Aku rasa ralat. Atok sejak semalam ajak aku cari rendang untuk lunch. Kalau semalam aku memang penat coz dari pagi dah keluar sama atok pergi putrajaya dan serdang. Cari je la kat LD, x ada pulak sebab b4 tu Pakngah kata situ ada jual. Atok ajak p Banting aku kata penat. So memang nampak lah atok kecewa. Atok kata wan yang nak rendang tu, wan dah sebut2 sejak 3 4 hari lalu. Allah. Memang ralat sungguh la rasanya. Tapi aku diamkan saja.
Hari ni pula sekali lagi atok ajak pergi Banting cari rendang. Aku menolak lagi dengan alasan aku x mahu keluar ke mana2 hari ni. Pastu aku dengar atok cakap seolah2 merajuk, 'ko x nak pegi atok pegi sorang je la sambil angkat kaki...'. Masa tu hati aku rasa kesal jugak la, tapi tak ada la rasa nak ubah fikiran. Juz mengharap agar atok kansel kan je. Yelah, aku nak spend time untuk tulis artikel jurnal. Dah seminggu bertangguh, x start2 lagi. Asal nak buat je ada kerje lain yang kene buat. Konon nak buat semalam, tapi lepas bawa atok keluar kat umah kene juga d urus. Sapu sampah, lap taik kucing, buang n bakar sampah termasuklah basuh n sidai baju di ampaian. Penat sangat sampai tengahari pon aku tak makan. So hari ni memang aku tak mahu buat kerje lain sebenarnya tapi tadi mak dah minta tolong kat dapur masak kejap. Ni aku sambung semula buat.
Tetibe aku tgok atok dengan keretanya pergi keluar belok arah Banting. Aik? Tadi kat dapur aku dengar wan nak masak rendag kerang untuk esok, so aku assume atok x jadi la p cari rendang kat Banting. Tapi apa jadi ni? Aku terus pergi dapatkan wan kat biliknya tanya atok p mana? Wan kata atok pergi Banting sama Amin. Ishk, biar betul? Tapi wan tak tahu atok pegi sana nak carik apa. Pastu aku pon saja nyakat wan atok pergi sebab cari rendang untuk wan makan yang wan nak tu. Wan plak kata mana ada dia nak sangat. Kalau ada, adalah. Wan cakap takkanlah sebab dia nak makan rendang atok pergi cari jejauh. Ermm, aku rasa, bukan wan yang nak makan sangat, tapi atok.. huhu. Apapun sebenarnya itulah tanda cinta atok pada wan. Aku tahu tu, dalam garang2 atok, atok sangat sayang dengan wan. Dalam rajuk atok kadang2 dengan wan, wan juga jadi keutamaan atok. Aku tahu.
Sekarang aku harap agar benar atok pergi keluar tu sebab nak cari rendang, moga2 ada lah. Dan yang penting jangan pula atok terus merajuk dengan aku. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment