Showing posts with label Wan. Show all posts
Showing posts with label Wan. Show all posts

Friday, April 24, 2015

ATOK DAN AKU DALAM KENANGAN

Esok, genap 7 hari atok pergi. Terasa macam baru semalam saja. Ah, mungkin kesibukan aku sepanjang minggu ni membuatkan aku tak menyedari betapa masa sememangnya cepat berlalu. Lebih-lebih lagi tiada apa lagi yang aku fikirkan selepas balik sekolah. Kalau tak, rutin aku menemani atok sampai atok tidur. Dah lah. Apa lagi nak dikenang-kenangkan. Kehidupan perlu diteruskan. Kalau hari-hari asyik terfikir, teringatkan atok (mungkin wan sekali pun), tiada apa-apa perubahan pon yang berlaku. 
Saat ini, sebelum ingatan aku merosot atas faktor usia (macam lah dah tua sangat), lebih baik aku buat catatan serba-sedikit kenangan aku sepanjang hidup lebih 25 tahun bersama-sama atok sebelum ianya luput dari ingatan. Aku tahu, akan datang belum tentu aku dapat menyingkap kembali kenangan yang ada. Manusia kan mudah lupa. 

Atok yang aku kenali (semua anak cucunya juga kenal), seorang yang tegas. Putih katanya , janganlah memilih hitam, memang kena lah siap-siap nanti. Dari kecik aku dah puas kena marah. Mujur wan selalu back up. Atok marah mungkin sebab aku tengok tv lama-lama, main basikal sampai ke maghrib, tak buat kerja sekolah dan lain-lain yang sebenarnya aku dah tak ingat kenapa atok suka marah. Kalau pergi sekolah pon bila atok jumpa cikgu-cikgu aku, memang kena treat macam parents zaman dulu lah. Kalau parents zaman sekarang, tak lah strict sangat. Yang aku kena, atok siap pesan, kalau aku ni nakal, cikgu boleh rotan aje. Ingat lagi masa kat asrama, atok siap cakap dengan warden, rotan je aku kalau tak belajar. Ish, atok ni, wat malu aku je. Tegas tak bertempat. Atok membela aku macam atok besarkan anak-anak atok di zamannya. 

Lagi satu, sebenarnya atok juga jenis membebel, hihi. Ada saja yang tak kena aku buat. Tapi aku rasa, mungkin sebab aku ni berpihak pada wan, so, kalu ada apa-apa yang atok tak puas hati kat wan, aku juga la yang kena, berbanding Amin yang wan pulak gelarkannya sebagai anak atok...kiki... kelakar. Lagi-lagi kalau aku dan Amin bergaduh, atok dan wan ikut sekali sama memenangkan cucu masing-masing. Dalam banyak hal, wan lebih banyak mengalah dan mengajak aku mengalah sama. Mana tak, kalau atok dah marah, tak payah cari pasal lagi, Cuma, bila makin berumur, atok dah kurang marah. Kalau atok marah pon aku dah tak heran malah buat tak paham je wal hal aku jenis menjawab. Kalau aku menjawab pon, atok akan terdiam sebab aku menjawab dengan logik dan bersebab. Contoh, jangan balik lambat-lambat, aku akan cakap, lambat sebab meeting dan lain-lain, bukan sebab suka-suka balik lambat.

Atok juga seorang yang penyanyang. Memang atok garang dan tegas. Tapi, kalau atok tak sayang aku (dan juga Amin, Kemal dikecualikan sebab dia memang tak pernah kena marah seperti yang kami kena sebab dia kecik lagi..hihi), tak mungkin atok belikan kami macam-macam masa kecik-kecik dulu. Siap bawa berjalan ke sana-sini (setakat Kelanang, Banting, Dengkil, Batu Laut dll), hantar dan ambil dari sekolah dan mengasramakan aku (biat pun tak rela), mencadangkan kepada abah belikan kereta untuk aku dan lain-lain bukti yang aku dah tak ingat satu persatu. Yang paling terharu, atok sanggup buat apa saja bila berkaitan hal ehwal perseolahan aku. Contoh, masa aku tak dapat tempat di SAMTTAR, atok berusaha ke JAIS selain menemui kawan dia yang juga atok sedara aku, Tok Ngah Ishak yang masa tu merupakan mufti Selangor. Akhirnya, dapatlah aku situ dengan jasa baik atok tu.

