Friday, April 24, 2015

ATOK DAN AKU DALAM KENANGAN

Esok, genap 7 hari atok pergi. Terasa macam baru semalam saja. Ah, mungkin kesibukan aku sepanjang minggu ni membuatkan aku tak menyedari betapa masa sememangnya cepat berlalu. Lebih-lebih lagi tiada apa lagi yang aku fikirkan selepas balik sekolah. Kalau tak, rutin aku menemani atok sampai atok tidur. Dah lah. Apa lagi nak dikenang-kenangkan. Kehidupan perlu diteruskan. Kalau hari-hari asyik terfikir, teringatkan atok (mungkin wan sekali pun), tiada apa-apa perubahan pon yang berlaku. 
Saat ini, sebelum ingatan aku merosot atas faktor usia (macam lah dah tua sangat), lebih baik aku buat catatan serba-sedikit kenangan aku sepanjang hidup lebih 25 tahun bersama-sama atok sebelum ianya luput dari ingatan. Aku tahu, akan datang belum tentu aku dapat menyingkap kembali kenangan yang ada. Manusia kan mudah lupa. 

Atok yang aku kenali (semua anak cucunya juga kenal), seorang yang tegas. Putih katanya , janganlah memilih hitam, memang kena lah siap-siap nanti. Dari kecik aku dah puas kena marah. Mujur wan selalu back up. Atok marah mungkin sebab aku tengok tv lama-lama, main basikal sampai ke maghrib, tak buat kerja sekolah dan lain-lain yang sebenarnya aku dah tak ingat kenapa atok suka marah. Kalau pergi sekolah pon bila atok jumpa cikgu-cikgu aku, memang kena treat macam parents zaman dulu lah. Kalau parents zaman sekarang, tak lah strict sangat. Yang aku kena, atok siap pesan, kalau aku ni nakal, cikgu boleh rotan aje. Ingat lagi masa kat asrama, atok siap cakap dengan warden, rotan je aku kalau tak belajar. Ish, atok ni, wat malu aku je. Tegas tak bertempat. Atok membela aku macam atok besarkan anak-anak atok di zamannya. 

Lagi satu, sebenarnya atok juga jenis membebel, hihi. Ada saja yang tak kena aku buat. Tapi aku rasa, mungkin sebab aku ni berpihak pada wan, so, kalu ada apa-apa yang atok tak puas hati kat wan, aku juga la yang kena, berbanding Amin yang wan pulak gelarkannya sebagai anak atok...kiki... kelakar. Lagi-lagi kalau aku dan Amin bergaduh, atok dan wan ikut sekali sama memenangkan cucu masing-masing. Dalam banyak hal, wan lebih banyak mengalah dan mengajak aku mengalah sama. Mana tak, kalau atok dah marah, tak payah cari pasal lagi, Cuma, bila makin berumur, atok dah kurang marah. Kalau atok marah pon aku dah tak heran malah buat tak paham je wal hal aku jenis menjawab. Kalau aku menjawab pon, atok akan terdiam sebab aku menjawab dengan logik dan bersebab. Contoh, jangan balik lambat-lambat, aku akan cakap, lambat sebab meeting dan lain-lain, bukan sebab suka-suka balik lambat.

Atok juga seorang yang penyanyang. Memang atok garang dan tegas. Tapi, kalau atok tak sayang aku (dan juga Amin, Kemal dikecualikan sebab dia memang tak pernah kena marah seperti yang kami kena sebab dia kecik lagi..hihi), tak mungkin atok belikan kami macam-macam masa kecik-kecik dulu. Siap bawa berjalan ke sana-sini (setakat Kelanang, Banting, Dengkil, Batu Laut dll), hantar dan ambil dari sekolah dan mengasramakan aku (biat pun tak rela), mencadangkan kepada abah belikan kereta untuk aku dan lain-lain bukti yang aku dah tak ingat satu persatu. Yang paling terharu, atok sanggup buat apa saja bila berkaitan hal ehwal perseolahan aku. Contoh, masa aku tak dapat tempat di SAMTTAR, atok berusaha ke JAIS selain menemui kawan dia yang juga atok sedara aku, Tok Ngah Ishak yang masa tu merupakan mufti Selangor. Akhirnya, dapatlah aku situ dengan jasa baik atok tu.

Allahu rabbi. Tak de feel lah nak tulis lagi. Tapi harus juga aku teruskan. Esok lusa tulat tahun depan tentu aku dah makin lupa. Tak apalah. Slow-slow. Secara umum, berikut merupakan anekdot yang masih aku ingat terutamanya masa zaman sekolah dulu2.

1. Atok mendukung aku tatkala umur 5 6 tahun sebab menangis dan meraung nak ikut ucu balik KL untuk bekerja. Sudahlah mak dengan abah tinggalkan aku dengan atok dan wan yang garang ni, tetiba ucu pula pergi tinggalkan aku. 

2. Masa di sekolah petang, waktu lepas solat Jumaat (atoklah tu, bukan aku yang sembahyang sebab tak faham lagi) atau masa rehat (atok solat asar di masjid), aku selalu minta duit extra seposen dua. Atok pon bagi lah sebab pada atok, bab-bab makan minum dia tak berkira. Yang kelakarnya, dengan slumber atok pinjam duit kawan dia untuk bagi kat aku (sebenarnya atok mintak je seposen dua tu bila atok tak bawa duit).

3. Atok ni suka hon-hon kereta. Kalau ambil aku dari sekolah tu, tak sah tak hon sekali pon aku dari jauh dah nampak kelibat kereta honda kontot kaler merah n ford kaler hijau (selepas honda kontot tu rosak). Malu juga aku. Apelah atok ni, kecoh sungguh. Sampai semua kawan dan bukan kawan aku pon tahu, yang bunyi hon tu tentunya atok aku, bukan atok orang lain. Masa di asrama dulu pun sama, bila hari Jumaat nak balik kampung tu, atok datang lepas solat Jumaat dengan Kancil merahnya, siap hon dari jauh. Malu aku, malu...huhu.

4. Atok sanggup menunggu aku di tadika (yayasan al-arqam boundry) hari-hari. Aku ni memang penakut pergi sekolah. Siap si Amin pon aku paksa dia ikut pergi sekolah macam aku. Aku tak pasti apa atok buat sepanjang aku dalam kelas (Dalam hal ni aku sangat-sangat terlupa nak tanya dengan atok apa yang atok buat masa tu bila aku dah besar ni).

5. Atok selalu jumpa cikgu untuk ketahui perkembangan pembelajaran aku. Kalau ada apa-apa yang tak kena, siaplah aku. Tapi aku tak pasti adakah atok buat perkara yang sama kepada Amin dan Kemal. 

6. Masa Form 3 pada hari komunikasi bersama-sama ibu bapa dan guru, yang datangnya adalah atok. Semua ingat aku ni anak bongsu atok, walhal aku ni cucu sulung lelaki atok. Ceh. Masa tu, keputusan aku merosot sangat-sangat tak silap, atok marah-marah cakap pasal penat bagi duit tiap-tiap bulan tapi aku main-main kat sekolah (aku ni jenis serkap jarang, bila pula masanya aku main-main. lagi satu, bukan ke abah yang bagi aku duit belanja. Konfuz sungguh aku masa tu). Atok siap tanya cikgu Nash masa tu, siapa kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku tu pandai ke tidak (kononnya aku terpengaruh dengan kawan-kawan), Lagi kelakar atok warning cikgu untuk pastikan aku tak berkawan dengan budak tak pandai n nakal. Ishk. Atok ni kan...

7. Atok ni memang suka-suki lah datang spot check aku kat sekolah dulu. Baik masa rendah mahu pun masa menengah. Kalau rendah tu, memang tak dapat nak cakap apa lah. Tanpa aku sedar, atok lalu tepi kelas aku samada di sekolah pagi atau sekolah petang. Kalau di menengah pula, atok terus jumpa cikgu aku. Kalau nasib aku tak baik, nampak atok waktu rehat, atok ajak makan kat kantin sama-sama dia. Time ni aku kalau boleh tak mahu tapi atok nak jugak makan situ. Segan yang amat. Mana ada bapak mahu pun atok orang lain datang suka saja-saja ke sekolah untuk makan kat kantin sekolah! (Aku tak pasti pula kalau atok buat perkata yang sama kat SMKBC untuk si Amin masa tu).

8. Ada satu hari tu atok datang sekolah saja-saja, tertengok aku seluar tak berapa bersih. Mana taknya, seluar baju kaler putih, kalau tak dinila biru memanglah tak berapa putih sangat. Atok kata seluar aku dah buruk, terus atok bawa aku ke Banting beli seluar baru. Aku ni risau dengan tindakan disiplin kalau terkantoi, tapi sampai ke hari ini aku tak pernah kene tidadakan disiplin atas kesalahan keluar bersama-sama atok waktu persekolahan. Apa jampi atok guna aku pun tak tahu.

Sebenatrnya macam-macam memori yang ada di kepala ni tentang atok dan aku. Tapi banyak sangat. Yelah, 25 tahun bukan jangka masa yang pendek. Boleh jadi banyak yang aku sendiri dah lupa. Pendek kata, atok ni memang unik. Dalam pada banyak benda spoil di mata aku atok buat, sebenatnya aku beruntung sebab atok orang lain tak buat kat cucunya macam atok ni (tapi bila aku jadi cikgu ni, aku ada jumpa sorang pakcik yang buat benda yang sama pada cucunya macam atok aku ni. Aku dengar bapaknya kerja di Sabah n pakcik ni lah yang jaga murid aku ni. Tapi pakcik ni tak lah garang macam atok, malah caring gila bila balik sekolah murid aku ni dari jauh dah berlari sambil panggil atok dia. Sedangkan aku, dari jauh nampak atok aku jalan lenggang kangkung jugak, bila atok hon baru lah aku berlari..hihi).

Ya Allah, ampunilah dosa atok, dan wan yang telah menjaga dan membesarkan aku seperti mak dan abah menjaga aku (tapi wan kata, aku lebih patut sayangkan wan sebab kalau aku demam wan yang jaga aku siap bagi tangkal dan menjampi...hihi) dan rahmati mereka dunia dan akhirat.


* Catatan ini memang untuk saya secara peribadi. Kalau ada suku sakat saya yang membacanya, saya mohon agar jangan tersalah faham denhan apa yang dicatat di atas. Itu adalah padangan peribadi saya. Jika kalian ada kenangan dengan atok mahu pun wan, apakata kongsikannya di sini. Catatkannya di bahagian komen di bawah ini.

Saturday, April 18, 2015

ATOK PULA PERGI

Akhirnya atok pergi jua. Sungguh pun disedari ia akan berlaku pada bila-bila masa, secara peribadi aku tetap tak putus-putus berharap agar ia bukanlah dalam waktu terdekat. Terlintas di hati aku pada hari wan ke rahmatullah terdahulu, biarlah atok tetap bersama-sama kami dalam tempoh lebih 5 tahun. Memang aku bukan Tuhan untuk menentukan cepat lambatnya nasib seseorang, namun tetap juga aku tetapkannya untuk menyedapkan hati sendiri biar pun tahap kesihatan atok yang dikira lanjut usianya tidaklah baik sangat. 

Dalam usia 87, memang dikira bonus jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia atok yang telah lama pergi dahulu (Tapi aku perhatikan ramai suku sakat atok seperti mak-mak dan bapak-bapak sedare atok memang brusia lanjut. Hanya ayah atok sahaja yang dikenalpasti pergi dalam usia yang muda, 20-an). Jadi, segala kemungkinan yang bakal berlaku sepatutnya patut kami hadapi dengan persediaan mental dan emosi. Lebih-lebih start atok mula disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, kami dah tahu saat atok pergi semakin hampir dari hari ke hari. Tapi mungkin sbb berfikir positif dan berdoa yang baik2 buat atok, membuatkan ada antara kami yang meneruskan kehidupan seperti biasa. (masih dalam keadaan kesal sebab mengambil masa yang lama untuk makan dan borak bersama-sama uda dan ucu. Mujur sempat berada di sisi atok di masa itu).

Bercerita tentang kejadian tadi, sekitar 10.30 aku menjengah masuk ke bilik atok. Masa melangkah masuk pintu pertama, Syida pula melangkah keluar sambil teresak-esak. Aku tidak ambil peduli sebab tau syidah tu memang begitu. Sejurus masuk, aku tengok abah dan kemal sedang mengurut dada atok. Kelihatan sukar untuk atok bernafas sebab ada terdengar macam jerih. Ucu dan uda pula menyangka atok nak buang kahak. Uda siap cari besen dalam toilet sebelum diserahkannya pada aku yang diminta uda mencapai tisu. Lepas tu aku yang berada di tepi kaki atok menghulurkannya kepada abah untuk disuakan kepada atuk. Tapi, atok seolah-olah macam cuba nak batuk tapi tak jadi. Yang berlaku atok menarik nafas panjang sebelum dilepas secara perlahan-lahan. Aku mula kaget. Abah dan Kemal cuba menyedarkan atuk. Dalam hati aku berharap-harap agar atuk cuma pengsan sebab penat bernafas tak lancar. Mana taknya, sejak 2 3 hari lalu susah sangat atuk nak bernafas. Malam tadi pun atok tak dapat nak tidur agaknya disebabkan nafasnya tak teratur macam orang asthma. Macam aku pun, kalu datangnya penyakit ni memang merana lah tak tidur semalaman sebab terdengar bunyi nafas sendiri selain dada berombak. Sementara si Azam yang sedang baca yaasin mula tersekat-sekat dan mahu berhenti tapi abah suruh teruskan bacaam. Pak Uda dari hujung katil sebelah memandang bersahaja. Apa yang bermain di fikirannya tak dapat aku pastikan. Ucu yang sedari tadi di sisi sebelah kiri atok berjuraian air mata. 

Melihatkan atuk tiada respon, abah minta aku call hidayah jika ada di sini. Tapi Yan jawab Dayah dan Arif tiada di sini. Arghh.. last2, aku minta semua datang. Masa tu aku tak berani nak kata atuk dah tak ada. Akhirnya abah suruh Kemal panggil pegawai kesihatan untuk mengesahkan ketiadaan atuk. Memang benar, atuk dah tiada sejak tadi. Mudah sangat. Kalau tengok drama kat tv tu, maa-syaa-Allah, payahnya ruh dan berpisah dengan jasad. Sedangkan atuk, tenang. Sekali lagi aku rasa tertipu (masa wan dulu tu aku rasa tertipu sebab menganggap selagi mana kaki wan hangat or x sejuk bermakna wan masih ada. Kira-kiranya, kalau ruh dah naik sampai ke lutut, bermakna kaki dah sejuk. Tapi rupa-rupanya teori aku salah. So, tadi, lepas tengok atok dah tak da, aku try pegang kakinya, memang masih hangat. Cuma yang aku harap, atok pengsan saja. Tapi, aku saja yang menipu diri). Aku ni pun satu, bukankah dulu masa beberapa orang kaum Yahudi cuba menguji nabi tentang persoalan ruh, nabi menjawab berdasarkan firman Allah yang mafhumnya, 'Tatkala kamu ditanya mengenai ruh, katakanlah (wahai Muhammad), ianya di dalam pengetahuan Allah semata-mata'. Tak apa, nanti aku tanya Dr. Hidayah kalau dia dapat explain sikit tentang teori aku yang ternyata meleset tu walau pun sedar, perkara-perkara metafizik ni para doktor pun tak mudah nak beroleh jawapannya.

Perginya atok antara jam 10.30-10.40 pagi biar pun dalam sijil kematiannya 11.00 pagi. Ah, sama saja, yang pasti atok dah pergi. Cuma perginya atok ni tidak terlalu menganggu emosi aku seperti mana masa wan tahun lepas. Masa wan, maa-syaa-Allah, bukan aku je yang berjurai air mata, majoriti suku sakat yang lain pun sama. Tapi bila atok ni, mungkin ramai yang tabah. Hanya ketentuan-Nya, kami tak menyangka hari ini adalah hari untuk atok pergi tanpa dapat kami ramai-ramai di sisi atok macam wan dulu. Nak mengungkit sesiapa yang tak bergegas balik bilamana di maklumkan keadaan atok yang semakin uzur, benda tu dah berlaku. Mujur aku tak tergeark hati nak keluar ke Sepang untuk latihan nasyid negeri. Tak apalah, yang penting waris-warisnya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat atok. Pak Ngah pulak, siap tanya, 'perlukah kita bersedih?' Ishk, susah aku nak jawab. Tapi pada aku, bergantuglah pada diri masing-masing. Tak salah pun nak bersedih sebab itu satu proses kita bermuhasabah diri mengenai hubungan kita dengan mana-mana arwah tu. Mungkin ada manis, pahit, masam dan masin yang boleh kita imbau untuk kita tergerak hati secara berterusan mendoakannya. Kalau buat slumber macam tak ada apa-apa berlaku, macam something wrong pula kot biar pun 'hidup perlu diteruskan'. Nabi pun tak larang. Cuma jangan meratap merayu sudahlah. Sedeh, tapi tidak ditunjukkan.

