Friday, September 4, 2015

BILIK ATOK DAN WAN

Lama tak cerita di sini. Ikut hati mahu hari2 aku cerita pasal rumah ni yang tentunya berkaitan atok dan wan. Sebenarnya, masih terasa baru beberapa hari wan pergi, sedangkan atok aku terasa macam tak sedar bila perginya. Ku pujuk diri dengan beranggapan perginya atok dan wan adalah seperti mana perginya mereka berdua menunaikan umrah, berjalan ke Johor atau tidur di rumah Pok Long. Nampak macam meniupu diri sendiri, tapi hakikatnya bia masuk bilik atok dan wan macam2 kenangan muncul di mata. Hatta kalau pergi ke tempat yang pernah atok dan wan pergi seperti ke Batu laut, atau kedai makan pusat serenti pon masih terngiang-ngiang di ingatan. Mujur kereta atok tiada di rumah ini. Kalau tak, naik pun aku tak berdaya. Ah, sampai bila nak begini?

18 bulan wan pergi dan 5 bulan atok pergi, aku serta seluruh ahli keluarga tidak harus mengenang-ngenangkan kisah lalu. Kenang untuk ambil pengajaran dan melepas rindu tiada masalah. Kalau mengenang-ngennag sampai tertangguh kerja lain atau pun terigau-igau sampai ke mimpi itu yang tidak patut. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun menasihatkan agar bersedih dan berkabung atas kematian tidak lebih daripada tiga hari, kecuali bagi para isteri yang tertakluk pada iddahnya. Lebih daripada itu, perjalanan hidup adalah seperti biasa. 

Atok dan wan, perginya mereka meninggalkan banyak perkara. Harta itu tentulah, tapi dah setel hasil permuafakatan anak-anak mereka. Alhamdulillah, tiada sengketa wujud dalam usaha mengagihkannya secara faraidh dan hibbah. Selalu aku tengok tivi yang bergaduh adik beradik dan anak beranak pasal harta pusaka, sungguh menakutkan. Tapi biasalah, drama, over sangat menipunya. Selain harta puasaka yang wajib diperwariskan, ada milikan lain kepunyaan atok dan wan banyak tersimpan di rumah ini. Pakaian, rasanya anak-anak mereka dah agih-agih sesama sendiri. Malahan ada dalam kalangan cucunya pun dihadiahkan pakaian atok dan wan untuk digunakan. Ada yang tidak mahu dipakai, bakinya disedekahkan. Harap-harap ada pahala yang berpanjangan diperolehi mereka kelak. Periuk, belanga, pinggan, mangkuk dan seumpamanya tidak menjadi hal. Memandangkan rumah ni besar, Ucu dan Uda tidak mahu mengambil dan menyimpan di rumah mereka. Hanya aku katakan, kalau nak guna datang saja ambil, Langsir dan kusyen seumpamanya pula dah tentu tak boleh nak diagih-agihkan pada yang lain. Rumah ni lain sikit fesyennya, tak sama denngan saiz pintu dan tingkap rumah lain yang standard. Sofa pon fesyen lama.  Jadi, tiada isu di sini. Kesimpulannya, semua barang yang boleh digunapakai kami simpan dan agih-agihkan untuk digunakan. Tapi tak pasti pula ada barang yang dibuang sebab tidak dapat digunakan. Hatta buku-buku bacaan atok pon sekarang aku aku ambil letak di rak buku.

Sekarang ini, aku dan seisi rumah ini sedang dalam proses menstruktur semula susun  ator perabut dan perubahan bilik. Memandangkan dua bilik utama di depan tu dah lama tiada penghuni tetap, maka seelok-eloknya ia harus dihuni secepatnya. Jadi, telah diputuskan bersama-sama untuk abah dan mak beralih bilik ke bilik atok dan wan, dan aku pula perlu beralih ke bilik abah dan mak bagi memberi laluan agar bilik ini menjadi bilik tetamu. Asalnya dulu sejurus atok pergi, ramai yang minta aku duduk bilik atok dan wan, tapi apahal la pula aku sorang-sorang duduk situ dalam bilik yang besar. Jadi, aku tak kisahlah. Cuma aku bimbang sangat-sangat kalau Uda dan Pok Long balik sini. Biasanya mereka akan terus ke bilik atok dan wan untuk berehat. Tapi selepas ini bagaimana? Aku bimbang sangat-sangat kalu mereka rasa kekok pula kerana perubahan tempat rehat bagi mereka iaitu di bilik aku ni. Bilik ni tak kurang juga luas tapi mungkin tidak sama seperti bilik atok dan wan. Ya Allah, serba salah sebenarnya. Tapi seperti yang aku sebutkan tadi, sampai bila mahu begini? Perubahan harus dilakukan. 

Allah.... Yang lepas biarlah berlalu. setiap yang pergi hanya tiga perkara yang masih menghubungkannya dengan dunia ini; Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh. Harap-harapnya ketiga-tiga talian itu ada lah pada atok dan wan. Yang lain-lain bukan lagi keutamaan kepada mereka. Apa yang ditinggalkan mereka untuk kita khususnya seisi rumah ini, adalah jariah mereka yang insya Allah jika digunakan sebaik-baiknya akan berterusan ganjarannya. Insya Allah.




Thursday, May 21, 2015

BERCAKAP DENGAN ATOK DALAM MIMPI

Hari ni sudah 31 hari atok pergi. Selama itulah aku tak lagi melihat atok kecuali dalam gambar. Memang kalau rindu, gambarlah yang ku belek. Setakat ni aku tak sempat lagi nak print cuci gambar atok sepertimana aku cuci gambar wan. Kalau dulu aku cuci gambar wan banyak2 untuk atok belek hari2 kalu rindu wan sebab x mau bagi atok sunyi. Teringat masa atok masuk hospital kali pertama selepas disahkan ada masalah buah pinggang di tahap kronik, leher atok ditebuk untuk dimasukkan tiub. Aku yang berada sama selepas tiub dimasukkan mendengar atok mengeluh, 'apalah nasib atok ni...wan ko dah la tak ada... sapa nak jaga atok...'... aku macam biasa, mengeraskan hati memujuk atok suruh bersabo.. walhal aku pun x tau nak respon apa. Jadi, gambar2 wan adalah pengubat rindu atok.

Tapi malam tadi (sebenarnya hampir ke subuh), entah apa kenanya aku mimpi bercakap2 dengan atok. Sebelum ingatan ni luput, aku catatkannya di sini.

Masa aku lepak dalam bilik atok yang masa tu macam d awal malam mungkin maghrib, atok masuk ke bilik pertama dengan membuka pintu. Aku yang masa tu entah buat apa ntah terkejut lalu mendapatkan atok, siap pimpin lagi sebab memikirkan atok jalan sakit lutut, tapi yang aku heran atok leh jalan laju macam baisa. Pakaian? pakai singlet putih dengan seluar tak silap (tu pun sepanjang p skolah aku pikir atok pakai kaij ke seluar).

Atok: Ko apa kabar? (muka ceria)
Aku: sehat je,.. atok camana, ok ke?
Atok: Atok ok je. (sambil gelak2.. atok tu kan memang suka cam tu)

Lepas tu entah apa kami borak. Seolah2 macam tak ada apa berlaku sekali pun aku tau atok patutnya dah takda. Dalam pada borak2 tu, atok tanya pasal duit RM200. Dia kata duit tu dia nak derma tapi aku tak pulak tanya derma kat mana. Pastu ada juga atok sebut pasal senget besah? ishk, aku tak paham. bila aku tanya lanjut, atok kata tanya abah ko, dia mesti tau. Dah habis tu entah camana timbil pasal surat atau nota kertas yang atok kata ada dalam stor. Aku tanya stor mana coz stor kat rumah ni stor punya la banyak, atok x cakap, last2 aku bawak atok ke stor bawah beranda yang masuk melalui bilik tu, Dalam stor tu banyak pulak kertas, yang heran kertas2 tu dibentuk roket. Aku pun sibuk la buka kertas tanya 'ni ke, tok?' atok kata bukan, aku bukak lagi beberapa kali yang lain. Last2 atok kata entah atok lupa stor yang mana. Tibe2 entah macamana aku dengan atok dah ada kat bilik atok semula. Masa tu abah masuk panggil aku. Abah masuk ke bilik sampai dekat tv atau cermin tapi aku rasa bimbang kalau2 abah nampak atok. ENtah apasal aku takot kalau abah dapat tahu atok ada kat sini. Tapi abah keluar semula lepas tu. Abah ajak makan luar rupanya. Aku tanya atok, atok nak ikut ke? Atok aku tengok macam tak nak ikut so aku keluarlah p ke kereta. Ada aku dengar abah nak bawak kereta almera, tapi yang nampak kat meja ke lantai luar aku x pasti, kunci kereta kancil remote kelabu. Apalagi, aku masuk dalam rumah nak tukar kunci tapi terserempak dengan kina yang membebel esok dia tak da di rumah, p exam, aku kene dok rumah jaga mak. Aku tak tau apa kene la si kina tu cakap cam tu tapi malas nak gaduh2. Masa tu lah aku teringat nak jumpa atok balik yang aku tak tau untuk apa aku nak jumpa.. mungkin aku nak tanya betul ke atok tak nak ikut. Sampai2 bilik atok x da di situ. Aku pun cari2,....last2.........

Aku terbangun daripada tidur. Astaghfirullahal azim...Terus tangan menggagau cari henfon, pukul 4.30 rupanya. Aku bukak lampu terus berpikir2 betul ke mimpi ni. Tapi pada tanggapan pertama aku, ia mainan tidur. Bezanya, dulu pernah mimpi kan wan, tapi masa tu tak la bcakap dengan wan, juz tengok wna sibuk bersiap nak p somewhere, Yang atok ni, siap bercakap2 dengan aku. Kelakar poon ada. Last2 aku amik buku n pen catat apa benda pesanan atok dalam mimpi tu. Bukan aku percaya, tapi saja nak pastikan kalau2 esok lusa aku mimpi yang sama dapat la aku yakin kalau2 ia adalah sesuatu yang perlu aku amik serius.

Begitu pun, aku gatal juga p cari kat gugel apa erti mimpi ni... Kebanyakan sama seperti yang aku percaya, ia adalah mainan tidur yang perlu diabaikan. Ada juga aku jumpa, mimpi berbicara dengan orang yang sudah meninggal dunia membawa makna menandakan apa yang dilakukan waktu itu adalah perkara yang sia-sia. Apapun, aku berlindung daripada Allah daripada tipu daya syaitan serta tafisran yang memudaratkan aku serta menjauhkan aku daripada Tuhan.

Setakat ini aku tak rasa nak cerita kat sapa2. Biarlah aku simpan dulu. Ada masa nanti aku cerita. Apapun keadaannya, aku berharap atok dan wan sejahtera dan bahagia di sana. Allahu rabbi, sorry la atok, hari tu sempat ziarah wan je (sebab ada bangku batu kubur sebelah), leklok selesai baca yasin, aku dengar beberapa anjing menyalak. Aku dongak2 n bangkit, ish, ada 2 3 ekor anjing putih2 oren dekat2 pokok besar yang ada ruang parking kreta. Aku apa lagi, capai botol air mineral yang ada air, siram kat kubur wan, tapi bila nak ke kubur atok, salakan anjing makin menjadi2, tak sempat aku nak siram tepat ke pokok atok, kaki aku dah kelam kabut berlari ke kereta bila anjing2 tu macam da nak dekat dengan aku. Ishk.. spoil sungguh! Hahaha... 