Allahu rabbi. Tak de feel lah nak tulis lagi. Tapi harus juga aku teruskan. Esok lusa tulat tahun depan tentu aku dah makin lupa. Tak apalah. Slow-slow. Secara umum, berikut merupakan anekdot yang masih aku ingat terutamanya masa zaman sekolah dulu2.

1. Atok mendukung aku tatkala umur 5 6 tahun sebab menangis dan meraung nak ikut ucu balik KL untuk bekerja. Sudahlah mak dengan abah tinggalkan aku dengan atok dan wan yang garang ni, tetiba ucu pula pergi tinggalkan aku. 

2. Masa di sekolah petang, waktu lepas solat Jumaat (atoklah tu, bukan aku yang sembahyang sebab tak faham lagi) atau masa rehat (atok solat asar di masjid), aku selalu minta duit extra seposen dua. Atok pon bagi lah sebab pada atok, bab-bab makan minum dia tak berkira. Yang kelakarnya, dengan slumber atok pinjam duit kawan dia untuk bagi kat aku (sebenarnya atok mintak je seposen dua tu bila atok tak bawa duit).

3. Atok ni suka hon-hon kereta. Kalau ambil aku dari sekolah tu, tak sah tak hon sekali pon aku dari jauh dah nampak kelibat kereta honda kontot kaler merah n ford kaler hijau (selepas honda kontot tu rosak). Malu juga aku. Apelah atok ni, kecoh sungguh. Sampai semua kawan dan bukan kawan aku pon tahu, yang bunyi hon tu tentunya atok aku, bukan atok orang lain. Masa di asrama dulu pun sama, bila hari Jumaat nak balik kampung tu, atok datang lepas solat Jumaat dengan Kancil merahnya, siap hon dari jauh. Malu aku, malu...huhu.

4. Atok sanggup menunggu aku di tadika (yayasan al-arqam boundry) hari-hari. Aku ni memang penakut pergi sekolah. Siap si Amin pon aku paksa dia ikut pergi sekolah macam aku. Aku tak pasti apa atok buat sepanjang aku dalam kelas (Dalam hal ni aku sangat-sangat terlupa nak tanya dengan atok apa yang atok buat masa tu bila aku dah besar ni).

5. Atok selalu jumpa cikgu untuk ketahui perkembangan pembelajaran aku. Kalau ada apa-apa yang tak kena, siaplah aku. Tapi aku tak pasti adakah atok buat perkara yang sama kepada Amin dan Kemal. 

6. Masa Form 3 pada hari komunikasi bersama-sama ibu bapa dan guru, yang datangnya adalah atok. Semua ingat aku ni anak bongsu atok, walhal aku ni cucu sulung lelaki atok. Ceh. Masa tu, keputusan aku merosot sangat-sangat tak silap, atok marah-marah cakap pasal penat bagi duit tiap-tiap bulan tapi aku main-main kat sekolah (aku ni jenis serkap jarang, bila pula masanya aku main-main. lagi satu, bukan ke abah yang bagi aku duit belanja. Konfuz sungguh aku masa tu). Atok siap tanya cikgu Nash masa tu, siapa kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku tu pandai ke tidak (kononnya aku terpengaruh dengan kawan-kawan), Lagi kelakar atok warning cikgu untuk pastikan aku tak berkawan dengan budak tak pandai n nakal. Ishk. Atok ni kan...

7. Atok ni memang suka-suki lah datang spot check aku kat sekolah dulu. Baik masa rendah mahu pun masa menengah. Kalau rendah tu, memang tak dapat nak cakap apa lah. Tanpa aku sedar, atok lalu tepi kelas aku samada di sekolah pagi atau sekolah petang. Kalau di menengah pula, atok terus jumpa cikgu aku. Kalau nasib aku tak baik, nampak atok waktu rehat, atok ajak makan kat kantin sama-sama dia. Time ni aku kalau boleh tak mahu tapi atok nak jugak makan situ. Segan yang amat. Mana ada bapak mahu pun atok orang lain datang suka saja-saja ke sekolah untuk makan kat kantin sekolah! (Aku tak pasti pula kalau atok buat perkata yang sama kat SMKBC untuk si Amin masa tu).

8. Ada satu hari tu atok datang sekolah saja-saja, tertengok aku seluar tak berapa bersih. Mana taknya, seluar baju kaler putih, kalau tak dinila biru memanglah tak berapa putih sangat. Atok kata seluar aku dah buruk, terus atok bawa aku ke Banting beli seluar baru. Aku ni risau dengan tindakan disiplin kalau terkantoi, tapi sampai ke hari ini aku tak pernah kene tidadakan disiplin atas kesalahan keluar bersama-sama atok waktu persekolahan. Apa jampi atok guna aku pun tak tahu.

Sebenatrnya macam-macam memori yang ada di kepala ni tentang atok dan aku. Tapi banyak sangat. Yelah, 25 tahun bukan jangka masa yang pendek. Boleh jadi banyak yang aku sendiri dah lupa. Pendek kata, atok ni memang unik. Dalam pada banyak benda spoil di mata aku atok buat, sebenatnya aku beruntung sebab atok orang lain tak buat kat cucunya macam atok ni (tapi bila aku jadi cikgu ni, aku ada jumpa sorang pakcik yang buat benda yang sama pada cucunya macam atok aku ni. Aku dengar bapaknya kerja di Sabah n pakcik ni lah yang jaga murid aku ni. Tapi pakcik ni tak lah garang macam atok, malah caring gila bila balik sekolah murid aku ni dari jauh dah berlari sambil panggil atok dia. Sedangkan aku, dari jauh nampak atok aku jalan lenggang kangkung jugak, bila atok hon baru lah aku berlari..hihi).

Ya Allah, ampunilah dosa atok, dan wan yang telah menjaga dan membesarkan aku seperti mak dan abah menjaga aku (tapi wan kata, aku lebih patut sayangkan wan sebab kalau aku demam wan yang jaga aku siap bagi tangkal dan menjampi...hihi) dan rahmati mereka dunia dan akhirat.


* Catatan ini memang untuk saya secara peribadi. Kalau ada suku sakat saya yang membacanya, saya mohon agar jangan tersalah faham denhan apa yang dicatat di atas. Itu adalah padangan peribadi saya. Jika kalian ada kenangan dengan atok mahu pun wan, apakata kongsikannya di sini. Catatkannya di bahagian komen di bawah ini.

Monday, March 16, 2015

KINI SETELAH SETAHUN BERLALU

Hari ini, genap sudah setahun wan pergi menemui Ilahi. Apa khabar wan di sana ya? Moga2 baiklah keadaannya. Aku percaya, anak cucu wan sentiasa mengingati wan melalui kiriman al-fatihah serta yaasin. Insya Allah. Mungkin ada sebahagian daripada kami masih galau hatinya, mungkin aku juga. Tapi tiada apa yang dapat mengembalikan semula wan ke dunia bersama-sama kami. Ah, aku ni. Bila nak cerita pasal wan mulalah nak berkaca mata ni. Apa-apa jelah.

Hari ni, hari ketiga kami sekeluarga keluar bercuti-cuti Malaysia dengan destinasinya sekitar pantai timur. Destinasi ini merupakan idea atok. Asalnya atok nak jalan ke Terengganu sebab nak lawat Arif yang sepatutnya ditgaskan ke hospital sekitar negeri ini. Tapi yang berlaku, Arif buat rayuan tak mahu ke sana. Sebaliknya, perancangan ke sana tetap diteruskan. Dan sekarang ini kami sedang berda dalam mode bercuti. 

Bagaikan sebuah janji, di tarikh setahun wan pergi, kami seolah-olah bergembira bercuti. Tidak. Sesekali tidak. Memang ia berkebetulan tetapi ia dirancang secara tidak sengaja. Allahu Akbar. Tapi atok ni pulak, sepanjang berjalan-jalan ni lebih banyak berehat di bilik. Makan pun tak berapa banyak. Malam-malam lebih suka tidur awal. Kadang-kadang mengelak daripada makan. Nampak atok lemah je, mungkin sebab atok tak makan. Boleh jadi atok demam sebabnya bilik dalam keadaan sejuk. Sedangkan di rumah pon ad aircond tapi tak pakai apatahlagi di hotel-hotel. Keisannya atok. 

