Sunday, October 5, 2014

CERITA ATOK DI RAYA HAJI

Aidil Adha kali ini seperti aidil fitri yang baru lepas tempoh hari, Hambar tanpa wan. Hambar juga sedara-mara wan x datang beraya. Benar kata abah dulu2, selagi mana wan n atok ada sedara mara memang berduyun2 datang. Sekarang ni aku da lihat, sedara mara wan yang tentunya semuanya bertaraf anak sedaranya dah ramai yang x datang. Lalu rumah ni dah kurang meriahnya sedangkan ziarah di raya haji n raya puasa lebih kurang sama biasanya di rumah ini. Tak mengapalah. Itu antara 'lesson learn' yang dapat ku ambil setakat ini. Moralnya, tidak beraya n berjalan ke mana-mana time raya bukan masalah kerana bila orang datang rumah kita juga namanya beraya, Kalau dulu aku asyik bertanya hari ni nak ke mana esok nak ke mana pada abah n mak, tapi tidak lagi kali ini. Atok di rumah, siapa nak jaga. Tapi yang berlaku, atok pulak nak berjalan time raya biar pun selalunya atok jarang nak bersiar2 naik kereta. Ok lah tu.
Bercerita pasal atok keluar bersiar, semalam, lepas sembahyang raya, atok ajak jalan ronda-ronda Paya Indah, Aku ni ikutkan tak ada mood coz demam, tapi mengenangkan yang selalunya aku sibuk tak apalah sesekali aku korbankan diri, Nak tengok orang sembelih lembu korban kat surau aku ni jenis fobia tengok darah. Kalau nak p pon skadar jenguk kan kepala. So, baiklah lagi aku bawa atok keluar sementara atok ada mood. Sebenarnya, atok ada misi nak ajak keluar nim bukan saja-saja.

Start asuk kereta, atok mula bercerita pasal wan. Start dari atok kenal wan sejak kecik, sampaila ke saat kematian wan. Tidaklah detail semua cerita atok, juz cerita mana2 part yang penting. Antara yang atok cerita...

1. Atok kenal wan masa di zaman british masa atok bermain di kawasan kampung di kelanang. Mereka langsung tak pernah bercakap apatahlagi berborak. Hanya nak disebutkan, atok kenal wan pertama kali masa tulah. Tapi yang hairannya, Tok Alang Jako, abang atok tu yang lebih friendly n close dengan family wan. Aku tanya, adakah tok alang tu suka kat wan? Atok kata tak, tapi dia selalu datang umah atok Majid n selalulah berborak dengan wan. Hatta sampai atok da kawen dengan wan pon, tok alang n wan masih berborak macam member2 je. Tapi, dengan atok, wan malu segan.

2. Atok cerita wan ni suka mengumpul harta. Antaranya duit. Sejak dulu2 wan akan mintak atok duit pada setiap 10hb setiap bulan Atok kata dalam 2 ke 3 ribu. Aku heran, banyak betul gaji atok? Rupa2nya plus2 dengan duit kebun atok, patutlah banyak. Siap atok kata, kalau wan ada lagi memang bertambah kaya raya lah wan coz wan dapat duit wan x joli, wan simpan terus dalam bank x dibelanjakan, Asal nak beli barang atok juga yang bayar. Patutlah kat hospital aku perhatikan wan mudah dipujuk dengan duit. Wan mata duitan? Hahaha, tak lah. Wan sebenarnya menghargai pemberian n dalam masa sama mengenangkan situasi zaman british n jepun yang hidupnya susah. Sebab tu wan tak nak membazir biar pun kain batik wan di akhir hayatnya penuh satu almari bagaikan saudagar kain batik! Tu belum lagi kain2, tuala2, langsir2, pinggan mangkuk, tapawe2 baju2 dan macam2 lagi yang wan buat koleksi sampai penuh rumah. Rupanya ada cerita di sebaliknya, itulah wan. Siap atok cakap lagi, kalau wan ada lagi tentu sekarang wan ada beli tanah lagi. Fuh, kayanya wan biar pun hanya seorang suri rumah dengan cara berjimat cermat.

3. Selain kisah di atas tu ada lagi sebenarnya. Tapi aku x lah detail. Antaranya sikap cemburu wan bilamana atok n wan keluar berdua ke mana2 khususnya di area serendah, ramai pompuan2 x kira anak dara or janda kata atok, menegur atok sedangkan wan ada di sebelahnya. Atok x pula bereaksi apa2 tapi muka wan masam mencuka sampai balik umah. Pada aku biasalah, da atok polis area situ, mesti ramai yang kenal...hihi.. Cerita lain, wan sangat menjaga pakngah agar tak de pompuan yang gatal2 dengannya. Pernah sekali kata atok, ada sorang pompuan mengaku tunang pakngah, sampai ke telinga wan, terus wan mengamuk sejak bila anak dia bertunang? kenal pon tak. haha...kelakar2x. dari sini aku lihat wan ni seorang protector kepada keluarga even x berpendidikan tggi, tapi sangat memahami situasi. Sebab tu kata atok, bila wan bebel n marah2 atok senyap je. Erk, ye ke? Yang aku selalu nampak atok yang marah2. dah la garang giler. Kami cucu2 pon takut giler. Tapi da atok kata wan lagi garang, aku x kata apa lah. Mungkin time atok marah wan x menjawab n begitu juga sebaliknya. Boleh pulak atok kata, kalu ikut hati au je atok tinggalkan wan, tapi ada bapak2 sedare atok bagi kaunseling kat wan n atok bila bergeseran....hihi..

Tapi itu semua tinggal kenangan pada atok, Untuk tidak terluput begitu saja, sengaja aku catatkan di sini, kalau tak orang lain baca sekurang2nya aku akan baca sendiri pada bila2 masa (Konon lah tu, nak update cerita pon susah n bizi apatahlagi nak baca semula..hihi). Cuma banyak la moral yang atok nk hilightkan kat aku, tapi pepandailah aku serap kat kepala ni satu2.

Sepanjang bercerita tu, aku drive masuk keluar paya indah, lalu perkampungan selangor dredging seterusnya ke dengkil dan balik melalui kota warisan. Sempat juga menyinggah beraya ke rumah wan long ani di belakang pejabat pos. Sepanjang atok cerita atok xde la sebab ke menangis ke sedeh ke apa, sekadar bercerita macam biasa even masuk part ketika wan dah nak pergi, tapi aku pula yang cuba tahan2 sedih. Dah la raya, atok pulak bukak cerita. Mungkin atok rindu wan, tapi bila ajak ke kubur atok kata nak ajak poklong pergi petang nanti, tapi tak ada pulak pergi malah poklong terus balik KJ. 

Ya ALlah, stabilkan kesihatan atok. So far atok makan ok, buang air kadang2 x ok, berat badan n tekanan daqrah stabil, tapi kat lengan atok kata epul ada kesan lebam2. Jap lagi aku nak cek. Ops, ada atok kata nak buat korban tahun depan kalau panjang umur, ajak aku share dengan mana2 anak cucu yang mahu, tahun ni atok kata atok lupa, aku pon terlupa sampai bila gaji kuar abru aku teringat nak wat tapi abah kata da last minit. Tak apalah. wallahu a'lam.

Monday, September 1, 2014

Menggamit Nostalgia









Cerita semalam. Tapi terasa sampai ke hari ini. Rasa happy, rasa puas hati, rasa enjoy dan segala rasa yang ok-ok ada sama, termasuk juga rasa penat, rasa letih dan rasa sakit. Perancangan dari cetusan Mak Ngah beberapa hari lepas berjaya terlaksana semeriah mungkin. Idea asal adalah daripada atok yang berniat jika wan keluar daripada hospital beberapa bulan lalu setelah hampir dua bulan duduk hospital, atok nak bawa wan ke Bagan Lalang. Yang sebenarnya banyak lagi niat atok, tapi bersantaian di pantai Bagan Lalang kelihatan lebih bermunasabah untuk merealisasikan niat atok ni walau pun sebenarnya dah tak relevan lagi sejurus wan pergi seminggu dua selepas pulang ke rumah semula. Apapun, ia bukanlah perkara sukar kalau nak diteruskan niat atok yang ini. Janji atok happy biar pun mungkin menggamit memori atok terhadap wan. Malah, kami juga dapatlah 'kembali ke alam kanak2'. Mana tak, asal cuti je pi Morib. Aku sendiri secara peribadi kebetulan rumah wan kat Kelanang, maka semakin keraplah Morib tu jadi tempat bermandi dengan sepupu2 sebelah sana.

Setelah bermiting melalui wasap yang dimulakan Kak Hana (kata Pak Ngah Kak Hana dan aku yang mastermind program ni), kami semua bersepakat untuk berkelah di Morib. Ikutkan mahu saja buat di Bagan Lalang seperti plan asal, namun memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh membantutkan perkelahan maka sesuai saja diubah ke Morib. Atok pon ok je. Di tengah hari, aku bersama Epul dan Azam pergilah dulu membooking tempat. Sesampai sana, dari hujung ke hujung pantai kami mencari port sesuai, namun penuh semuanya. Mana taknya, yang datang dari pagi seolah2 tak mahu balik, last2 jumpa juga satu ceruk yang mungkin orang lain tak mahu pilih. Tak apalah, kata Mak Ngah selaku pengerusi tak rasmi (hehehe), tempat tu da kira strategik lah tu.

Sesampai tempat tu kami bentangkan tikar terus lebar-lebar. Kemudian hidupkan bara api untuk memBBQ. Punyalah payah, dekat sejam baru boleh hidup. Angan-angan yang lain datang lambat konon boleh makan terus bila sampai tapi x dapat...hehehe. Lupa pulak si Iqbal, dia ni entah apa angin dia mahu pulak ikut kami. Walhal dia ni jenis susah nak diajak kalau tak ada atok atau emaknya. Boleh la harapkan dia jaga barang kat tikar tu.

Sesampai je semua kerabat, doa selamat ringkas dibacakan. Masa ni sebenarnya kami yang datang awal ni undur diri p masjid untuk solat dan tukar baju mandi. Dalam hati aku kata, memang padan la kami susah nak hidupkan api tadi coz lewat2kan solat. Sebenarnya bukan sengaja, dalam kereta kami plan nak solat zohor kat pantai tu je terus bila sampai tapi toilet tutup, air laut jauh sangat membuatkan kami x dapat berwudhuk. Tak apalah, peringatan buat kami. So, lepas doa, mulalah makan. Macam-macam ada. Rasanya dalam wasap menunya ala2 sederhana je, tapi bila da depan mata, memang penuh dah tikar tu. Syukurlah, mujur tak da pembaziran. 

Setelah kenyang, entah sapa la yang ajak mulakan main. Kebetulan air punyalah jauh sangat lagi, maka kami putuskan main kat tengah2 pantai nun jauh dari tempat berkelah. Sebenarnya hati aku ragu2 sama ada betul ka kami semua ni ada mood main? Tapi tengok muka masing2 cam yakin je nak main, maka kami pon main lah. Masa nak bahagi group tu yang kelakar skit, entah apa kebetulan, majoriti daripada kami baju 2 kaler berbeza, merah dan biru, senang citer kumpulan permainan ikut pakaian. So masa main senang la nak cam ahli kumpulan.