Friday, April 24, 2015

ATOK DAN AKU DALAM KENANGAN

Esok, genap 7 hari atok pergi. Terasa macam baru semalam saja. Ah, mungkin kesibukan aku sepanjang minggu ni membuatkan aku tak menyedari betapa masa sememangnya cepat berlalu. Lebih-lebih lagi tiada apa lagi yang aku fikirkan selepas balik sekolah. Kalau tak, rutin aku menemani atok sampai atok tidur. Dah lah. Apa lagi nak dikenang-kenangkan. Kehidupan perlu diteruskan. Kalau hari-hari asyik terfikir, teringatkan atok (mungkin wan sekali pun), tiada apa-apa perubahan pon yang berlaku. 
Saat ini, sebelum ingatan aku merosot atas faktor usia (macam lah dah tua sangat), lebih baik aku buat catatan serba-sedikit kenangan aku sepanjang hidup lebih 25 tahun bersama-sama atok sebelum ianya luput dari ingatan. Aku tahu, akan datang belum tentu aku dapat menyingkap kembali kenangan yang ada. Manusia kan mudah lupa. 

Atok yang aku kenali (semua anak cucunya juga kenal), seorang yang tegas. Putih katanya , janganlah memilih hitam, memang kena lah siap-siap nanti. Dari kecik aku dah puas kena marah. Mujur wan selalu back up. Atok marah mungkin sebab aku tengok tv lama-lama, main basikal sampai ke maghrib, tak buat kerja sekolah dan lain-lain yang sebenarnya aku dah tak ingat kenapa atok suka marah. Kalau pergi sekolah pon bila atok jumpa cikgu-cikgu aku, memang kena treat macam parents zaman dulu lah. Kalau parents zaman sekarang, tak lah strict sangat. Yang aku kena, atok siap pesan, kalau aku ni nakal, cikgu boleh rotan aje. Ingat lagi masa kat asrama, atok siap cakap dengan warden, rotan je aku kalau tak belajar. Ish, atok ni, wat malu aku je. Tegas tak bertempat. Atok membela aku macam atok besarkan anak-anak atok di zamannya. 

Lagi satu, sebenarnya atok juga jenis membebel, hihi. Ada saja yang tak kena aku buat. Tapi aku rasa, mungkin sebab aku ni berpihak pada wan, so, kalu ada apa-apa yang atok tak puas hati kat wan, aku juga la yang kena, berbanding Amin yang wan pulak gelarkannya sebagai anak atok...kiki... kelakar. Lagi-lagi kalau aku dan Amin bergaduh, atok dan wan ikut sekali sama memenangkan cucu masing-masing. Dalam banyak hal, wan lebih banyak mengalah dan mengajak aku mengalah sama. Mana tak, kalau atok dah marah, tak payah cari pasal lagi, Cuma, bila makin berumur, atok dah kurang marah. Kalau atok marah pon aku dah tak heran malah buat tak paham je wal hal aku jenis menjawab. Kalau aku menjawab pon, atok akan terdiam sebab aku menjawab dengan logik dan bersebab. Contoh, jangan balik lambat-lambat, aku akan cakap, lambat sebab meeting dan lain-lain, bukan sebab suka-suka balik lambat.

Atok juga seorang yang penyanyang. Memang atok garang dan tegas. Tapi, kalau atok tak sayang aku (dan juga Amin, Kemal dikecualikan sebab dia memang tak pernah kena marah seperti yang kami kena sebab dia kecik lagi..hihi), tak mungkin atok belikan kami macam-macam masa kecik-kecik dulu. Siap bawa berjalan ke sana-sini (setakat Kelanang, Banting, Dengkil, Batu Laut dll), hantar dan ambil dari sekolah dan mengasramakan aku (biat pun tak rela), mencadangkan kepada abah belikan kereta untuk aku dan lain-lain bukti yang aku dah tak ingat satu persatu. Yang paling terharu, atok sanggup buat apa saja bila berkaitan hal ehwal perseolahan aku. Contoh, masa aku tak dapat tempat di SAMTTAR, atok berusaha ke JAIS selain menemui kawan dia yang juga atok sedara aku, Tok Ngah Ishak yang masa tu merupakan mufti Selangor. Akhirnya, dapatlah aku situ dengan jasa baik atok tu.

Allahu rabbi. Tak de feel lah nak tulis lagi. Tapi harus juga aku teruskan. Esok lusa tulat tahun depan tentu aku dah makin lupa. Tak apalah. Slow-slow. Secara umum, berikut merupakan anekdot yang masih aku ingat terutamanya masa zaman sekolah dulu2.

1. Atok mendukung aku tatkala umur 5 6 tahun sebab menangis dan meraung nak ikut ucu balik KL untuk bekerja. Sudahlah mak dengan abah tinggalkan aku dengan atok dan wan yang garang ni, tetiba ucu pula pergi tinggalkan aku. 

2. Masa di sekolah petang, waktu lepas solat Jumaat (atoklah tu, bukan aku yang sembahyang sebab tak faham lagi) atau masa rehat (atok solat asar di masjid), aku selalu minta duit extra seposen dua. Atok pon bagi lah sebab pada atok, bab-bab makan minum dia tak berkira. Yang kelakarnya, dengan slumber atok pinjam duit kawan dia untuk bagi kat aku (sebenarnya atok mintak je seposen dua tu bila atok tak bawa duit).

3. Atok ni suka hon-hon kereta. Kalau ambil aku dari sekolah tu, tak sah tak hon sekali pon aku dari jauh dah nampak kelibat kereta honda kontot kaler merah n ford kaler hijau (selepas honda kontot tu rosak). Malu juga aku. Apelah atok ni, kecoh sungguh. Sampai semua kawan dan bukan kawan aku pon tahu, yang bunyi hon tu tentunya atok aku, bukan atok orang lain. Masa di asrama dulu pun sama, bila hari Jumaat nak balik kampung tu, atok datang lepas solat Jumaat dengan Kancil merahnya, siap hon dari jauh. Malu aku, malu...huhu.

