ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
Setelah berfikir, berbincang dan bertimbang tara kesan dan kebaikan daripada 3 option yang ada, akhirnya keputusan dah diambil. Esok atok operation untuk keluarkan tiub yang berkulat. Entah bagaimana boleh teerjadi, doktor pon tak pasti. Jawapan yang diberikan sebelum ini tatkala ditanya hanyalah sekadar kemungkinan2. Memanglah Allah Yang Maha Mengetahui, tapi tak kan tiada pengetahuan daripada doktor untuk memberi kepastian? Tak apa lah, aku yang guru ni pon bukannya serba tahu. Begitu juga doktor dan lain2 profesion.
Poklong, Pakngah dan abah dilihat sepakat, tiub berkenaan dikeluarkan dari perut atok. Untuk seterusnya, option 3 itulah yang harus dipilih. Setelah menimbang dari segala segi terutamanya tahap kesihatan atuk, maka atok akan mengambil ubat-ubatan sahaja buat masa ini. Namun, setiap minggu atok harus bertemu dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan atok stabil dan memuaskan. Namun jika ada masalah berkaitan, nampak gaya tiub baharu akan dimasukkan bagi mengeluarkan air dan memasukkan air secara manual atau mesen seperti sebelum ini. Syaratnya, ia mestilah setelah 6 minggu kemudian di mana dalam waktu itu kesan tebukan di perut atok dan baik sepenuhnya. Kalau tak sembuh sepenuhnya ditakuti bila buat lubang baharu di perut atok akan wujud pula jangkitan lain pula.
Keputusan yang diambil nampaknya selari dengan atok. Atok yang aku lihat, lebih kepada nak buang tiub dan makan ubat semata2. Tapi persoalan bagaimana nak urus kotoran n toksin dalam badan atok, kami pon tak dapat faham, fikir n ketahui dengan jelas. Tapi dapat aku bayangkan, untuk atok sihat cergas dan kuat selepas keluarkan tiub yakni tak lagi melakukan proses keluar dan masukkan air di badan, maka atok kene buat aktiviti sihat seperti rutin atok sebelum sakit ni. Kene hirup udara segar setiap pagi, makan macam biasa, berjalan2, berbual2, mengeluarkan peluh dengan apa2 cara dan seumpamanya. Atok juga harus berterusan menguatkan mental dan fizikal n jangan mudah putus asa dan letih dengan ujian yang menimpa serta sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apa yang penting juga, seluruh keluarganya harus memberikan sokongan moral terutamanya berziarah, menghubungi dan bertanya khabar agar atok tak rasa terasing dan kesunyian.
Ya ALLAH, semoga keputusan yang diambil ini merupakan keputusan yang terbaik untuk diri atok, diri kami dan keseluruhannya kehidupan kami sekeluarga. Stabilkanlah kesihatan kami semua agar dapat terus berbakti pada ibu bapa, atok nenek dan keluarga kami terutamanya berterusan dalam melaksanakan amal dan ibadah demi-Mu. Aamiiiiiinnnn.





No comments:
Post a Comment