Allahu rabbi. Rasa pelek malam ni tak buat rutin biasa. Masuk bilik atok petang-petang dan sembahyang jemaah dengan atuk sebelum tengok berita sama-sama dan makan malam. Kemudian cek tekanan darah, timbang berat n bagi makan ubat. Ya Allah... Tak pernah aku rasa rutin itu satu bebanan. Aku dah biasa dengan rutin itu sejak hampir setahun lalu biarpun aku sibuk dengan hal-hal sekolah. Lagi ralat kalu atok kata, kalau aku tak makan, atok tak nak makan. Kalau aku berkursus berhari-hari, atok merungut asik berkursus je. Kalau balik petang-petang pun sama, katanya, cikgu mana ada kerja sampai petang. Ishk. Tu zaman cikgu Zainal memanglah, tok....

Selepas seluruh waris dan suku sakat dihebahkan tentang atok, seawal jam 11.30 ramai dah datang. Kami seisi rumah sibuk mengemas rumah untuk persediaan pengurusan jenazah, layat n solat. Rasanya pantas juga kami buat sebab dah ada pengalaman setahun lalu. bezanya, dulu ada masa panjang nak buat sedari malam bawa ke pagi. Tapi tadi, hanya menhambil masa beberapa jam saja semuanya dah siap. Rata-rata yang datang tertanya-tanya apa sebab kematian atok. Ada juga yang bertanya-tanya kenapa tak beritahu keadaan atok sebelum ni. Atok sakit apa, dan lain-lain respon saudara-mara.

Sepanjang menguruskan jenazah atok, tak da pula yang menyulitkan. Daripada pemandian hingga mengkafankan serta solat. Hatta di kburan pon mudah dan cepat. Ada yang bertanya orang masjid dah datang ke untuk mandikan jenazah? kain kafan dah ada semua ke, siapa potong? Imam masjid dah diberitahu untuk solat jenazah ke? Ada pula yang menjawab, 'Nizam dah uruskan', 'anak-anak ucu yang mandikan' dan lain-lain jawapan sesama mereka. kelihatan mereka seakan-akan percaya dan tidak percaya bilamana semuanya diuruskan oleh anak cucu atok sendiri. Alhamdulillah, tiada yang meragui.

Apapun kini, aku dan kami semua yang lain, perlu menerima hakikat atok dah tiada. Atok pergi dengan tenang dan mudah. Proses menguruskannya pun lancar. Apa lagi yang mahu aku kesalkan? Hampir semua cucu atok dapat melihat wajah terakhir atuk. Tidak perlu aku ragui tentang amal ibadah serta jariah atok sebagai bekalan ke alam sana. Dalam diam aku sendiri 'admire' dengan sifat pemurah atok. Contohnya, biarpun atok sejak setahun lalu tidak lagi ke masjid, atok hulurkan sejumlah duit yang diperutukkan dalam tabung masjid semasa solat Jumaat melalui aku saban bulan. Katanya, niatkan untuknya dan wan. Sekarang dan untuk hari-hari yang seterusnya, in-syaa-Allah akan ku konsisten dengan saranannya itu.

Bercakap mengenai kenangan, pastinya setiap daripada kami ada cebiasan kenangan bersama-sama atok terutamanya di akhir-akhir hayatnya. Biarlah ia tersimpan di hati masing-masing. Aku sendiri belum ada kekuatan untuk mencatatnya satu demi satu. Catatan ini pun, biarlah menjadi bahan sejarah pada anak cucu cicit atok jika ada di suatu masa nanti mahu mengenali siapa atok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu.




