Rasanya ini kali pertama buat tahun ini aku menukil catatan. Memang sibuk sejak 1 Januari, lagi sibuk bila banyak program dah mula di awal tahun. Dalam pada tu hal pengajian aku masih tak berpenamatnya. Walau aku penat, aku harus tabahkan hati. Hal-hal peribadi juga masih yang kekaburan. Kereta yang aku order masih x berkesampaian. Hal-hal rumah juga sering aku cuaikan.
Tapi dalam pada tu, hati aku sering berharap-harapan. Selain berdoa untuk semua masalah di atas supaya dipermudahkan, aku sangat risau tentang kesihatan atok dan wan. Atok masih aku boleh relax lagi, Selagi atok bersolat di masjid, aku fikir atok sihat. Tapi kalau wan tu, sekarang dah berkerusi roda. Bukan sebab lumpuh ke sakit ke apa, tapi sebab kaki wan mudah goyah tatkala berdiri, mungkin lemah gara-gara menanggung beban berat badan wan. Kalau dulu bertongkat, sekarang ke mana-mana wan kena berkerusi roda hatta ketika melawat Tok Itam yang sakit dan melayat sehari selepasnya. Kalau dulu wan malu-malu dan segan-segan nak berkerusi roda, tapi sekarang bila da tak berdaya lagi, hilang sudah rasa malu segan wan lagi-lagi kalu bertemu janji di hospital.
Kalau wan sakit, bukan sebab wan berkerusi roda sangat. Tapi bila wan tak mahu makan, tau-tau terbaring x nak bangun. Kalau bab makan, wan asik la kata jemu. Kadang2 bila ditanya nak makan apa, jawabnya tak tahu. Tapi selalu juga bila tekaknya rasa nak makan apa2, terus wan sebut. Bila dah orang belikan atau buatkan, mood nak makan yang itu dah x ada. Kalau wan terbaring pula, wan asik pening-pening. Hanya bila wan okay, minta duduk luar atau tengok tivi tu tandanya wan sihat walau berkerusi roda dan bertongkat.
Tapi sejak akhir-akhir ni, wan asik rasa x sihat. Makan x lalu, semuanya jemu. Tadi ucu kata, wan buang air besar. Tapi yang ucu pelik najisnya kaler hitam sehitam-hitamnya. Allah. Bila ucu bagitahu tu, aku otamatik rasa tak keruan. Aku bukan nak mengandaikan bukan-bukan. Tapi bimbang yang bukan-bukan itu menjadi benar kalau aku tak sedar. Pada aku mungkin wan dah lama x buang air, membuatkan najis2 dalam perut wan terkumpul. Aku pun kalu tak buang air besar 2 3 hari pon rasa x sedap badan. Apa lagi wan ni, yang makan sikit, so kekotoran n toksin dalam badan x dapat la nak dikeluarkan, tu yang jadi cam tu kot najisnya.
Allah… Dengan rahmat dan keberkatan nabiku, stabilkan kesihatan wan. Janganlah wan berterusan sakit dan pening-pening macam tu. Ya Allah. Tolonglah, aku tak mahulah kehilangan wan, malah atok, mak dan abah dalam keadaan aku sibuk dan tak bersedia nak merasa erti kehilangan. Bukan aku fikir yang bukan-bukan, tapi aku hanya berharap agar aku dapat lagi bermanja bermesra dengan mereka. Sungguh pun aku sangat sibuk dengan kerja dan study, aku cuba sedaya aku nak duduk berborak bersama wan n atok. Ya Allah…………………………..
7.12 petang. 16/1/2014. Dalam bilik. Selepas balik sekolah jam 6.