1stly, main baling selipar. 2ndly main galah panjang. Seronok habis. Memang main tak ingat dunialah. Terasa kami ni kembali ke zaman kanak2 yang hanya ingat bermain sahaja. Bezanya dulu, kami main penuh emosi siap ada yang merajuk dan main secara main-main. Siap dulu ada pemain ta-ya-pa-waw lagi...hihi..Yang ta-ya-pa-waw ni biasanya budak2 kecik bawah umur tadika. Kalau diorg main pon diorg ni pengacau..haha...biasanya mereka pemain batch budak 90-an. Tapi sekarang semua dah dewasa, so tiada siapa yang ta-ya-pa-waw lagilah. Sekarang ni kiranya dah standard la 'kekuatan' kami. Malah kami bermain dengan semangat persaudaraan. Isu kalah menang tidak menjadi hal. Janji enjoy. Tapi main yang 2nd tu tak puas hati sangat coz masa dah suntuk sangat. Abah siap dari sana datang sini jadi 'pengadil' yang menamatkan permainan...haha...Sori abah. 

Habis bermain, sambung makan lagi mengabiskan baki-baki yang ada. Namun masih berbaki lagi makanan yang ada. Habis makan, sesi bergambar bersama atok. Macam-macam gaya kami buat, tapi yang kelakar muka atok macam muka tak de perasaan je duduk atas kerusi..hihi...nasiblah. Dah habis tu kami mula lah mengemas dan terus pulang. Ada yang singgah ke masjid untuk mandi daan solat asar, ada yang terus balik ke rumah. Uda pulak singgah ke rumah Wan Wa ambil belacan.

Masa kat masjid plak lah entah camana aku terfikir alangkah baiknya kegembiraan hari itu disambung ke malam. Nak buat apa lagi? Main bolinglah. Dalam wasap si Yan siap cakap ada instinct antara kami coz dia pun nak suggest idea yang sama...hahaha. Apa-apalah. Last2 semua bersetuju untuk main bowling di Alamanda malam tu. Sebelum pergi kami makan kenyang2 dulu. Makanan petang tadi kami makan balik biar habis. Biar berkat pada makanan tu kami perolehi. Kalau boleh jangan ada yang ngada-ngada nak ajak dinner extra n supper lepas main...hihi. So, sampai sana kami main enjoy2 even sekadar 1 game je. Tak apalah. Matlamatnya enjoy sesama sedare. Bukan main sampai tak ingat dunia. 

Habis main ada plak idea dari entah sapa untuk lepak ke dataran Putrajaya. Ada apa? Kata Sue, nak tengok orang main skateboard. Dalam hati aku ni terpikir, tengok aje? Best ke? Ah, ikut aja. Bukan selalu pon. Samapi sana, ma-sya-Allah, sesak giler! Dah dapat parking mula la kami berjalan-jalan tengok suasana. Ada yang main belon buih, ada yang main basikal, ada juga yang main roller blade. Last2, majoriti daripada kami teringin juga nak main roller blade. Nampak macam best, tapi aku sendiri tak main. Malas cari pasal. Tengok diorg pon asik2lah jatuh. Kalau aku yang main dah tentu2 jatuh juga. Lagi malang kalu ada murid2 aku tengok. Dan ternyata ada juga ank murid aku yang menyapa aku tanya aku x main ke. Huh, mujur tak main...hihi. Kalau tak, boleh la kata aku membayar sewa roller blade tu sekadar untuk jatuh. Hampir jam 1, kami pulang ke rumah.
Daripada program sepanjang hari merdeka ni dapat aku simpulkan dan harapkan:

- Program yang ad-hock n sederhana, namun enjoy dan meriah.

- Mereka yang tiada adalah, Kak Miza (jaga anak kot), Dayah (bekerja), Nadiah (jumpa suami), Najihah (jumpa kawan), Taufiq (di kolej) & Illmi (di asrama). Boleh la kata majoriti ada bersama.

- Aku tak pasti adalah program seumpama ini akan dijayakan lagi. Ikut hati memang mahu, tapi masing2 dah berkerjaya dan bekeluarga sendiri. Kalau banyak permintaan, mungkin satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan. Kalau nak harapkan aku dan kak Hana lagi mau pengsan...haha.

- Aku tak nampak sangat adanya kelemahan atau kekurangan dalam program ni. Mungkin membabitkan masa yang singkat. Mujur cuaca baik sepanjang petang.

- Harap-harap juga ukhwah kami berterusan mesra. Tiada salah faham n rasa saing menyaingi. Kesian atok karang. Takkanlah masa wan ada dulu semua berbaik2, dah wan tak ada masing2 nak renggangkan diri dari atok... (peace!!!)

- Ya ALLAH... Satukanlah hati kami di bawah rahmat dan kasih sayang-Mu. Amin. Al-Fatihah untuk wan.





  

Wednesday, August 6, 2014

Atok Runsing

Tadi atok p check up di hospital setelah dua bulan x jumpa. Ubat pon banyak yang dah habis. Aku sendiri terfikir, x mengapa ke ubat yang sepatutnya di telan dah habis awal daripada tarikh temujanji doktor? Penah aku tanya pak ngah, katanya nak buat camana, tunggu je appointment. So, aku pun tak kisah lagi lah. Sedangkan aku sendiri beberapa kali selama ni juga bila kira2 ubat yg ada, kurang pula, pepandai la aku bajet nak makan ubat camana. tapi aku pastikan beberapa hari aku nak appointment aku akan makan ikut dos yang ditetapkan. Tapi yang atok punya aku x sure plak bila temujanjinya, bahkan x berani aku nak mencatu2 ubat atok macam aku buat untuk diri sendiri.

Okaylah, untuk malam ni ubat dah lengkap seperti biasa. Tapi macam dah kurang satu dua ubat n tambah ubat lain pulak. Tak kisahlah. Janji makan ikut time yang betul. Kalau aku, entertained atok untuk makan malam sampai selesai makan ubat, cek tekanan darah n timbang berat badan. Kalau waktu pagi rasanya ucu yang urus. Kalau tengah hari mungkin sakinah n saiful. Itu pun bergantung kalau mereka ada di rumah. Aku sendiri tak pasti. Tapi atok sendiri sebenarnya boleh urus sendiri, banyak juga dalam buku catatan adalah tulisan atok sendiri esp atok catat apa atok makan n berat badannya sendiri. Okaylah tu.

Hasil temujanji tadi, nampaknya ada isu yang sangat berat untuk dibuat kata pemutus. Diagnosis doktor menerusi ujian darah menunjukkan tubuh atok semakin lemah. Atok sendiri akui dan rasakannya, biar pun sebenarnya atom cuba gagahkan diri untuk berdiri, berjalan n solat seperti biasa. Tapi atok mengadu juga kakinya tak berapa kuat. Mudah jatuh masa bejalan. Sakit pinggang. Semuanya atok rasa tapi atok masih kuatkan diri. Seban atok tahu, kalau atok duduk tengok tv 24 jam memang x baik untuk tulangnya. Tapi apakan daya, semakin atok usaha, semakin lemah diri atok. Tapi gayanya, atok x peduli akan itu.

Doktor juga kata, dalam badan atok dah makin banyak kulat2 yang tumbuh. Sebelum ni selepas operation kulat tu hampir tiada. Tapi tak sangka secepat ini tumbuh balik dan banyak. Menurut atok daripada doktor, x da ubat yg berkesan dapat menghapuskan kulat tu yang bagaikan kulat pada roti. So, hanya jalan yang ada adalah atok harus jalani pembedahan membuangnya. Tapi buang yang bagaimana? Adakah selepas ni atok harus jalani dialisis semula seperti dulu? 

Setakat ini, hanya pok long sahaja yang menyatakan persetujuan atok jalani pembedahan, manakal pakngah menolaknya. Atok lagilah kalau boleh x mahu. Bukan kerana atok takut dengan pembedahan tu, tapi atok ta pasti sejauhmana keberkesanannya adakah semakin baik selepas itu atau sebaliknya? Atok juga mengeluh, kalau atok jalani pembedahan tentunya penjagaan yang rapi dan terkawal harus dilakukan. Atok menyoal, siapa yang akan jaga atok dengan memberi pehatian yang baik setiap masa? 

Soalan atok tu sukar untuk aku jawab. Setakat ini, di rumah kami sapa2 sahaja yang mana sempat rawat n uruskan atok. Lain orang lain cara layanannya. Tapi matlamatnya sama. Cuma lebih baik kalau hanya seorang sahaja yang betul2 beri perhatian kat atok persis jururawat peribadi. Itu yang atok nakkan. Soalnya siapa yang boleh? Itu dari aspek penjagaan diri, bagaimana dengan persekitaran atok khususnya bilik? Setakat ini tiada masalah untuk bilik atok, ucu dan aku akan bersihkan n sapu sampah. Malah, bilik atok aku declare siapa2 sahaja boleh tolong bersih dan kemaskan, bukan saja aku, anis dan yang seumpamanya, malah syida, pika, sue dan sesiapa saja yang rasa nak berbakti kepada atok dengan cara ini. Bukan sekarang je cara ni aku buat, tapi sejak wan ade bertahun lalu atau lebih tepat sejak bilik wan n atok semakin besar. Masa tu aku fikir, ia jadi tempat lepak anak cucu yang tengok ataok setiap petang n hujung minggu. So tak salah untuk kami semua tanpa kira siapa sama2 tolong bantu. Sambung balik, atok kata, biliknya harus persis hospital yang sehari 3x dibersihkan, lap dan lain2. Allah, nampak sangat kene ada seorang yang khusus buat semua ni siap jaga atok tanpa dibeban dengan kerja2 lain. Tapi siapa? 

Sejak balik rumah tadi, atok aku tengok mula xde mood. Kalu sebelum2 ni atok akan makan dengan berselera, atau buat2 selera dengan azam bila makan kesihatan atok stabil. Tapi sekarang seolah2, atok makan sebaik mana pun ada pula kulat tumbuh dalam badan. Kiranya atok macam tensen jugaklah. Seolah2 macam seseorang yang study bagai nak rak untuk exam, jawab dengan tekun, last2 tak dapat score A. Frustlah tu sampai mencari di mana silapnya. Antara lain, atok macam xde mood nak bercakap dan macam fikirannya melayang bila tengok tv. Aku tau, atok memang tengah berfkir di kepalanya. Aku nak menyebok ajak borak pun rasa macam x patut je. Tadi pun atok makan malam dalam bilik, biasa atok akan bingkas bangun bila diajak makan, tapi atok x nak makan. Kecuali kalau aku bawak hidangan dalam bilik. Aku okay aje. 

So, untuk dua minggu ni, doktor bagi ruang untuk atok berfikir sama ada nak buat pembedahan atau tidak. Aku tak pasti yang manakah terbaik untuk atok atas pelbagai faktor. Tadi, abah mengomel apasallah atok diberitahu sedemikian rupa. bermaksud, sepatutnya doktor hanya bagitahu pada pok long dan pak ngah tanpa ada atok dengan menerangkan semuanya secara detail. Manakala dengan atok doktor dan yang lain2 maklumkan secara umum dan gunakan psikologi. Kalau dah mavam ni, memang nampak bukan kita semua je yang risau, atok sendiri dah tidak keruan. Masa amik tekanan darah pon, catatannya tinggi, dalam 120/90 lebih kurang. macam tak normal je, tinggi daripada biasa. Sah, pada aku mesti atok tengah stress masa aku cek tadi.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan atok ni. Tenangkanlah hatinya menerima cubaan ini. Moga atok dapat buat keputusan yang betul dan terbaik untuk dirinya. Insya ALLAH, Amin.