4. Atok sanggup menunggu aku di tadika (yayasan al-arqam boundry) hari-hari. Aku ni memang penakut pergi sekolah. Siap si Amin pon aku paksa dia ikut pergi sekolah macam aku. Aku tak pasti apa atok buat sepanjang aku dalam kelas (Dalam hal ni aku sangat-sangat terlupa nak tanya dengan atok apa yang atok buat masa tu bila aku dah besar ni).

5. Atok selalu jumpa cikgu untuk ketahui perkembangan pembelajaran aku. Kalau ada apa-apa yang tak kena, siaplah aku. Tapi aku tak pasti adakah atok buat perkara yang sama kepada Amin dan Kemal. 

6. Masa Form 3 pada hari komunikasi bersama-sama ibu bapa dan guru, yang datangnya adalah atok. Semua ingat aku ni anak bongsu atok, walhal aku ni cucu sulung lelaki atok. Ceh. Masa tu, keputusan aku merosot sangat-sangat tak silap, atok marah-marah cakap pasal penat bagi duit tiap-tiap bulan tapi aku main-main kat sekolah (aku ni jenis serkap jarang, bila pula masanya aku main-main. lagi satu, bukan ke abah yang bagi aku duit belanja. Konfuz sungguh aku masa tu). Atok siap tanya cikgu Nash masa tu, siapa kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku tu pandai ke tidak (kononnya aku terpengaruh dengan kawan-kawan), Lagi kelakar atok warning cikgu untuk pastikan aku tak berkawan dengan budak tak pandai n nakal. Ishk. Atok ni kan...

7. Atok ni memang suka-suki lah datang spot check aku kat sekolah dulu. Baik masa rendah mahu pun masa menengah. Kalau rendah tu, memang tak dapat nak cakap apa lah. Tanpa aku sedar, atok lalu tepi kelas aku samada di sekolah pagi atau sekolah petang. Kalau di menengah pula, atok terus jumpa cikgu aku. Kalau nasib aku tak baik, nampak atok waktu rehat, atok ajak makan kat kantin sama-sama dia. Time ni aku kalau boleh tak mahu tapi atok nak jugak makan situ. Segan yang amat. Mana ada bapak mahu pun atok orang lain datang suka saja-saja ke sekolah untuk makan kat kantin sekolah! (Aku tak pasti pula kalau atok buat perkata yang sama kat SMKBC untuk si Amin masa tu).

8. Ada satu hari tu atok datang sekolah saja-saja, tertengok aku seluar tak berapa bersih. Mana taknya, seluar baju kaler putih, kalau tak dinila biru memanglah tak berapa putih sangat. Atok kata seluar aku dah buruk, terus atok bawa aku ke Banting beli seluar baru. Aku ni risau dengan tindakan disiplin kalau terkantoi, tapi sampai ke hari ini aku tak pernah kene tidadakan disiplin atas kesalahan keluar bersama-sama atok waktu persekolahan. Apa jampi atok guna aku pun tak tahu.

Sebenatrnya macam-macam memori yang ada di kepala ni tentang atok dan aku. Tapi banyak sangat. Yelah, 25 tahun bukan jangka masa yang pendek. Boleh jadi banyak yang aku sendiri dah lupa. Pendek kata, atok ni memang unik. Dalam pada banyak benda spoil di mata aku atok buat, sebenatnya aku beruntung sebab atok orang lain tak buat kat cucunya macam atok ni (tapi bila aku jadi cikgu ni, aku ada jumpa sorang pakcik yang buat benda yang sama pada cucunya macam atok aku ni. Aku dengar bapaknya kerja di Sabah n pakcik ni lah yang jaga murid aku ni. Tapi pakcik ni tak lah garang macam atok, malah caring gila bila balik sekolah murid aku ni dari jauh dah berlari sambil panggil atok dia. Sedangkan aku, dari jauh nampak atok aku jalan lenggang kangkung jugak, bila atok hon baru lah aku berlari..hihi).

Ya Allah, ampunilah dosa atok, dan wan yang telah menjaga dan membesarkan aku seperti mak dan abah menjaga aku (tapi wan kata, aku lebih patut sayangkan wan sebab kalau aku demam wan yang jaga aku siap bagi tangkal dan menjampi...hihi) dan rahmati mereka dunia dan akhirat.


* Catatan ini memang untuk saya secara peribadi. Kalau ada suku sakat saya yang membacanya, saya mohon agar jangan tersalah faham denhan apa yang dicatat di atas. Itu adalah padangan peribadi saya. Jika kalian ada kenangan dengan atok mahu pun wan, apakata kongsikannya di sini. Catatkannya di bahagian komen di bawah ini.

Saturday, April 18, 2015

ATOK PULA PERGI

Akhirnya atok pergi jua. Sungguh pun disedari ia akan berlaku pada bila-bila masa, secara peribadi aku tetap tak putus-putus berharap agar ia bukanlah dalam waktu terdekat. Terlintas di hati aku pada hari wan ke rahmatullah terdahulu, biarlah atok tetap bersama-sama kami dalam tempoh lebih 5 tahun. Memang aku bukan Tuhan untuk menentukan cepat lambatnya nasib seseorang, namun tetap juga aku tetapkannya untuk menyedapkan hati sendiri biar pun tahap kesihatan atok yang dikira lanjut usianya tidaklah baik sangat. 

Dalam usia 87, memang dikira bonus jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia atok yang telah lama pergi dahulu (Tapi aku perhatikan ramai suku sakat atok seperti mak-mak dan bapak-bapak sedare atok memang brusia lanjut. Hanya ayah atok sahaja yang dikenalpasti pergi dalam usia yang muda, 20-an). Jadi, segala kemungkinan yang bakal berlaku sepatutnya patut kami hadapi dengan persediaan mental dan emosi. Lebih-lebih start atok mula disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, kami dah tahu saat atok pergi semakin hampir dari hari ke hari. Tapi mungkin sbb berfikir positif dan berdoa yang baik2 buat atok, membuatkan ada antara kami yang meneruskan kehidupan seperti biasa. (masih dalam keadaan kesal sebab mengambil masa yang lama untuk makan dan borak bersama-sama uda dan ucu. Mujur sempat berada di sisi atok di masa itu).

Bercerita tentang kejadian tadi, sekitar 10.30 aku menjengah masuk ke bilik atok. Masa melangkah masuk pintu pertama, Syida pula melangkah keluar sambil teresak-esak. Aku tidak ambil peduli sebab tau syidah tu memang begitu. Sejurus masuk, aku tengok abah dan kemal sedang mengurut dada atok. Kelihatan sukar untuk atok bernafas sebab ada terdengar macam jerih. Ucu dan uda pula menyangka atok nak buang kahak. Uda siap cari besen dalam toilet sebelum diserahkannya pada aku yang diminta uda mencapai tisu. Lepas tu aku yang berada di tepi kaki atok menghulurkannya kepada abah untuk disuakan kepada atuk. Tapi, atok seolah-olah macam cuba nak batuk tapi tak jadi. Yang berlaku atok menarik nafas panjang sebelum dilepas secara perlahan-lahan. Aku mula kaget. Abah dan Kemal cuba menyedarkan atuk. Dalam hati aku berharap-harap agar atuk cuma pengsan sebab penat bernafas tak lancar. Mana taknya, sejak 2 3 hari lalu susah sangat atuk nak bernafas. Malam tadi pun atok tak dapat nak tidur agaknya disebabkan nafasnya tak teratur macam orang asthma. Macam aku pun, kalu datangnya penyakit ni memang merana lah tak tidur semalaman sebab terdengar bunyi nafas sendiri selain dada berombak. Sementara si Azam yang sedang baca yaasin mula tersekat-sekat dan mahu berhenti tapi abah suruh teruskan bacaam. Pak Uda dari hujung katil sebelah memandang bersahaja. Apa yang bermain di fikirannya tak dapat aku pastikan. Ucu yang sedari tadi di sisi sebelah kiri atok berjuraian air mata. 

Melihatkan atuk tiada respon, abah minta aku call hidayah jika ada di sini. Tapi Yan jawab Dayah dan Arif tiada di sini. Arghh.. last2, aku minta semua datang. Masa tu aku tak berani nak kata atuk dah tak ada. Akhirnya abah suruh Kemal panggil pegawai kesihatan untuk mengesahkan ketiadaan atuk. Memang benar, atuk dah tiada sejak tadi. Mudah sangat. Kalau tengok drama kat tv tu, maa-syaa-Allah, payahnya ruh dan berpisah dengan jasad. Sedangkan atuk, tenang. Sekali lagi aku rasa tertipu (masa wan dulu tu aku rasa tertipu sebab menganggap selagi mana kaki wan hangat or x sejuk bermakna wan masih ada. Kira-kiranya, kalau ruh dah naik sampai ke lutut, bermakna kaki dah sejuk. Tapi rupa-rupanya teori aku salah. So, tadi, lepas tengok atok dah tak da, aku try pegang kakinya, memang masih hangat. Cuma yang aku harap, atok pengsan saja. Tapi, aku saja yang menipu diri). Aku ni pun satu, bukankah dulu masa beberapa orang kaum Yahudi cuba menguji nabi tentang persoalan ruh, nabi menjawab berdasarkan firman Allah yang mafhumnya, 'Tatkala kamu ditanya mengenai ruh, katakanlah (wahai Muhammad), ianya di dalam pengetahuan Allah semata-mata'. Tak apa, nanti aku tanya Dr. Hidayah kalau dia dapat explain sikit tentang teori aku yang ternyata meleset tu walau pun sedar, perkara-perkara metafizik ni para doktor pun tak mudah nak beroleh jawapannya.

Perginya atok antara jam 10.30-10.40 pagi biar pun dalam sijil kematiannya 11.00 pagi. Ah, sama saja, yang pasti atok dah pergi. Cuma perginya atok ni tidak terlalu menganggu emosi aku seperti mana masa wan tahun lepas. Masa wan, maa-syaa-Allah, bukan aku je yang berjurai air mata, majoriti suku sakat yang lain pun sama. Tapi bila atok ni, mungkin ramai yang tabah. Hanya ketentuan-Nya, kami tak menyangka hari ini adalah hari untuk atok pergi tanpa dapat kami ramai-ramai di sisi atok macam wan dulu. Nak mengungkit sesiapa yang tak bergegas balik bilamana di maklumkan keadaan atok yang semakin uzur, benda tu dah berlaku. Mujur aku tak tergeark hati nak keluar ke Sepang untuk latihan nasyid negeri. Tak apalah, yang penting waris-warisnya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat atok. Pak Ngah pulak, siap tanya, 'perlukah kita bersedih?' Ishk, susah aku nak jawab. Tapi pada aku, bergantuglah pada diri masing-masing. Tak salah pun nak bersedih sebab itu satu proses kita bermuhasabah diri mengenai hubungan kita dengan mana-mana arwah tu. Mungkin ada manis, pahit, masam dan masin yang boleh kita imbau untuk kita tergerak hati secara berterusan mendoakannya. Kalau buat slumber macam tak ada apa-apa berlaku, macam something wrong pula kot biar pun 'hidup perlu diteruskan'. Nabi pun tak larang. Cuma jangan meratap merayu sudahlah. Sedeh, tapi tidak ditunjukkan.

Allahu rabbi. Rasa pelek malam ni tak buat rutin biasa. Masuk bilik atok petang-petang dan sembahyang jemaah dengan atuk sebelum tengok berita sama-sama dan makan malam. Kemudian cek tekanan darah, timbang berat n bagi makan ubat. Ya Allah... Tak pernah aku rasa rutin itu satu bebanan. Aku dah biasa dengan rutin itu sejak hampir setahun lalu biarpun aku sibuk dengan hal-hal sekolah. Lagi ralat kalu atok kata, kalau aku tak makan, atok tak nak makan. Kalau aku berkursus berhari-hari, atok merungut asik berkursus je. Kalau balik petang-petang pun sama, katanya, cikgu mana ada kerja sampai petang. Ishk. Tu zaman cikgu Zainal memanglah, tok....

Selepas seluruh waris dan suku sakat dihebahkan tentang atok, seawal jam 11.30 ramai dah datang. Kami seisi rumah sibuk mengemas rumah untuk persediaan pengurusan jenazah, layat n solat. Rasanya pantas juga kami buat sebab dah ada pengalaman setahun lalu. bezanya, dulu ada masa panjang nak buat sedari malam bawa ke pagi. Tapi tadi, hanya menhambil masa beberapa jam saja semuanya dah siap. Rata-rata yang datang tertanya-tanya apa sebab kematian atok. Ada juga yang bertanya-tanya kenapa tak beritahu keadaan atok sebelum ni. Atok sakit apa, dan lain-lain respon saudara-mara.

Sepanjang menguruskan jenazah atok, tak da pula yang menyulitkan. Daripada pemandian hingga mengkafankan serta solat. Hatta di kburan pon mudah dan cepat. Ada yang bertanya orang masjid dah datang ke untuk mandikan jenazah? kain kafan dah ada semua ke, siapa potong? Imam masjid dah diberitahu untuk solat jenazah ke? Ada pula yang menjawab, 'Nizam dah uruskan', 'anak-anak ucu yang mandikan' dan lain-lain jawapan sesama mereka. kelihatan mereka seakan-akan percaya dan tidak percaya bilamana semuanya diuruskan oleh anak cucu atok sendiri. Alhamdulillah, tiada yang meragui.

Apapun kini, aku dan kami semua yang lain, perlu menerima hakikat atok dah tiada. Atok pergi dengan tenang dan mudah. Proses menguruskannya pun lancar. Apa lagi yang mahu aku kesalkan? Hampir semua cucu atok dapat melihat wajah terakhir atuk. Tidak perlu aku ragui tentang amal ibadah serta jariah atok sebagai bekalan ke alam sana. Dalam diam aku sendiri 'admire' dengan sifat pemurah atok. Contohnya, biarpun atok sejak setahun lalu tidak lagi ke masjid, atok hulurkan sejumlah duit yang diperutukkan dalam tabung masjid semasa solat Jumaat melalui aku saban bulan. Katanya, niatkan untuknya dan wan. Sekarang dan untuk hari-hari yang seterusnya, in-syaa-Allah akan ku konsisten dengan saranannya itu.

Bercakap mengenai kenangan, pastinya setiap daripada kami ada cebiasan kenangan bersama-sama atok terutamanya di akhir-akhir hayatnya. Biarlah ia tersimpan di hati masing-masing. Aku sendiri belum ada kekuatan untuk mencatatnya satu demi satu. Catatan ini pun, biarlah menjadi bahan sejarah pada anak cucu cicit atok jika ada di suatu masa nanti mahu mengenali siapa atok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu.




                                                                    

Thursday, April 16, 2015

KONDISI ATOK

Kondisi atok semakin lemah dari masa ke masa. Sebenarnya sejak balik dari Terengganu keadaannya kian uzur. Banyak tidur, kurang makan. Sesekali ada moodnya, boleh pulak atok bangun dan cergas daripada pembaringannya. Selalunya atok akan duduk di sofa hitam tepi pintu tu. Kalau kuat sikit kudratnya, atok bangun ke toilet sendirian. Kalau makan pun mahu juga ke meja makan. Tapi sejak seminggu ni atok dah tak banyak bergerak. Disedari, kali terakhir setakat ini atok ke meja makan adalah pada Rabu lepas, 8/4/2015 untuk makan tengahari bersama-sama Pok Long. Manakala ke tandas pulak pada hari Ahad subuh masa Pok Long tidur dengan atok di bilik atok tu. Last di sofa pula pada hari Sabtu masa ucu mengemop lantai bilik.

Sehingga kini selera makan atok menurun. Beberapa kali juga aku kene marah sebab paksa atok makan. Aku pulak memang kenelah begitu, kalau tak abah kata aku tak berusaha bagi atok makan. Belum lagi kalu Pak Ngah n Pok Long bertanya, habislah aku dipertanggungjwabkan. Mujur kalau minum atok okay lagi. Beberapa hari sebelum ni ada atok nak air laici, oren dll. Selalu juga atok nak minum air yang sejuk. Aku fikir badan atok panas di dalam. Di luaran tak la panas sangat. 

Kencing berak atok pon dah tak berwaktu. Jalan selamat, pakai dyper bairpun atok tak selesa. Kalau ada kudratnya juga, atok mintak botol urin untuk kencing biar pun memakan dyper. Solat pulak, aku yakin, atok memang solat dengan isyarat. Sempat aku rakamkan solat atok time aku duduk temani atok waktu asar hari Isnin. Dalam hal ni, biarpun aku bimbang atok terskip solat, tapi  bila tengok situasi tu, aku percaya, atok memang solat. Yang aku sedar, bila sepanjang masa atok tidur, tapi tetiba atok jaga dengan mata pandang ke atas serta tangan berada di atas dadanya, itu lah keadaan atok solat. Tak payah di kacau. Moga-moga Allah terima ibadah atok tu.

Urghh... Aku tak tahu nak kata apa. Abah dan Epul dalam waktu berbeza ada cuba-cuba nak borak pasal keadaan atok. Tapi aku mengelak. Aku tak mahu berfkir yang bukan-bukan tentang keadaan semasa atok. Aku cuba bersikap optimis mendoakan atok akan sembuh kembali. Allahu rabbi....

