyedarkan atuk. Dalam hati aku berharap-harap agar atuk cuma pengsan sebab penat bernafas tak lancar. Mana taknya, sejak 2 3 hari lalu susah sangat atuk nak bernafas. Malam tadi pun atok tak dapat nak tidur agaknya disebabkan nafasnya tak teratur macam orang asthma. Macam aku pun, kalu datangnya penyakit ni memang merana lah tak tidur semalaman sebab terdengar bunyi nafas sendiri selain dada berombak. Sementara si Azam yang sedang baca yaasin mula tersekat-sekat dan mahu berhenti tapi abah suruh teruskan bacaam. Pak Uda dari hujung katil sebelah memandang bersahaja. Apa yang bermain di fikirannya tak dapat aku pastikan. Ucu yang sedari tadi di sisi sebelah kiri atok berjuraian air mata. 

Melihatkan atuk tiada respon, abah minta aku call hidayah jika ada di sini. Tapi Yan jawab Dayah dan Arif tiada di sini. Arghh.. last2, aku minta semua datang. Masa tu aku tak berani nak kata atuk dah tak ada. Akhirnya abah suruh Kemal panggil pegawai kesihatan untuk mengesahkan ketiadaan atuk. Memang benar, atuk dah tiada sejak tadi. Mudah sangat. Kalau tengok drama kat tv tu, maa-syaa-Allah, payahnya ruh dan berpisah dengan jasad. Sedangkan atuk, tenang. Sekali lagi aku rasa tertipu (masa wan dulu tu aku rasa tertipu sebab menganggap selagi mana kaki wan hangat or x sejuk bermakna wan masih ada. Kira-kiranya, kalau ruh dah naik sampai ke lutut, bermakna kaki dah sejuk. Tapi rupa-rupanya teori aku salah. So, tadi, lepas tengok atok dah tak da, aku try pegang kakinya, memang masih hangat. Cuma yang aku harap, atok pengsan saja. Tapi, aku saja yang menipu diri). Aku ni pun satu, bukankah dulu masa beberapa orang kaum Yahudi cuba menguji nabi tentang persoalan ruh, nabi menjawab berdasarkan firman Allah yang mafhumnya, 'Tatkala kamu ditanya mengenai ruh, katakanlah (wahai Muhammad), ianya di dalam pengetahuan Allah semata-mata'. Tak apa, nanti aku tanya Dr. Hidayah kalau dia dapat explain sikit tentang teori aku yang ternyata meleset tu walau pun sedar, perkara-perkara metafizik ni para doktor pun tak mudah nak beroleh jawapannya.

Perginya atok antara jam 10.30-10.40 pagi biar pun dalam sijil kematiannya 11.00 pagi. Ah, sama saja, yang pasti atok dah pergi. Cuma perginya atok ni tidak terlalu menganggu emosi aku seperti mana masa wan tahun lepas. Masa wan, maa-syaa-Allah, bukan aku je yang berjurai air mata, majoriti suku sakat yang lain pun sama. Tapi bila atok ni, mungkin ramai yang tabah. Hanya ketentuan-Nya, kami tak menyangka hari ini adalah hari untuk atok pergi tanpa dapat kami ramai-ramai di sisi atok macam wan dulu. Nak mengungkit sesiapa yang tak bergegas balik bilamana di maklumkan keadaan atok yang semakin uzur, benda tu dah berlaku. Mujur aku tak tergeark hati nak keluar ke Sepang untuk latihan nasyid negeri. Tak apalah, yang penting waris-warisnya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat atok. Pak Ngah pulak, siap tanya, 'perlukah kita bersedih?' Ishk, susah aku nak jawab. Tapi pada aku, bergantuglah pada diri masing-masing. Tak salah pun nak bersedih sebab itu satu proses kita bermuhasabah diri mengenai hubungan kita dengan mana-mana arwah tu. Mungkin ada manis, pahit, masam dan masin yang boleh kita imbau untuk kita tergerak hati secara berterusan mendoakannya. Kalau buat slumber macam tak ada apa-apa berlaku, macam something wrong pula kot biar pun 'hidup perlu diteruskan'. Nabi pun tak larang. Cuma jangan meratap merayu sudahlah. Sedeh, tapi tidak ditunjukkan.

Allahu rabbi. Rasa pelek malam ni tak buat rutin biasa. Masuk bilik atok petang-petang dan sembahyang jemaah dengan atuk sebelum tengok berita sama-sama dan makan malam. Kemudian cek tekanan darah, timbang berat n bagi makan ubat. Ya Allah... Tak pernah aku rasa rutin itu satu bebanan. Aku dah biasa dengan rutin itu sejak hampir setahun lalu biarpun aku sibuk dengan hal-hal sekolah. Lagi ralat kalu atok kata, kalau aku tak makan, atok tak nak makan. Kalau aku berkursus berhari-hari, atok merungut asik berkursus je. Kalau balik petang-petang pun sama, katanya, cikgu mana ada kerja sampai petang. Ishk. Tu zaman cikgu Zainal memanglah, tok....

Selepas seluruh waris dan suku sakat dihebahkan tentang atok, seawal jam 11.30 ramai dah datang. Kami seisi rumah sibuk mengemas rumah untuk persediaan pengurusan jenazah, layat n solat. Rasanya pantas juga kami buat sebab dah ada pengalaman setahun lalu. bezanya, dulu ada masa panjang nak buat sedari malam bawa ke pagi. Tapi tadi, hanya menhambil masa beberapa jam saja semuanya dah siap. Rata-rata yang datang tertanya-tanya apa sebab kematian atok. Ada juga yang bertanya-tanya kenapa tak beritahu keadaan atok sebelum ni. Atok sakit apa, dan lain-lain respon saudara-mara.