Tuesday, August 5, 2014

Jemaah Masjid Ziarah Atok

Tadi, sekumpulan jemaah masjid kampung ni datang ziarah atok. Dapat tahu last minit bila pak ngah kol daripada masjid. Masa tu tengah azan isyak pun. Memang kalutlah nak mengemas atas n sediakan juadah. Atok bila dapat tahu tu pon siap pesan buat air cepat2, supaya mereka balik cepat n atok dapat tidur cepat..hihi.. Atok ni, orang datang bukan selalu.

Antara yang hadir yang aku perasan n kenal adalah Ustaz Suhaimi Nisman, Ustaz Rashid, Anak Pak Itam, dan beberapa yang lain dan semua jumlah mereka sekitar 12 orang. Bila dah datang tu, terus mereka mulakannya dengan berselawat atas nabi beberapa minit sambil berdiri dalam halaqah. Habis dari itu, mereka duduk dan aku, epul n ilmi hidang minuman, biskut2 raya n goreng2 cempedak. Lepas tu, abah diminta buat ucapan dan berlaku sesi soal jawab tanya khabar daripada tetamu. Yang hairannya, abah je yang menjawab, atok yang duduk atas kerusi tak langsung nak jawab, atau mungkin atau tak perasa soalan tu. Tapi sepatutnya atok juga berucap. Mungkin tetami fikir atak masih tak sihat n tak boleh nak bercakap banyak. Jadi dalam hal ni aku rasa macam x sampai maksud sangat kedatangan jemaah untuk ziarah atok. Dalam tempoh kurang sejam mereka pun beransur selepas bersalam2an dengan atok.

Sepanjang kedatangan tetamu tu aku perhatikan mata atok berair. Atok macam terharu atas kedatangan mereka. Sedeh pun mungkin ada sebab rindu untuk berjemaah semula di masjid dan bertemu2 rakan2 sejemaah. Allah. Aku macam biasa, tak lah kantoikan atok time2 tu. Tengok aje lah.

Apapun Ya ALLAH, moga2 atok dapat kembali berjemaah di masjid seperti sebelum2nya. Kali terakhir atok berjemaah adalah sebelum operation pada bulan 4 hari tu, Allah, lamanya. Dan aku harap rakan2 jemaah atok akan datang selalu jenguk atok. Pak Itam, hampir saban minggu datang. Baguslah, harap berterusan. Insya ALLAH.

Saturday, July 26, 2014

Solat Tarawih Dengan Atok

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Hari ni, malam 29 Ramadhan 1435H.
Selama 27 Malam aku bertarawih dengan atok. Sedari sebelum bulan puasa atok dah booking aku untuk bermakmumkan aku. Hanya malam 21 aku ke Masjid Putra n malam 26 aku demam, aku buat sendiri. Ada sedikit keralatan dalam hati kerana tak ikut abah dan mak ke masjid atau surau seperti tahun2 sudah, tapi aku pujuk hati untuk menghappykan atok. Melihat kesungguhan atok nak berterawih biarpun 8+3, aku jadi terharu. Kenapa tidak aku tidak meraikan kesungguhan atok tu? Memang sesekali aku duduk dipertengahan rakaat di kerusi yang memang tersedia awal2 di belakangnya, tapi tetap atok bersemangat. Lagi2 bersemangat sedangkan atok sendiri x dapat nak berpuasa sebulan macam yang lain. Ada malam semalam, aku masih demam, aku bagi hint nak excuze tarawih sebab batuk2 n bersin2, atok kata boleh juga, so, teruskan je lah. Ikutkan bukan tahun ni je berjemaah dekat rumah. Selain daripada bersama mak abah dan lain2 masa kenduri buka puasa sama2, ada juga banyak kali mengimami wan tanpa atok. Masa tu wan dah tak berkuasa nak pergi masjid n atok macam biasa jarang miss ke masjid. Tapi, sekarang fully dengan atok jelah. Ada sesekali fikiran aku melayang terasa wan ada di belakang, tapi cepat2 tersedar bila atok mengaminkan alfatihah, mana taknya, kalau dengan wan, mana ada wan sebut 'amin' kuat2 kan..haha..
Apapun, Ya Allah.... terimalah amalan kami ini. Mungkin tak sama amalam ini yang dibuat di masjid dan rumah, namun moga2 amalan ini dapat memberatkan lagi neraca pahala melebihi kekurangan daripada kecacatan amalan puasa dan perbuatan yang sia2 sepanjang ramadhan ini. Moga2, pada tahun hadapan aku masih dapat mengimami atok dalam solat ini seperti tahun ini. Insya ALLAH. 

Saturday, June 28, 2014

Kemalangan OTW Makan Di Luar

Astaghfirullah al-Azim.

Malam tadi, Epul bersama Azam n Syidah menerima pelawaan Pak Ngah untuk makan di luar sekitar Bangi. Sebelum tu, di petangnya aku sendiri dah tau dan dengar. So malam tadi, mereka bertiga pergi dengan kereta berasingan. Aku tak sedar pun bila mereka pergi, tapi aku dapat panggilan dari Syidah yang nak bercakap dengan atok. So, aku bawa hp aku ke atok. Aku dengar syidah maklumkan kat atok yang dia dah keluar. Konon2nya minta izinlah. Dan dari perbualan mereka, atok asik mengulang2 tanya sebab x berapa jelas sampaikan aku pun kene dengar apa yang Syidah nak cakap. Tapi, lepas tamat perbualan, atok tanya aku, 'ko nak pergi x makan kat luar tu?' aku jawab 'x mahu lah, dah kenyang,'. Atop pon tanya mana abah pulak, kata atok dia nak ajak abah pergi. Tengok2 abah tengah tidur. So, aku call la semula diorg kot2 diorg masih di area sini, nak tanya diorg ke ajak atok p? Tadi kenapa x cakap dengan atok awal2? Ni atok nak pergi pulak. Tapi, diorg kata diorg nak patah balik even da sampai Dengkil. Disuruhnya aku siapkan atok. Kalau mavam tu baguslah. Dalam pada tu, atok pon merungut, dia memang tak mau pergi pon, Pak Ngah sendiri dah ajak atok berkali2 tapi atok memang tak mahu. Tapi bila Syidah telefon, atok fikir cucunya tu mengajak atok pergi sekali. 

Sedang atok bersiap, sekali lagi Syidah kol. Katanya, mereka terlibat dalam kemalangan. Allah. Aku tanya, ok ke tak? ada yang cedera? Syidah kata mereka bertiga okay, tapi motor yang melanggar kereta 'ada apa2'. So aku pun beritahu abah, n abah lantas bangun n bersiap pergi. Sementara tu, atok dah stand by kat kerusi, aku cakap, diorg x jadi makan luar, diorg patah balik. Atok tanya kenapa? Aku cakap 'entah' aje sebab x jelas cerita sebenar. So, aku ajak atok makan terus. Kalau da tau cerita nanti tak pasal2 atok x mau makan kang susah pulak. Dalam pada tu, Pak Ngah pulak kol tanya abah dah keluar ke. 

Last2 aku pun bagitahu atok lepas atok tengok apsal abah keluar pulak? Nak ke mana? Kenapa pula diorg tak jadi makan luar? Bila da tau tu, atok suruh tanya bagaimana keadaan mereka. Time aku kol, syidah dah otw ke hospital di bawa oleh Pak Ngah, sementara Epul, Azam n abah pulak dah ke balai polis buat laporan. Dalam pada tu aku kol juga Uda di mana kot2 aku boleh ambil, rupa2nya Ucu dah p dulu n bawa Uda ke hospital terus. 

Sebelum tidur atok masuk bilik aku tanya, ada tak diorg post gambar dalam wasap or fb (atok tanya, ada diorg bg gambar dalam talipon?), tapi x da. Aku berharap mereka snap gambar di tempat kejadian. Beberapa ketika, Epul, Azam n abah balik. So, mereka pon berceritalah. Katanya... 

Epul nak masuk simpang belah kanan selepas melepasi jambatan Dengkil. Epul da bagi signal n berhenti untuk pastikan kenderaan daripada arah bertentangan jauh lagi. So, dengan keyakinannya, Epul pun beloklah ke kanan. Tapi belom sempat separuh daripada belakang kereta sempurna masuk ke simpang, ada sebuah motor2 tiba2 dah melanggar bahagian kiri kereta. Kereta bergoyang mungkin sampaikan Syidah yang duduk di tengah2, badannya bergerak menghentam pintu belah kanan. Kepalanya turut terhantuk. So, mereka pun keluar kereta dan beberapa org telah ada di sekitarnya. Mereka besama2 mengangkat penunggang motor, lelaki tanpa memakai helmet ke tepi bersama motornya. Masa tu dikatakan ramai orang dah ada di sekitar. Mereka juga bersama2 cari kad pengenalan mangsa namun x jumpa sampai ada yang merumuskan mangsa adalah orang pakistan, dalam begnya pula ada alat2 baiki kereta.

Selepas tu, ambulans datang amik mereka, Syidah di bawa ke hospital n Epul ke balai polis untuk laporan kejadian. Selepas buat resport di balai polis Dengkil, mereka di minta untuk ke balai polis BBST pulak untuk merakam gambar kereta. Sementara Syidah pulak pendek cerita setelah membuat imbasan x ray di kepala, doktor sahkan xde apa2 berlaku. Kaki Syidah pulak bengkak gara2 besi kunci stereng menghentak kakinya masa kereta dilanggar. Dalam pada tu, semasa di hospital mereka yang temani Syidah cakap masa kat hospital kad pengenalan mangsa dah dijumpai, seorang lelaki berumur 25 tahun, beralamat di Sungai Pelek, Sepang. Namun, x tahu ke mana destinasinya. Mereka dengar2 juga, mangsa dalam keadaan parah dan perlu jalani pembedahan. 

Hari ni, lepas pergi ziarah wan Andak dan lawat anak Afiq, abah ajak pergi ke hospital untuk ziarah mangsa. Dari dalam kereta dah kami fikir2kan apa kenyataan yang sesuai diucapkan oleh Epul masa bertemu. Tapi, samapai sana, dapat khabar, mangsa telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi ranji'un. Kami terdiam. Masa nak ke arah parking, Mak tanya aku, apa perasaan aku tentang berita itu? Dengan slumber aku kata, 'sedeh'. Mak jawab, sedeh tu mestilah sedeh, tapi situasi Epul macamana? Mak kata, sebagai mak dia rasa lain. Dalam kereta abah usulkan sedeqahkan al-Fatehah untuk arwah yang kami baru tahu  namanya, Mohd Suffian bin Othman. Secara peribadi, macam2 kat kepala aku fikirkan berkaitan kejadian itu.

1. Siapa yang bersalah? Epul sebagai pemandu kereta yang masuk simpang?. Mangsa yang menunggang motor yang melanggar kereta? Atau unsur2 lain melibatkan faktor tempat? Atau juga disebabkan pihak2 lain yang termasuk dalam perancangan makan di luar secara langsung atau tidak sama ada yang pergi atau yang tidak pergi?

2. Apakah kedudukan Epul sekarang bilamana mangsa sudah meninggal dunia akubat kecederaan parah di kepala? Epul akan didakwa atas kejadian itu? Itu pun berlaku jika Epul benar2 di pihak yang salah tanpa ada unsur keraguan.

