Saturday, December 10, 2016

Tanda ke Arah Noktah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa aalih.

Cuti sekolah dah berada di minggu ke dua, esok masuk minggu ketiga. Setakat ini aku rasa setiap hari telah ku manfaatkannya dengan apa jua perkara yang memang aku plan nak buat. Tapi kadang2 hati ni ada rasa malas dan mahu relax saja. Allah.

Dah lama aku tak buka blog ni. Ikutkan memang banyak perkara nak dicatat, tapi xde masa nak tulis. Sekali pun cuti, memang aku bizi yang amat. Tapi kali ni kena juga tulis. Sebab pada aku setiap apa yang ditulis adalah sesuatu yang bakal menjadi bukti sejarah.

NHMA baru je wasap, dia ajak jumpa. Allahu rabbi... Tiba-tiba je dia wasap. Kebetulan aku baru je cek alamat rumah dia dan cuba plan apa yang patut. Bukanlah serius. Saja2 je. Macam tahu2 je aku berfkir tentangnya. 

Aku tak mahu jawab lagi. Aku nak buat hipotesis sendiri dulu daripada wasapnya tu. Katanya dia nk jumpa aku. Oh, memang dah dekat setahun tak jumpa. Allah.. ia berikutan tindakannya yang menyepi daripadaku sejak Mac lalu. Dan, sekitar Oktober lalu, dia minta kepastian sejauh manakah hubungan kami. Allah.. Dia minta aku dan dia sama2 buat ketetapan sama ada mahu teruskan atau hentikan perhubungan ini. Katanya, ibunya ada calon lain untuknya jika dia tak declatre dia ada aku. Allah...

Sekarang, dia ajak jumpa..mestu nak tuntut jawapan daripada aku kan?

Jujur, aku tak ada idea lagi ni. Dalam pada tu aku cuba cari alternatif, tapi semuanya tidak berada pada tahap serisu. Mungkin aku yang bizi dan banyak dosa sampai susah Allah nak memudahkan aku..Astaghfirullah...

Ok. Aku rasa... pertemuan ni nanti jika aku kata setuju nak jumpa.. dia nak tanya secara direct jeputusan aku. Tapi aku rasa, dia sendiri ada keputusannya..iaitu, hentikan perhubungan. Ya. Aku rasa begitulah. Kemungkinan dia kata mahukan aku ambil usaha meneruskan perhubungan tu adalah nipis. Mungkin sebab aku kelihatan tak serius. 

Jika ia berlaku... tak perlu aku kesalkan.. ia memang salah aku. Sekali pun masalah ni bermula daripadanya, tapi sebagai lelaki aku tidak cuba memenangi hatinya. Kalau berjumpa nanti, aku tabahkanlah hati. Buat seperti biasa, tiada apa2 berlaku.

Ya Allah.. permudahkanlah urusanku ini...