Sepanjang menguruskan jenazah atok, tak da pula yang menyulitkan. Daripada pemandian hingga mengkafankan serta solat. Hatta di kburan pon mudah dan cepat. Ada yang bertanya orang masjid dah datang ke untuk mandikan jenazah? kain kafan dah ada semua ke, siapa potong? Imam masjid dah diberitahu untuk solat jenazah ke? Ada pula yang menjawab, 'Nizam dah uruskan', 'anak-anak ucu yang mandikan' dan lain-lain jawapan sesama mereka. kelihatan mereka seakan-akan percaya dan tidak percaya bilamana semuanya diuruskan oleh anak cucu atok sendiri. Alhamdulillah, tiada yang meragui.

Apapun kini, aku dan kami semua yang lain, perlu menerima hakikat atok dah tiada. Atok pergi dengan tenang dan mudah. Proses menguruskannya pun lancar. Apa lagi yang mahu aku kesalkan? Hampir semua cucu atok dapat melihat wajah terakhir atuk. Tidak perlu aku ragui tentang amal ibadah serta jariah atok sebagai bekalan ke alam sana. Dalam diam aku sendiri 'admire' dengan sifat pemurah atok. Contohnya, biarpun atok sejak setahun lalu tidak lagi ke masjid, atok hulurkan sejumlah duit yang diperutukkan dalam tabung masjid semasa solat Jumaat melalui aku saban bulan. Katanya, niatkan untuknya dan wan. Sekarang dan untuk hari-hari yang seterusnya, in-syaa-Allah akan ku konsisten dengan saranannya itu.

Bercakap mengenai kenangan, pastinya setiap daripada kami ada cebiasan kenangan bersama-sama atok terutamanya di akhir-akhir hayatnya. Biarlah ia tersimpan di hati masing-masing. Aku sendiri belum ada kekuatan untuk mencatatnya satu demi satu. Catatan ini pun, biarlah menjadi bahan sejarah pada anak cucu cicit atok jika ada di suatu masa nanti mahu mengenali siapa atok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu.




                                                                    

Wednesday, August 6, 2014

Atok Runsing

Tadi atok p check up di hospital setelah dua bulan x jumpa. Ubat pon banyak yang dah habis. Aku sendiri terfikir, x mengapa ke ubat yang sepatutnya di telan dah habis awal daripada tarikh temujanji doktor? Penah aku tanya pak ngah, katanya nak buat camana, tunggu je appointment. So, aku pun tak kisah lagi lah. Sedangkan aku sendiri beberapa kali selama ni juga bila kira2 ubat yg ada, kurang pula, pepandai la aku bajet nak makan ubat camana. tapi aku pastikan beberapa hari aku nak appointment aku akan makan ikut dos yang ditetapkan. Tapi yang atok punya aku x sure plak bila temujanjinya, bahkan x berani aku nak mencatu2 ubat atok macam aku buat untuk diri sendiri.

Okaylah, untuk malam ni ubat dah lengkap seperti biasa. Tapi macam dah kurang satu dua ubat n tambah ubat lain pulak. Tak kisahlah. Janji makan ikut time yang betul. Kalau aku, entertained atok untuk makan malam sampai selesai makan ubat, cek tekanan darah n timbang berat badan. Kalau waktu pagi rasanya ucu yang urus. Kalau tengah hari mungkin sakinah n saiful. Itu pun bergantung kalau mereka ada di rumah. Aku sendiri tak pasti. Tapi atok sendiri sebenarnya boleh urus sendiri, banyak juga dalam buku catatan adalah tulisan atok sendiri esp atok catat apa atok makan n berat badannya sendiri. Okaylah tu.

Hasil temujanji tadi, nampaknya ada isu yang sangat berat untuk dibuat kata pemutus. Diagnosis doktor menerusi ujian darah menunjukkan tubuh atok semakin lemah. Atok sendiri akui dan rasakannya, biar pun sebenarnya atom cuba gagahkan diri untuk berdiri, berjalan n solat seperti biasa. Tapi atok mengadu juga kakinya tak berapa kuat. Mudah jatuh masa bejalan. Sakit pinggang. Semuanya atok rasa tapi atok masih kuatkan diri. Seban atok tahu, kalau atok duduk tengok tv 24 jam memang x baik untuk tulangnya. Tapi apakan daya, semakin atok usaha, semakin lemah diri atok. Tapi gayanya, atok x peduli akan itu.

Doktor juga kata, dalam badan atok dah makin banyak kulat2 yang tumbuh. Sebelum ni selepas operation kulat tu hampir tiada. Tapi tak sangka secepat ini tumbuh balik dan banyak. Menurut atok daripada doktor, x da ubat yg berkesan dapat menghapuskan kulat tu yang bagaikan kulat pada roti. So, hanya jalan yang ada adalah atok harus jalani pembedahan membuangnya. Tapi buang yang bagaimana? Adakah selepas ni atok harus jalani dialisis semula seperti dulu? 

Setakat ini, hanya pok long sahaja yang menyatakan persetujuan atok jalani pembedahan, manakal pakngah menolaknya. Atok lagilah kalau boleh x mahu. Bukan kerana atok takut dengan pembedahan tu, tapi atok ta pasti sejauhmana keberkesanannya adakah semakin baik selepas itu atau sebaliknya? Atok juga mengeluh, kalau atok jalani pembedahan tentunya penjagaan yang rapi dan terkawal harus dilakukan. Atok menyoal, siapa yang akan jaga atok dengan memberi pehatian yang baik setiap masa? 

Soalan atok tu sukar untuk aku jawab. Setakat ini, di rumah kami sapa2 sahaja yang mana sempat rawat n uruskan atok. Lain orang lain cara layanannya. Tapi matlamatnya sama. Cuma lebih baik kalau hanya seorang sahaja yang betul2 beri perhatian kat atok persis jururawat peribadi. Itu yang atok nakkan. Soalnya siapa yang boleh? Itu dari aspek penjagaan diri, bagaimana dengan persekitaran atok khususnya bilik? Setakat ini tiada masalah untuk bilik atok, ucu dan aku akan bersihkan n sapu sampah. Malah, bilik atok aku declare siapa2 sahaja boleh tolong bersih dan kemaskan, bukan saja aku, anis dan yang seumpamanya, malah syida, pika, sue dan sesiapa saja yang rasa nak berbakti kepada atok dengan cara ini. Bukan sekarang je cara ni aku buat, tapi sejak wan ade bertahun lalu atau lebih tepat sejak bilik wan n atok semakin besar. Masa tu aku fikir, ia jadi tempat lepak anak cucu yang tengok ataok setiap petang n hujung minggu. So tak salah untuk kami semua tanpa kira siapa sama2 tolong bantu. Sambung balik, atok kata, biliknya harus persis hospital yang sehari 3x dibersihkan, lap dan lain2. Allah, nampak sangat kene ada seorang yang khusus buat semua ni siap jaga atok tanpa dibeban dengan kerja2 lain. Tapi siapa? 

Sejak balik rumah tadi, atok aku tengok mula xde mood. Kalu sebelum2 ni atok akan makan dengan berselera, atau buat2 selera dengan azam bila makan kesihatan atok stabil. Tapi sekarang seolah2, atok makan sebaik mana pun ada pula kulat tumbuh dalam badan. Kiranya atok macam tensen jugaklah. Seolah2 macam seseorang yang study bagai nak rak untuk exam, jawab dengan tekun, last2 tak dapat score A. Frustlah tu sampai mencari di mana silapnya. Antara lain, atok macam xde mood nak bercakap dan macam fikirannya melayang bila tengok tv. Aku tau, atok memang tengah berfkir di kepalanya. Aku nak menyebok ajak borak pun rasa macam x patut je. Tadi pun atok makan malam dalam bilik, biasa atok akan bingkas bangun bila diajak makan, tapi atok x nak makan. Kecuali kalau aku bawak hidangan dalam bilik. Aku okay aje. 

So, untuk dua minggu ni, doktor bagi ruang untuk atok berfikir sama ada nak buat pembedahan atau tidak. Aku tak pasti yang manakah terbaik untuk atok atas pelbagai faktor. Tadi, abah mengomel apasallah atok diberitahu sedemikian rupa. bermaksud, sepatutnya doktor hanya bagitahu pada pok long dan pak ngah tanpa ada atok dengan menerangkan semuanya secara detail. Manakala dengan atok doktor dan yang lain2 maklumkan secara umum dan gunakan psikologi. Kalau dah mavam ni, memang nampak bukan kita semua je yang risau, atok sendiri dah tidak keruan. Masa amik tekanan darah pon, catatannya tinggi, dalam 120/90 lebih kurang. macam tak normal je, tinggi daripada biasa. Sah, pada aku mesti atok tengah stress masa aku cek tadi.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan atok ni. Tenangkanlah hatinya menerima cubaan ini. Moga atok dapat buat keputusan yang betul dan terbaik untuk dirinya. Insya ALLAH, Amin.



Sunday, June 1, 2014

Atok Dah Buat Keptusan

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.





Setelah berfikir, berbincang dan bertimbang tara kesan dan kebaikan daripada 3 option yang ada, akhirnya keputusan dah diambil. Esok atok operation untuk keluarkan tiub yang berkulat. Entah bagaimana boleh teerjadi, doktor pon tak pasti. Jawapan yang diberikan sebelum ini tatkala ditanya hanyalah sekadar kemungkinan2. Memanglah Allah Yang Maha Mengetahui, tapi tak kan tiada pengetahuan daripada doktor untuk memberi kepastian? Tak apa lah, aku yang guru ni pon bukannya serba tahu. Begitu juga doktor dan lain2 profesion.

Poklong, Pakngah dan abah dilihat sepakat, tiub berkenaan dikeluarkan dari perut atok. Untuk seterusnya, option 3 itulah yang harus dipilih. Setelah menimbang dari segala segi terutamanya tahap kesihatan atuk, maka atok akan mengambil ubat-ubatan sahaja buat masa ini. Namun, setiap minggu atok harus bertemu dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan atok stabil dan memuaskan. Namun jika ada masalah berkaitan, nampak gaya tiub baharu akan dimasukkan bagi mengeluarkan air dan memasukkan air secara manual atau mesen seperti sebelum ini. Syaratnya, ia mestilah setelah 6 minggu kemudian di mana dalam waktu itu kesan tebukan di perut atok dan baik sepenuhnya. Kalau tak sembuh sepenuhnya ditakuti bila buat lubang baharu di perut atok akan wujud pula jangkitan lain pula.

Keputusan yang diambil nampaknya selari dengan atok. Atok yang aku lihat, lebih kepada nak buang tiub dan makan ubat semata2. Tapi persoalan bagaimana nak urus kotoran n toksin dalam badan atok, kami pon tak dapat faham, fikir n ketahui dengan jelas. Tapi dapat aku bayangkan, untuk atok sihat cergas dan kuat selepas keluarkan tiub yakni tak lagi melakukan proses keluar dan masukkan air di badan, maka atok kene buat aktiviti sihat seperti rutin atok sebelum sakit ni. Kene hirup udara segar setiap pagi, makan macam biasa, berjalan2, berbual2, mengeluarkan peluh dengan apa2 cara dan seumpamanya. Atok juga harus berterusan menguatkan mental dan fizikal n jangan mudah putus asa dan letih dengan ujian yang menimpa serta sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apa yang penting juga, seluruh keluarganya harus memberikan sokongan moral terutamanya berziarah, menghubungi dan bertanya khabar agar atok tak rasa terasing dan kesunyian. 

Ya ALLAH, semoga keputusan yang diambil ini merupakan keputusan yang terbaik untuk diri atok, diri kami dan keseluruhannya kehidupan kami sekeluarga. Stabilkanlah kesihatan kami semua agar dapat terus berbakti pada ibu bapa, atok nenek dan keluarga kami terutamanya berterusan dalam melaksanakan amal dan ibadah demi-Mu. Aamiiiiiinnnn.

Sunday, March 30, 2014

Alahai Atok

Atokku kuat dan lincah, garang dan tegas, mesra dan penyayang kini terbaring dan menyendiri. Dulu rajin ke sana-sini dengan kereta menjalar Dengkil-Banting, sarapan pagi di kedai, ke masjid hampir saban waktu, kini hanya di rumah. Langsung tidak mahu ke mana-mana. Puas aku dan yang lain-lain ajak berjalan-jalan, meronda ke luar kawasan rumah dan berziarah saudara-mara hanya digelengkan kepala. Alahai atok, aku rasa macam tak kena lah dengan karektor atok yang jenis tak lekat di rumah. Kalau tak mahu dengan aku, Akmal ada juga, pun tak mahu. Allah...

Menyorot kembali saat-saat wan melalui penyakitnya dengan sabar, aku lihat atok masih dengan rutinnya ke sana-sini. Bukan atok kaki lepak atau keluar tanpa tujuan, tapi memang ada sebab dan alasan atok keluar. Hatta kalau nak beli sebunkus kelapa parut pon atok jenis rela keluar ke kedai. Berbanding aku, kalau setakat 1 2 benda nak beli, aku hold dulu cek kat dapur apa lagi nak beli. Pendek kata, atok memang jenis tak betah nak duduk di rumah. Kalau tak keluar berjalan pun, atok akan bersama pokok-pokok tanamannya iaitu sawit, pisang, ubi, nenas, durian dan lain-lain yang sebenarnya aku pun tak begitu arif pasal pokok-pokok buah, sayur mahu pun tanam-tanaman lain di keliling rumah ni. 

Tetapi sekarang, atok seolah-olah menyesali sikapnya yang tidak begitu menghiraukan wan di saat-saat wan perlukan perhatian dan penjagaan. Kenyataan ni aku dimaklumkan Ilmi yang ku lihat, atok lebih suka mengadu kepada cucunya yang seorang itu. Sedangkan aku dan 3 lagi cucu serumahnya tidak pula dikongsi cerita. Tak mengapalah, masing-masing ada aura tersendiri untuk menarik perhatian atok. Jadi, bila Ilmi cerita aku rasa tidak sepatutnya atok berperasaan begitu. Ikutkan sepanjang wan di hospital dan juga di rumah, wan dijaga sebaik-baiknya. Si Kina aku boleh kata macam leaderlah. Mana taknya, di hospital dia antara individu awal menjaga wan, sampaikan hal ehwal stoma care wan pun dia lebih expert daripada yang lain. Aku ni memang tak berapa nak faham. Malah nak tengok usus wan di perut pon rasa macam nak pengsan. Kalau tak Kina ada pun, Anis yang masih di rumah menunggu dipanggil kerja pun berkemahiran seperti Kina. Ucu pula lebih-lebih lagi mengambil perhatian pada wan. Mak Ngah pun juga saban petang datang membantu mana yang patut. Pendek kata, atok tak perlulah rasakan kekesalan tak jaga wan betul-betul. Bukan atok tak nampak, wan okay je sepanjang berada di rumah selepas pulang dari hospital. Sesekali ada jururawat klinik datang buat pemeriksaan ke atas wan. Hanya kerana penyakitnya, wan semakin tak bermaya dari semasa ke semasa. Itu bukan salah sesiapa. Dan bukan sahaja atok, kami semua yang lain tak perlu rasa ralat dengan keadaan itu.

Semenjak wan pergi, atok seolah-olah hilang semangat. Ikutkan pada pagi Ahad semasa pengurusan jenazah wan, atok kelihatan tenang walaupun sugul menunduk ke lantai. Saudara-mara datang berziarah atok sambut seperti majlis kenduri. Memang aku lihat atok seolah-olah boleh menerima hakikat biarpun sebenarnya pada masa itu bukan sekadar aku, malah kerabat-kerabat aku yang lain turut sama menahan rasa. Yang di dalam bilik, yang memandikan, yang mengkafankan, yang beryaasin dan bertahlil, yang di ruang tengah, yang di beranda, yang di luar dan semua hadirin yang ada turut sama khususnya sanak saudara aku lihat kesayuan di wajah masing-masing. Mungkin ada yang sedia maklum dengan keadaan wan kebelakangan itu membisikkan ke hati masing-masing akan kemujuran mereka mengetahuinya terlebih dahulu lalu menyempatkan diri berziarah wan di hospital mahu pun di rumah. Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan berita yang diperolehi. Apapun responnya, semuanya merelakan wan pergi lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak melalui derita penyakit yang berlanjutan. 

Memang, lebih kurang sebulan sahaja sejak wan di kesan penyakitnya, Allah memberikan tanda-tanda untuk menjemput wan ke sisinya sebagai persediaan kerabat-kerabat wan untuk menerima qada' dan ketentuan. Tidak terlalu cepat seolah-olahnya dalam keadaan tiba-tiba, mahupun terlalu lama seolah-olahnya menjadi satu penderitaan luar biasa. Berdasarkan pengalaman, pemberitahuan dan pembacaan mengenai tanda-tanda pemergian seseorang, aku rasa semua dah maklum dan mungkin bersedia. Tapi, aku saja yang buat-buat tak endah. Aku dari dulu selalu sebut 'wan muda lagi' bila wan kata wan dah tua. Contoh; 'Lutut wan sakit ni, picit skit. Biasalah, orang tua', 'ko bila nak menikah ni, entah sempat entah tak aku nak tengok ko,' atau 'wan malulah nak berjalan akai tongkat ni, macam dah tua je,'. Paling tak aku sebut, 'tengok Tun Mahathir dan Dato' Nik Aziz atau Agung tu, lagi tua dari wan, tau.". Tetapi hakikatnya, wan dah tak muda lagi. Aku sengaja nak menyedapkan hati. Tetapi, sekarang tak lagi. Biarpun wan dah pergi, kesemua individu yang aku sebutkan tadi masih sihat dan kuat menjalankan tugas masing-masing. Aku doakan mereka berlanjutan lagi kemudaan mereka. Nak doa untuk wan, wan dah tiada. Jadi, berbalik kepada yang tadi, tidak sepatutnya kami semua rasa terkejut dan kekesalan yang amat. Bak kata Pak Uda pada atok, tak perlu lagi mengenang-ngenangkan yang tiada, tak perlu lagi rasa bersalah kalau tak sempat tunaikan permintaan wan jika ada.

Aku dan juga kerabat-kerabat aku yang lain sejak hari pertama dah dinasihatkan saudara-mara supaya jangan biarkan atok bersendirian. Antara yang direct pada aku, Pak Usu Karim dan Pak Usu Mat Isa. Eh, apa pasal semua pak usu ya? Entahlah. Pointnya sama saja. Mungkin pada yang lain-lain pun mendapat mesej yang sama daripada sanak saudara yang lain. Dan alhamdulillah, sehingga kini kami saban masa bersama atok, pagi petang siang malam hatta masa tidur ada yang sama atok. Nak kata atok sunyi, tak lah. Hanya atok yang lebih senang nak tidur daripada berborak dengan kami. Tapi, bila cicit-cicitnya datang masuk ke bilik, memang bikin kecoh jugalah, atok siap kata dia suka dan tertawa sendiri dengan keletah mereka. Iqbal pun kalau datang atok suka biarpun cucunya yang itu jenis tak duduk diam. Bila mereka semua tu datang, memamg aku suruh picit kaki dan tangan atok. Jadi, atok pun rasa okaylah kot. Pak Ngah siap pesan juga pada aku supaya bagi nasihat-nasihat pada atok ala-ala motivatorlah. Ishk, atok ni bukanlah nak nasihat apa pun, aok ni lebih hebat dari aku. 'atok, bersabarlah. Sudah taqdir ke atas wan. Redhalah...', ayat macam itulah agaknya lebih kurang. Tapi, ayat ni macam formal benar, aku kalau cakap macam ni macam berdrama pula. Last-last nanti kalau atok menangis, aku terus terdiam pula, macam mana? Lagi-lagilah atok kenali aku bukan seorang yang ala-ala romantik. Cara aku cakap pun agak selamba. Sopannya agak kurang, tapi bukan bernada tinggi atau tegang, hanya tidak menggunakan laras bahasa yang 'skema' gara-gara hubungan aku dengan atok ni macam anak dengan bapa sebab dah tinggal sama atok sejak kecik-kecik. So, apa yang boleh aku cakap kat atok adalah, 'relaxlah tok, wan dah selamat kat sana dah, semua dah okay' dan seumpamanya. Ikutkan juga aku tak pernah nampak atok menangis sekalipun kesan mata berair. Tapi, mereka yang lain kata ada nampak. Jadi, tak ada situasilah yang nak aku memujuk dan melayan perasaan atok yang rindukan wan jika benarlah kerana itu. Mana taknya, 64 tahun bersama walaupun bertukar berek dan rumah, mana boleh atok lupakan wan dalam tempoh ini. Aku sangat-sangat berharap agar atok kuat hati dan tabah sepertimana Tok Cik Usop, Tok Itam dan Pok Long Madon yang melalui pengalaman teman hidup masing-masing yang diuji dengan penyakit dan pergi menemui Tuhan akhirnya. Please, tok.

