Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Perancangan Hari Keluarga


Fuh... Tak sangka tarikh ni makin dekat. Hari keluarga ni kalu ditanya siapa yang punya idea nk buat ni, aku rasa semua akan cakap aku. Eh, bukan aku....betul.. kalu aku pula ditanya siapa yang punya idea? aku akan cakap ni idea Paklong. Paklong dari zaman atok ada lagi dah cadang buat hari keluarga. Dan alhamdulillah, trip ke Terengganu bulan Mac 2015 kelihatannya berjaya, sekali pun banyak waktunya atok lebih memejamkan mata dan berehat di bilik sahaja. Tapi masa tu Paklong dan ramai lagi tak join. Tak apalah. Itu dikira pemula kepada perancangan hari keluarga yang seterusnya.

Tapi yang ini, aku dapati ia idea Yan dan Kina. Masa bulan 12 atau 1 hari tu entah sempena apa kat rumah ni, diorang berdua dok bercerita kalu2 family ni dapat berkumpul di satu tempat lain macam kitorang kecik-kecik dulu. Tapi kalu ditanya pada diorang, gamaknya sikit pun tak ingat apa lagi nak mengaku ini idea mereka. Ya, aku sendiri bukan jenis yang suka2 nak plan sesuatu kalu tau ia sukar. Pengurusan program kat sekolah tu da banyak kali aku rasa. Sekolah wajib buat program, tapi selagi tak da siapa yang bergerak aktif memang tak nampak la apa progresnya. So, yang ini, sekali pun bukan idea asal aku, insyaAllah aku beri komitmen sebaik2nya. Tapi seperti diorg yang lain juga, aku perlu berkomitmen dengan kerja sendiri juga, hal2 penulisan aku pon kena maintain juga. Tak apalah, selagi mana semua suku sakat ni bekerjasama, aku tiada masalah sekali pun terlantik sebagai penyelaras program. (tau dah xda sapa yang mahu...haha).

Sebenarnya, dari awal tahun dah puas cari mana tempat yang okay, yang dapat menampung keperluan jumlah family yang ramai. Memang asal2nya banyak la cadangan yang tersenarai Tapi, pendek cerita, bookinglah 2 buah villa di Melaka dekat2 A'Famosa Resort. Tak pergi lagi tengok. Setakat ni kitorang juz explore di fb n blog villa tu je. Harap2 selesa n sesuai buat semua family. Memang betul, nak memenuhi kehendak semua memang payah. Dengan adanya tolak ansur daripada semua, insyaAllah lanca lah walau di mana lokasinya pun.

Setakat ini, aku dah release jawatankuasa program ni.. eh, program? Macam buat event sekolah je aku ni..haha.. tak la, kire program juga la.. bila ia dirancang, maka dah tentunya ia namanya event bila mana melibatkan keahlian yang lain. Nak tak nak boleh al aku katakan, perancangan ini bakal menjadi sebuah event yang bersistematik. Bukan main jalan je. Kenduri kawen pun kena plan leklok kan...




Daripada jawatankuasa yang aku dan yan bincang, aku rasa semuanya boleh beri kerjasama termasuklah bg idea apa2 yang patut. Ada yang bertanya, sesuaikah mereka dengan tugas2 yang diberikan tu? Alah, relaxlah, kita kan buat sama2. Ini event kita. Di sinilah peluang untuk masing2 tunjuk bakat mengelola program sekali pun berperanan kecil daripada Kak Miza, sampaikan ke Illmi.

Program 2 hari tu, dapatlah aku gambarkan oenuh manfaat dan aktiviti. Ia tidak sekadar lepak2, main2, borak2 semata2. Seiring dengan usia kebanyakan family, pengisiannya perlulah ada. Apa pengisiannya. Tu nanti aku susun selepas diorg yang free melawat lokasi. Tapi dalam masa sama idea daripada yang lain sangat diperlukan. Kalu aku sensorang fikir, gamaknya nnt jadi majlis hari kecemerlangan sekolah lah...hahaha....Sebenarnya, aku tak de masa sangat nak fikir. Once fikir aku akan terus wasap kat diorg. Harap2 selepas raya gerak kerja jawatankuasa akan bergerak aktif. 

Ya Allah..berkatilah program kami ini nanti.



Saturday, April 18, 2015

ATOK PULA PERGI

Akhirnya atok pergi jua. Sungguh pun disedari ia akan berlaku pada bila-bila masa, secara peribadi aku tetap tak putus-putus berharap agar ia bukanlah dalam waktu terdekat. Terlintas di hati aku pada hari wan ke rahmatullah terdahulu, biarlah atok tetap bersama-sama kami dalam tempoh lebih 5 tahun. Memang aku bukan Tuhan untuk menentukan cepat lambatnya nasib seseorang, namun tetap juga aku tetapkannya untuk menyedapkan hati sendiri biar pun tahap kesihatan atok yang dikira lanjut usianya tidaklah baik sangat. 

Dalam usia 87, memang dikira bonus jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia atok yang telah lama pergi dahulu (Tapi aku perhatikan ramai suku sakat atok seperti mak-mak dan bapak-bapak sedare atok memang brusia lanjut. Hanya ayah atok sahaja yang dikenalpasti pergi dalam usia yang muda, 20-an). Jadi, segala kemungkinan yang bakal berlaku sepatutnya patut kami hadapi dengan persediaan mental dan emosi. Lebih-lebih start atok mula disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, kami dah tahu saat atok pergi semakin hampir dari hari ke hari. Tapi mungkin sbb berfikir positif dan berdoa yang baik2 buat atok, membuatkan ada antara kami yang meneruskan kehidupan seperti biasa. (masih dalam keadaan kesal sebab mengambil masa yang lama untuk makan dan borak bersama-sama uda dan ucu. Mujur sempat berada di sisi atok di masa itu).

Bercerita tentang kejadian tadi, sekitar 10.30 aku menjengah masuk ke bilik atok. Masa melangkah masuk pintu pertama, Syida pula melangkah keluar sambil teresak-esak. Aku tidak ambil peduli sebab tau syidah tu memang begitu. Sejurus masuk, aku tengok abah dan kemal sedang mengurut dada atok. Kelihatan sukar untuk atok bernafas sebab ada terdengar macam jerih. Ucu dan uda pula menyangka atok nak buang kahak. Uda siap cari besen dalam toilet sebelum diserahkannya pada aku yang diminta uda mencapai tisu. Lepas tu aku yang berada di tepi kaki atok menghulurkannya kepada abah untuk disuakan kepada atuk. Tapi, atok seolah-olah macam cuba nak batuk tapi tak jadi. Yang berlaku atok menarik nafas panjang sebelum dilepas secara perlahan-lahan. Aku mula kaget. Abah dan Kemal cuba menyedarkan atuk. Dalam hati aku berharap-harap agar atuk cuma pengsan sebab penat bernafas tak lancar. Mana taknya, sejak 2 3 hari lalu susah sangat atuk nak bernafas. Malam tadi pun atok tak dapat nak tidur agaknya disebabkan nafasnya tak teratur macam orang asthma. Macam aku pun, kalu datangnya penyakit ni memang merana lah tak tidur semalaman sebab terdengar bunyi nafas sendiri selain dada berombak. Sementara si Azam yang sedang baca yaasin mula tersekat-sekat dan mahu berhenti tapi abah suruh teruskan bacaam. Pak Uda dari hujung katil sebelah memandang bersahaja. Apa yang bermain di fikirannya tak dapat aku pastikan. Ucu yang sedari tadi di sisi sebelah kiri atok berjuraian air mata. 

Melihatkan atuk tiada respon, abah minta aku call hidayah jika ada di sini. Tapi Yan jawab Dayah dan Arif tiada di sini. Arghh.. last2, aku minta semua datang. Masa tu aku tak berani nak kata atuk dah tak ada. Akhirnya abah suruh Kemal panggil pegawai kesihatan untuk mengesahkan ketiadaan atuk. Memang benar, atuk dah tiada sejak tadi. Mudah sangat. Kalau tengok drama kat tv tu, maa-syaa-Allah, payahnya ruh dan berpisah dengan jasad. Sedangkan atuk, tenang. Sekali lagi aku rasa tertipu (masa wan dulu tu aku rasa tertipu sebab menganggap selagi mana kaki wan hangat or x sejuk bermakna wan masih ada. Kira-kiranya, kalau ruh dah naik sampai ke lutut, bermakna kaki dah sejuk. Tapi rupa-rupanya teori aku salah. So, tadi, lepas tengok atok dah tak da, aku try pegang kakinya, memang masih hangat. Cuma yang aku harap, atok pengsan saja. Tapi, aku saja yang menipu diri). Aku ni pun satu, bukankah dulu masa beberapa orang kaum Yahudi cuba menguji nabi tentang persoalan ruh, nabi menjawab berdasarkan firman Allah yang mafhumnya, 'Tatkala kamu ditanya mengenai ruh, katakanlah (wahai Muhammad), ianya di dalam pengetahuan Allah semata-mata'. Tak apa, nanti aku tanya Dr. Hidayah kalau dia dapat explain sikit tentang teori aku yang ternyata meleset tu walau pun sedar, perkara-perkara metafizik ni para doktor pun tak mudah nak beroleh jawapannya.

Perginya atok antara jam 10.30-10.40 pagi biar pun dalam sijil kematiannya 11.00 pagi. Ah, sama saja, yang pasti atok dah pergi. Cuma perginya atok ni tidak terlalu menganggu emosi aku seperti mana masa wan tahun lepas. Masa wan, maa-syaa-Allah, bukan aku je yang berjurai air mata, majoriti suku sakat yang lain pun sama. Tapi bila atok ni, mungkin ramai yang tabah. Hanya ketentuan-Nya, kami tak menyangka hari ini adalah hari untuk atok pergi tanpa dapat kami ramai-ramai di sisi atok macam wan dulu. Nak mengungkit sesiapa yang tak bergegas balik bilamana di maklumkan keadaan atok yang semakin uzur, benda tu dah berlaku. Mujur aku tak tergeark hati nak keluar ke Sepang untuk latihan nasyid negeri. Tak apalah, yang penting waris-warisnya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat atok. Pak Ngah pulak, siap tanya, 'perlukah kita bersedih?' Ishk, susah aku nak jawab. Tapi pada aku, bergantuglah pada diri masing-masing. Tak salah pun nak bersedih sebab itu satu proses kita bermuhasabah diri mengenai hubungan kita dengan mana-mana arwah tu. Mungkin ada manis, pahit, masam dan masin yang boleh kita imbau untuk kita tergerak hati secara berterusan mendoakannya. Kalau buat slumber macam tak ada apa-apa berlaku, macam something wrong pula kot biar pun 'hidup perlu diteruskan'. Nabi pun tak larang. Cuma jangan meratap merayu sudahlah. Sedeh, tapi tidak ditunjukkan.

Allahu rabbi. Rasa pelek malam ni tak buat rutin biasa. Masuk bilik atok petang-petang dan sembahyang jemaah dengan atuk sebelum tengok berita sama-sama dan makan malam. Kemudian cek tekanan darah, timbang berat n bagi makan ubat. Ya Allah... Tak pernah aku rasa rutin itu satu bebanan. Aku dah biasa dengan rutin itu sejak hampir setahun lalu biarpun aku sibuk dengan hal-hal sekolah. Lagi ralat kalu atok kata, kalau aku tak makan, atok tak nak makan. Kalau aku berkursus berhari-hari, atok merungut asik berkursus je. Kalau balik petang-petang pun sama, katanya, cikgu mana ada kerja sampai petang. Ishk. Tu zaman cikgu Zainal memanglah, tok....

Selepas seluruh waris dan suku sakat dihebahkan tentang atok, seawal jam 11.30 ramai dah datang. Kami seisi rumah sibuk mengemas rumah untuk persediaan pengurusan jenazah, layat n solat. Rasanya pantas juga kami buat sebab dah ada pengalaman setahun lalu. bezanya, dulu ada masa panjang nak buat sedari malam bawa ke pagi. Tapi tadi, hanya menhambil masa beberapa jam saja semuanya dah siap. Rata-rata yang datang tertanya-tanya apa sebab kematian atok. Ada juga yang bertanya-tanya kenapa tak beritahu keadaan atok sebelum ni. Atok sakit apa, dan lain-lain respon saudara-mara.

Sepanjang menguruskan jenazah atok, tak da pula yang menyulitkan. Daripada pemandian hingga mengkafankan serta solat. Hatta di kburan pon mudah dan cepat. Ada yang bertanya orang masjid dah datang ke untuk mandikan jenazah? kain kafan dah ada semua ke, siapa potong? Imam masjid dah diberitahu untuk solat jenazah ke? Ada pula yang menjawab, 'Nizam dah uruskan', 'anak-anak ucu yang mandikan' dan lain-lain jawapan sesama mereka. kelihatan mereka seakan-akan percaya dan tidak percaya bilamana semuanya diuruskan oleh anak cucu atok sendiri. Alhamdulillah, tiada yang meragui.

Apapun kini, aku dan kami semua yang lain, perlu menerima hakikat atok dah tiada. Atok pergi dengan tenang dan mudah. Proses menguruskannya pun lancar. Apa lagi yang mahu aku kesalkan? Hampir semua cucu atok dapat melihat wajah terakhir atuk. Tidak perlu aku ragui tentang amal ibadah serta jariah atok sebagai bekalan ke alam sana. Dalam diam aku sendiri 'admire' dengan sifat pemurah atok. Contohnya, biarpun atok sejak setahun lalu tidak lagi ke masjid, atok hulurkan sejumlah duit yang diperutukkan dalam tabung masjid semasa solat Jumaat melalui aku saban bulan. Katanya, niatkan untuknya dan wan. Sekarang dan untuk hari-hari yang seterusnya, in-syaa-Allah akan ku konsisten dengan saranannya itu.

Bercakap mengenai kenangan, pastinya setiap daripada kami ada cebiasan kenangan bersama-sama atok terutamanya di akhir-akhir hayatnya. Biarlah ia tersimpan di hati masing-masing. Aku sendiri belum ada kekuatan untuk mencatatnya satu demi satu. Catatan ini pun, biarlah menjadi bahan sejarah pada anak cucu cicit atok jika ada di suatu masa nanti mahu mengenali siapa atok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu.




                                                                    

Monday, March 16, 2015

KINI SETELAH SETAHUN BERLALU

Hari ini, genap sudah setahun wan pergi menemui Ilahi. Apa khabar wan di sana ya? Moga2 baiklah keadaannya. Aku percaya, anak cucu wan sentiasa mengingati wan melalui kiriman al-fatihah serta yaasin. Insya Allah. Mungkin ada sebahagian daripada kami masih galau hatinya, mungkin aku juga. Tapi tiada apa yang dapat mengembalikan semula wan ke dunia bersama-sama kami. Ah, aku ni. Bila nak cerita pasal wan mulalah nak berkaca mata ni. Apa-apa jelah.

Hari ni, hari ketiga kami sekeluarga keluar bercuti-cuti Malaysia dengan destinasinya sekitar pantai timur. Destinasi ini merupakan idea atok. Asalnya atok nak jalan ke Terengganu sebab nak lawat Arif yang sepatutnya ditgaskan ke hospital sekitar negeri ini. Tapi yang berlaku, Arif buat rayuan tak mahu ke sana. Sebaliknya, perancangan ke sana tetap diteruskan. Dan sekarang ini kami sedang berda dalam mode bercuti. 

Bagaikan sebuah janji, di tarikh setahun wan pergi, kami seolah-olah bergembira bercuti. Tidak. Sesekali tidak. Memang ia berkebetulan tetapi ia dirancang secara tidak sengaja. Allahu Akbar. Tapi atok ni pulak, sepanjang berjalan-jalan ni lebih banyak berehat di bilik. Makan pun tak berapa banyak. Malam-malam lebih suka tidur awal. Kadang-kadang mengelak daripada makan. Nampak atok lemah je, mungkin sebab atok tak makan. Boleh jadi atok demam sebabnya bilik dalam keadaan sejuk. Sedangkan di rumah pon ad aircond tapi tak pakai apatahlagi di hotel-hotel. Keisannya atok. 

Apapun ya Allah, harap-harap percutian ini dapat menggembrikan atok. Jika ada rezeki nanti akan ada percutian lain di tempat lain. Syaratnya atok kenelah sihat semula kan. Insya Allah, esok balik rumah atok okay lah balik ya.


Friday, February 6, 2015

SYUKUR DI JANUARI

Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran kepada Tuhan, atas setiap kurnian-Nya yang tidak ternilai bagi hamba-hamba-Nya yang tahu erti syukur. yang tak reti erti syukur memang akan merasakan tidak cukup atas apa-apa yang telah Tuhan-Nya berikan. Harap-harapnya, aku ni antara golongan yang bersyukur biar pun kadang-kadang aku rasa ada yang tak lengkap dalam kehidupanku, Biarlah, yang pasti, semakin meningkat rasa syukur, makin lagi kurniaan yang akan dia perolehi. Namun, tidak bersyukurnya dia, sedikit pun tidak menjejaskan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa yang menguasai alam sarwajagat ini.

Apa yang aku merepek pasal syukur-syukur ni? Ah, dah basi punya isu baru sekarang sempat nak tulis. Tak apalah. Nanti bila-bila masa dah tua kalau dibaca semula sekurang-kurangnya adalah kenangan yang boleh disingkap kembali. Januari lalu, keluarga ini menerima ahli baru, Aisy Iman, anak Amin pada tanggal 19. Kesian dia, beberapa hari tak berapa sihat kerana demam kuning. Kene enjet berkali-kali. Moga sekarang dia dah sihat. 

Kemudian tanggal 29 mak bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dijawatnya selama 33 tahun. Aku tak pasti yang ini syukurku atas kerana apa. Mungkin sebab lepas ni aku tak ada lagi buat kerja sekolah mak yang berasaskan on-line dan komputer. Yelah, dalam dunia pendidikan sekarang ni tak mudah kerja seorang guru. Untunglah mak bersara sekarang. Ada cikgu-cikgu lain tega menungu sampai 60 tahun sedangkan mereka tahu sistem pendidikan ni bersifat dinamik yang memerlukan guru mengeksplorasi pelbagai medium untuk mendapatkan bahan dan menyelesaikan tugas. Dalam pada tu, rasa ralat juga sebab mak juga idola aku dalam kerjaya yang sama ni. Kalau mak jenis cintakan murid sampai tak rela keluar berkursus dan buat kerja-kerja pengurusan sedangkan aku sebaliknya. Selagi ada ruang dan peluang, suka sangatlah aku pergi berkursus...hihi. bukan tak sayang murid, tapi itu satu cara untuk aku dapatkan ketenangan daripada rutin biasa yang dilalui sepanjang sesi persekolahan. 

Petang lepas mak beersara tu, Sakinah pula dapat berita dia berjaya dalam temuduga Shell sebelum itu. Entah apa kekuatannya, yang pasti dia dapat kerja yang aku kira bagus dari aspek background syarikat serta dekat dengan rumah. Sedangkan dalam masa sama aku harap dia dapat penempatan di kementerian perumahan supaya senang la nanti aku nak apply rumah kerjaan..haha..

Selain petang tu, malamnya Belang beranak tiga. Sepatutnya anak Amin lahir tarikh ni yang bersama-sama dengan mak, Ilmi dan Aref, tapi Belang pulak punya masa. Tak kisah la. Nak kata ini satu perkara yang menggembiarakan tu, tak de lah sangat. Tapi itu juga rezeki dari Tuhan, setiap suara 'meowan' mereka tu tentunya zkir dan doa. Harap-harap ada la doa buat kami ni daripda berbelas-belas kucing yang ada,

Apapun, kegembiraan yang seterusnya, atok punya kesihatan stabil. Bengkak di muka dan kaki kejap ada kejap hilang. Tak apalah. Harap berterusan stabil. Kerjya aku, bolehla kata sibuk. Ah, aku ni sibuk aja. Apa-apa jelah. Janji ada faedahnya yang aku dapat daripada kesibukan aku ni.

Sunday, October 5, 2014

CERITA ATOK DI RAYA HAJI

Aidil Adha kali ini seperti aidil fitri yang baru lepas tempoh hari, Hambar tanpa wan. Hambar juga sedara-mara wan x datang beraya. Benar kata abah dulu2, selagi mana wan n atok ada sedara mara memang berduyun2 datang. Sekarang ni aku da lihat, sedara mara wan yang tentunya semuanya bertaraf anak sedaranya dah ramai yang x datang. Lalu rumah ni dah kurang meriahnya sedangkan ziarah di raya haji n raya puasa lebih kurang sama biasanya di rumah ini. Tak mengapalah. Itu antara 'lesson learn' yang dapat ku ambil setakat ini. Moralnya, tidak beraya n berjalan ke mana-mana time raya bukan masalah kerana bila orang datang rumah kita juga namanya beraya, Kalau dulu aku asyik bertanya hari ni nak ke mana esok nak ke mana pada abah n mak, tapi tidak lagi kali ini. Atok di rumah, siapa nak jaga. Tapi yang berlaku, atok pulak nak berjalan time raya biar pun selalunya atok jarang nak bersiar2 naik kereta. Ok lah tu.
Bercerita pasal atok keluar bersiar, semalam, lepas sembahyang raya, atok ajak jalan ronda-ronda Paya Indah, Aku ni ikutkan tak ada mood coz demam, tapi mengenangkan yang selalunya aku sibuk tak apalah sesekali aku korbankan diri, Nak tengok orang sembelih lembu korban kat surau aku ni jenis fobia tengok darah. Kalau nak p pon skadar jenguk kan kepala. So, baiklah lagi aku bawa atok keluar sementara atok ada mood. Sebenarnya, atok ada misi nak ajak keluar nim bukan saja-saja.

Start asuk kereta, atok mula bercerita pasal wan. Start dari atok kenal wan sejak kecik, sampaila ke saat kematian wan. Tidaklah detail semua cerita atok, juz cerita mana2 part yang penting. Antara yang atok cerita...

1. Atok kenal wan masa di zaman british masa atok bermain di kawasan kampung di kelanang. Mereka langsung tak pernah bercakap apatahlagi berborak. Hanya nak disebutkan, atok kenal wan pertama kali masa tulah. Tapi yang hairannya, Tok Alang Jako, abang atok tu yang lebih friendly n close dengan family wan. Aku tanya, adakah tok alang tu suka kat wan? Atok kata tak, tapi dia selalu datang umah atok Majid n selalulah berborak dengan wan. Hatta sampai atok da kawen dengan wan pon, tok alang n wan masih berborak macam member2 je. Tapi, dengan atok, wan malu segan.

2. Atok cerita wan ni suka mengumpul harta. Antaranya duit. Sejak dulu2 wan akan mintak atok duit pada setiap 10hb setiap bulan Atok kata dalam 2 ke 3 ribu. Aku heran, banyak betul gaji atok? Rupa2nya plus2 dengan duit kebun atok, patutlah banyak. Siap atok kata, kalau wan ada lagi memang bertambah kaya raya lah wan coz wan dapat duit wan x joli, wan simpan terus dalam bank x dibelanjakan, Asal nak beli barang atok juga yang bayar. Patutlah kat hospital aku perhatikan wan mudah dipujuk dengan duit. Wan mata duitan? Hahaha, tak lah. Wan sebenarnya menghargai pemberian n dalam masa sama mengenangkan situasi zaman british n jepun yang hidupnya susah. Sebab tu wan tak nak membazir biar pun kain batik wan di akhir hayatnya penuh satu almari bagaikan saudagar kain batik! Tu belum lagi kain2, tuala2, langsir2, pinggan mangkuk, tapawe2 baju2 dan macam2 lagi yang wan buat koleksi sampai penuh rumah. Rupanya ada cerita di sebaliknya, itulah wan. Siap atok cakap lagi, kalau wan ada lagi tentu sekarang wan ada beli tanah lagi. Fuh, kayanya wan biar pun hanya seorang suri rumah dengan cara berjimat cermat.

3. Selain kisah di atas tu ada lagi sebenarnya. Tapi aku x lah detail. Antaranya sikap cemburu wan bilamana atok n wan keluar berdua ke mana2 khususnya di area serendah, ramai pompuan2 x kira anak dara or janda kata atok, menegur atok sedangkan wan ada di sebelahnya. Atok x pula bereaksi apa2 tapi muka wan masam mencuka sampai balik umah. Pada aku biasalah, da atok polis area situ, mesti ramai yang kenal...hihi.. Cerita lain, wan sangat menjaga pakngah agar tak de pompuan yang gatal2 dengannya. Pernah sekali kata atok, ada sorang pompuan mengaku tunang pakngah, sampai ke telinga wan, terus wan mengamuk sejak bila anak dia bertunang? kenal pon tak. haha...kelakar2x. dari sini aku lihat wan ni seorang protector kepada keluarga even x berpendidikan tggi, tapi sangat memahami situasi. Sebab tu kata atok, bila wan bebel n marah2 atok senyap je. Erk, ye ke? Yang aku selalu nampak atok yang marah2. dah la garang giler. Kami cucu2 pon takut giler. Tapi da atok kata wan lagi garang, aku x kata apa lah. Mungkin time atok marah wan x menjawab n begitu juga sebaliknya. Boleh pulak atok kata, kalu ikut hati au je atok tinggalkan wan, tapi ada bapak2 sedare atok bagi kaunseling kat wan n atok bila bergeseran....hihi..

Tapi itu semua tinggal kenangan pada atok, Untuk tidak terluput begitu saja, sengaja aku catatkan di sini, kalau tak orang lain baca sekurang2nya aku akan baca sendiri pada bila2 masa (Konon lah tu, nak update cerita pon susah n bizi apatahlagi nak baca semula..hihi). Cuma banyak la moral yang atok nk hilightkan kat aku, tapi pepandailah aku serap kat kepala ni satu2.

Sepanjang bercerita tu, aku drive masuk keluar paya indah, lalu perkampungan selangor dredging seterusnya ke dengkil dan balik melalui kota warisan. Sempat juga menyinggah beraya ke rumah wan long ani di belakang pejabat pos. Sepanjang atok cerita atok xde la sebab ke menangis ke sedeh ke apa, sekadar bercerita macam biasa even masuk part ketika wan dah nak pergi, tapi aku pula yang cuba tahan2 sedih. Dah la raya, atok pulak bukak cerita. Mungkin atok rindu wan, tapi bila ajak ke kubur atok kata nak ajak poklong pergi petang nanti, tapi tak ada pulak pergi malah poklong terus balik KJ. 

Ya ALlah, stabilkan kesihatan atok. So far atok makan ok, buang air kadang2 x ok, berat badan n tekanan daqrah stabil, tapi kat lengan atok kata epul ada kesan lebam2. Jap lagi aku nak cek. Ops, ada atok kata nak buat korban tahun depan kalau panjang umur, ajak aku share dengan mana2 anak cucu yang mahu, tahun ni atok kata atok lupa, aku pon terlupa sampai bila gaji kuar abru aku teringat nak wat tapi abah kata da last minit. Tak apalah. wallahu a'lam.

Saturday, July 26, 2014

Solat Tarawih Dengan Atok

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Hari ni, malam 29 Ramadhan 1435H.
Selama 27 Malam aku bertarawih dengan atok. Sedari sebelum bulan puasa atok dah booking aku untuk bermakmumkan aku. Hanya malam 21 aku ke Masjid Putra n malam 26 aku demam, aku buat sendiri. Ada sedikit keralatan dalam hati kerana tak ikut abah dan mak ke masjid atau surau seperti tahun2 sudah, tapi aku pujuk hati untuk menghappykan atok. Melihat kesungguhan atok nak berterawih biarpun 8+3, aku jadi terharu. Kenapa tidak aku tidak meraikan kesungguhan atok tu? Memang sesekali aku duduk dipertengahan rakaat di kerusi yang memang tersedia awal2 di belakangnya, tapi tetap atok bersemangat. Lagi2 bersemangat sedangkan atok sendiri x dapat nak berpuasa sebulan macam yang lain. Ada malam semalam, aku masih demam, aku bagi hint nak excuze tarawih sebab batuk2 n bersin2, atok kata boleh juga, so, teruskan je lah. Ikutkan bukan tahun ni je berjemaah dekat rumah. Selain daripada bersama mak abah dan lain2 masa kenduri buka puasa sama2, ada juga banyak kali mengimami wan tanpa atok. Masa tu wan dah tak berkuasa nak pergi masjid n atok macam biasa jarang miss ke masjid. Tapi, sekarang fully dengan atok jelah. Ada sesekali fikiran aku melayang terasa wan ada di belakang, tapi cepat2 tersedar bila atok mengaminkan alfatihah, mana taknya, kalau dengan wan, mana ada wan sebut 'amin' kuat2 kan..haha..
Apapun, Ya Allah.... terimalah amalan kami ini. Mungkin tak sama amalam ini yang dibuat di masjid dan rumah, namun moga2 amalan ini dapat memberatkan lagi neraca pahala melebihi kekurangan daripada kecacatan amalan puasa dan perbuatan yang sia2 sepanjang ramadhan ini. Moga2, pada tahun hadapan aku masih dapat mengimami atok dalam solat ini seperti tahun ini. Insya ALLAH. 

Saturday, June 28, 2014

Kemalangan OTW Makan Di Luar

Astaghfirullah al-Azim.

Malam tadi, Epul bersama Azam n Syidah menerima pelawaan Pak Ngah untuk makan di luar sekitar Bangi. Sebelum tu, di petangnya aku sendiri dah tau dan dengar. So malam tadi, mereka bertiga pergi dengan kereta berasingan. Aku tak sedar pun bila mereka pergi, tapi aku dapat panggilan dari Syidah yang nak bercakap dengan atok. So, aku bawa hp aku ke atok. Aku dengar syidah maklumkan kat atok yang dia dah keluar. Konon2nya minta izinlah. Dan dari perbualan mereka, atok asik mengulang2 tanya sebab x berapa jelas sampaikan aku pun kene dengar apa yang Syidah nak cakap. Tapi, lepas tamat perbualan, atok tanya aku, 'ko nak pergi x makan kat luar tu?' aku jawab 'x mahu lah, dah kenyang,'. Atop pon tanya mana abah pulak, kata atok dia nak ajak abah pergi. Tengok2 abah tengah tidur. So, aku call la semula diorg kot2 diorg masih di area sini, nak tanya diorg ke ajak atok p? Tadi kenapa x cakap dengan atok awal2? Ni atok nak pergi pulak. Tapi, diorg kata diorg nak patah balik even da sampai Dengkil. Disuruhnya aku siapkan atok. Kalau mavam tu baguslah. Dalam pada tu, atok pon merungut, dia memang tak mau pergi pon, Pak Ngah sendiri dah ajak atok berkali2 tapi atok memang tak mahu. Tapi bila Syidah telefon, atok fikir cucunya tu mengajak atok pergi sekali. 

Sedang atok bersiap, sekali lagi Syidah kol. Katanya, mereka terlibat dalam kemalangan. Allah. Aku tanya, ok ke tak? ada yang cedera? Syidah kata mereka bertiga okay, tapi motor yang melanggar kereta 'ada apa2'. So aku pun beritahu abah, n abah lantas bangun n bersiap pergi. Sementara tu, atok dah stand by kat kerusi, aku cakap, diorg x jadi makan luar, diorg patah balik. Atok tanya kenapa? Aku cakap 'entah' aje sebab x jelas cerita sebenar. So, aku ajak atok makan terus. Kalau da tau cerita nanti tak pasal2 atok x mau makan kang susah pulak. Dalam pada tu, Pak Ngah pulak kol tanya abah dah keluar ke. 

Last2 aku pun bagitahu atok lepas atok tengok apsal abah keluar pulak? Nak ke mana? Kenapa pula diorg tak jadi makan luar? Bila da tau tu, atok suruh tanya bagaimana keadaan mereka. Time aku kol, syidah dah otw ke hospital di bawa oleh Pak Ngah, sementara Epul, Azam n abah pulak dah ke balai polis buat laporan. Dalam pada tu aku kol juga Uda di mana kot2 aku boleh ambil, rupa2nya Ucu dah p dulu n bawa Uda ke hospital terus. 

Sebelum tidur atok masuk bilik aku tanya, ada tak diorg post gambar dalam wasap or fb (atok tanya, ada diorg bg gambar dalam talipon?), tapi x da. Aku berharap mereka snap gambar di tempat kejadian. Beberapa ketika, Epul, Azam n abah balik. So, mereka pon berceritalah. Katanya... 

Epul nak masuk simpang belah kanan selepas melepasi jambatan Dengkil. Epul da bagi signal n berhenti untuk pastikan kenderaan daripada arah bertentangan jauh lagi. So, dengan keyakinannya, Epul pun beloklah ke kanan. Tapi belom sempat separuh daripada belakang kereta sempurna masuk ke simpang, ada sebuah motor2 tiba2 dah melanggar bahagian kiri kereta. Kereta bergoyang mungkin sampaikan Syidah yang duduk di tengah2, badannya bergerak menghentam pintu belah kanan. Kepalanya turut terhantuk. So, mereka pun keluar kereta dan beberapa org telah ada di sekitarnya. Mereka besama2 mengangkat penunggang motor, lelaki tanpa memakai helmet ke tepi bersama motornya. Masa tu dikatakan ramai orang dah ada di sekitar. Mereka juga bersama2 cari kad pengenalan mangsa namun x jumpa sampai ada yang merumuskan mangsa adalah orang pakistan, dalam begnya pula ada alat2 baiki kereta.

Selepas tu, ambulans datang amik mereka, Syidah di bawa ke hospital n Epul ke balai polis untuk laporan kejadian. Selepas buat resport di balai polis Dengkil, mereka di minta untuk ke balai polis BBST pulak untuk merakam gambar kereta. Sementara Syidah pulak pendek cerita setelah membuat imbasan x ray di kepala, doktor sahkan xde apa2 berlaku. Kaki Syidah pulak bengkak gara2 besi kunci stereng menghentak kakinya masa kereta dilanggar. Dalam pada tu, semasa di hospital mereka yang temani Syidah cakap masa kat hospital kad pengenalan mangsa dah dijumpai, seorang lelaki berumur 25 tahun, beralamat di Sungai Pelek, Sepang. Namun, x tahu ke mana destinasinya. Mereka dengar2 juga, mangsa dalam keadaan parah dan perlu jalani pembedahan. 

Hari ni, lepas pergi ziarah wan Andak dan lawat anak Afiq, abah ajak pergi ke hospital untuk ziarah mangsa. Dari dalam kereta dah kami fikir2kan apa kenyataan yang sesuai diucapkan oleh Epul masa bertemu. Tapi, samapai sana, dapat khabar, mangsa telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi ranji'un. Kami terdiam. Masa nak ke arah parking, Mak tanya aku, apa perasaan aku tentang berita itu? Dengan slumber aku kata, 'sedeh'. Mak jawab, sedeh tu mestilah sedeh, tapi situasi Epul macamana? Mak kata, sebagai mak dia rasa lain. Dalam kereta abah usulkan sedeqahkan al-Fatehah untuk arwah yang kami baru tahu  namanya, Mohd Suffian bin Othman. Secara peribadi, macam2 kat kepala aku fikirkan berkaitan kejadian itu.

1. Siapa yang bersalah? Epul sebagai pemandu kereta yang masuk simpang?. Mangsa yang menunggang motor yang melanggar kereta? Atau unsur2 lain melibatkan faktor tempat? Atau juga disebabkan pihak2 lain yang termasuk dalam perancangan makan di luar secara langsung atau tidak sama ada yang pergi atau yang tidak pergi?

2. Apakah kedudukan Epul sekarang bilamana mangsa sudah meninggal dunia akubat kecederaan parah di kepala? Epul akan didakwa atas kejadian itu? Itu pun berlaku jika Epul benar2 di pihak yang salah tanpa ada unsur keraguan.

Ya ALLAH....
Hanya kepada Engkaulah kami serahkan segala ketentuan. Memang semuanya itu adalah satu takdir yang telah Engkau tentukan. Untuk mangsa, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba2Mu yang beriman. Untuk Epul, moga dia tak disabitkan bersalah atas kejadian itu. Moga2, kejadian itu memberi pengajaran kepada kami semua seisis rumah, seisi keluarga dan seisi kekerabatan yang mengetahui kejadian ini secara langsung atau tidak. Berkat Ramadhan yang bakal hadir sebentar lagi, moga2 semuanya dalam keadaan yang baik2 sahaja. Insya ALLAH.. Ameeeeennnnn.....














Sunday, June 1, 2014

Atok Dah Buat Keptusan

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.





Setelah berfikir, berbincang dan bertimbang tara kesan dan kebaikan daripada 3 option yang ada, akhirnya keputusan dah diambil. Esok atok operation untuk keluarkan tiub yang berkulat. Entah bagaimana boleh teerjadi, doktor pon tak pasti. Jawapan yang diberikan sebelum ini tatkala ditanya hanyalah sekadar kemungkinan2. Memanglah Allah Yang Maha Mengetahui, tapi tak kan tiada pengetahuan daripada doktor untuk memberi kepastian? Tak apa lah, aku yang guru ni pon bukannya serba tahu. Begitu juga doktor dan lain2 profesion.

Poklong, Pakngah dan abah dilihat sepakat, tiub berkenaan dikeluarkan dari perut atok. Untuk seterusnya, option 3 itulah yang harus dipilih. Setelah menimbang dari segala segi terutamanya tahap kesihatan atuk, maka atok akan mengambil ubat-ubatan sahaja buat masa ini. Namun, setiap minggu atok harus bertemu dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan atok stabil dan memuaskan. Namun jika ada masalah berkaitan, nampak gaya tiub baharu akan dimasukkan bagi mengeluarkan air dan memasukkan air secara manual atau mesen seperti sebelum ini. Syaratnya, ia mestilah setelah 6 minggu kemudian di mana dalam waktu itu kesan tebukan di perut atok dan baik sepenuhnya. Kalau tak sembuh sepenuhnya ditakuti bila buat lubang baharu di perut atok akan wujud pula jangkitan lain pula.

Keputusan yang diambil nampaknya selari dengan atok. Atok yang aku lihat, lebih kepada nak buang tiub dan makan ubat semata2. Tapi persoalan bagaimana nak urus kotoran n toksin dalam badan atok, kami pon tak dapat faham, fikir n ketahui dengan jelas. Tapi dapat aku bayangkan, untuk atok sihat cergas dan kuat selepas keluarkan tiub yakni tak lagi melakukan proses keluar dan masukkan air di badan, maka atok kene buat aktiviti sihat seperti rutin atok sebelum sakit ni. Kene hirup udara segar setiap pagi, makan macam biasa, berjalan2, berbual2, mengeluarkan peluh dengan apa2 cara dan seumpamanya. Atok juga harus berterusan menguatkan mental dan fizikal n jangan mudah putus asa dan letih dengan ujian yang menimpa serta sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apa yang penting juga, seluruh keluarganya harus memberikan sokongan moral terutamanya berziarah, menghubungi dan bertanya khabar agar atok tak rasa terasing dan kesunyian. 

Ya ALLAH, semoga keputusan yang diambil ini merupakan keputusan yang terbaik untuk diri atok, diri kami dan keseluruhannya kehidupan kami sekeluarga. Stabilkanlah kesihatan kami semua agar dapat terus berbakti pada ibu bapa, atok nenek dan keluarga kami terutamanya berterusan dalam melaksanakan amal dan ibadah demi-Mu. Aamiiiiiinnnn.

Sunday, March 30, 2014

Alahai Atok

Atokku kuat dan lincah, garang dan tegas, mesra dan penyayang kini terbaring dan menyendiri. Dulu rajin ke sana-sini dengan kereta menjalar Dengkil-Banting, sarapan pagi di kedai, ke masjid hampir saban waktu, kini hanya di rumah. Langsung tidak mahu ke mana-mana. Puas aku dan yang lain-lain ajak berjalan-jalan, meronda ke luar kawasan rumah dan berziarah saudara-mara hanya digelengkan kepala. Alahai atok, aku rasa macam tak kena lah dengan karektor atok yang jenis tak lekat di rumah. Kalau tak mahu dengan aku, Akmal ada juga, pun tak mahu. Allah...

Menyorot kembali saat-saat wan melalui penyakitnya dengan sabar, aku lihat atok masih dengan rutinnya ke sana-sini. Bukan atok kaki lepak atau keluar tanpa tujuan, tapi memang ada sebab dan alasan atok keluar. Hatta kalau nak beli sebunkus kelapa parut pon atok jenis rela keluar ke kedai. Berbanding aku, kalau setakat 1 2 benda nak beli, aku hold dulu cek kat dapur apa lagi nak beli. Pendek kata, atok memang jenis tak betah nak duduk di rumah. Kalau tak keluar berjalan pun, atok akan bersama pokok-pokok tanamannya iaitu sawit, pisang, ubi, nenas, durian dan lain-lain yang sebenarnya aku pun tak begitu arif pasal pokok-pokok buah, sayur mahu pun tanam-tanaman lain di keliling rumah ni. 

Tetapi sekarang, atok seolah-olah menyesali sikapnya yang tidak begitu menghiraukan wan di saat-saat wan perlukan perhatian dan penjagaan. Kenyataan ni aku dimaklumkan Ilmi yang ku lihat, atok lebih suka mengadu kepada cucunya yang seorang itu. Sedangkan aku dan 3 lagi cucu serumahnya tidak pula dikongsi cerita. Tak mengapalah, masing-masing ada aura tersendiri untuk menarik perhatian atok. Jadi, bila Ilmi cerita aku rasa tidak sepatutnya atok berperasaan begitu. Ikutkan sepanjang wan di hospital dan juga di rumah, wan dijaga sebaik-baiknya. Si Kina aku boleh kata macam leaderlah. Mana taknya, di hospital dia antara individu awal menjaga wan, sampaikan hal ehwal stoma care wan pun dia lebih expert daripada yang lain. Aku ni memang tak berapa nak faham. Malah nak tengok usus wan di perut pon rasa macam nak pengsan. Kalau tak Kina ada pun, Anis yang masih di rumah menunggu dipanggil kerja pun berkemahiran seperti Kina. Ucu pula lebih-lebih lagi mengambil perhatian pada wan. Mak Ngah pun juga saban petang datang membantu mana yang patut. Pendek kata, atok tak perlulah rasakan kekesalan tak jaga wan betul-betul. Bukan atok tak nampak, wan okay je sepanjang berada di rumah selepas pulang dari hospital. Sesekali ada jururawat klinik datang buat pemeriksaan ke atas wan. Hanya kerana penyakitnya, wan semakin tak bermaya dari semasa ke semasa. Itu bukan salah sesiapa. Dan bukan sahaja atok, kami semua yang lain tak perlu rasa ralat dengan keadaan itu.

Semenjak wan pergi, atok seolah-olah hilang semangat. Ikutkan pada pagi Ahad semasa pengurusan jenazah wan, atok kelihatan tenang walaupun sugul menunduk ke lantai. Saudara-mara datang berziarah atok sambut seperti majlis kenduri. Memang aku lihat atok seolah-olah boleh menerima hakikat biarpun sebenarnya pada masa itu bukan sekadar aku, malah kerabat-kerabat aku yang lain turut sama menahan rasa. Yang di dalam bilik, yang memandikan, yang mengkafankan, yang beryaasin dan bertahlil, yang di ruang tengah, yang di beranda, yang di luar dan semua hadirin yang ada turut sama khususnya sanak saudara aku lihat kesayuan di wajah masing-masing. Mungkin ada yang sedia maklum dengan keadaan wan kebelakangan itu membisikkan ke hati masing-masing akan kemujuran mereka mengetahuinya terlebih dahulu lalu menyempatkan diri berziarah wan di hospital mahu pun di rumah. Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan berita yang diperolehi. Apapun responnya, semuanya merelakan wan pergi lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak melalui derita penyakit yang berlanjutan. 

Memang, lebih kurang sebulan sahaja sejak wan di kesan penyakitnya, Allah memberikan tanda-tanda untuk menjemput wan ke sisinya sebagai persediaan kerabat-kerabat wan untuk menerima qada' dan ketentuan. Tidak terlalu cepat seolah-olahnya dalam keadaan tiba-tiba, mahupun terlalu lama seolah-olahnya menjadi satu penderitaan luar biasa. Berdasarkan pengalaman, pemberitahuan dan pembacaan mengenai tanda-tanda pemergian seseorang, aku rasa semua dah maklum dan mungkin bersedia. Tapi, aku saja yang buat-buat tak endah. Aku dari dulu selalu sebut 'wan muda lagi' bila wan kata wan dah tua. Contoh; 'Lutut wan sakit ni, picit skit. Biasalah, orang tua', 'ko bila nak menikah ni, entah sempat entah tak aku nak tengok ko,' atau 'wan malulah nak berjalan akai tongkat ni, macam dah tua je,'. Paling tak aku sebut, 'tengok Tun Mahathir dan Dato' Nik Aziz atau Agung tu, lagi tua dari wan, tau.". Tetapi hakikatnya, wan dah tak muda lagi. Aku sengaja nak menyedapkan hati. Tetapi, sekarang tak lagi. Biarpun wan dah pergi, kesemua individu yang aku sebutkan tadi masih sihat dan kuat menjalankan tugas masing-masing. Aku doakan mereka berlanjutan lagi kemudaan mereka. Nak doa untuk wan, wan dah tiada. Jadi, berbalik kepada yang tadi, tidak sepatutnya kami semua rasa terkejut dan kekesalan yang amat. Bak kata Pak Uda pada atok, tak perlu lagi mengenang-ngenangkan yang tiada, tak perlu lagi rasa bersalah kalau tak sempat tunaikan permintaan wan jika ada.

Aku dan juga kerabat-kerabat aku yang lain sejak hari pertama dah dinasihatkan saudara-mara supaya jangan biarkan atok bersendirian. Antara yang direct pada aku, Pak Usu Karim dan Pak Usu Mat Isa. Eh, apa pasal semua pak usu ya? Entahlah. Pointnya sama saja. Mungkin pada yang lain-lain pun mendapat mesej yang sama daripada sanak saudara yang lain. Dan alhamdulillah, sehingga kini kami saban masa bersama atok, pagi petang siang malam hatta masa tidur ada yang sama atok. Nak kata atok sunyi, tak lah. Hanya atok yang lebih senang nak tidur daripada berborak dengan kami. Tapi, bila cicit-cicitnya datang masuk ke bilik, memang bikin kecoh jugalah, atok siap kata dia suka dan tertawa sendiri dengan keletah mereka. Iqbal pun kalau datang atok suka biarpun cucunya yang itu jenis tak duduk diam. Bila mereka semua tu datang, memamg aku suruh picit kaki dan tangan atok. Jadi, atok pun rasa okaylah kot. Pak Ngah siap pesan juga pada aku supaya bagi nasihat-nasihat pada atok ala-ala motivatorlah. Ishk, atok ni bukanlah nak nasihat apa pun, aok ni lebih hebat dari aku. 'atok, bersabarlah. Sudah taqdir ke atas wan. Redhalah...', ayat macam itulah agaknya lebih kurang. Tapi, ayat ni macam formal benar, aku kalau cakap macam ni macam berdrama pula. Last-last nanti kalau atok menangis, aku terus terdiam pula, macam mana? Lagi-lagilah atok kenali aku bukan seorang yang ala-ala romantik. Cara aku cakap pun agak selamba. Sopannya agak kurang, tapi bukan bernada tinggi atau tegang, hanya tidak menggunakan laras bahasa yang 'skema' gara-gara hubungan aku dengan atok ni macam anak dengan bapa sebab dah tinggal sama atok sejak kecik-kecik. So, apa yang boleh aku cakap kat atok adalah, 'relaxlah tok, wan dah selamat kat sana dah, semua dah okay' dan seumpamanya. Ikutkan juga aku tak pernah nampak atok menangis sekalipun kesan mata berair. Tapi, mereka yang lain kata ada nampak. Jadi, tak ada situasilah yang nak aku memujuk dan melayan perasaan atok yang rindukan wan jika benarlah kerana itu. Mana taknya, 64 tahun bersama walaupun bertukar berek dan rumah, mana boleh atok lupakan wan dalam tempoh ini. Aku sangat-sangat berharap agar atok kuat hati dan tabah sepertimana Tok Cik Usop, Tok Itam dan Pok Long Madon yang melalui pengalaman teman hidup masing-masing yang diuji dengan penyakit dan pergi menemui Tuhan akhirnya. Please, tok.

Mengundur pada petang Sabtu selepas kenduri hari ke 7 wan, atok mengadu sakit perut dan rasa tak lalu nak makan. Lalu di bawalah cucu-cucunya beramai-ramai ke klinik. hasil pemeriksaan, tiada apa-apa komplikasi penyakit atok kecuali sakit perut kerana makan sesuatu yang pedas. Mana taknya, semalamnya, atok menyudu sambal belacan begitu saja. Memanglah perut jadi sakit. Atok ni kan... Bila balik tu masa aku picit-picit kepala watok, atok ada cakap, 'memang padan lah dengan atok, hari tu atok marah-marah wan sebab wan tak lalu nak makan, sekarang atok pulak yang rasa sendiri'. Atok oh atok. Atok ni cari penyakit. Wan tu pulak memang sakit yang masa tu tak dikesan lagi apa penyakitnya. Kemudian sejak dari hari tu atok sering tak lalu nak makan. Makan pun sikit-sikit je. Ada juga hati aku terdetik, 'atok ni macam saja-saja nak ambil feel tak makan macam wan, konon nak rasa juga apa yang wan rasa bila tak makan'. Entahlah. Bila dah tak makan, atok asyik rasa pening. Kadang-kadang atok rasa mual dan beberapa kali juga muntah. Itu pun gara-gara perut atok banyak angin, kosong. Setakat ni atok tak adalah nak minta makan apa-apa, apa yang dihidangkan di pagi petang siang dan malam itulah atok makan sekadar syarat kami tak bising dan paksa atok makan. Setakat ni juga atok suka makan buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Tapi atok makan skit je, yang banyak tu, kamilah yang harus menghabiskannya. Senang cerita, atok jadi tak lalu makan ni sejak seminggu selepas wan tiada, dan sebelum itu atok okay dan agak sibuk bersama anakanaknya menguruskan tinggalan-tinggalan wan sama ada harta bermanfaat dan sebaliknya. Kenduri hari pertama, kedua, ketiga dan kelima pun atuk okay dan bersemangat. 

Allahu Rabbi... Aku harap, atok tidak berterusan begini. Pada aku dan kebanyakan kami, kalau atok makan semakan-makannya macam biasa, Insya Allah atok ada tenaga dan menjalani rutin macam biasa. Sepanjang seminggu ni aku bersedia nak bawa atok ke mana-mana, kalau sebelum-sebelum ni cuti aku diisi dengan kuliah, tugasan kuliah, kerja sekolah, tulis artikel dan manuskrip untuk buku termasuk keluar berjalan, tapi untuk cuti seminggu ni tidak lagi. Tapi, dah atok asyik terbaring, apa aku nak buat. Kata Pok Long, paksa aja atok bangun, tarik atok masuk kereta kemudian jalanlah pusing kampung. Alahai Pok Long, nak ajak makan pun kene diajak berkali-kali dan dipimpin, apatahlagi nak berjalan keluar. Tapi tak apa, idea tu nanti aku usul pada yang lain-lain. Esok dah mula bertugas seperti biasa. Bukan aku je, semuanya menjalani rutin dan tugas seperti sedia kala, berkerja dan berkuliah. Jadi, atok macam mana? 

Apapun macam biasa, atok bukan seorang, kerabatnya ramai, yang tinggal serumah, yang sebelah-sebelah rumah. Insya-Allah boleh jadi penghibur atok. Tapi, itulah. Kerana komitmen kerja, kuliah dan keluarga masing-masing, kadang-kadang bimbang juga kami terlupa kat atok. Tapi mujurlah ramai anak cucu atok bersekitarnya sahaja. Pada yang jauh aku sangat-sangatlah mengharapkan balik menjenguk atok. Atok ni sebenarnya, rindu pada yang jarang dijumpanya. Kalau berjauhan, telefon kan ada, atok tu pun, siap ada handfon sendiri. Bangga aku, atok aku ni ada handfon sendiri tu, persis orang muda gayanya. Kalau kerabat-kerabat aku nak bertanya pasal atok, patut aku usulkan telefon sendiri atok. Mana tahu, sekali dengar suara mereka, atok terus dapat power! Insya-Allah. Kalau mati akal tak tahu nak borak apa, sekadar tanya khabar, makan minum, sakit pening dan sewaktu dengannya. Setakat ni aku tabik kat Syidah, ada sekali dia telefon atok, aku tengok atok macam happy je. Bukanlah sebab itu cucu kesayangan dan sebagainya, tetapi lebih kepada nak dengar suara orang yang jarang dia jumpa. Kalau aku ni, tak payah pandang muka, bercakap dengan aku pun matanya dipejamkan. Atok..atok..

Pada penilaian aku, Pok Long dan Uda adalah individu yang atok nak bersama. Mungkin kalau boleh kesemua anaknya berada di hadapan mata. Kalangan cucu-cucunya, pastinya si Kemal yang aku tak boleh nak sanggah kemanjaan atok kepadanya diikuti Kak Miza, Azam, Nadiah dan tentunya Amin serta selainnya adalah Ilmi yang walaupun dekat, tapi dah duduk asrama. Siap atok cakap dengan dia, 'jangan tingggalkan atok'. Situasi ni membuatkan Si Ilmi mula berbelah bahagi. Sudahlah dia ni 3 minggu di sekolah tahfiz tu, dia dah rasa kurang seronok. Ditambah lagi dengan pesan si atok tu membuatkan dia nampak peluang cerah untuk keluar asrama. Tapi, kalau nak kena marah dengan bapaknya, buatlah perangai. Ingat senang ke nak masuk sekolah macam tu. Apapun, ia hanyalah pada penilaian mata aku. Kami cucu-cucunya yang lain tidak seharusnya merasa dibeza-bezakan. Sebenarnya atok sayang semua. Contoh mudah, masa mak abah kami semua pergi haji, atok dan wan jugalah yang menjaga kami semua sampai sanggup menetap di rumah masing-masing sebab kami semua sekolah. Kecuali akulah, masa tu memang aku sorang je yang sudah bersekolah, Si Amin dan yang lain-lain tak bersekolah lagi. 

Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, stabilkanlah kesihatan atok, kembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, permudahkanlah urusan atok, tidak lupa juga eratkan persefahaman sesama anak cucu cicit atok, berikanlah kami kelapangan untuk berada di sisi atok serta cucuri rahmat ke atas wan di sana. Amiin...


Thursday, February 21, 2013

Nama Penuh Onyang Onyet

Hari tu sekali ada wan cerita pasal silsilah n nama onyang onyet, pastu baru2 ni atok plak sambung skit.

Rupenye2 nama mak atok serta nama atok kepada atok sebelah bapanya ialah, BONTAK BINTI LONG KADIR BIN AWANG. manakala nama nenek atok sebelah maknya ialah LONG BINTI ABU MANSUR. Atok x sure namanya, mungkin nenek atok ni anak sulung tu yg sebut long je. Boleh jadi nenek atok sebelah mak atok ni guna nama long untuk laqab daripada suaminya iaitu Long Kadir di mana atok kepada atok sebelah maknya ni anak sulung bekemungkinan besarnya. So macam sekarang ni lah, ada poklong, bininya moklong, begitu juga dgn onyet2 aku sebelah mak kepada bapa kepada bapa aku... hehe... panjang betul nasab ni. Tak apa. aku insya Allah nak tanya detail lagi masa2 akan datang. n ada diselitkan juga yang onyet2 ni imigran dari sumatera atau seberang. Ada banjar, ada bugis ada kerinci. Minang x ada kot. jawa pon x ada. Wallahu a'lam.

Saturday, January 19, 2013

Perihal Onyang Onyitku

Lepak dengan wan x ada nye sunyi... Ada je bende wan nak cerita. Cerita yang biasa di ceritakan biasanya kisah2 zaman dahulu kala era wan kecik2 n muda2.. n kebanyakkan cerita2 yang wan cerita pulak dah banyak kali diulang sampai naik jelak aku dengar, tapi aku x kisah, aku dengar je...kalu aku dapat lencong, aku lencongkan cerita supaya jadi cerita lain, kalu aku x bejaya nak lencongkan, aku teruskan lah mendengar sampai wan berenti atau aku yg tertido tanpa wan sedar...hihi.

Tapi tadi sementara atok n 4 anak2nya sekeluarga pergi kelanang rumah orang kawen, wan cerita lagi sama aku zaman dulu2 punye cerita. Tapi kali ni banyak info baru yang aku x pernah dengar. Bukan takat pasal cerita wan sendiri, tapi cerita atok n cerita orang lain yang x ade kene mengene dengan wan pon ada.

Tema kali ni lebih pada pasal tanah. Secara kronologi wan cerita pasal onyang Bontak. Wan cerita pasal atok n adik beradiknye duduk Kelanang lepas onyang Mahidin meninggal. Dah tu kat kelanang tu onyang Bontak share serumah dengan onyang Aji n onyang Cik di rumah yang dipusakai daripada onyet Abdul Kadir. Katenye onyang Bontak duduk rumah tu sebab kene jaga adik2nya iaitu onyang Aji n onyang Cik yang kecik2 lagi selepas mak mereka meninggal dunia semasa kerjakan haji di Mekah. Sementara onyet Abdul Kadir kawen baru n tingggal di tempat lain. Diceritakan di sini juga onyet pompuan p haji tu tanpa diiring onyet Abdul Kadir yg x mahu kerjakan haji sampai la onyet kembali ke rahmatullah. Tak tahu la sebabnya apa. Diceritakan juga onyet Andul Kadir bekerja sebagai supervisor atas kapal yang mengangkut barang berupa hasil pertanian iaitu kelapa.

Pastu doceritakan juga yang onyang Bontak ada anak angkat keturunan cina iaitu wan Wa yang dicarikan oleh onyet Mat Jamin. Dari sini aku lihat onyet Mat Jamin tetap ambil berat kat menantunya even anaknya onyang Mahidin dah meninggal sewaktu muda iaitu masa atok baby lagi. sebab semua anak onyang 4 orang adalah lelaki termasuk abg sulungnya yang meninggal waktu kecik. Dan yang menariknya even wan Wa tu anak angkat onyang Bontak, tapi yang jaga wan Wa tu onyang Aji. dan sebab itulah dikatekan wan Wa x berapa nak kenali sedara mara sebelah atok Harun bin onyang Mahidin bin onyet Mat Jamin yang d dengkil ni. 

Dah tu masuk pulak soalan aku di mana kedudukan umah onyet Mat Jamin yg dikatekan sebagai org kaya dari kerinchi tu. Pastu wan cakap lah kedudukannya setentang dengan rumah wan ngah Menson dekat rumah wan Ani d mana maknya ialah onyang Maria (wan sebut mak cik Meria). Dan rumah tu dimiliki oleh onyang Maria sebab mengikut adat orang kerinchi, anak pompaun di beri tanah yang berumah, manakala anak lelaki diberi tanah tanpa umah, umah kene buat sendiri. Tapi dalam kes onyang Mahidin yang dah meninggal dunia waktu muda, maka die x ada lah bahagian yang sempat diberikan oleh onyet Mat Jamin. Walau bagaimana pun,  onyet tetap menunaikan tanggung jawabnya sebagai atuk kepada cucunya iaitu atuk Harun, atuk aku ni dan adik beradiknya dengan memberikan sedikit tanah2 kepada mereka di samping memberikan wang belanja kepada onyang Bontak. Dan onyang Bontak even diberikan tanah pusaka oleh ibunya, kini tanah tu bukan lagi terwarisi oleh atuk dan adik beradiknya...entah siapa la yg memilkinya sekarang, namun kata wan, tanah tu se'ekel je. (Macam dah masuk cerita lain je).

Lepas tu cerita lah pulak pasal wan Saedah plak, kakak wan. wan Saedah n atok Zainal lepas kawen duduk rumah sama dengan onyang Abdul Majid. Onyang Abdul Majid pulak dari cerita wan beli tanah yang ada rumah masa tu lepas berhijrah dari klang akibat diperdaya oleh tok ngah Mahidin yang menjual tanah di telok gadung tu. Ah, nak cerita kang sadis lak. Aku sebagai cucu cicit ni rasa bengang je. Kalu lah tanah kat klang ada lagi, sure2 aku dah pro jalan kat klang tu... hehe... sambung balik. Aku tnya, kenapa wan Saedah n atok Zainal duduk dengan onyang Abdul Majid n wan long? Tak ade umah sendiri ka? Wan kate memang x de rumah sendiri selain faktor rumah onyang ni dekat sangat dengan sekolah di mana atok Zainal bertugas. 

Kemudian wan cerita lagi yang atok Zainal ada beli tanah kawannya, haji Tahir yang menjual kepadanya gara2 merajuk sebelum pindah ke tempat lain kerana wan menolak pinangan die. haha.. Wan pon geli hati bila ingat balik kisah tu.. haha.. Lepas tu dah beli tanah yang dah siap berumah tu atok Zainal ajak la mertua dia yakni onyang Abdul Majid n onyang Long duduk sama, tapi menurut wan, onyang Long ni laser jugak orangnya menolak dgn mengusulkan supaya atok Zainal patut bawa mak ayah die iaitu onyang Mahmud n onyang Salbiah yang menumpang di rumah mak ayah onyang Salbiah iaitu onyet Jaafar. Aik, mana rumah onyang Mahmud? Rumah onyang Mahmud menurut wan dah roboh sebelum tu gara2 x dipelihara dengan baik. Katenye onyang Mahmud selalu keluar pergi menangkap ikan. Ya, onyang Mahmud dari keluarga nelayan. Dan hobi onyang yang suka bermain bola sepak di sekitar rumahnya mmbuatkan rumah die lama2 roboh dan dia x sempat nak perbetulkan sebab selalu pergi ke laut tangkap ikan. Last2 onyang Mahmud sekeluarga tinggal lah di rumah onyet Jaafar yang pada pandangan aku, onyet tu seorang yang baik hatinya.

Dah habis pasal onyang Mahmud, wan sambung balik cerita zaman british naik lepas jepun undur... Oh, itu cerita ulangan. Lantas aku menukar cerita pulak. Tapi wan masuk pulak bab pembahagian tanah die n adik beradiknya, n itu juga aku dah penah dengar, aku lencongkan lagi. Last2 aku tanya wan satu soalan di luar akalnya, kebanyakannya dari cerita wan ni atok2 wan2 onyang2 onyet2 kahwin dengan orang yang sekitar kampung iaitu kelanang. Tapi macam mana pulak onyang Mat Jamin dari Dengkil sama onyang Bontak dr kelanang leh bertemu? Pastu wan surrender jawab 'entah, mana aku tahu'. hehe... Maka aku pon tutup lah cerita... sebab aku x ade idea lagi nak atnya even sbenarnya ada pesoalan lain aku nak tanye. Sementara wan ingat lagi citer baik aku korek2.. hehe...

Apapun, seronok sebenarnya dengar cerita wan.. kalau orang lain bosan, aku sebaliknya. Tapi aku jarang ada masa nak duduk sama wan even serumah. Insya Allah aku akan terus tanya dari masa ke masa nanti. Dan matlamat utama aku mintak wan cerita semue2 ni adalah untuk mengaktifkan memori wan yang dah berusia lebih 80 ni. Biarlah umur wan nampak meningkat tp memorinya x terjejas. Dan wan yang dimaksudkan dalam cerite ini adalah wan Zaitun binti onyang Abdul Majid bin onyet Husin yang berkahwin dengan atok Harun bin onyang Mahidin bin onyet Mat Jamin. 

Tuesday, December 25, 2012

Cuti @ Melaka

Back dated punye cerita. pada 18 n 19 disember lepas, aku seolah2 melarikan dari tugasan telah mengikuti keluarga serombongan mengiringi or bertandang ke rumah ihsan, pasangan sepupuku izyan yang telah bernikah 2 minggu sebelumnya. asalnya aku x la rasa nk ikut sgt memandangkan aku sibuk la sgt dgn tesis, tp akhirnya draf tesis sempat aku hantar sebelum tu, so xde alasan la aku x ikut kan. lagi2 bila pk bila lagi nk enjoy sebab masa tu da 5 mggu cuti pon aku masih xde rase feel bercuti. mana x nye, x p bercuti mana ada feelnya. so aku pon p la...

destinasi pertama adalah p betandang la..da habis tu aku punye keluarga, uda punye keluarga n ucu punye keluarga pon berpecah ngan family pakngah yang mmg diorg ada plan sendiri dgn familuy makngah. kami p cari homestay yang tlh dibooking b4 ni di klebang. so pada malamnya kami pon berjalan area bandaraya melaka..masya Allah...bz giler...sampai jem jalan. apa yg d aim kan adalah menara taming sari..berkali2 p melaka, baru skrg terasa nk naik. tp bila da sampai tempat tu, ramainya orang...bertaur bermeter2 panjang...nak xnak bila da sampay harus diteruskan gak..da la nk carik paking punyela payah...nk jalan2 tempat2 lain rasa xtau nk kemana even tau ada tempatnya, tp waktu2 malam macam ni mana nk sama dgn siang. so habis je naik menara tu p lak makan kat klebang semula...masa tu da kol 12 malam, tp da lapar, makan jugak la..

da habis tu siang esoknye kami p bekelah kat tanjung puteri..x berapa jauh, skitar 6km je gara2 pantai klebang yg dulu popular da jd tempat rekreasi yg x sesuai lagi untuk pantainya dibuat mandi. so 2 jam mandi sempat la main game banana, bukan aku, diorg la...aku da penah test malaz la..da la dulu aku sakit kepala bila terhantuk..so cukup2 la...pastu main kayak pulak..yg ni pon aku rasa cam best je...bukan x pernah dulu main tp da lama x main. so tetibe hujan lak, balik la bekemas terus. 

otw b4 sampay umah, stop kejap kat tepi jalan. kelihatan jalan tu jem dgn banyak krete berhenti tepi2 jalan. da tu kat satu gerai tu ada la org berbaris panjang...itulah namanya gerai coconutshake...so abh pon turun beli...n balik umah..siap2 n bertolak la smula ke selangor yg sampainya jam 5 ptg. pendek kata, boleh la berbaloi aku p. yg sebanrnya x la rasa puas sgt, salah satunya adalah kerana masa yang singkat, pastu adik2 aku ramai xde..aku n kina je anak mak abah yg ada...erm..xpela..nnt bila tesis aku betul2 da approve (hope b4 jaduari  da ok la), aku akan holiday sana sini mana2 yg aku suka...hahaha...



naik menara taming sari...azam, mak, uda, aku, syida, ilmi...yang lain2 x mau naik.

berkenangan kat depan entrance menara taming sari. akan datang xkannya aku nk naik lagi..hihi..

abah da xde mood nk berendam dalam air mcm dulu2...mana taknya, sume anak abah da besar panjang da...so xde apa nk dirisaukan..haha

ucu menjaga iqbal yg bermain pasir semasa pak usu p main banana boat. kalu die sedar tentu2 die pon nk join skali..

aku taubat x mau naik tp sebanrnya terasa nak naik tp pk2 baik x payah naik sbb da penah naik banan boat ni...

homestay banglo semi d..besar giler...masing2 da berangan nk buat umah design mcm ni..sedangkan sebnrnya umah aku pon lagi berbanglo lebih besar dripada ini..juz design banglobang kampung la..hehe

Friday, November 30, 2012

Aku Jadi Saksi

Hari ni hari sejarah buat keluarga aku, sepupu2 aku kawin 2 org pada hari sama, adik beradik plak tu. Dah tu sebelah rumah je, tentu2 secara x langsung aku pon bizi jugak. Antara bizi2 aku, aku tetibe kene jadi saksi pulak. Aku x tahu menahu pon. Pagi tadi atok memang ada pesan suruh siap, aku jadi saksi katanya. Last2 betul2 aku yang memang saksi gara2 yang menyaksikan mereka tu apply nak kawen depan kadhi tu adalah aku n atok. Aku pikir orang lain, rupenye2 masih orang yang sama. 

Erm..nak jadi cerita, masa semua rombongan dah sampai, aku pula kat rumah relax je sapu sampah, mop lantai termasuklah mengelap taik kucing yang memang aku x senang hidung nk menyedut aromanya, tensen! Dah sebelah rumah buat event, tentu2 juga rumah ni nanti ada yang nak bertandang datang, kan. Lepas tu aku terus lah mandi dan bersiap. Masa bersiap tu tetibe si amin belari datang panggil kononnya aku ni saksi. Eh, biar betul, tak kan lah aku pulak. Bukan orang2 masjid ke? Biasa macam tu. Last2 aku pun siap, tapi rasa macam x sure, tapi masa dah nak keluar pintu lagi sekali aku dikol melalui henpon yang orang semua tunggu2 aku. Aku pon terus lah belari, dan sampai sana, semua pandang aku gara2 aku terus melangkau ke depan bersama2 rombongan lelaki. Dalam hati tu malu gak. Masa tu juga tengah khutbah nikah, habis khutbah je kadhi panggil aku ke depan, alahai, malunya, sume mata memerhatikan aku yang bangun mendekati kadhi.. Alahai, malunya. Tapi dalam hati aku rasa mesti pengantin dok menyumpah aku, saksi lambat! Haha. tapi x apelah janji korang dah selamat. Aku belum lagi. 

Habis je upacara tu di luar pakngah cakap, die x tau sebenarnya aku n atok adalah saksi, die ingat saksinya adalah orang2 masjid pada sangkaannya. ye la, aku yg baru hidup 28 tahun ni hanya sedar yg saksi nikah tu adalah orang2 masjid sesebuah kampung tu sendiri, mean tok kadhi la yang lantik n bawak. tapi hari ni terpaham la aku yang saksi sebenarnya pada hari ini lebih mudah adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri yang memang dah plan dari awal. So, peranan aku jadi saksi ni bukanlah sesuatu yang d plan tapi bidang terjun je. Abah kata tadi, masa dulu yang entah bila dulunya tu, saksi ni memang sape2 je yang sempat tok kadhi panggil, isi borang b4 nikah dan teruskan nikah. Masa tu juga sebelum akad nikah perlbagai borang beberapa indvdu kene isi iaitu pengantin lelaki n pompuan, wali n saksi. Tapi sekarang, semua tu dah siap di isi sebulan lebih awal di hadapan kadhi dan borang tu di prin online kan yang akhirnya pada hari nikah borang tu dah siap sedia untuk di sign sahaja, macam tadi. So jimat lah masa, prosuder tu dah di buat awal berbanding dulu2 bak kata abah kene isi time2 tu jugak sampai jadi delay atau lambat di mulakan akad nikah. ooo... Baru ku paham. 

Erm, untuk petang ni di masjid lepas asar, sekali lagi aku jadi saksi, time ni aku dah konfem tahu n sedia pasal masa hantar2 borang2 sepupu2 aku ni, aku jugak lah yang menyainnye..hehe..So untuk kedua2 pasangan, Izyan/Ihsan n Dayah/Arif, selamat pengantin baru, moga aku dapat berkat daripada menjadi saksi kepada nikah korang.. amin...hihi. Automatiknya sekarang, 2 org lagi rakan sepermainananku telah beralih ke alam lain, x kan sama pemikiran n tindak tanduk dengan aku yg belum lagi join diorang...huhu..wallahu a'lam.

Friday, November 23, 2012

Wan, Durian Dan Tempoyak






Tangan aku bau durian x hilang2. mana x nya, berpuluh2 biji durIan aku pegang n memasukkan beratus2 ulas dalam bekas untuk wan. A'ah, wan punye. Sejak durian gugur sekitar 3 4 minggu lalu memang hari2 wan akan ngadap durian. Bukan takat makan begitu sahaja, tapi diproses jadi tempoyak. Bukan satu dua bekas, tapi berbelas2 bekas! Sampai semua orang dah bising pasal ada sebilangan durian yang dah bukak tapi x diproses lagi sudah busuk. Dalam peti sejuk wan tu memang ada bau durian sebab dah penuh dengan durian. Sampai kan atuk kata ubat2an die pulak kene keluar letak kat almari dalam suhu bilik.. hihi...wan..wan.. Tapi apakandaya, semua orang yang bising harus juga turuti kehendak wan. 

Secara peribadinya pon, suka hati wan lah nak buat apa. Isu membazir perkara kedua pada aku. Pada aku biarlah wan buat apa yang die suke nak buat janji x lah die boring x tau nak buat apa. Biasanya kalau x ade nak buat ape2 wan tertido sambil tv tengok die. Wan kata die bukan nak tidor pon tapi x sedar bile tertido. Tak pun kalau wan ada orang kat sekitar die, ada lah kawan nak borak2, tapi selalunya kalau wan yang bercerita, segala2 cerite lama di ulang dengar berkali2. Kalau orang lain esp orang luar sure tensen punye pasal balik2 cerita yang sama. Hampir x tinggal n beza ceritanye yang dulu n sekarang. 

Cerita2nya lebih kepada zaman die budak2, zaman sekolah dan zaman pindah2 randah ikut atuk betugas. Aku pon sama, kadang2 penat dah dengar, aku tune masuk cerita lain.. Hehe.. Tapi kalu aku x ade modal aku biarkan je tapi dalam masa sama buat2 minat n kadang2nya aku pulak yang tertidur.. hoho... So pasal tempoyak tu, orang2 yang bising tu kene lah pandai pusing2 sikit. Aku petang ni nak plan buat cekodok durian, x tau lah ada duriannya ke x.. tapi aku akan cekau skit stok durian untuk wat cekodok tu.. haha... Selain tempoyak, durian leh buat macam2, setakat ni serawa durian beberapa kali dah buat, pastu gula durian. Eh, gula duirian? Mana ek, ada lagi ke? Sebab hari tu aku tolong wan buat gula durian, aku letak dalam balang dalam peti ais, pastu petangnya nak makan x ade lah pulak.. Sure wan dah alih tapi sure2 lagi wan dah lupa mana di alihkannya, coz aku x nampak pulak wan makan selama ni.. hehe... nnt aku carik sndiri. 

Apapun syukur sangat ada durian punye pokok kat rumah ni, orang lain punye lah lecur air liur nak makan durian tapi aku pulak x berapa nak heran dengan durian. actly bukan durian je, ape2 buah pon, bukan x minat tapi x berapa gile lah ... Juz kalau ada, makan. Kalu x ade, senyap. Dah tu, kalau ada belom tentu makan kalau x dikupaskan.. hahaha... dan aku harap, agar untuk beberapa minggu lagi durian tetap gugur dan subur... Biarpun wan bebel durian yang gugur2 majoritinya kecik2 n comel2 tapi x kisah lah.. Kite ada, orang lain ada ke wan? Err... Aku cium lagi tangan, masih berbau pulak..adui...



Monday, October 1, 2012

Tak Sedar Atuk Ke Hospital

Ya allah, atuk nape tu? Atuk sakit lagi ke..? Jangan lah macam tu... Pliz lah Ya Allah.. Hope atuk x ade pape... Aku x perasan pulak abah bawak atok pergi hospital lepas maghrib tadi. Tanya wan, atuk sakit apa? Wan cakap 'atuk sakit tu la'... 'dah bengkak dah..' ..oh, antara paham dan x paham aku buat2 paham. Agaknya 'tube' saluran kencing atuk problem kot... hope x ade apa2. Pliz la ya Allah..


Saturday, September 29, 2012

Review Akhir September

Hujung minggu ni nak tumpu key in data n generate SPSS je. Harap selesai dengan baik lah. Kerje2 skola dah kurang sikit kecuali hal kantin masih perlu ku pikir, hal P&P kene hari2 pikir. kelas aku ok. Aku dah drop 2 kelas, kelas penilaian program n rekabentuk LADAP. Yang tinggal Peradaban Islam n Tamadun Dunia sahaja. Tak ape lah,  malas nak tamak. Cukup lah satu sem ni, n aku viva juga pada sem ni.

Dalam pada tu atuk sekarang ni demam. Since semalam atuk x sihat tapi hari ini atuk x bangun pulak. Makan sikit. Ya Allah, kenape dengan atuk? Hope die ok je. Demam macam biasa je. Semalam atuk citer yang die blind spot. Masa drive nak lintas masuk jalan besar, x perasan ada 2 kereta dari arah bertentangan berbeza. Mujur masing2 x berapa laju bila nampak atuk masuk jalan. Dengar macam tu rasa seram je, mungkin pagi semalam berkabus, mendung n baru lepas hujan. orang lain pon kadang2 macam tu jugak. Apapun hope atuk esok dah ok lah, x payah lah sampai pergi hospital. Pliz la ya Allah.

Wan pulak, ok. Tal ade pulak hypo. Makan ok, sembahyang ok, jalan je x ok. Mujur wan x sakit2. Mak pulak dari tadi bersin, berkali2 plak tu. Demam lah tu. Harap mak ok lah. Kang nak mengajar rasa x ade mood, naya je budak2. Abah ok, tapi jangan lah buat dia marah, kang x pasal2 aku x aman duduk rumah... hehe. Adik2 aku ok. Amin x balik minggu ni, Kina dah mula kerje, Kemal balik, Anis x balik, Epul balik jumaat depan untuk cek gigi.

Apapun aku harap kerje2 ku setel lah sebaiknya. Jangan pulak hidupku porak peranda kerana tensen dengan kerje sekolah n kuliah. Aku pon nak hidup macam orang lain gak. Ada masa nak buat bende2 lain secara bebas. Ni pon sekarang aku dah kaki tv sikit. Mujur aku selected. Waris tv3 baru habis, Naziha pon dah habis. tiggal Maraclara je. Minggu ni habis x ade la aku nak tengok tv sangat. Erm.. tapi asaimen terbaru ni, tamaduan islam d malaysia membuatkan aku kene alert skit dengan isu semasa... banyak info kene tau. 

Ya Allah, dengarkanlah pengaduanku ini.

Tuesday, August 28, 2012

Atuk Tak Selera Makan

Dah 10 syawal dah. Kejap je masa berlalu. Aku ni nak puasa 6 pon tengah memilih hari2 yang sesuai. semuanye bergantung kepada aktvti harian yang akan aku lakukan. Suppose aku puasa semalam n hari ni, lebih2 lagi semalam hujan hampir setengah hari. Tapi aku berpikir d petangnya aku nak wat sumthing yang mungkin membuatkan aku letih, last2 x ade ape sangat aku buat. Juz duduk depan lappy siapkan tesis. Entah lah.

Ni atuk tadi ajak pergi kedai cari sup, atuk mengadu x dapat nak makan, sebab x ade selera. Ya Allah, ujian apekah ini? Atuk nak makan apa ya? Atuk demam ke? Agaknya atuk hilang mood nak makan gara2 gigi atuk sakit kot coz tadi atuk pergi klinik gigi untuk pasang gigi palsu. Erm.. Moga2 malam ni atuk dah ok, even kalau x jumpa sup petang karang.

Sekarang ni aku istiqamah buat tesis part demi part ikut sub topik. Harap2 berterusan mood aku mcm ni. Hal sekola aku buat kat skola, hal univ aku buat lah kat umah. Erm.. nak pergi ke EPRD entah bila. Nak ke UKM pon x tahu lah lagi. Apapun pemudahkanla segala urusan ku ya Allah, even aku ni baaaaaaaaaaaaaaanyak sangat dosa yang aku buat, sedangkan ramadhan baru saja berlalu....erm..

Saturday, June 16, 2012

Wan Oh Wan

Adui wan... Tolong lah jangan sebut2 mati. Tensen aku. Bukan tensen dengan mati, tapi perkataan tu aku takuti sangat2. Memang lah semua tu akan berlaku pada suatu masa pada semua manusia even aku pon tapi x enak lah telinge bila disebut2 bende tu.. Sedangkan setiap dari kata2 tu kan doa.. So harap word tu x lagi wan ulang2nya terutamanya bila dalam keterpaksaan n mendesakkan. Cakap bende lain ok. Dalam pada tu aku doakan wan dan atuk sekali akan sentiasa sihat dengan tahap kesihatan dan keselamatan yang stabil dari semasa ke semasa, dengan kata lain biarlah Allah panjangkan umur mereka dengan lembayung rahmat n redhaNya. Berkati umur mereka dan berterusan teguh keimanan kepadaNya. Aku masih mengharapkan limpahan kasih sayang dan perhatian mereka kepada aku sebagai cucunya. Even dah besar panjang pon aku masih bertaut harap bergantung dalam keadaan2 tertentu dalam kehidupan aku. Biarkan orang kata aku anak manja, cucu mengada2, lantak. Aku bahagia dengan mereka bersama adanya mak n abah serta adik2 beradik yang begitu memahami aku. 

Dan dalam pada tu beberapa rakan da dok tanya bila tengok khemah depan rumah. Mereka terkejut kononnya aku kawen x jempot mereka walhal memang pon aku x jempot pasal bukan aku yg kawen.. Emmm.. x apelah..moga2 ada doa mereka buat aku dan ia makbul dalam masa terdekat..amiiin.. :P Err... berbalik pada cerita di atas, wan cakap, "ko nak tunggu aku mati ke baru nak kawen? Aku bela ko dari kecik nak jugak tengok ko naik pelamin." Allah wan, wan doa2 lah ya mana yang baik untuk along...hihi.

Wednesday, August 10, 2011

Wan Kena Tahan?

Terkejut aku bila dengar wan kene tahan kat wad kecemasan hospital putrajaya. Ishk, serius beno gayanya. Aku tak berapa paham hal2 pemeriksaan wan. Katenye pergi cek darah.. So wan puasa la. Sampai sana katenye juz amik keputusan darah yang dah diambil b4 ni. Dan kerana wan memikirkan dah bangun sahur n alang2 dah berpuasa baik teruskan puasa. Sedangkan pakngah n abah dah pesan jangan puasa dah, makan je. lepas tu kat hospital ucu pon dah belikan roti x payah puasa. Tapi wan x mau gak. Last2 x lama tu masa tuggu turn, wan pengsan. Atok kate 2 3 kali. Ishk, biar betul? Wan ni nak cam tu pon masih nak puasa? Last2 kene tahan lah kat wad..Dan sekarang setelah beberapa jam kene tahan baru dapat keluar. Kire ok lah tu...orang kat rumah risau yang amat tapi aku rasa wan ok. Ye lah, orang berumur memang macam tu. Kirenye dengan bayanya itu kire ok n normal lah. Insya Allah wan  tak ade apa2. Ni atok n abah pergo amik wan. Atok pulak tadi balik kejap sebab x tau entah bila wan keluar. Ucu siap dah masakkan makanan untuk bawak ke wan lepas maghrib nanti, last2 x payah lah sebab wan pon dah nak sampai jap lagi. Alhamdulillah lah, tq Tuhan. Stabilkan kesihatan wan lah ek...atok pon...aku pon, mak abah pon n seluruh keluarga aku pon. Moga2 kami dapat terus menerus beribadah kepada mu, wahai tuhan. Cerite bab buka pulak hari ni aku request kat mak supaya jangan masak banyak sangat. masak juz cukup2 leh habis malam ni jugak je. Tak mau lebih2 coz aku nak makan nasi goreng esok masa sahur. Dah boring dah makan roti tiap2 pagi. Kebetulan roti pulak dah habis...nak singgah kedai malas pulak..huhu. Ok lah, moga2 keluargaku dirahmati mu ya Allah..hari ni last ganjaran rahmat yang Allah turunkan kat hamba2nya. esok dah start pemberian barakah pulak. Wallahu a'lam.

Tuesday, April 12, 2011

Stabilkan Wan Ya Tuhan

Dari atas kadang kala aku dengar wan terbatuk2, kesiannye wan.... dah beberapa hari wan demam. Namun wan masih boleh bangun dan bergerak keluar masuk bilik, dapor dan sekitar dalam rumah macam biasa dengan pergerakan lambat. Guna tongkat tu sekali sekala. Mungkin mata wan yang cerah amat membantu dalam setiap gerakan wan. Ya Allah. Stabilkan lah kesihatan wan. Jangan lah wan asik sakit2 je. Pulihkan wan seperti sedia kala. Nampak wan jerih sangat2 terutamanya pepagi. Tadi wan tidur siang, bangun2 wan tanye pukol berapa. Terkejut die bila aku kata dah jam 5 petang. Sedangkan die pikir sekarang masih pagi. sebab tu lah tadi die tanye aku tak pergi mengajar ke? Aku cakap dah balik. Ala biasalah, aku pon pernah jugak bangun2 mamai pikir ingatkan dah pagi sedangkan aku tidor masa petang. haha. Apapun Tuhan, stabilkan kesihatan wan n atok ek. I'ALLAH hujung minggu ni aku nak belanja atok dan wan makan seafood. Atok dah beberapa kali sebut. Tapi nk bawak makan mana ek? Aku bukannye tau tempat mana yamg best. Erm..nanti aku pikir lah ..Tanye amin je.