Apapun ya Allah, harap-harap percutian ini dapat menggembrikan atok. Jika ada rezeki nanti akan ada percutian lain di tempat lain. Syaratnya atok kenelah sihat semula kan. Insya Allah, esok balik rumah atok okay lah balik ya.


Sunday, October 5, 2014

CERITA ATOK DI RAYA HAJI

Aidil Adha kali ini seperti aidil fitri yang baru lepas tempoh hari, Hambar tanpa wan. Hambar juga sedara-mara wan x datang beraya. Benar kata abah dulu2, selagi mana wan n atok ada sedara mara memang berduyun2 datang. Sekarang ni aku da lihat, sedara mara wan yang tentunya semuanya bertaraf anak sedaranya dah ramai yang x datang. Lalu rumah ni dah kurang meriahnya sedangkan ziarah di raya haji n raya puasa lebih kurang sama biasanya di rumah ini. Tak mengapalah. Itu antara 'lesson learn' yang dapat ku ambil setakat ini. Moralnya, tidak beraya n berjalan ke mana-mana time raya bukan masalah kerana bila orang datang rumah kita juga namanya beraya, Kalau dulu aku asyik bertanya hari ni nak ke mana esok nak ke mana pada abah n mak, tapi tidak lagi kali ini. Atok di rumah, siapa nak jaga. Tapi yang berlaku, atok pulak nak berjalan time raya biar pun selalunya atok jarang nak bersiar2 naik kereta. Ok lah tu.
Bercerita pasal atok keluar bersiar, semalam, lepas sembahyang raya, atok ajak jalan ronda-ronda Paya Indah, Aku ni ikutkan tak ada mood coz demam, tapi mengenangkan yang selalunya aku sibuk tak apalah sesekali aku korbankan diri, Nak tengok orang sembelih lembu korban kat surau aku ni jenis fobia tengok darah. Kalau nak p pon skadar jenguk kan kepala. So, baiklah lagi aku bawa atok keluar sementara atok ada mood. Sebenarnya, atok ada misi nak ajak keluar nim bukan saja-saja.

Start asuk kereta, atok mula bercerita pasal wan. Start dari atok kenal wan sejak kecik, sampaila ke saat kematian wan. Tidaklah detail semua cerita atok, juz cerita mana2 part yang penting. Antara yang atok cerita...

1. Atok kenal wan masa di zaman british masa atok bermain di kawasan kampung di kelanang. Mereka langsung tak pernah bercakap apatahlagi berborak. Hanya nak disebutkan, atok kenal wan pertama kali masa tulah. Tapi yang hairannya, Tok Alang Jako, abang atok tu yang lebih friendly n close dengan family wan. Aku tanya, adakah tok alang tu suka kat wan? Atok kata tak, tapi dia selalu datang umah atok Majid n selalulah berborak dengan wan. Hatta sampai atok da kawen dengan wan pon, tok alang n wan masih berborak macam member2 je. Tapi, dengan atok, wan malu segan.

2. Atok cerita wan ni suka mengumpul harta. Antaranya duit. Sejak dulu2 wan akan mintak atok duit pada setiap 10hb setiap bulan Atok kata dalam 2 ke 3 ribu. Aku heran, banyak betul gaji atok? Rupa2nya plus2 dengan duit kebun atok, patutlah banyak. Siap atok kata, kalau wan ada lagi memang bertambah kaya raya lah wan coz wan dapat duit wan x joli, wan simpan terus dalam bank x dibelanjakan, Asal nak beli barang atok juga yang bayar. Patutlah kat hospital aku perhatikan wan mudah dipujuk dengan duit. Wan mata duitan? Hahaha, tak lah. Wan sebenarnya menghargai pemberian n dalam masa sama mengenangkan situasi zaman british n jepun yang hidupnya susah. Sebab tu wan tak nak membazir biar pun kain batik wan di akhir hayatnya penuh satu almari bagaikan saudagar kain batik! Tu belum lagi kain2, tuala2, langsir2, pinggan mangkuk, tapawe2 baju2 dan macam2 lagi yang wan buat koleksi sampai penuh rumah. Rupanya ada cerita di sebaliknya, itulah wan. Siap atok cakap lagi, kalau wan ada lagi tentu sekarang wan ada beli tanah lagi. Fuh, kayanya wan biar pun hanya seorang suri rumah dengan cara berjimat cermat.