Mengundur pada petang Sabtu selepas kenduri hari ke 7 wan, atok mengadu sakit perut dan rasa tak lalu nak makan. Lalu di bawalah cucu-cucunya beramai-ramai ke klinik. hasil pemeriksaan, tiada apa-apa komplikasi penyakit atok kecuali sakit perut kerana makan sesuatu yang pedas. Mana taknya, semalamnya, atok menyudu sambal belacan begitu saja. Memanglah perut jadi sakit. Atok ni kan... Bila balik tu masa aku picit-picit kepala watok, atok ada cakap, 'memang padan lah dengan atok, hari tu atok marah-marah wan sebab wan tak lalu nak makan, sekarang atok pulak yang rasa sendiri'. Atok oh atok. Atok ni cari penyakit. Wan tu pulak memang sakit yang masa tu tak dikesan lagi apa penyakitnya. Kemudian sejak dari hari tu atok sering tak lalu nak makan. Makan pun sikit-sikit je. Ada juga hati aku terdetik, 'atok ni macam saja-saja nak ambil feel tak makan macam wan, konon nak rasa juga apa yang wan rasa bila tak makan'. Entahlah. Bila dah tak makan, atok asyik rasa pening. Kadang-kadang atok rasa mual dan beberapa kali juga muntah. Itu pun gara-gara perut atok banyak angin, kosong. Setakat ni atok tak adalah nak minta makan apa-apa, apa yang dihidangkan di pagi petang siang dan malam itulah atok makan sekadar syarat kami tak bising dan paksa atok makan. Setakat ni juga atok suka makan buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Tapi atok makan skit je, yang banyak tu, kamilah yang harus menghabiskannya. Senang cerita, atok jadi tak lalu makan ni sejak seminggu selepas wan tiada, dan sebelum itu atok okay dan agak sibuk bersama anakanaknya menguruskan tinggalan-tinggalan wan sama ada harta bermanfaat dan sebaliknya. Kenduri hari pertama, kedua, ketiga dan kelima pun atuk okay dan bersemangat. 

Allahu Rabbi... Aku harap, atok tidak berterusan begini. Pada aku dan kebanyakan kami, kalau atok makan semakan-makannya macam biasa, Insya Allah atok ada tenaga dan menjalani rutin macam biasa. Sepanjang seminggu ni aku bersedia nak bawa atok ke mana-mana, kalau sebelum-sebelum ni cuti aku diisi dengan kuliah, tugasan kuliah, kerja sekolah, tulis artikel dan manuskrip untuk buku termasuk keluar berjalan, tapi untuk cuti seminggu ni tidak lagi. Tapi, dah atok asyik terbaring, apa aku nak buat. Kata Pok Long, paksa aja atok bangun, tarik atok masuk kereta kemudian jalanlah pusing kampung. Alahai Pok Long, nak ajak makan pun kene diajak berkali-kali dan dipimpin, apatahlagi nak berjalan keluar. Tapi tak apa, idea tu nanti aku usul pada yang lain-lain. Esok dah mula bertugas seperti biasa. Bukan aku je, semuanya menjalani rutin dan tugas seperti sedia kala, berkerja dan berkuliah. Jadi, atok macam mana? 

Apapun macam biasa, atok bukan seorang, kerabatnya ramai, yang tinggal serumah, yang sebelah-sebelah rumah. Insya-Allah boleh jadi penghibur atok. Tapi, itulah. Kerana komitmen kerja, kuliah dan keluarga masing-masing, kadang-kadang bimbang juga kami terlupa kat atok. Tapi mujurlah ramai anak cucu atok bersekitarnya sahaja. Pada yang jauh aku sangat-sangatlah mengharapkan balik menjenguk atok. Atok ni sebenarnya, rindu pada yang jarang dijumpanya. Kalau berjauhan, telefon kan ada, atok tu pun, siap ada handfon sendiri. Bangga aku, atok aku ni ada handfon sendiri tu, persis orang muda gayanya. Kalau kerabat-kerabat aku nak bertanya pasal atok, patut aku usulkan telefon sendiri atok. Mana tahu, sekali dengar suara mereka, atok terus dapat power! Insya-Allah. Kalau mati akal tak tahu nak borak apa, sekadar tanya khabar, makan minum, sakit pening dan sewaktu dengannya. Setakat ni aku tabik kat Syidah, ada sekali dia telefon atok, aku tengok atok macam happy je. Bukanlah sebab itu cucu kesayangan dan sebagainya, tetapi lebih kepada nak dengar suara orang yang jarang dia jumpa. Kalau aku ni, tak payah pandang muka, bercakap dengan aku pun matanya dipejamkan. Atok..atok..

Pada penilaian aku, Pok Long dan Uda adalah individu yang atok nak bersama. Mungkin kalau boleh kesemua anaknya berada di hadapan mata. Kalangan cucu-cucunya, pastinya si Kemal yang aku tak boleh nak sanggah kemanjaan atok kepadanya diikuti Kak Miza, Azam, Nadiah dan tentunya Amin serta selainnya adalah Ilmi yang walaupun dekat, tapi dah duduk asrama. Siap atok cakap dengan dia, 'jangan tingggalkan atok'. Situasi ni membuatkan Si Ilmi mula berbelah bahagi. Sudahlah dia ni 3 minggu di sekolah tahfiz tu, dia dah rasa kurang seronok. Ditambah lagi dengan pesan si atok tu membuatkan dia nampak peluang cerah untuk keluar asrama. Tapi, kalau nak kena marah dengan bapaknya, buatlah perangai. Ingat senang ke nak masuk sekolah macam tu. Apapun, ia hanyalah pada penilaian mata aku. Kami cucu-cucunya yang lain tidak seharusnya merasa dibeza-bezakan. Sebenarnya atok sayang semua. Contoh mudah, masa mak abah kami semua pergi haji, atok dan wan jugalah yang menjaga kami semua sampai sanggup menetap di rumah masing-masing sebab kami semua sekolah. Kecuali akulah, masa tu memang aku sorang je yang sudah bersekolah, Si Amin dan yang lain-lain tak bersekolah lagi. 

Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, stabilkanlah kesihatan atok, kembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, permudahkanlah urusan atok, tidak lupa juga eratkan persefahaman sesama anak cucu cicit atok, berikanlah kami kelapangan untuk berada di sisi atok serta cucuri rahmat ke atas wan di sana. Amiin...


Sunday, March 16, 2014

Selamat Jalan Wan

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Wan, setelah 50 hari dari tarikh wan dimasukkan ke wad, akhirnya wan pergi menemui Allah Rabbul Izzati. Setelah 22 hari wan pulang dari hospital akhirnya wan pergi setelah beberapa lama uzur menderita penyakit barah usus di Tahap 4. Wan pergi meningalkan Along, abah dan anak-anak serta cucu wan yang lain dengan tenang pada jam 12.02 tengah malam tadi.

Wan, Along rasa tertipu sangat-sangat. Kerana terlampau bersikap optimis, Along cuba menafikan wan berada dalam kondisi yang sukar. Walaupun tanda-tanpa pemergian wan telah jelas zahirnya, masih Along anggap wan masih okay dan tidak ada apa-apa. Memang silap sungguh. Tatkala Along nak bertolak ke kursus Khamis lepas, hati ni tersangatlah berbolak-balik. Empat hari berkurus yang sepatutnya Along teruja, tetapi yang nyata kebimbangan menguasai hati. Itu pun masih Along beroptimis menganggap wan masih okay. Walaupun semalam Along ambil masa balik ke rumah selepas habis kelas meredah jem, masih rasa berat lagi hati nak ke kursus pada keesokkan harinya. Mujur tadi, selepas mendapat khabar tentang situasi wan, Along dapat pulang awal dan berdampingan dengan wan.

Wan, ikutkan hati mahu sahaja Along singkap kembali memori antara kita, Namun, mustahil untuk diceritakan semula kerana banyak sangat situasi dan memori yang terjadi selama Along di bawah jagaan wan. Wan bagaikan mak kedua Along yang dijaga baik bagai anak sendiri. Memanglah Along ni cucu wan, tetapi Along dapat rasakan kasih wan pada Along melebihi cucu-cucu wan yang lain kecuali cucu sulung wan. Along tak kisah yang itu. Yang pasti wan sudah sehabis baik mengasuh Along bila mana berada di bawah jagaan wan. Antara yang paling Along ingat, bila demam, wan buat tangkal dengan bawang kecik yang diletak kapur, bila Along nak beli apa-apa wan bagi saja tanpa soal. Dan yang paling best, kalau Along dan Amin bergaduh tentu saja wan back up Along sedang atok memback up Amin, di mana dalam situasi ni, biasanya Along yang menang akhirnya. Memang bukan sebab Along ni abang, tapi sebab kuasa wan lebih hebat dari kuasa atok dalam hal pergaduhan kami. Wan juga ajar Along mengaji mukadam dan sifir. Nak kata Along pandai sendiri memang tak lah. Pernah juga wan merotan dan memiat telinga Along bila Along buat nakal seperti mengelak nak pergi sekolah petang sebab petang-petang ada cerita kartun kat tv, mengombah almari dan kusyen untuk main nyorok-nyorok, mengusik barang wan atau atok dan macam-macam lagi. Untuk semuanya itu, terima kasih untuk wan Along ucapkan sebab baik garangnya wan merupakan salah satu cara mendidik.

Tetapi, bila Along dah besar panjang macam ni, seringkali Along lalai nak berdampingan dengan wan. Mungkin tak sedikit Along menghiburkan wan, tetapi banyak juga situasi Along tidak menghiraukan wan tanpa sedar dan sebaliknya. Wan panggil ke dapur tolong hidang juadah atok, Along tolong ala kadar. Bila wan suruh beli barang dapur Along menangguh-nagguhkan. Wan pesan beli rojak dan oren Along asyik-asyiklah tak sempat. Along harap wan tak menaruh hati kecewa dengan sikap Along ni yang baik dan nakalnya bertukar-tukar dan tidak konsisten. Hendak disalahkan keadaan dan situasi, susah juga. Tapi wan, Along dah buat yang terbaik semampu Along demi wan selama ni. Ada kekurangan, Along minta maaf banyak-banyak.

Wan, Along ingat lagi, semasa kecil bila wan lenguh dan sengal di badan, tangan dan kaki, wan akan suruh urutkan dengan memijak di mana-mana bahagian berkenaan sebab kalau Along picit-picit pakai tangan sikit pun wan tak terasa yang di akhirnya Along meletop-letopkan jemari tangan dan kaki wan. Bila Along besar sikit, wan mintak picit-picit tapi kuat-kuat., tak mahu pijak lagi. Tapi masa wan sakit hari tu, Along nak picit-picit wan pon rasa was-was, sebab sesekali Along picit wan mengaduh sakit. Tapi sekarang, tiada lagi khidmat picit-picit yang boleh Along berikan, selama-lamanya. Lagi satu, wan. Kalau sabtu dan ahad cuti hujung minggu terutamanya masa nak raya wan ajak Along tolong sapu halaman rumah dan bakar sampah. Lagi yang teringat, masa nak pergi sekolah setiap pagi dan petang dulu wan duduk sama tepi jalan dengan Along tunggu van sekolah datang. Allah… banyak lagi sebenarnya Along nak tulis, tapi memang, sampai esok pon tak habis-habis.