Ya ALLAH....
Hanya kepada Engkaulah kami serahkan segala ketentuan. Memang semuanya itu adalah satu takdir yang telah Engkau tentukan. Untuk mangsa, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba2Mu yang beriman. Untuk Epul, moga dia tak disabitkan bersalah atas kejadian itu. Moga2, kejadian itu memberi pengajaran kepada kami semua seisis rumah, seisi keluarga dan seisi kekerabatan yang mengetahui kejadian ini secara langsung atau tidak. Berkat Ramadhan yang bakal hadir sebentar lagi, moga2 semuanya dalam keadaan yang baik2 sahaja. Insya ALLAH.. Ameeeeennnnn.....














Friday, June 13, 2014

Atok Makin Stabil

Atok semakin stabil kesihatannya. Alhamdulillah. Aku rasa sangat2 bersyukur dengan perkembangan ini. Sangat berbezalah berbanding semasa pakai tube untuk CAPD. Kalau dulu atok ayik nak terbaring n tidor memanjang. Atok terasa macam tak bebas bergerak. Demam sesekali ditambah selera makan tak seberapa. 
Tapi, sejak discharge hospital yang latest ni, atok makin ceria. Jumpa suku sakat pon macam2 ada je cerita. Selera pon makin bertambah, sepatutnya makan 4 kali sehari, tapi kadang2 jadi 6 kali terutamanya bila pergi kedai, pergi rumah orang atau orang datang rumah atok join sekali hidangan. So, ubat pon kadang2 pening aku nak bagi coz kadang2 juga atok kenyang x nak makan pada masa yang sepatutnya atok makan. Tapi bila aku cakap, 'nanti pakngah marah' atok makan juga akhirnya hanya kerana nak makan ubat yang harus digaul di dalam nasi tu.

Sepanjang cuti ni memang aku banyak habiskan masa urus atok. Bergilir dengan abah dan ucu dalam urusan ubat-ubatan. Kadang2 bawa atok pergi sarapan kat luar atau aku sendiri pergi beli makanan di mana2 gerai. Kadang2 atok ajak pergi ke rumah suku sakatnya di dengkil dan kelanang. Kadang2 ajak pergi beli barang2 seperti racun dan kereta sorong atau buahp-buahan atau apa2 yang atok request. Tak apalah, nanti dah buka sekolah aku memang sukar nak buat macam ni lagi. Kalau buat pon mungkin dalam keadaan penat dan letih. 

Esok dah nak kenduri. Aku tak pasti apa nama kenduri tu. Kenduri arwah? Tapi abah kata kenduri pacak nisan. Pak Ngah pula seperti yang dia plan buat kenduri doa selamat sebab atok dah stabil. Ah, apa-apa jelah. Yang pasti, aku harap atok semakin okay dan bersemangat untuk melawan sakitnya. Sama ada atok akan kembali pakai tube untuk CAPD, biarlah kemudiannya selepas dua bulan. Tatkala ditanya, atok memang tak mahu langsung. Atok lebih selasa makan ubat semata-mata. Atok pon hampir setiap hari buang air besar, so, itu menunjukkan toksin dalam badan atok ternyah secara langsung. Untuk mengharapkan atok buang air kecil, kelihatan sukar setelah ginjal atol rosak di tahap kritikal sekarang ini.

2 minggu lagi dah nak puasa. Atok dah siap pasang niat niat sama2 berpuasa. Ada atok mintak pak ngah tanya dokter boleh tak atok puasa. Secara teori aku pikir atok boleh je puasa. Sebab bila atok puasa toksin dalam badan akan kurang dan tak perlu dirisaukanlah melainkan kalau bab ubat tu kene tanya doktor camana nak makan. Atok pon tulat akan ke hospital cek luka operation dah baik ke belum. katanya nak tetas benang jahitan. Atok pula yang exited. Baguslah tu. Insya ALLAH atok diberi kekuatan semangat untuk terus stabil untuk terus beribadah kepada Allah dan melakukan urusan2 yang dirasakannya boleh diuruskannya.

Thursday, June 5, 2014

Atuk Discharge

Hari ni atok discharge dari hospital sejak ditahan selama 11 hari. Dalam tempoh itu macam2 berlaku. Aku tak pasti apa percaturan Tuhan di atas semua yang berlaku. Untuk mengatakan ia satu takdir tanpa adanya hikmah, tak mungkin. Kerana setiap yang Allah jadikan serta aturkan ada hikmah dan pengajarannya. Hanya kadang2 kala kerana berjiwa manusia yang lemah, lalai, leka dan pelupa, maka pengajaran dan hikmah itu tiadalah dapat dilihat.

Pertama sekali, dua minggu sebelum masuk wad, atok memang dah menjalani CAPD, rawatan dialisis dengan mengeluarkan dan memasukkan air dari dan ke badan secara manual. Puas pakngah dan abah buat latihan kat hospital empat hari. Di rumah, ucu dan aku dilatih buat sama, namun kurang berjaya. Kebetulan tangan ucu dan aku ada luka kecil yang tentunya adalah dilarang untuk melakukan rawatan itu. Bahaya. Once virus berada pada peralatan n badan atok, habislah. Jadi selama pakai tu abah dan pakngah saling bergilir melakukannya 4 kali sehari. 

Tapi, pada hari isnin yang sepatutnya kene datang wad semula untuk jalani dialisis secara automatik, ada masalah pulak timbul. Pagi tu, air yang keluar daripada badan atok kelihatan sedikit keruh. Sampai di hospital terus jalani dialisis dengan menggunakan mesen selama hampir 10 jam. Tapi, air yang keluar makin keruh dan wujud jelly. Ya ALLAH. Memang pakngah terkejut jugak lah. Selama ni wat secara manual tiada masalah. Last2, kembali menggunakan CAPD manually sementara menunggu sampel air di diagnosis punca kekeruhannya. 

Rupe2nya, air yang keluar daripada badan atuk yang keruh tu adalah disebabkan jangkitan. Didapati ada kulat yang wujud pada tiub yang dimasukkan ke dalam badan atuk melalui exit-site. Ya Allah. Macam kedengarannya x okay je. So dari perkhabaran ini ia membuatkan seluruh keluarga menjadi tidak keruan, bimbang dan konfuz menjadi satu. Berdasarkan penjelasan dokter, tiub tersebut perlu dikeluarkan semula agar kulat pada tiub tu tidak merebak dan membiak. Sebab walau pun dah makan ubat yang menghapuskan kulat, ia tetap ada dan ada gara2 ia bermula daripada tiub tersebut. 

Bukan, kami saja, atuk pon hairan, macam mana ada kulat kat tiub tu. Antara kemungkinan2nya, persekitaran yang kurang bersih iaitu habuk yang berterbangan, serta proses CAPD yang dilakukan menjadi salah satu puncanya. Nak kata daripada makanan, rasanya tiada kene mengena. Aku lihat atok tersangat2lah risau bercampur hairan memikirkan bagaimana kulat tu wujud. Atuk kalau boleh tak mahu jalani pembedahan untuk keluarkan tiub. Tapi atok akhirnya akur dengan keputusan pakngah dan lain2 untuk tiub itu dikeluarkan. Tapi, timbul pula persoalan, kalau dikeluarkan tiub tu, bagaimana toksin dalam badan nak dikeluarkan? Bukan ke buah pinggang atok dah tak berfungsi bagi memproses air kencing?

Namun, ada 3 pilihan yang boleh diambil untuk apabila tiub itu dikeluarkan semula sebagai cara untuk membuat toksin. 1. Pasang tiub baru. Namun ada risko tersendiri. Bila pasang baru, kene tunggu dlam tempoh 6 minggu setelah pengeluaran tiub sebelumnya bagi memastikan luka exit-site tu sembuh betul2. Kalau dipasang juga tanpa sembuh dulu ditakuti akan wujud juga kulat n jangkitan kemudiannya. Serupa tak payah pakai. Kalau pun boleh pasang semula, adakah antibody atok kuat lagi untuk dicucuk2 jarum dan sebagainya? Apapun nampaknya ini cara yang paling baik.

2. Pemindahan atau pertukaran buah pinggang dari penderma lain. Yang ini nampaknya mustahil boleh berlaku sebab rumit. Mana nak cari penderma yang sesuai. Lepas tu kene tengok jenis darah pula, lain2 juga kene tengok ketahanan mental fizikal atok nk jalani pembedahan dan rawatan susulan. Bimbang2 dah buat tapi tak sesuai pulak, kan leceh dan susah. Lebih2 lagi memikirkan usia atok yang dah x semuda kami. Jadi, memang idea ini ditolak tepi2.

3. Makan ubat semata-mata. cara ini kelihatan mudah. Tapi masih tak dapat jawapan. Sebab kalau makan ubat tapi tak keluarkan toksin, lagi parah lah kot. Akhirnya, dapat juga difikirkan, cara membuang toksin selain buang air kecil adalah dengan cara membanyakkan peluh. So atuk kene buat aktiviti2 yang sesuai agar keluar peluh sekurang2nya keluar berjalan.

Apapun, setelah difikir2kan, atuk lakukan pembedahan keluarkan tiub yang berkulat tu. Kemudian makan ubat seperti pilihan nombor 3, dan selepas 6 minggu jika perlu, barulah buat pilihan 1. Atuk pon dah faham dan memegang flow yang ini. Jadi, tak semena2 atuk yang bersemangat nak buat pembedahan keluarkan tiub tu isnin lepas. Okay. Dan hari ni atuk dapat balik selepas doktor sahkan atuk boleh jalani kehidupan biasa di rumah. 

Sepanjang perjalan Pak Ngah seakan-akan memberi kuliah kat aku. Sambil memandu, aku mendengarkanya sambil berfikir daripada apa yang pakngah sebutkan. Ya ALLAH. Doktor kata atok diramal dapat survive dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Biar betul? 

Sebetulnya aku tengok atok sihat je, tak ada simtom2 sakit. Hanya cepat penat. Makan pun okay, selera sungguh. Makan ubat pun rajin. Solat sedaya upaya atok berdiri even 1 atau 2 rakaat yang awal sebelum duduk di kerusi. Dapat dilihat atok sangat2 opstimis untuk meneruskan kehidupan. Aku tak pasti sejauh mana atuk memahami betapa penyakitnya dah kronik. Tapi yang aku pasti, atok banyak benda nak buat dan masih prihatin dengan isu2 kehidupan seperti berita2 di tv n akhbar, perihal keluarga, tanah dan lain2. Malah, puasa ramadhan nanti pon atuk dah mula bersemangat!

Jadi, aku harapkan, atuk masih boleh survive bukan beberapa bulan sahaja, tapi beberapa tahun sahaja. Mungkin boleh berlaku dan tak mustahil ramalan doktor boleh tersasar. Ya ALLAH... Stabilkanlah kesihatan atuk ni. Permudahkanlah urusannya. Moga2 atuk boleh terus beramal ibadah dan menyembahMu selain menjadi pelengkap kebahagiaan kepada kami. Ameen.

Sunday, June 1, 2014

Atok Dah Buat Keptusan

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.