3. Selain kisah di atas tu ada lagi sebenarnya. Tapi aku x lah detail. Antaranya sikap cemburu wan bilamana atok n wan keluar berdua ke mana2 khususnya di area serendah, ramai pompuan2 x kira anak dara or janda kata atok, menegur atok sedangkan wan ada di sebelahnya. Atok x pula bereaksi apa2 tapi muka wan masam mencuka sampai balik umah. Pada aku biasalah, da atok polis area situ, mesti ramai yang kenal...hihi.. Cerita lain, wan sangat menjaga pakngah agar tak de pompuan yang gatal2 dengannya. Pernah sekali kata atok, ada sorang pompuan mengaku tunang pakngah, sampai ke telinga wan, terus wan mengamuk sejak bila anak dia bertunang? kenal pon tak. haha...kelakar2x. dari sini aku lihat wan ni seorang protector kepada keluarga even x berpendidikan tggi, tapi sangat memahami situasi. Sebab tu kata atok, bila wan bebel n marah2 atok senyap je. Erk, ye ke? Yang aku selalu nampak atok yang marah2. dah la garang giler. Kami cucu2 pon takut giler. Tapi da atok kata wan lagi garang, aku x kata apa lah. Mungkin time atok marah wan x menjawab n begitu juga sebaliknya. Boleh pulak atok kata, kalu ikut hati au je atok tinggalkan wan, tapi ada bapak2 sedare atok bagi kaunseling kat wan n atok bila bergeseran....hihi..

Tapi itu semua tinggal kenangan pada atok, Untuk tidak terluput begitu saja, sengaja aku catatkan di sini, kalau tak orang lain baca sekurang2nya aku akan baca sendiri pada bila2 masa (Konon lah tu, nak update cerita pon susah n bizi apatahlagi nak baca semula..hihi). Cuma banyak la moral yang atok nk hilightkan kat aku, tapi pepandailah aku serap kat kepala ni satu2.

Sepanjang bercerita tu, aku drive masuk keluar paya indah, lalu perkampungan selangor dredging seterusnya ke dengkil dan balik melalui kota warisan. Sempat juga menyinggah beraya ke rumah wan long ani di belakang pejabat pos. Sepanjang atok cerita atok xde la sebab ke menangis ke sedeh ke apa, sekadar bercerita macam biasa even masuk part ketika wan dah nak pergi, tapi aku pula yang cuba tahan2 sedih. Dah la raya, atok pulak bukak cerita. Mungkin atok rindu wan, tapi bila ajak ke kubur atok kata nak ajak poklong pergi petang nanti, tapi tak ada pulak pergi malah poklong terus balik KJ. 

Ya ALlah, stabilkan kesihatan atok. So far atok makan ok, buang air kadang2 x ok, berat badan n tekanan daqrah stabil, tapi kat lengan atok kata epul ada kesan lebam2. Jap lagi aku nak cek. Ops, ada atok kata nak buat korban tahun depan kalau panjang umur, ajak aku share dengan mana2 anak cucu yang mahu, tahun ni atok kata atok lupa, aku pon terlupa sampai bila gaji kuar abru aku teringat nak wat tapi abah kata da last minit. Tak apalah. wallahu a'lam.

