Tuesday, January 6, 2015

PERKEMBANGAN BAHARU ATOK

Tahun baharu ini menyaksikan satu keajaiban yang dialami oleh atok. Mungkin pada atok ianya perkara biasa-biasa. Tapi pada aku, bilamana atok boleh solat secara normal macam sebelum sakit dulu aku jadi hairan. Tadi solat Maghrib, atok solat berdiri untuk kesemua rakaat, namun masa rukuk dan sujud arok duduk atas kerusi. Tapi bila solat Isyak, atok solat berdiri, rukuk dan sujud macam biasa sampai habis! Aku yang di depan jdi cam khusuk tak khusyuk menjeling kat atok bila masa nak bangun bangun unuk rakaat baharu, Bimbang atok terjatuh atau berat nak bangun bendiri semula. Masa rukuk pun aku takut-takut kalau atok terjerumus. Namun, selamat juga akhirnya. Rasa syukur jugak la. Tapi lepas solat aku tanya atok, tak sakit ke solat macam biasa. Atok jawab, 'huiiii, apa tak sakitnya." Jadi, kesimpulannya, atok berusaha untuk berperilaku macam orang sihat biarpun dalam kesukaran. Oklah tu. Moga-moga esok lusa atok makin okay lah ya.

Soal kesihatan atok, aku tengok berat atok mencanak naik antara sebelum dan selepas pergi Johor. Sebelum tu n selama-lama dulu sekitar 53-55 kg. Sesekali kalau atok demam ke pening ke, sekitar 51-53 kg. tapi lately ni sekitar 58-60 kg! Hairan sungguh. Mungkin sebab faktor pemakanan atok. Sekarang ni bukan main menambah masa makan. Lagi-lagi kalau lauk or gulai masa tu sedap. Tadi pun, kuah lemak tempe tengah hari licin satu mangkuk atok atok hirup. Semalam makan sup daging menambah-nambah masuk pinggan. Nasi pon bukan agi sesenduk macam sebelum-sebelum ni, kadang-kadang sampai 3 senduk sekali makan. Dalam hal ni aku sangat-sangatlah suka. Bila atok makan, atok jadi kuat.

Bila dah kuat, mula la atok ajak keluar berjalan. Kalu tak jauh ke Dengkil, Banting, Kelanang atau Batu laut, atok ajak ronda sekitar kampung ni je. Janji naik kereta. Tapi kelmarin, masa atok jalan di deretan kedai di Taman Arked untuk beli beli tongkatnya, atok tergelincir sikit. masa tu hujan, kaki lima pula basah. Mujur atok tak terduduk, hanya badannya membongkok dengan tangan mencecah lantai. Risau pula aku. Ada beberapa orang kat situ siap cakap, 'pakcik, jalan baik-baik, hujan ni."

Secara kesimpulan, aku harap atok terus stabil kesihatannya. Aku meletakkan kayu ukur, kalau atok boleh solat secara normal bermaksud atok sihat lah tu. Makan pun sama lah, tapi belum tentu juga. Apa-apa pun sesekali aku sampaikan perkembangan kesihatan atok pada Dr. Dayah. Mungkin ada nasihat-nasihat yang boleh Dayah beri atas perkembangan semasa atok. Lagi-lagi bila atok selalu elak nak makan ubat sesi tengahari, tu yang aku dan ucu malas nak paksa, tapi risau lah juga kalau nanti ada kesan pada atok. Allah.

Sekarang ni cuti sekolah boleh lah aku temankan atok secara lebih masa. Minggu depan dah start sekolah silap hari bulan malam pon aku tak sempat nak temankan atok makan. Si Epul dah nak masuk kolej pulak. Si Anis dah nak duduk rumah sewa. Si Kina dah mula kelas jugak. Semuanya bermula pada minggu depan. Oh... Harap atok memahami, di samping atok tak rasa kesunyian. Syafika dan Iqbal pun rutinnya da mula sibuk sama. Aduhai... Harap program-program tv dapat menemani atoklah. Tadi pun atok tidur dekat-dekat jam 10 sebab tengok ceramah Ustaz Kazim. Biasanya dalam jam 9 dah tidur. Oklah tu, satu perkembangan yang baik juga. Tapi dalam pada kesibukan nak bukak sekolah ni jga atok tetiba suarakan nak berjalan ke Terengganu. Eh, jauh beno... nak buat apa di sana? Ishk.,, Tak dapat aku nak fikirkannya wat masa ni. Mentang-mentanglah atok dah boleh tahan naik kereta lama-lama sikit masa pergi dan balik Johor, mulalah nak jalan lagi jauh. Kalau macam tu naik flight je la...hehe..

Apapun, Insya Allah, tahun 2015 memberi sinar baharu buat atok.