Setelah berfikir, berbincang dan bertimbang tara kesan dan kebaikan daripada 3 option yang ada, akhirnya keputusan dah diambil. Esok atok operation untuk keluarkan tiub yang berkulat. Entah bagaimana boleh teerjadi, doktor pon tak pasti. Jawapan yang diberikan sebelum ini tatkala ditanya hanyalah sekadar kemungkinan2. Memanglah Allah Yang Maha Mengetahui, tapi tak kan tiada pengetahuan daripada doktor untuk memberi kepastian? Tak apa lah, aku yang guru ni pon bukannya serba tahu. Begitu juga doktor dan lain2 profesion.

Poklong, Pakngah dan abah dilihat sepakat, tiub berkenaan dikeluarkan dari perut atok. Untuk seterusnya, option 3 itulah yang harus dipilih. Setelah menimbang dari segala segi terutamanya tahap kesihatan atuk, maka atok akan mengambil ubat-ubatan sahaja buat masa ini. Namun, setiap minggu atok harus bertemu dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan atok stabil dan memuaskan. Namun jika ada masalah berkaitan, nampak gaya tiub baharu akan dimasukkan bagi mengeluarkan air dan memasukkan air secara manual atau mesen seperti sebelum ini. Syaratnya, ia mestilah setelah 6 minggu kemudian di mana dalam waktu itu kesan tebukan di perut atok dan baik sepenuhnya. Kalau tak sembuh sepenuhnya ditakuti bila buat lubang baharu di perut atok akan wujud pula jangkitan lain pula.

Keputusan yang diambil nampaknya selari dengan atok. Atok yang aku lihat, lebih kepada nak buang tiub dan makan ubat semata2. Tapi persoalan bagaimana nak urus kotoran n toksin dalam badan atok, kami pon tak dapat faham, fikir n ketahui dengan jelas. Tapi dapat aku bayangkan, untuk atok sihat cergas dan kuat selepas keluarkan tiub yakni tak lagi melakukan proses keluar dan masukkan air di badan, maka atok kene buat aktiviti sihat seperti rutin atok sebelum sakit ni. Kene hirup udara segar setiap pagi, makan macam biasa, berjalan2, berbual2, mengeluarkan peluh dengan apa2 cara dan seumpamanya. Atok juga harus berterusan menguatkan mental dan fizikal n jangan mudah putus asa dan letih dengan ujian yang menimpa serta sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apa yang penting juga, seluruh keluarganya harus memberikan sokongan moral terutamanya berziarah, menghubungi dan bertanya khabar agar atok tak rasa terasing dan kesunyian. 

Ya ALLAH, semoga keputusan yang diambil ini merupakan keputusan yang terbaik untuk diri atok, diri kami dan keseluruhannya kehidupan kami sekeluarga. Stabilkanlah kesihatan kami semua agar dapat terus berbakti pada ibu bapa, atok nenek dan keluarga kami terutamanya berterusan dalam melaksanakan amal dan ibadah demi-Mu. Aamiiiiiinnnn.

Tuesday, May 27, 2014

Atok Suruh Balik.

Hari ni lepas sekolah aku ziarah atok di hospital. Kebetulan esok cuti so bolehlah kot aku balik lewat. Kebetulan tadi jam 4 baru keluar dari gate sekolah, so terus lah ke sana. Sampai sana cari katil atok, tapi x ada. Aku turun lah ke bawah terus di mana tempat atok lakukan homedelisis. Ingatkan dah guna mesen auto x payah manual lagi, tapi kene jugak. Entah, aku tak berapa faham sangat.

Sampai bawah atok dah nak habis treatment, terus pakngah suruh aku bawak atok p minum. So masa p kafeteria atok minum la nescafe. Ikut hati mahu je aku larang atok minum nescafe coz dokter pesan jangan selalu bernescafe sedangkan atok kat rumah ni hampir setiap hari minum nescafe. Kalau ucu x buat kang atok marah. So.....

Masa minum, ceria atokl bercerita pasal treatment dia. Aku ni macam paham, macam x paham tapi buat2 paham. Nanti aku nak tanya Pak Ngah untuk lebih pemahaman terutama tang citer air dari perut atok kenapa keruh x jernih macam biasa. Habis minum naik atas ada dinner meal da sampai atas meja. Sebelum atok makan atok semayang dulu. Dan sebelumnya juga atok bagitahu Pak Ngah supaya balik dulu. Aku pun atok suruh balik ikut Pak Ngah, tapi aku kata kitorang kan bawa kereta lain-lain. Sebelum tu lagi masa kat bawah atok suruh kol abah juga supaya tak payah datang. Atok confident sangat yang atok boleh jaga diri sendiri n tidor sorang2. Aku nak kata yakin tu, boleh la skit. Atok pun bukan jenis suka ditemani bila atok tahu dia terdaya nak buat sesuatu dengan sendirinya. 

Tapi aku tunggu juga atok, lepas solat atok makan sambil2 tu aku borak dengan orang katil sebelah, budak Sabah. Kenapa budak? Umurnya muda dari aku, 27 tahun. Sian, dah dapat sakit buah pinggang. Dia lebeh banyak bercerita n nampaknya ramah. So aku assume juga atok bolehlah ada orang yang di ajak berlawan cakap kat wad ni. Kalau ada abah n pakngah n poklong pon aku tak rasa mereka berborak rancak sama atok...hihi...agaknye lah. Bila da habis makan, atok bersiap2 nak baring. Mungkin nak lelap mata kejap. Tapi atok tanya aku, 'apa bende ko nak cerita sama aku ni sampai tak balik ikut pakngah ko?' 'eh, tak ada apa2 lah, saja je nak tggu trafik clear kat luar tu'. Dah tu atok pula tiba2 tanya kat aku, 'bila lagi?' ishk. Dah tanya yang ini nampak gaya memang aku perlu cabut dulu lah sebelum melarat. Dah la budak yang sakit tu dok pandang aku n atok berbual2. Malu lah aku...huhu..baik blah cepat di kala jam belum jam 7 petang.

Kesimpulannya, atok kini dah makin ceria. Nak kata atok dah makin melupakan wan tu, tak ada lah. Cuma mungkin dah boleh menerima kenyataan. Kalau dulu aku dan kami semua fikir wan tak nak makan sebab wan x selera, tapi rupa2nya wan sakit. tapi kini aku dan kami fikir atok monyok sebab teringatkan wan, tapi rupe2nya atok sakit. So kini atok dah ok dan cuba beraktiviti macam biasa yang sekurang2nya berjalan banting dengkil. Ok lah tu. 

Saturday, May 24, 2014

Konflik Tanah Sekeping

Hari Sabtu. Mengenangkan aku tak ke mana2, aku pun setujulah bawa atok ke Kelanang. Aku pun dah lama tak ke sana. So jam 12 siang kami gerak. Dalam perjalana macam2 lah aku dengar atok cerita. Aku masa tu sedang dengar radio, isu agak menarik untuk aku dengar, tapi dah atok nak bercerita aku pun perlahankanlah volume.

Dalam banyak2 cerita ada satu cerita yang best untuk aku catat sini. Boleh jadi ia boleh jadi panduan untuk aku dan kami dan kita sekeluarga pada masa depan. Masa lalu kawasan olak lempit utara menyempadani brokelands, atok kata kat situ ada tanah makcik atuk, entah onyang yang mana satu, aku pun tak pasti. Kata atok, tanah yang itu jadi rebutan keluarga onyang tu sampai ke anak cucu. Err, yang ni memang tak de kaitan dengan atok. 

Tapi yang ini, penting. Atok nak kaitkan cerita yang atas ni dengan situasi yg berlaku ke atas sekeping tanah yang boleh jadi besar bagi seorang pemilik, tp jadi kecik apabila da dimiliki oleh ramai orang. Tanah yang dimaksudkan adalah tanah yang diduduki oleh wan ani (entah apa pangkatnya). Isunya tanah tu sampai sekarang tak lagi dipecahkan kepada nama pemilik yang berhak. 

Kisahnya bermula, Onyit Mat Jamin amanahkan tanah itu kepada makcik atok yang merupakan mak kepada wan ngan menson iaitu isteri kepada tokngah mail. So, boleh dikatekan kesemua anak-anak onyit Mat Jamin tu ada share ke atas tanah tu. Namun bagi onyang mahiddin yang dah ke rahmatullah lebih awal, bahaginnya dimiliki n dikongsi oleh atok dan adik beradiknya yang 3 orang tu.

Masalah bermula apabila masa tu mungkin xde kesedaran nak wat proses pertukaran nama secara official. Tapi makin bermasalah apabila makcik atok yang itu meninggal dunia. Dalam keadaan ni dah nampak rumitnya apabila share makcik atok tu perlu dibahagikan mengikut faraidh kerana wan ngah Menson tak dapat share itu gara2 statusnya sebagai anak angkat sahaja dan mgkin tak sempat untuk dihebahkan sharenya itu. So bahagiannya makcik atok itu perlulah dibahagikan kepada semua adik beradiknya yang masih ada. Dan masa tu ada juga la kesedaran nak percah tanah officially tapi masa tu adayang tak bagi kerjasama. Isunya sebab salah sorang makcik atok yg lain (onyang Cik), iaitu mak kepada wan nina (entah apa pangkatnya juga), berhasrat nak memiliki semua share yang ada. Cadangan itu hampir diterima oleh kesemua suku sakat, yelah, tanah tu boleh la kata luas, tapi sebab waris2nya punyala banyak maka macam xde nilai la kalau sekangkang kera sorang2 dapat, so better disatukan atas satu nama dengan cara menjual kepada yang nak memilikinya. At least tak dapat tanah, dapat duit even ciput jadilah. Masa itu, tanah itu telah diduduki oleh wan ani sekeluarga (sampai sekarang). Tapi yg jadi masalah, onyang Cik tu berkeras tak mahu membeli semua share tu tetapi nak ambil tanpa apa2 bayaran pun. Aku tak tau apa kenenye lah beliau nak ambil tanah tu tapi tak nak bayar. Tak tergamak pulak aku kata beliau tamak atau apa2 yang seaktu dengannya. Tapi itulah ceritanya, last2 tak da sapa yang layan permintaannya dan merasakan lebih baik tak payah nak pecah officially. 

Menariknya, sebelum kekalutan itu berlaku, atok mewakili adik beradiknya dah menjual bahagiannya kepada wan ani tu atas alasan wan ani tu dah sedia menetap di situ dengan nialaian RM10,000. So dalam konflik ini nampak gaya atok dan adik beradiknya tidak terlibat. So kalau da diperhalusi sekarang, nampak gaya juga ia semakin konflik coz semua makcik2 n pakcik2 atok dah tiada. Maka bahagian2 mereka dah diwarisi oleh anak2 mereka yakni sepupu2 atok yang jumlahnya pun ramai. Pun masa tu tak ada lagi usaha proaktif nak memecahkan tanah tu atas penama2 yang berhak. Makin rumit, sepupu2 atok pun ada yang dah kembali ke alam baqa lalu tanah yang sekangkang kera itu jadi makin kecil untuk dishare kan kepada puluhan waris yang berhak iaitu anak2 sedara atok. So, bayangkan, anak2 onyit Mat Jamin pun ada 10 lebih kurang, pastu bila yang 10 itu sudah tiada jatuh pada anak masing2, mungkin setiap soang ada 3 anak secara purata, maka, 30 orang cucu onyit Mat Jamin berhak (tidak termasuk atok bersaudara kerana dari awal dah menjualnya). Tapi bila cucu2 Mat Jamin ni dah tiada, jatuh kepada cicit2nya pula yang purata katakanlah 3 orang juga, so 30 cucu kali 3 cicit = 90 orang or penama!

