Kondisi atok semakin lemah dari masa ke masa. Sebenarnya sejak balik dari Terengganu keadaannya kian uzur. Banyak tidur, kurang makan. Sesekali ada moodnya, boleh pulak atok bangun dan cergas daripada pembaringannya. Selalunya atok akan duduk di sofa hitam tepi pintu tu. Kalau kuat sikit kudratnya, atok bangun ke toilet sendirian. Kalau makan pun mahu juga ke meja makan. Tapi sejak seminggu ni atok dah tak banyak bergerak. Disedari, kali terakhir setakat ini atok ke meja makan adalah pada Rabu lepas, 8/4/2015 untuk makan tengahari bersama-sama Pok Long. Manakala ke tandas pulak pada hari Ahad subuh masa Pok Long tidur dengan atok di bilik atok tu. Last di sofa pula pada hari Sabtu masa ucu mengemop lantai bilik.
Sehingga kini selera makan atok menurun. Beberapa kali juga aku kene marah sebab paksa atok makan. Aku pulak memang kenelah begitu, kalau tak abah kata aku tak berusaha bagi atok makan. Belum lagi kalu Pak Ngah n Pok Long bertanya, habislah aku dipertanggungjwabkan. Mujur kalau minum atok okay lagi. Beberapa hari sebelum ni ada atok nak air laici, oren dll. Selalu juga atok nak minum air yang sejuk. Aku fikir badan atok panas di dalam. Di luaran tak la panas sangat.
Kencing berak atok pon dah tak berwaktu. Jalan selamat, pakai dyper bairpun atok tak selesa. Kalau ada kudratnya juga, atok mintak botol urin untuk kencing biar pun memakan dyper. Solat pulak, aku yakin, atok memang solat dengan isyarat. Sempat aku rakamkan solat atok time aku duduk temani atok waktu asar hari Isnin. Dalam hal ni, biarpun aku bimbang atok terskip solat, tapi bila tengok situasi tu, aku percaya, atok memang solat. Yang aku sedar, bila sepanjang masa atok tidur, tapi tetiba atok jaga dengan mata pandang ke atas serta tangan berada di atas dadanya, itu lah keadaan atok solat. Tak payah di kacau. Moga-moga Allah terima ibadah atok tu.
Urghh... Aku tak tahu nak kata apa. Abah dan Epul dalam waktu berbeza ada cuba-cuba nak borak pasal keadaan atok. Tapi aku mengelak. Aku tak mahu berfkir yang bukan-bukan tentang keadaan semasa atok. Aku cuba bersikap optimis mendoakan atok akan sembuh kembali. Allahu rabbi....
Dalam keadaan sekarang, yang pasti, atok perlu sentiasa orang temani. Paling afdhol bacalah apa-apa ayat quran, zikir dan apa-apa doa. Ajak atok berborak pon okay. Tanyakan ada yang atok nak. Biasanya aku sesekali akan suakan ari untuk atok minum. Atok tak menolak. Mungkin memang atok haus tapi atok tak kuasa bercakap. Kalau tak pon sekurang-kurangnya buat hal sendiri tapi mesti berdekatan dengan atok. Setakat ini aku amik part daripada sebelum maghrib sampailah selepas isyak. Untuk masa-masa lain aku prlu rehat dan buat kerja-kerja lain sedangkan lepas isyak atok nak tidur dengan lampu terpadam.
Minggu depan aku 3 hari kena ke luar daerah. Kalu ditanya abah, pasti abah tak menghalang. Tapi aku rasa ralat untuk pergi lebih-lebih lagi bermalam. Aduhai... Aku harap, suku sakat dan kerabat yang lain datanglah menemani atok ni. Mungkin sedikit sebanyak atok rasa terhibur dengan kedatangan orang-orang berbeza menjaganya. Tapi bukan datang beramai-ramai sebab atok nak berehat sepanjang masa. Apapun, yang oenting adalah berdoa untuk kesejahteraan atok. Mudah-mudahan atok segera sembuh.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment