Friday, February 6, 2015

SYUKUR DI JANUARI

Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran kepada Tuhan, atas setiap kurnian-Nya yang tidak ternilai bagi hamba-hamba-Nya yang tahu erti syukur. yang tak reti erti syukur memang akan merasakan tidak cukup atas apa-apa yang telah Tuhan-Nya berikan. Harap-harapnya, aku ni antara golongan yang bersyukur biar pun kadang-kadang aku rasa ada yang tak lengkap dalam kehidupanku, Biarlah, yang pasti, semakin meningkat rasa syukur, makin lagi kurniaan yang akan dia perolehi. Namun, tidak bersyukurnya dia, sedikit pun tidak menjejaskan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa yang menguasai alam sarwajagat ini.

Apa yang aku merepek pasal syukur-syukur ni? Ah, dah basi punya isu baru sekarang sempat nak tulis. Tak apalah. Nanti bila-bila masa dah tua kalau dibaca semula sekurang-kurangnya adalah kenangan yang boleh disingkap kembali. Januari lalu, keluarga ini menerima ahli baru, Aisy Iman, anak Amin pada tanggal 19. Kesian dia, beberapa hari tak berapa sihat kerana demam kuning. Kene enjet berkali-kali. Moga sekarang dia dah sihat. 

Kemudian tanggal 29 mak bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dijawatnya selama 33 tahun. Aku tak pasti yang ini syukurku atas kerana apa. Mungkin sebab lepas ni aku tak ada lagi buat kerja sekolah mak yang berasaskan on-line dan komputer. Yelah, dalam dunia pendidikan sekarang ni tak mudah kerja seorang guru. Untunglah mak bersara sekarang. Ada cikgu-cikgu lain tega menungu sampai 60 tahun sedangkan mereka tahu sistem pendidikan ni bersifat dinamik yang memerlukan guru mengeksplorasi pelbagai medium untuk mendapatkan bahan dan menyelesaikan tugas. Dalam pada tu, rasa ralat juga sebab mak juga idola aku dalam kerjaya yang sama ni. Kalau mak jenis cintakan murid sampai tak rela keluar berkursus dan buat kerja-kerja pengurusan sedangkan aku sebaliknya. Selagi ada ruang dan peluang, suka sangatlah aku pergi berkursus...hihi. bukan tak sayang murid, tapi itu satu cara untuk aku dapatkan ketenangan daripada rutin biasa yang dilalui sepanjang sesi persekolahan. 

Petang lepas mak beersara tu, Sakinah pula dapat berita dia berjaya dalam temuduga Shell sebelum itu. Entah apa kekuatannya, yang pasti dia dapat kerja yang aku kira bagus dari aspek background syarikat serta dekat dengan rumah. Sedangkan dalam masa sama aku harap dia dapat penempatan di kementerian perumahan supaya senang la nanti aku nak apply rumah kerjaan..haha..

Selain petang tu, malamnya Belang beranak tiga. Sepatutnya anak Amin lahir tarikh ni yang bersama-sama dengan mak, Ilmi dan Aref, tapi Belang pulak punya masa. Tak kisah la. Nak kata ini satu perkara yang menggembiarakan tu, tak de lah sangat. Tapi itu juga rezeki dari Tuhan, setiap suara 'meowan' mereka tu tentunya zkir dan doa. Harap-harap ada la doa buat kami ni daripda berbelas-belas kucing yang ada,

Apapun, kegembiraan yang seterusnya, atok punya kesihatan stabil. Bengkak di muka dan kaki kejap ada kejap hilang. Tak apalah. Harap berterusan stabil. Kerjya aku, bolehla kata sibuk. Ah, aku ni sibuk aja. Apa-apa jelah. Janji ada faedahnya yang aku dapat daripada kesibukan aku ni.