Wan, sejak wan sakit dan disahkan mengidap barah usus tahap 4, tak putus-putus Along berdoa mengharapkan wan sentiasa dalam keadaan stabil. Sekurang-kurangnya dapat wan bertahan dan bersemangat untuk terus dengan kehidupan rutin. Along juga mengharapkan wan dapat berpuasa dan beraya bersama Along dan anak cucu wan yang lain di tahun ini sekurang-kurangnya. Namun, Allah lebih sayangkan wan dengan memanggil wan sesegera ini. Sungguh Along tak sangka.

Wan, Along pasrah dan redha atas ketentuan Allah ini. Along akui, kita sebagai makhluk tidak akan kekal seperti mana al-Khaliq. Along lihat wan pergi dengan tenang gayanya. Masakan tidak, kami secara tak sedar tak perasan bila nafas terkahir wan hembuskan. Tahu-tahu je, lepas atok mengucup wan dan beredar beberapa langkah, wan dah tiada. Tapi Along puas hati, anak cucu wan yang ada di keliling telah membimbing wan menyebut nama Allah. Wan juga pergi dalam lingkungan anak cucu yang ada bersama, di dalam bilik wan sendiri dan di dinihari yang hening. Bacaan ayat-ayat suci Kalam Tuhan telah kami perdengarkan dan khususkan buat wan sepangjang beberapa hari sebelumnya. Along harap segala amal makruf yang kami lakukan untuk wan diterima Allah. Insya Allah.

Wan, damailah wan di alam sana. Kalau sebelum ini wan dijaga dan dirawat kami, moga di sana Allah merawat wan dengan nikmat daripada keredhaan-Nya dan amal soleh bersama kalangan mukminin dan mukminat. Moga kita juga direzekikan bertemu di syurga abadi dan bertautan kembali kemesraan seperti mana di dunia ini. InsyaAllah.

Allahummafhamha wa’afiha wa’fu anha. Ya Allah, ampunilah segala dosa wan, rahmati roh wan, hindarkan wan dari segala seksaan di barzakh dan mahsyar. Kasihanilah wan. Jangan Engkau biarkan wan terdedah dengan ancaman munkar dan nakir. Permudahkanlah urusan wan di sana. Amin.

Selamat jalan, wan.

Al-Fatihah.

Saturday, April 13, 2013

Atok Cari Rendang

Aku rasa ralat. Atok sejak semalam ajak aku cari rendang untuk lunch. Kalau semalam aku memang penat coz dari pagi dah keluar sama atok pergi putrajaya dan serdang. Cari je la kat LD, x ada pulak sebab b4 tu Pakngah kata situ ada jual. Atok ajak p Banting aku kata penat. So memang nampak lah atok kecewa. Atok kata wan yang nak rendang tu, wan dah sebut2 sejak 3 4 hari lalu. Allah. Memang ralat sungguh la rasanya. Tapi aku diamkan saja.

Hari ni pula sekali lagi atok ajak pergi Banting cari rendang. Aku menolak lagi dengan alasan aku x mahu keluar ke mana2 hari ni. Pastu aku dengar atok cakap seolah2 merajuk, 'ko x nak pegi atok pegi sorang je la sambil angkat kaki...'. Masa tu hati aku rasa kesal jugak la, tapi tak ada la rasa nak ubah fikiran. Juz mengharap agar atok kansel kan je.  Yelah, aku nak spend time untuk tulis artikel jurnal. Dah seminggu bertangguh, x start2 lagi. Asal nak buat je ada kerje lain yang kene buat. Konon nak buat semalam, tapi lepas bawa atok keluar kat umah kene juga d urus. Sapu sampah, lap taik kucing, buang n bakar sampah termasuklah basuh n sidai baju di ampaian. Penat sangat sampai tengahari pon aku tak makan. So hari ni memang aku tak mahu buat kerje lain sebenarnya tapi tadi mak dah minta tolong kat dapur masak kejap. Ni aku sambung semula buat.

Tetibe aku tgok atok dengan keretanya pergi keluar belok arah Banting. Aik? Tadi kat dapur aku dengar wan nak masak rendag kerang untuk esok, so aku assume atok x jadi la p cari rendang kat Banting. Tapi apa jadi ni? Aku terus pergi dapatkan wan kat biliknya tanya atok p mana? Wan kata atok pergi Banting sama Amin. Ishk, biar betul? Tapi wan tak tahu atok pegi sana nak carik apa. Pastu aku pon saja nyakat wan atok pergi sebab cari rendang untuk wan makan yang wan nak tu. Wan plak kata mana ada dia nak sangat. Kalau ada, adalah. Wan cakap takkanlah sebab dia nak makan rendang atok pergi cari jejauh. Ermm, aku rasa, bukan wan yang nak makan sangat, tapi atok.. huhu. Apapun sebenarnya itulah tanda cinta atok pada wan. Aku tahu tu, dalam garang2 atok, atok sangat sayang dengan wan. Dalam rajuk atok kadang2 dengan wan, wan juga jadi keutamaan atok. Aku tahu.

Sekarang aku harap agar benar atok pergi keluar tu sebab nak cari rendang, moga2 ada lah. Dan yang penting jangan pula atok terus merajuk dengan aku. Allahu Akbar.