Dalam keadaan sekarang, yang pasti, atok perlu sentiasa orang temani. Paling afdhol bacalah apa-apa ayat quran, zikir dan apa-apa doa. Ajak atok berborak pon okay. Tanyakan ada yang atok nak. Biasanya aku sesekali akan suakan ari untuk atok minum. Atok tak menolak. Mungkin memang atok haus tapi atok tak kuasa bercakap. Kalau tak pon sekurang-kurangnya buat hal sendiri tapi mesti berdekatan dengan atok. Setakat ini aku amik part daripada sebelum maghrib sampailah selepas isyak. Untuk masa-masa lain aku prlu rehat dan buat kerja-kerja lain sedangkan lepas isyak atok nak tidur dengan lampu terpadam.

Minggu depan aku 3 hari kena ke luar daerah. Kalu ditanya abah, pasti abah tak menghalang. Tapi aku rasa ralat untuk pergi lebih-lebih lagi bermalam. Aduhai... Aku harap, suku sakat dan kerabat yang lain datanglah menemani atok ni. Mungkin sedikit sebanyak atok rasa terhibur dengan kedatangan orang-orang berbeza menjaganya. Tapi bukan datang beramai-ramai sebab atok nak berehat sepanjang masa. Apapun, yang oenting adalah berdoa untuk kesejahteraan atok. Mudah-mudahan atok segera sembuh.

Allahu a'lam.

Monday, March 16, 2015

KINI SETELAH SETAHUN BERLALU

Hari ini, genap sudah setahun wan pergi menemui Ilahi. Apa khabar wan di sana ya? Moga2 baiklah keadaannya. Aku percaya, anak cucu wan sentiasa mengingati wan melalui kiriman al-fatihah serta yaasin. Insya Allah. Mungkin ada sebahagian daripada kami masih galau hatinya, mungkin aku juga. Tapi tiada apa yang dapat mengembalikan semula wan ke dunia bersama-sama kami. Ah, aku ni. Bila nak cerita pasal wan mulalah nak berkaca mata ni. Apa-apa jelah.

Hari ni, hari ketiga kami sekeluarga keluar bercuti-cuti Malaysia dengan destinasinya sekitar pantai timur. Destinasi ini merupakan idea atok. Asalnya atok nak jalan ke Terengganu sebab nak lawat Arif yang sepatutnya ditgaskan ke hospital sekitar negeri ini. Tapi yang berlaku, Arif buat rayuan tak mahu ke sana. Sebaliknya, perancangan ke sana tetap diteruskan. Dan sekarang ini kami sedang berda dalam mode bercuti. 

Bagaikan sebuah janji, di tarikh setahun wan pergi, kami seolah-olah bergembira bercuti. Tidak. Sesekali tidak. Memang ia berkebetulan tetapi ia dirancang secara tidak sengaja. Allahu Akbar. Tapi atok ni pulak, sepanjang berjalan-jalan ni lebih banyak berehat di bilik. Makan pun tak berapa banyak. Malam-malam lebih suka tidur awal. Kadang-kadang mengelak daripada makan. Nampak atok lemah je, mungkin sebab atok tak makan. Boleh jadi atok demam sebabnya bilik dalam keadaan sejuk. Sedangkan di rumah pon ad aircond tapi tak pakai apatahlagi di hotel-hotel. Keisannya atok. 

Apapun ya Allah, harap-harap percutian ini dapat menggembrikan atok. Jika ada rezeki nanti akan ada percutian lain di tempat lain. Syaratnya atok kenelah sihat semula kan. Insya Allah, esok balik rumah atok okay lah balik ya.


Friday, February 6, 2015

SYUKUR DI JANUARI

Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran kepada Tuhan, atas setiap kurnian-Nya yang tidak ternilai bagi hamba-hamba-Nya yang tahu erti syukur. yang tak reti erti syukur memang akan merasakan tidak cukup atas apa-apa yang telah Tuhan-Nya berikan. Harap-harapnya, aku ni antara golongan yang bersyukur biar pun kadang-kadang aku rasa ada yang tak lengkap dalam kehidupanku, Biarlah, yang pasti, semakin meningkat rasa syukur, makin lagi kurniaan yang akan dia perolehi. Namun, tidak bersyukurnya dia, sedikit pun tidak menjejaskan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa yang menguasai alam sarwajagat ini.

Apa yang aku merepek pasal syukur-syukur ni? Ah, dah basi punya isu baru sekarang sempat nak tulis. Tak apalah. Nanti bila-bila masa dah tua kalau dibaca semula sekurang-kurangnya adalah kenangan yang boleh disingkap kembali. Januari lalu, keluarga ini menerima ahli baru, Aisy Iman, anak Amin pada tanggal 19. Kesian dia, beberapa hari tak berapa sihat kerana demam kuning. Kene enjet berkali-kali. Moga sekarang dia dah sihat. 

Kemudian tanggal 29 mak bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dijawatnya selama 33 tahun. Aku tak pasti yang ini syukurku atas kerana apa. Mungkin sebab lepas ni aku tak ada lagi buat kerja sekolah mak yang berasaskan on-line dan komputer. Yelah, dalam dunia pendidikan sekarang ni tak mudah kerja seorang guru. Untunglah mak bersara sekarang. Ada cikgu-cikgu lain tega menungu sampai 60 tahun sedangkan mereka tahu sistem pendidikan ni bersifat dinamik yang memerlukan guru mengeksplorasi pelbagai medium untuk mendapatkan bahan dan menyelesaikan tugas. Dalam pada tu, rasa ralat juga sebab mak juga idola aku dalam kerjaya yang sama ni. Kalau mak jenis cintakan murid sampai tak rela keluar berkursus dan buat kerja-kerja pengurusan sedangkan aku sebaliknya. Selagi ada ruang dan peluang, suka sangatlah aku pergi berkursus...hihi. bukan tak sayang murid, tapi itu satu cara untuk aku dapatkan ketenangan daripada rutin biasa yang dilalui sepanjang sesi persekolahan. 