                                                                    

Thursday, April 16, 2015

KONDISI ATOK

Kondisi atok semakin lemah dari masa ke masa. Sebenarnya sejak balik dari Terengganu keadaannya kian uzur. Banyak tidur, kurang makan. Sesekali ada moodnya, boleh pulak atok bangun dan cergas daripada pembaringannya. Selalunya atok akan duduk di sofa hitam tepi pintu tu. Kalau kuat sikit kudratnya, atok bangun ke toilet sendirian. Kalau makan pun mahu juga ke meja makan. Tapi sejak seminggu ni atok dah tak banyak bergerak. Disedari, kali terakhir setakat ini atok ke meja makan adalah pada Rabu lepas, 8/4/2015 untuk makan tengahari bersama-sama Pok Long. Manakala ke tandas pulak pada hari Ahad subuh masa Pok Long tidur dengan atok di bilik atok tu. Last di sofa pula pada hari Sabtu masa ucu mengemop lantai bilik.

Sehingga kini selera makan atok menurun. Beberapa kali juga aku kene marah sebab paksa atok makan. Aku pulak memang kenelah begitu, kalau tak abah kata aku tak berusaha bagi atok makan. Belum lagi kalu Pak Ngah n Pok Long bertanya, habislah aku dipertanggungjwabkan. Mujur kalau minum atok okay lagi. Beberapa hari sebelum ni ada atok nak air laici, oren dll. Selalu juga atok nak minum air yang sejuk. Aku fikir badan atok panas di dalam. Di luaran tak la panas sangat. 

Kencing berak atok pon dah tak berwaktu. Jalan selamat, pakai dyper bairpun atok tak selesa. Kalau ada kudratnya juga, atok mintak botol urin untuk kencing biar pun memakan dyper. Solat pulak, aku yakin, atok memang solat dengan isyarat. Sempat aku rakamkan solat atok time aku duduk temani atok waktu asar hari Isnin. Dalam hal ni, biarpun aku bimbang atok terskip solat, tapi  bila tengok situasi tu, aku percaya, atok memang solat. Yang aku sedar, bila sepanjang masa atok tidur, tapi tetiba atok jaga dengan mata pandang ke atas serta tangan berada di atas dadanya, itu lah keadaan atok solat. Tak payah di kacau. Moga-moga Allah terima ibadah atok tu.

Urghh... Aku tak tahu nak kata apa. Abah dan Epul dalam waktu berbeza ada cuba-cuba nak borak pasal keadaan atok. Tapi aku mengelak. Aku tak mahu berfkir yang bukan-bukan tentang keadaan semasa atok. Aku cuba bersikap optimis mendoakan atok akan sembuh kembali. Allahu rabbi....

Dalam keadaan sekarang, yang pasti, atok perlu sentiasa orang temani. Paling afdhol bacalah apa-apa ayat quran, zikir dan apa-apa doa. Ajak atok berborak pon okay. Tanyakan ada yang atok nak. Biasanya aku sesekali akan suakan ari untuk atok minum. Atok tak menolak. Mungkin memang atok haus tapi atok tak kuasa bercakap. Kalau tak pon sekurang-kurangnya buat hal sendiri tapi mesti berdekatan dengan atok. Setakat ini aku amik part daripada sebelum maghrib sampailah selepas isyak. Untuk masa-masa lain aku prlu rehat dan buat kerja-kerja lain sedangkan lepas isyak atok nak tidur dengan lampu terpadam.

Minggu depan aku 3 hari kena ke luar daerah. Kalu ditanya abah, pasti abah tak menghalang. Tapi aku rasa ralat untuk pergi lebih-lebih lagi bermalam. Aduhai... Aku harap, suku sakat dan kerabat yang lain datanglah menemani atok ni. Mungkin sedikit sebanyak atok rasa terhibur dengan kedatangan orang-orang berbeza menjaganya. Tapi bukan datang beramai-ramai sebab atok nak berehat sepanjang masa. Apapun, yang oenting adalah berdoa untuk kesejahteraan atok. Mudah-mudahan atok segera sembuh.

Allahu a'lam.