Masya Allah.... memang dah rumit tu. Ikutkan xde masalah pun jika semua waris faham kronologi untuk menyelesaikan masalah ni, sebab rasanya isu nk bolot sorang2 tanah tu dah tiada gara2 individu itu dah tiada. tapi tak tahulah kalau waris2nya pula memegang prinsip yang sama juga x tahulah. Ada aku cadangkan supaya atok cadangkan kepada para waris untuk bawa isu tu ke pejabat tanah, tapi atok pulak konfiden yang pejabat tanah akan naik pening dengan kes ini dan taj mustahil boleh selesai, tp mungkin memakan masa sehingga berbelas tahun. Malah lantik peguam untuk memperlicinkan urusan ni, tapi atok bangkitkan persoalan tentang siapa yang nak bayar khidmat guaman itu? Tentu mahal dan perlukan kerjasama semua, Tapi mahu kah puluhan waris tu mahu berkorban wang ringgit untuk matlamat itu. Kalau seorang dua je yang tanggung, belum tentu mereka tak dapat bahagian yang besar dan sama seperti yang lain2. Pastu aku cadangkan juga supaya tok usu Syukur (anak onyang uda) kendalikan kes ni sebab beliau pun seorang peguam merangkap pewaris tanah tersebut. Namun, atok pon kata, duit tetap menjadi persoalan sebab nak setel urusan tu perlukan duit nk kesana ke sini, nak beli borang n bayar perkhidmatan itu ini dll. Errr.. entahlah.

Pointnya di sini, atok nak berkongsi kerisauannya terhadap masalah yang berlaku terhadap kaum kerabatnya. Aku kata atok tak payah lah fikir sebab atok dah tak ada kaitannya dengan tanah tu lagi dan atok sendiri dah pernah menyarankan agar masalah itu diselesaikan sejak generasi demi generasi. So, terpulanglah pada mereka. Kita doakan sahaja agar Allah mengampunkan kekhilafan mereka terutamanya generasi yakni pewaris masa kini yang tak tahu menahu pun situasi sebenar pada asalnya. 

Atok bukak cerita ni pun sebab ada terbaca dalam buku mengenai pewarisan harta yang aku beli. Aku bagi pakngah baca sebab masa pakngah tidur bilik atok pakngah minta apa2 buku yang boleh dibaca. So, aku bagilah tu, tak sangka atok pula berminat nak baca sampai siap baca jadual faraidh lagi. Aku pun ting tong tak paham...haha..

Kesimpulannya, atok berpesan pada masa hadapan kalu konflik ni timbul semula jangan ada antara anak cucunya pergi mengaku ada share lagi kat tanah tu. Sebabnya walau pun atok dan jualkannya, tapi seperti yang diceritakan, nama atol dan abang2nya masih ada sama tak ditukar2 lagi kepada wan ani selaku pihak yang membeli bahagian itu. Okay?

Ya ALLAH....Allahummaghfirli wa lana. 










Sunday, March 30, 2014

Alahai Atok

Atokku kuat dan lincah, garang dan tegas, mesra dan penyayang kini terbaring dan menyendiri. Dulu rajin ke sana-sini dengan kereta menjalar Dengkil-Banting, sarapan pagi di kedai, ke masjid hampir saban waktu, kini hanya di rumah. Langsung tidak mahu ke mana-mana. Puas aku dan yang lain-lain ajak berjalan-jalan, meronda ke luar kawasan rumah dan berziarah saudara-mara hanya digelengkan kepala. Alahai atok, aku rasa macam tak kena lah dengan karektor atok yang jenis tak lekat di rumah. Kalau tak mahu dengan aku, Akmal ada juga, pun tak mahu. Allah...

Menyorot kembali saat-saat wan melalui penyakitnya dengan sabar, aku lihat atok masih dengan rutinnya ke sana-sini. Bukan atok kaki lepak atau keluar tanpa tujuan, tapi memang ada sebab dan alasan atok keluar. Hatta kalau nak beli sebunkus kelapa parut pon atok jenis rela keluar ke kedai. Berbanding aku, kalau setakat 1 2 benda nak beli, aku hold dulu cek kat dapur apa lagi nak beli. Pendek kata, atok memang jenis tak betah nak duduk di rumah. Kalau tak keluar berjalan pun, atok akan bersama pokok-pokok tanamannya iaitu sawit, pisang, ubi, nenas, durian dan lain-lain yang sebenarnya aku pun tak begitu arif pasal pokok-pokok buah, sayur mahu pun tanam-tanaman lain di keliling rumah ni. 

Tetapi sekarang, atok seolah-olah menyesali sikapnya yang tidak begitu menghiraukan wan di saat-saat wan perlukan perhatian dan penjagaan. Kenyataan ni aku dimaklumkan Ilmi yang ku lihat, atok lebih suka mengadu kepada cucunya yang seorang itu. Sedangkan aku dan 3 lagi cucu serumahnya tidak pula dikongsi cerita. Tak mengapalah, masing-masing ada aura tersendiri untuk menarik perhatian atok. Jadi, bila Ilmi cerita aku rasa tidak sepatutnya atok berperasaan begitu. Ikutkan sepanjang wan di hospital dan juga di rumah, wan dijaga sebaik-baiknya. Si Kina aku boleh kata macam leaderlah. Mana taknya, di hospital dia antara individu awal menjaga wan, sampaikan hal ehwal stoma care wan pun dia lebih expert daripada yang lain. Aku ni memang tak berapa nak faham. Malah nak tengok usus wan di perut pon rasa macam nak pengsan. Kalau tak Kina ada pun, Anis yang masih di rumah menunggu dipanggil kerja pun berkemahiran seperti Kina. Ucu pula lebih-lebih lagi mengambil perhatian pada wan. Mak Ngah pun juga saban petang datang membantu mana yang patut. Pendek kata, atok tak perlulah rasakan kekesalan tak jaga wan betul-betul. Bukan atok tak nampak, wan okay je sepanjang berada di rumah selepas pulang dari hospital. Sesekali ada jururawat klinik datang buat pemeriksaan ke atas wan. Hanya kerana penyakitnya, wan semakin tak bermaya dari semasa ke semasa. Itu bukan salah sesiapa. Dan bukan sahaja atok, kami semua yang lain tak perlu rasa ralat dengan keadaan itu.

Semenjak wan pergi, atok seolah-olah hilang semangat. Ikutkan pada pagi Ahad semasa pengurusan jenazah wan, atok kelihatan tenang walaupun sugul menunduk ke lantai. Saudara-mara datang berziarah atok sambut seperti majlis kenduri. Memang aku lihat atok seolah-olah boleh menerima hakikat biarpun sebenarnya pada masa itu bukan sekadar aku, malah kerabat-kerabat aku yang lain turut sama menahan rasa. Yang di dalam bilik, yang memandikan, yang mengkafankan, yang beryaasin dan bertahlil, yang di ruang tengah, yang di beranda, yang di luar dan semua hadirin yang ada turut sama khususnya sanak saudara aku lihat kesayuan di wajah masing-masing. Mungkin ada yang sedia maklum dengan keadaan wan kebelakangan itu membisikkan ke hati masing-masing akan kemujuran mereka mengetahuinya terlebih dahulu lalu menyempatkan diri berziarah wan di hospital mahu pun di rumah. Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan berita yang diperolehi. Apapun responnya, semuanya merelakan wan pergi lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak melalui derita penyakit yang berlanjutan. 

Memang, lebih kurang sebulan sahaja sejak wan di kesan penyakitnya, Allah memberikan tanda-tanda untuk menjemput wan ke sisinya sebagai persediaan kerabat-kerabat wan untuk menerima qada' dan ketentuan. Tidak terlalu cepat seolah-olahnya dalam keadaan tiba-tiba, mahupun terlalu lama seolah-olahnya menjadi satu penderitaan luar biasa. Berdasarkan pengalaman, pemberitahuan dan pembacaan mengenai tanda-tanda pemergian seseorang, aku rasa semua dah maklum dan mungkin bersedia. Tapi, aku saja yang buat-buat tak endah. Aku dari dulu selalu sebut 'wan muda lagi' bila wan kata wan dah tua. Contoh; 'Lutut wan sakit ni, picit skit. Biasalah, orang tua', 'ko bila nak menikah ni, entah sempat entah tak aku nak tengok ko,' atau 'wan malulah nak berjalan akai tongkat ni, macam dah tua je,'. Paling tak aku sebut, 'tengok Tun Mahathir dan Dato' Nik Aziz atau Agung tu, lagi tua dari wan, tau.". Tetapi hakikatnya, wan dah tak muda lagi. Aku sengaja nak menyedapkan hati. Tetapi, sekarang tak lagi. Biarpun wan dah pergi, kesemua individu yang aku sebutkan tadi masih sihat dan kuat menjalankan tugas masing-masing. Aku doakan mereka berlanjutan lagi kemudaan mereka. Nak doa untuk wan, wan dah tiada. Jadi, berbalik kepada yang tadi, tidak sepatutnya kami semua rasa terkejut dan kekesalan yang amat. Bak kata Pak Uda pada atok, tak perlu lagi mengenang-ngenangkan yang tiada, tak perlu lagi rasa bersalah kalau tak sempat tunaikan permintaan wan jika ada.

Aku dan juga kerabat-kerabat aku yang lain sejak hari pertama dah dinasihatkan saudara-mara supaya jangan biarkan atok bersendirian. Antara yang direct pada aku, Pak Usu Karim dan Pak Usu Mat Isa. Eh, apa pasal semua pak usu ya? Entahlah. Pointnya sama saja. Mungkin pada yang lain-lain pun mendapat mesej yang sama daripada sanak saudara yang lain. Dan alhamdulillah, sehingga kini kami saban masa bersama atok, pagi petang siang malam hatta masa tidur ada yang sama atok. Nak kata atok sunyi, tak lah. Hanya atok yang lebih senang nak tidur daripada berborak dengan kami. Tapi, bila cicit-cicitnya datang masuk ke bilik, memang bikin kecoh jugalah, atok siap kata dia suka dan tertawa sendiri dengan keletah mereka. Iqbal pun kalau datang atok suka biarpun cucunya yang itu jenis tak duduk diam. Bila mereka semua tu datang, memamg aku suruh picit kaki dan tangan atok. Jadi, atok pun rasa okaylah kot. Pak Ngah siap pesan juga pada aku supaya bagi nasihat-nasihat pada atok ala-ala motivatorlah. Ishk, atok ni bukanlah nak nasihat apa pun, aok ni lebih hebat dari aku. 'atok, bersabarlah. Sudah taqdir ke atas wan. Redhalah...', ayat macam itulah agaknya lebih kurang. Tapi, ayat ni macam formal benar, aku kalau cakap macam ni macam berdrama pula. Last-last nanti kalau atok menangis, aku terus terdiam pula, macam mana? Lagi-lagilah atok kenali aku bukan seorang yang ala-ala romantik. Cara aku cakap pun agak selamba. Sopannya agak kurang, tapi bukan bernada tinggi atau tegang, hanya tidak menggunakan laras bahasa yang 'skema' gara-gara hubungan aku dengan atok ni macam anak dengan bapa sebab dah tinggal sama atok sejak kecik-kecik. So, apa yang boleh aku cakap kat atok adalah, 'relaxlah tok, wan dah selamat kat sana dah, semua dah okay' dan seumpamanya. Ikutkan juga aku tak pernah nampak atok menangis sekalipun kesan mata berair. Tapi, mereka yang lain kata ada nampak. Jadi, tak ada situasilah yang nak aku memujuk dan melayan perasaan atok yang rindukan wan jika benarlah kerana itu. Mana taknya, 64 tahun bersama walaupun bertukar berek dan rumah, mana boleh atok lupakan wan dalam tempoh ini. Aku sangat-sangat berharap agar atok kuat hati dan tabah sepertimana Tok Cik Usop, Tok Itam dan Pok Long Madon yang melalui pengalaman teman hidup masing-masing yang diuji dengan penyakit dan pergi menemui Tuhan akhirnya. Please, tok.

Mengundur pada petang Sabtu selepas kenduri hari ke 7 wan, atok mengadu sakit perut dan rasa tak lalu nak makan. Lalu di bawalah cucu-cucunya beramai-ramai ke klinik. hasil pemeriksaan, tiada apa-apa komplikasi penyakit atok kecuali sakit perut kerana makan sesuatu yang pedas. Mana taknya, semalamnya, atok menyudu sambal belacan begitu saja. Memanglah perut jadi sakit. Atok ni kan... Bila balik tu masa aku picit-picit kepala watok, atok ada cakap, 'memang padan lah dengan atok, hari tu atok marah-marah wan sebab wan tak lalu nak makan, sekarang atok pulak yang rasa sendiri'. Atok oh atok. Atok ni cari penyakit. Wan tu pulak memang sakit yang masa tu tak dikesan lagi apa penyakitnya. Kemudian sejak dari hari tu atok sering tak lalu nak makan. Makan pun sikit-sikit je. Ada juga hati aku terdetik, 'atok ni macam saja-saja nak ambil feel tak makan macam wan, konon nak rasa juga apa yang wan rasa bila tak makan'. Entahlah. Bila dah tak makan, atok asyik rasa pening. Kadang-kadang atok rasa mual dan beberapa kali juga muntah. Itu pun gara-gara perut atok banyak angin, kosong. Setakat ni atok tak adalah nak minta makan apa-apa, apa yang dihidangkan di pagi petang siang dan malam itulah atok makan sekadar syarat kami tak bising dan paksa atok makan. Setakat ni juga atok suka makan buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Tapi atok makan skit je, yang banyak tu, kamilah yang harus menghabiskannya. Senang cerita, atok jadi tak lalu makan ni sejak seminggu selepas wan tiada, dan sebelum itu atok okay dan agak sibuk bersama anakanaknya menguruskan tinggalan-tinggalan wan sama ada harta bermanfaat dan sebaliknya. Kenduri hari pertama, kedua, ketiga dan kelima pun atuk okay dan bersemangat. 

Allahu Rabbi... Aku harap, atok tidak berterusan begini. Pada aku dan kebanyakan kami, kalau atok makan semakan-makannya macam biasa, Insya Allah atok ada tenaga dan menjalani rutin macam biasa. Sepanjang seminggu ni aku bersedia nak bawa atok ke mana-mana, kalau sebelum-sebelum ni cuti aku diisi dengan kuliah, tugasan kuliah, kerja sekolah, tulis artikel dan manuskrip untuk buku termasuk keluar berjalan, tapi untuk cuti seminggu ni tidak lagi. Tapi, dah atok asyik terbaring, apa aku nak buat. Kata Pok Long, paksa aja atok bangun, tarik atok masuk kereta kemudian jalanlah pusing kampung. Alahai Pok Long, nak ajak makan pun kene diajak berkali-kali dan dipimpin, apatahlagi nak berjalan keluar. Tapi tak apa, idea tu nanti aku usul pada yang lain-lain. Esok dah mula bertugas seperti biasa. Bukan aku je, semuanya menjalani rutin dan tugas seperti sedia kala, berkerja dan berkuliah. Jadi, atok macam mana? 

Apapun macam biasa, atok bukan seorang, kerabatnya ramai, yang tinggal serumah, yang sebelah-sebelah rumah. Insya-Allah boleh jadi penghibur atok. Tapi, itulah. Kerana komitmen kerja, kuliah dan keluarga masing-masing, kadang-kadang bimbang juga kami terlupa kat atok. Tapi mujurlah ramai anak cucu atok bersekitarnya sahaja. Pada yang jauh aku sangat-sangatlah mengharapkan balik menjenguk atok. Atok ni sebenarnya, rindu pada yang jarang dijumpanya. Kalau berjauhan, telefon kan ada, atok tu pun, siap ada handfon sendiri. Bangga aku, atok aku ni ada handfon sendiri tu, persis orang muda gayanya. Kalau kerabat-kerabat aku nak bertanya pasal atok, patut aku usulkan telefon sendiri atok. Mana tahu, sekali dengar suara mereka, atok terus dapat power! Insya-Allah. Kalau mati akal tak tahu nak borak apa, sekadar tanya khabar, makan minum, sakit pening dan sewaktu dengannya. Setakat ni aku tabik kat Syidah, ada sekali dia telefon atok, aku tengok atok macam happy je. Bukanlah sebab itu cucu kesayangan dan sebagainya, tetapi lebih kepada nak dengar suara orang yang jarang dia jumpa. Kalau aku ni, tak payah pandang muka, bercakap dengan aku pun matanya dipejamkan. Atok..atok..

Pada penilaian aku, Pok Long dan Uda adalah individu yang atok nak bersama. Mungkin kalau boleh kesemua anaknya berada di hadapan mata. Kalangan cucu-cucunya, pastinya si Kemal yang aku tak boleh nak sanggah kemanjaan atok kepadanya diikuti Kak Miza, Azam, Nadiah dan tentunya Amin serta selainnya adalah Ilmi yang walaupun dekat, tapi dah duduk asrama. Siap atok cakap dengan dia, 'jangan tingggalkan atok'. Situasi ni membuatkan Si Ilmi mula berbelah bahagi. Sudahlah dia ni 3 minggu di sekolah tahfiz tu, dia dah rasa kurang seronok. Ditambah lagi dengan pesan si atok tu membuatkan dia nampak peluang cerah untuk keluar asrama. Tapi, kalau nak kena marah dengan bapaknya, buatlah perangai. Ingat senang ke nak masuk sekolah macam tu. Apapun, ia hanyalah pada penilaian mata aku. Kami cucu-cucunya yang lain tidak seharusnya merasa dibeza-bezakan. Sebenarnya atok sayang semua. Contoh mudah, masa mak abah kami semua pergi haji, atok dan wan jugalah yang menjaga kami semua sampai sanggup menetap di rumah masing-masing sebab kami semua sekolah. Kecuali akulah, masa tu memang aku sorang je yang sudah bersekolah, Si Amin dan yang lain-lain tak bersekolah lagi. 

Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, stabilkanlah kesihatan atok, kembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, permudahkanlah urusan atok, tidak lupa juga eratkan persefahaman sesama anak cucu cicit atok, berikanlah kami kelapangan untuk berada di sisi atok serta cucuri rahmat ke atas wan di sana. Amiin...


Sunday, March 16, 2014

Selamat Jalan Wan

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Wan, setelah 50 hari dari tarikh wan dimasukkan ke wad, akhirnya wan pergi menemui Allah Rabbul Izzati. Setelah 22 hari wan pulang dari hospital akhirnya wan pergi setelah beberapa lama uzur menderita penyakit barah usus di Tahap 4. Wan pergi meningalkan Along, abah dan anak-anak serta cucu wan yang lain dengan tenang pada jam 12.02 tengah malam tadi.

Wan, Along rasa tertipu sangat-sangat. Kerana terlampau bersikap optimis, Along cuba menafikan wan berada dalam kondisi yang sukar. Walaupun tanda-tanpa pemergian wan telah jelas zahirnya, masih Along anggap wan masih okay dan tidak ada apa-apa. Memang silap sungguh. Tatkala Along nak bertolak ke kursus Khamis lepas, hati ni tersangatlah berbolak-balik. Empat hari berkurus yang sepatutnya Along teruja, tetapi yang nyata kebimbangan menguasai hati. Itu pun masih Along beroptimis menganggap wan masih okay. Walaupun semalam Along ambil masa balik ke rumah selepas habis kelas meredah jem, masih rasa berat lagi hati nak ke kursus pada keesokkan harinya. Mujur tadi, selepas mendapat khabar tentang situasi wan, Along dapat pulang awal dan berdampingan dengan wan.

Wan, ikutkan hati mahu sahaja Along singkap kembali memori antara kita, Namun, mustahil untuk diceritakan semula kerana banyak sangat situasi dan memori yang terjadi selama Along di bawah jagaan wan. Wan bagaikan mak kedua Along yang dijaga baik bagai anak sendiri. Memanglah Along ni cucu wan, tetapi Along dapat rasakan kasih wan pada Along melebihi cucu-cucu wan yang lain kecuali cucu sulung wan. Along tak kisah yang itu. Yang pasti wan sudah sehabis baik mengasuh Along bila mana berada di bawah jagaan wan. Antara yang paling Along ingat, bila demam, wan buat tangkal dengan bawang kecik yang diletak kapur, bila Along nak beli apa-apa wan bagi saja tanpa soal. Dan yang paling best, kalau Along dan Amin bergaduh tentu saja wan back up Along sedang atok memback up Amin, di mana dalam situasi ni, biasanya Along yang menang akhirnya. Memang bukan sebab Along ni abang, tapi sebab kuasa wan lebih hebat dari kuasa atok dalam hal pergaduhan kami. Wan juga ajar Along mengaji mukadam dan sifir. Nak kata Along pandai sendiri memang tak lah. Pernah juga wan merotan dan memiat telinga Along bila Along buat nakal seperti mengelak nak pergi sekolah petang sebab petang-petang ada cerita kartun kat tv, mengombah almari dan kusyen untuk main nyorok-nyorok, mengusik barang wan atau atok dan macam-macam lagi. Untuk semuanya itu, terima kasih untuk wan Along ucapkan sebab baik garangnya wan merupakan salah satu cara mendidik.

Tetapi, bila Along dah besar panjang macam ni, seringkali Along lalai nak berdampingan dengan wan. Mungkin tak sedikit Along menghiburkan wan, tetapi banyak juga situasi Along tidak menghiraukan wan tanpa sedar dan sebaliknya. Wan panggil ke dapur tolong hidang juadah atok, Along tolong ala kadar. Bila wan suruh beli barang dapur Along menangguh-nagguhkan. Wan pesan beli rojak dan oren Along asyik-asyiklah tak sempat. Along harap wan tak menaruh hati kecewa dengan sikap Along ni yang baik dan nakalnya bertukar-tukar dan tidak konsisten. Hendak disalahkan keadaan dan situasi, susah juga. Tapi wan, Along dah buat yang terbaik semampu Along demi wan selama ni. Ada kekurangan, Along minta maaf banyak-banyak.