Petang lepas mak beersara tu, Sakinah pula dapat berita dia berjaya dalam temuduga Shell sebelum itu. Entah apa kekuatannya, yang pasti dia dapat kerja yang aku kira bagus dari aspek background syarikat serta dekat dengan rumah. Sedangkan dalam masa sama aku harap dia dapat penempatan di kementerian perumahan supaya senang la nanti aku nak apply rumah kerjaan..haha..

Selain petang tu, malamnya Belang beranak tiga. Sepatutnya anak Amin lahir tarikh ni yang bersama-sama dengan mak, Ilmi dan Aref, tapi Belang pulak punya masa. Tak kisah la. Nak kata ini satu perkara yang menggembiarakan tu, tak de lah sangat. Tapi itu juga rezeki dari Tuhan, setiap suara 'meowan' mereka tu tentunya zkir dan doa. Harap-harap ada la doa buat kami ni daripda berbelas-belas kucing yang ada,

Apapun, kegembiraan yang seterusnya, atok punya kesihatan stabil. Bengkak di muka dan kaki kejap ada kejap hilang. Tak apalah. Harap berterusan stabil. Kerjya aku, bolehla kata sibuk. Ah, aku ni sibuk aja. Apa-apa jelah. Janji ada faedahnya yang aku dapat daripada kesibukan aku ni.

Tuesday, January 6, 2015

PERKEMBANGAN BAHARU ATOK

Tahun baharu ini menyaksikan satu keajaiban yang dialami oleh atok. Mungkin pada atok ianya perkara biasa-biasa. Tapi pada aku, bilamana atok boleh solat secara normal macam sebelum sakit dulu aku jadi hairan. Tadi solat Maghrib, atok solat berdiri untuk kesemua rakaat, namun masa rukuk dan sujud arok duduk atas kerusi. Tapi bila solat Isyak, atok solat berdiri, rukuk dan sujud macam biasa sampai habis! Aku yang di depan jdi cam khusuk tak khusyuk menjeling kat atok bila masa nak bangun bangun unuk rakaat baharu, Bimbang atok terjatuh atau berat nak bangun bendiri semula. Masa rukuk pun aku takut-takut kalau atok terjerumus. Namun, selamat juga akhirnya. Rasa syukur jugak la. Tapi lepas solat aku tanya atok, tak sakit ke solat macam biasa. Atok jawab, 'huiiii, apa tak sakitnya." Jadi, kesimpulannya, atok berusaha untuk berperilaku macam orang sihat biarpun dalam kesukaran. Oklah tu. Moga-moga esok lusa atok makin okay lah ya.

Soal kesihatan atok, aku tengok berat atok mencanak naik antara sebelum dan selepas pergi Johor. Sebelum tu n selama-lama dulu sekitar 53-55 kg. Sesekali kalau atok demam ke pening ke, sekitar 51-53 kg. tapi lately ni sekitar 58-60 kg! Hairan sungguh. Mungkin sebab faktor pemakanan atok. Sekarang ni bukan main menambah masa makan. Lagi-lagi kalau lauk or gulai masa tu sedap. Tadi pun, kuah lemak tempe tengah hari licin satu mangkuk atok atok hirup. Semalam makan sup daging menambah-nambah masuk pinggan. Nasi pon bukan agi sesenduk macam sebelum-sebelum ni, kadang-kadang sampai 3 senduk sekali makan. Dalam hal ni aku sangat-sangatlah suka. Bila atok makan, atok jadi kuat.

Bila dah kuat, mula la atok ajak keluar berjalan. Kalu tak jauh ke Dengkil, Banting, Kelanang atau Batu laut, atok ajak ronda sekitar kampung ni je. Janji naik kereta. Tapi kelmarin, masa atok jalan di deretan kedai di Taman Arked untuk beli beli tongkatnya, atok tergelincir sikit. masa tu hujan, kaki lima pula basah. Mujur atok tak terduduk, hanya badannya membongkok dengan tangan mencecah lantai. Risau pula aku. Ada beberapa orang kat situ siap cakap, 'pakcik, jalan baik-baik, hujan ni."

Secara kesimpulan, aku harap atok terus stabil kesihatannya. Aku meletakkan kayu ukur, kalau atok boleh solat secara normal bermaksud atok sihat lah tu. Makan pun sama lah, tapi belum tentu juga. Apa-apa pun sesekali aku sampaikan perkembangan kesihatan atok pada Dr. Dayah. Mungkin ada nasihat-nasihat yang boleh Dayah beri atas perkembangan semasa atok. Lagi-lagi bila atok selalu elak nak makan ubat sesi tengahari, tu yang aku dan ucu malas nak paksa, tapi risau lah juga kalau nanti ada kesan pada atok. Allah.

Sekarang ni cuti sekolah boleh lah aku temankan atok secara lebih masa. Minggu depan dah start sekolah silap hari bulan malam pon aku tak sempat nak temankan atok makan. Si Epul dah nak masuk kolej pulak. Si Anis dah nak duduk rumah sewa. Si Kina dah mula kelas jugak. Semuanya bermula pada minggu depan. Oh... Harap atok memahami, di samping atok tak rasa kesunyian. Syafika dan Iqbal pun rutinnya da mula sibuk sama. Aduhai... Harap program-program tv dapat menemani atoklah. Tadi pun atok tidur dekat-dekat jam 10 sebab tengok ceramah Ustaz Kazim. Biasanya dalam jam 9 dah tidur. Oklah tu, satu perkembangan yang baik juga. Tapi dalam pada kesibukan nak bukak sekolah ni jga atok tetiba suarakan nak berjalan ke Terengganu. Eh, jauh beno... nak buat apa di sana? Ishk.,, Tak dapat aku nak fikirkannya wat masa ni. Mentang-mentanglah atok dah boleh tahan naik kereta lama-lama sikit masa pergi dan balik Johor, mulalah nak jalan lagi jauh. Kalau macam tu naik flight je la...hehe..

Apapun, Insya Allah, tahun 2015 memberi sinar baharu buat atok.