Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

PERKEMBANGAN BAHARU ATOK

Tahun baharu ini menyaksikan satu keajaiban yang dialami oleh atok. Mungkin pada atok ianya perkara biasa-biasa. Tapi pada aku, bilamana atok boleh solat secara normal macam sebelum sakit dulu aku jadi hairan. Tadi solat Maghrib, atok solat berdiri untuk kesemua rakaat, namun masa rukuk dan sujud arok duduk atas kerusi. Tapi bila solat Isyak, atok solat berdiri, rukuk dan sujud macam biasa sampai habis! Aku yang di depan jdi cam khusuk tak khusyuk menjeling kat atok bila masa nak bangun bangun unuk rakaat baharu, Bimbang atok terjatuh atau berat nak bangun bendiri semula. Masa rukuk pun aku takut-takut kalau atok terjerumus. Namun, selamat juga akhirnya. Rasa syukur jugak la. Tapi lepas solat aku tanya atok, tak sakit ke solat macam biasa. Atok jawab, 'huiiii, apa tak sakitnya." Jadi, kesimpulannya, atok berusaha untuk berperilaku macam orang sihat biarpun dalam kesukaran. Oklah tu. Moga-moga esok lusa atok makin okay lah ya.

Soal kesihatan atok, aku tengok berat atok mencanak naik antara sebelum dan selepas pergi Johor. Sebelum tu n selama-lama dulu sekitar 53-55 kg. Sesekali kalau atok demam ke pening ke, sekitar 51-53 kg. tapi lately ni sekitar 58-60 kg! Hairan sungguh. Mungkin sebab faktor pemakanan atok. Sekarang ni bukan main menambah masa makan. Lagi-lagi kalau lauk or gulai masa tu sedap. Tadi pun, kuah lemak tempe tengah hari licin satu mangkuk atok atok hirup. Semalam makan sup daging menambah-nambah masuk pinggan. Nasi pon bukan agi sesenduk macam sebelum-sebelum ni, kadang-kadang sampai 3 senduk sekali makan. Dalam hal ni aku sangat-sangatlah suka. Bila atok makan, atok jadi kuat.

Bila dah kuat, mula la atok ajak keluar berjalan. Kalu tak jauh ke Dengkil, Banting, Kelanang atau Batu laut, atok ajak ronda sekitar kampung ni je. Janji naik kereta. Tapi kelmarin, masa atok jalan di deretan kedai di Taman Arked untuk beli beli tongkatnya, atok tergelincir sikit. masa tu hujan, kaki lima pula basah. Mujur atok tak terduduk, hanya badannya membongkok dengan tangan mencecah lantai. Risau pula aku. Ada beberapa orang kat situ siap cakap, 'pakcik, jalan baik-baik, hujan ni."

Secara kesimpulan, aku harap atok terus stabil kesihatannya. Aku meletakkan kayu ukur, kalau atok boleh solat secara normal bermaksud atok sihat lah tu. Makan pun sama lah, tapi belum tentu juga. Apa-apa pun sesekali aku sampaikan perkembangan kesihatan atok pada Dr. Dayah. Mungkin ada nasihat-nasihat yang boleh Dayah beri atas perkembangan semasa atok. Lagi-lagi bila atok selalu elak nak makan ubat sesi tengahari, tu yang aku dan ucu malas nak paksa, tapi risau lah juga kalau nanti ada kesan pada atok. Allah.

Sekarang ni cuti sekolah boleh lah aku temankan atok secara lebih masa. Minggu depan dah start sekolah silap hari bulan malam pon aku tak sempat nak temankan atok makan. Si Epul dah nak masuk kolej pulak. Si Anis dah nak duduk rumah sewa. Si Kina dah mula kelas jugak. Semuanya bermula pada minggu depan. Oh... Harap atok memahami, di samping atok tak rasa kesunyian. Syafika dan Iqbal pun rutinnya da mula sibuk sama. Aduhai... Harap program-program tv dapat menemani atoklah. Tadi pun atok tidur dekat-dekat jam 10 sebab tengok ceramah Ustaz Kazim. Biasanya dalam jam 9 dah tidur. Oklah tu, satu perkembangan yang baik juga. Tapi dalam pada kesibukan nak bukak sekolah ni jga atok tetiba suarakan nak berjalan ke Terengganu. Eh, jauh beno... nak buat apa di sana? Ishk.,, Tak dapat aku nak fikirkannya wat masa ni. Mentang-mentanglah atok dah boleh tahan naik kereta lama-lama sikit masa pergi dan balik Johor, mulalah nak jalan lagi jauh. Kalau macam tu naik flight je la...hehe..

Apapun, Insya Allah, tahun 2015 memberi sinar baharu buat atok. 


Wednesday, August 28, 2013

Kerepek Pisang Mencekik



Allah.... harap2 si sakinah ok lah tu. Memang heran macam mana boleh dia tersekat kerepek pisang kat tekak dia. Takkan lah x kunyah dulu even x hancur pun. Erm... Semalam pon aku ada terselit jugak kat gugi dengan kerepek tu, tapi aku x sure apa yg selitnya sbb selain kerepek yg keras, jejemput yang aku wat pon keras juga. So bila kina kene tu tadi, aku baru rasa yang semalam sampai lelangit aku luka n berdarah tu sebab kerepek pisang tu lah! Allahu Akbar, bahaya sungguh. kalau budak kecik makan macam mana lah gamaknya. Sekarang ni abah bawak kina ke klinik, harap ok lah x ada apa yang serius injured. Kesiannya, dia x habis makan lagi, malah agaknya tu baru makan sesuap kot tapi kene luekkan balik sebab nak keluarkan kerepek tu... erm..

Saturday, April 13, 2013

Atok Cari Rendang

Aku rasa ralat. Atok sejak semalam ajak aku cari rendang untuk lunch. Kalau semalam aku memang penat coz dari pagi dah keluar sama atok pergi putrajaya dan serdang. Cari je la kat LD, x ada pulak sebab b4 tu Pakngah kata situ ada jual. Atok ajak p Banting aku kata penat. So memang nampak lah atok kecewa. Atok kata wan yang nak rendang tu, wan dah sebut2 sejak 3 4 hari lalu. Allah. Memang ralat sungguh la rasanya. Tapi aku diamkan saja.

Hari ni pula sekali lagi atok ajak pergi Banting cari rendang. Aku menolak lagi dengan alasan aku x mahu keluar ke mana2 hari ni. Pastu aku dengar atok cakap seolah2 merajuk, 'ko x nak pegi atok pegi sorang je la sambil angkat kaki...'. Masa tu hati aku rasa kesal jugak la, tapi tak ada la rasa nak ubah fikiran. Juz mengharap agar atok kansel kan je.  Yelah, aku nak spend time untuk tulis artikel jurnal. Dah seminggu bertangguh, x start2 lagi. Asal nak buat je ada kerje lain yang kene buat. Konon nak buat semalam, tapi lepas bawa atok keluar kat umah kene juga d urus. Sapu sampah, lap taik kucing, buang n bakar sampah termasuklah basuh n sidai baju di ampaian. Penat sangat sampai tengahari pon aku tak makan. So hari ni memang aku tak mahu buat kerje lain sebenarnya tapi tadi mak dah minta tolong kat dapur masak kejap. Ni aku sambung semula buat.

Tetibe aku tgok atok dengan keretanya pergi keluar belok arah Banting. Aik? Tadi kat dapur aku dengar wan nak masak rendag kerang untuk esok, so aku assume atok x jadi la p cari rendang kat Banting. Tapi apa jadi ni? Aku terus pergi dapatkan wan kat biliknya tanya atok p mana? Wan kata atok pergi Banting sama Amin. Ishk, biar betul? Tapi wan tak tahu atok pegi sana nak carik apa. Pastu aku pon saja nyakat wan atok pergi sebab cari rendang untuk wan makan yang wan nak tu. Wan plak kata mana ada dia nak sangat. Kalau ada, adalah. Wan cakap takkanlah sebab dia nak makan rendang atok pergi cari jejauh. Ermm, aku rasa, bukan wan yang nak makan sangat, tapi atok.. huhu. Apapun sebenarnya itulah tanda cinta atok pada wan. Aku tahu tu, dalam garang2 atok, atok sangat sayang dengan wan. Dalam rajuk atok kadang2 dengan wan, wan juga jadi keutamaan atok. Aku tahu.

Sekarang aku harap agar benar atok pergi keluar tu sebab nak cari rendang, moga2 ada lah. Dan yang penting jangan pula atok terus merajuk dengan aku. Allahu Akbar.