Wan, Along ingat lagi, semasa kecil bila wan lenguh dan sengal di badan, tangan dan kaki, wan akan suruh urutkan dengan memijak di mana-mana bahagian berkenaan sebab kalau Along picit-picit pakai tangan sikit pun wan tak terasa yang di akhirnya Along meletop-letopkan jemari tangan dan kaki wan. Bila Along besar sikit, wan mintak picit-picit tapi kuat-kuat., tak mahu pijak lagi. Tapi masa wan sakit hari tu, Along nak picit-picit wan pon rasa was-was, sebab sesekali Along picit wan mengaduh sakit. Tapi sekarang, tiada lagi khidmat picit-picit yang boleh Along berikan, selama-lamanya. Lagi satu, wan. Kalau sabtu dan ahad cuti hujung minggu terutamanya masa nak raya wan ajak Along tolong sapu halaman rumah dan bakar sampah. Lagi yang teringat, masa nak pergi sekolah setiap pagi dan petang dulu wan duduk sama tepi jalan dengan Along tunggu van sekolah datang. Allah… banyak lagi sebenarnya Along nak tulis, tapi memang, sampai esok pon tak habis-habis.

Wan, sejak wan sakit dan disahkan mengidap barah usus tahap 4, tak putus-putus Along berdoa mengharapkan wan sentiasa dalam keadaan stabil. Sekurang-kurangnya dapat wan bertahan dan bersemangat untuk terus dengan kehidupan rutin. Along juga mengharapkan wan dapat berpuasa dan beraya bersama Along dan anak cucu wan yang lain di tahun ini sekurang-kurangnya. Namun, Allah lebih sayangkan wan dengan memanggil wan sesegera ini. Sungguh Along tak sangka.

Wan, Along pasrah dan redha atas ketentuan Allah ini. Along akui, kita sebagai makhluk tidak akan kekal seperti mana al-Khaliq. Along lihat wan pergi dengan tenang gayanya. Masakan tidak, kami secara tak sedar tak perasan bila nafas terkahir wan hembuskan. Tahu-tahu je, lepas atok mengucup wan dan beredar beberapa langkah, wan dah tiada. Tapi Along puas hati, anak cucu wan yang ada di keliling telah membimbing wan menyebut nama Allah. Wan juga pergi dalam lingkungan anak cucu yang ada bersama, di dalam bilik wan sendiri dan di dinihari yang hening. Bacaan ayat-ayat suci Kalam Tuhan telah kami perdengarkan dan khususkan buat wan sepangjang beberapa hari sebelumnya. Along harap segala amal makruf yang kami lakukan untuk wan diterima Allah. Insya Allah.

Wan, damailah wan di alam sana. Kalau sebelum ini wan dijaga dan dirawat kami, moga di sana Allah merawat wan dengan nikmat daripada keredhaan-Nya dan amal soleh bersama kalangan mukminin dan mukminat. Moga kita juga direzekikan bertemu di syurga abadi dan bertautan kembali kemesraan seperti mana di dunia ini. InsyaAllah.

Allahummafhamha wa’afiha wa’fu anha. Ya Allah, ampunilah segala dosa wan, rahmati roh wan, hindarkan wan dari segala seksaan di barzakh dan mahsyar. Kasihanilah wan. Jangan Engkau biarkan wan terdedah dengan ancaman munkar dan nakir. Permudahkanlah urusan wan di sana. Amin.

Selamat jalan, wan.

Al-Fatihah.

Tuesday, March 11, 2014

Wan, ATok dan Kami

Allahu Rabbi.

Wan masih tidak menampakkan tanda2 sembuh. Wan makin hari makin x mau makan. Jika disuakan sudu untuk makanan atau straw untuk minuman, kalau tak gigi dan mulutnya sengaja ditutup, tangannya pula yang menolak. Memang bagi orang2 yang sakit telah Allah berikan makanan rohani buatnya hingga tidak terrasa lapar. Aku sendiri contohnya, kalau demam pon tak berapa selera nak makan. Tapi bila nak baik tu memang perut tetiba rasa lapar pula. Harap2 Wan pun macam tu tak lama lagi. Aku nak wan makan dan minum macam biasa, macam tiada apa yang berlaku. Untuk wan kembali ceria dan berbual mesra itu, kemudian lah. Bagaimana nak begitu ceria kalau lemah tak bertenaga? Harap2 juga wan dapat bangkit semula duduk dengan sendirinya tanpa ditampung dari belakang. 

Secara peribadi, aku tengok wan punya tanda kekuningan atau perut kembung tak ketara seperti minggu lepas. Harap2 memang keadaan itu petanda kesihatan wan makin stabil walau pun penyakitnya tak hilang. Aku tengok walau wan terbaring, wan aktif juga bergerak kiri kanan mengiring. Tangan wan berdaya juga nak diangkat2 mengikut keselesaannya. Terbaru, wan dibelikan katil baru. Mahal punya katil standard katil hospital yang boleh dilaras kedudukannya. Makin selesalah wan berbaring. Harap2nya  dengan katil boleh dijadikan sebagai alat fisioterapi untuk wan bersenam dan bangkit sendiri nanti. Tolonglah Ya Allah, sembuhkanlah wan.

Atok pulak, kelmarin mengadu terhantuk kepala ke dinding gara2 berjalan terhuyung hayang keluar daripada tandas. Allah. Harap atop tak apa2. Mungkin atok terlalu memikirkan wan sampai atok pon pening kepala. Ya Allah...

Allah. Aku harap kami sekeluarga tak kira di dalam rumah ini atau rumah yang lain2 diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk melayan dan menguruskan keperluan wan. Aku tau, memang berat. Kami semua masing2 ada komitmen tersendiri. Yang terdekat, Sakinah bizi dengan studynya. harap2 dia boleh catch up pelajaran dan menyiapkan tugas sebaik2nya. Kesian dia. Aku sendiri dah alami kebizian dalam meluangkan masa untuk study gara2 dalam masa aku bertugas dan berkursus sana sini. Abah pula, masih terikat dengan syarikat walau pun abah bila2 boleh ambil cuti, malah berhenti sekali pun. Akmal dan Anis, walau pun bertaraf penganggur kehormat, masih ada perkara untuk mereka luangkan dan selesaikan. Sampai masa nanti mereka berdua akan juga berkerjaya masing2. Memang mulia jika mereka hold dulu sementara untuk pergi kerja sehingga kesihatan wan stabil, tapi kehendak dan keinginan mereka untuk melakar masa depan harus diambil kira.

Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami, rahmati kami. Redhailah kami. Jadikan kami dalam kalangan hamba2Mu yang bersabar dan bersyukur. Insya Allah. Aamiiin.

Tuesday, February 25, 2014

SItuasi Wan

Sebelum duduk sempat abah sebut 'oleh kerana ko anak lelaki, abah nak cerita sumething' (aw kamaa qaal). Aku pon berhenti menaip tapi reaksi ku masih bersahaja. Dalam hati terlintas juga 'bukan aku satu2nya anak lelaki abah pon'. Tapi sebenarnya aku ok je kalau abah nak share apa2. Sebab biasanya kalau tak ada apa2 sebab takdenye abah nak masuk bilik aku siap tutup pintu. So aku pun pasang telinge lah.

Duduk je, abah amik masa beberapa ketika sebelum menyebut, 'abah rasa wan ko tu tak lama lagi...' aku pon memandang ke abah, masih reaksi bersahaja.

'Apsal abah cakap cam tu?' 

'Tengok keadaannya, lemah, x boleh bergerak banyak, kaki dan sembab... abah bajet lebih kurang sebulan.'

Aku senyap. membiarkan abah meneruskan kata. Sedangkan aku sendiri x tau nk kata apa.

Dialog2 seterusnya ada juga. Kesimpulannya, abah berkongsi cadangannya bagaimana cara nak urus wan nanti. Mandinya di mana, Kafannya di mana dan solatnya di mana. 

Aku pon layan je. dalam hati mula sayu. Tapi aku ni memang betul2 pelakon hebat. Boleh memanipulasi reaksi dan mimik muka. So, aku pon sama cadang mencadang.

Dalam pada tu ada juga aku n abah review keadaan wan sebelum operate n selepas operate. Aku juga akhirnya tanya satu soklan yang terbuku selama ni, macam mana semua boleh bersepakat untuk wan jalani pembedahan minggu lepas.

Abah juga memberitahu tentang pendapat Pak Ngah mengenai situasi wan ni. Pak Ngah kata menurut Dr. Lee dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Aku harap begitulah. Lama lagi pon tak apa. Aku berdoa agar kami tak kira adik-adikku atau kezen2 lain dapat melayani n mengurus wan seperti mana di hospital. Janganlah Allah membolak balikkan hati2 kami untuk mengurus wan. Tingkatkan kesabaran kami. Insya Allah. Aku ni pon doa je lebih, tapi masih x berani nak tengok luka n kesan pembedahan di perut wan. Aku tak berani sangat-sangat. Allah... Kata abah menurut Dr di hospital, kalau wan alami kulit muka kekuningan, perut kembong dan membusung, mungkin hati wan dah makin rosak dan bahaya. Masa tulah baru bawa ke hospital semula.

Mengenai situasi wan, mak dan uda sendiri kata dah tak lama sejak sebelum operate, ucu juga dah mula membayangkannya sejak sebelum wan masuk hospital. Pada aku, boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Keadaan wan lemah di hospital disebabkan oleh rasa bosan n letih dengan suasana di hospital. Bila balik kelmarin, okay aje. Tapi hari ni, aku x perasan sangat okay ke tak okay atau makin x okay. Entahlah.

Ya ALlah....permudahkanlah urusan wan, permudahkan juga urusan kami untuk mengurus keperluan wan. Berilah kesempatan kepada kami untuk berkhidmat kepada wan. Moga2 ia jadi penebus dosa kami sepanjang kami bersama wan sejak lahir. 



Ya Allah..ampunilah dosa2 kami. Ampunilah dosa-dosa wan. Rahmati wan, rahmati kami juga. jadikan kami dalam kalangan hamba2Mu yang beriman dan bertaqwa. Insya Allah.

Tuesday, February 18, 2014

Wan Selepas Operation

Alhamdulilah. Wan kelihatan cergas berbanding semalam selepas menjalani pembedahan membuang bahagian usus yang wujud ketumbuhan sepanjang 3.5 cm. Ikutkan aku x pasti bagaimana pakcik2 n makcik2 aku setuju dengan keputusan abah untuk benarkan wan dibedah, coz poklong aku tengok lebih kepada alternatif treatment. Manakala pakngah lebih kepada bimbang risiko operate, manakala uda n ucu lebih kepada tidak operate tapi x tahu apa ape alternatifnya. Bagaimana pun akhirnya selamat. Wan dah mula berborak dan bertanya siapa yang datang melawatnya. Kalau sebelum ni wan buat x endah. Malah wan juga mahu makan n minum. Even tak banyak pon at least boleh lah lapik perut wan yang kosong sejak malam tadi.

Aku tak pasti bagaimana pula penerimaan terhadap dirinya kini. Wan perasan tak yang perut wan dah berlubang? Kalau wan mula perasan apa pula perasaannya? Allah... Berilah kekuatan pada wan. Janganlah wan rasa lemah dengan keadaan dirinya kini. Ya ALlah, tabahkan hati kami untuk sentiasa berada bersama wan n menjaganya sebaik2 mungkin. Moga wujudnya wan bersama kami dengan perubahan tahap kesihatan wan membuatkan kami dapat berbakti kepadanya lagi seterunya beroleh rahmat-Mu. Amin.

Apapun aku harap wan dapat keluar dari wad cepat. Biar wan dapat hirup udara segar dan tak bosan dalam kesejukan di wad. Insya Allah.