Saturday, July 26, 2014

Solat Tarawih Dengan Atok

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Hari ni, malam 29 Ramadhan 1435H.
Selama 27 Malam aku bertarawih dengan atok. Sedari sebelum bulan puasa atok dah booking aku untuk bermakmumkan aku. Hanya malam 21 aku ke Masjid Putra n malam 26 aku demam, aku buat sendiri. Ada sedikit keralatan dalam hati kerana tak ikut abah dan mak ke masjid atau surau seperti tahun2 sudah, tapi aku pujuk hati untuk menghappykan atok. Melihat kesungguhan atok nak berterawih biarpun 8+3, aku jadi terharu. Kenapa tidak aku tidak meraikan kesungguhan atok tu? Memang sesekali aku duduk dipertengahan rakaat di kerusi yang memang tersedia awal2 di belakangnya, tapi tetap atok bersemangat. Lagi2 bersemangat sedangkan atok sendiri x dapat nak berpuasa sebulan macam yang lain. Ada malam semalam, aku masih demam, aku bagi hint nak excuze tarawih sebab batuk2 n bersin2, atok kata boleh juga, so, teruskan je lah. Ikutkan bukan tahun ni je berjemaah dekat rumah. Selain daripada bersama mak abah dan lain2 masa kenduri buka puasa sama2, ada juga banyak kali mengimami wan tanpa atok. Masa tu wan dah tak berkuasa nak pergi masjid n atok macam biasa jarang miss ke masjid. Tapi, sekarang fully dengan atok jelah. Ada sesekali fikiran aku melayang terasa wan ada di belakang, tapi cepat2 tersedar bila atok mengaminkan alfatihah, mana taknya, kalau dengan wan, mana ada wan sebut 'amin' kuat2 kan..haha..
Apapun, Ya Allah.... terimalah amalan kami ini. Mungkin tak sama amalam ini yang dibuat di masjid dan rumah, namun moga2 amalan ini dapat memberatkan lagi neraca pahala melebihi kekurangan daripada kecacatan amalan puasa dan perbuatan yang sia2 sepanjang ramadhan ini. Moga2, pada tahun hadapan aku masih dapat mengimami atok dalam solat ini seperti tahun ini. Insya ALLAH. 

Sunday, March 16, 2014

Selamat Jalan Wan

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Wan, setelah 50 hari dari tarikh wan dimasukkan ke wad, akhirnya wan pergi menemui Allah Rabbul Izzati. Setelah 22 hari wan pulang dari hospital akhirnya wan pergi setelah beberapa lama uzur menderita penyakit barah usus di Tahap 4. Wan pergi meningalkan Along, abah dan anak-anak serta cucu wan yang lain dengan tenang pada jam 12.02 tengah malam tadi.

Wan, Along rasa tertipu sangat-sangat. Kerana terlampau bersikap optimis, Along cuba menafikan wan berada dalam kondisi yang sukar. Walaupun tanda-tanpa pemergian wan telah jelas zahirnya, masih Along anggap wan masih okay dan tidak ada apa-apa. Memang silap sungguh. Tatkala Along nak bertolak ke kursus Khamis lepas, hati ni tersangatlah berbolak-balik. Empat hari berkurus yang sepatutnya Along teruja, tetapi yang nyata kebimbangan menguasai hati. Itu pun masih Along beroptimis menganggap wan masih okay. Walaupun semalam Along ambil masa balik ke rumah selepas habis kelas meredah jem, masih rasa berat lagi hati nak ke kursus pada keesokkan harinya. Mujur tadi, selepas mendapat khabar tentang situasi wan, Along dapat pulang awal dan berdampingan dengan wan.

Wan, ikutkan hati mahu sahaja Along singkap kembali memori antara kita, Namun, mustahil untuk diceritakan semula kerana banyak sangat situasi dan memori yang terjadi selama Along di bawah jagaan wan. Wan bagaikan mak kedua Along yang dijaga baik bagai anak sendiri. Memanglah Along ni cucu wan, tetapi Along dapat rasakan kasih wan pada Along melebihi cucu-cucu wan yang lain kecuali cucu sulung wan. Along tak kisah yang itu. Yang pasti wan sudah sehabis baik mengasuh Along bila mana berada di bawah jagaan wan. Antara yang paling Along ingat, bila demam, wan buat tangkal dengan bawang kecik yang diletak kapur, bila Along nak beli apa-apa wan bagi saja tanpa soal. Dan yang paling best, kalau Along dan Amin bergaduh tentu saja wan back up Along sedang atok memback up Amin, di mana dalam situasi ni, biasanya Along yang menang akhirnya. Memang bukan sebab Along ni abang, tapi sebab kuasa wan lebih hebat dari kuasa atok dalam hal pergaduhan kami. Wan juga ajar Along mengaji mukadam dan sifir. Nak kata Along pandai sendiri memang tak lah. Pernah juga wan merotan dan memiat telinga Along bila Along buat nakal seperti mengelak nak pergi sekolah petang sebab petang-petang ada cerita kartun kat tv, mengombah almari dan kusyen untuk main nyorok-nyorok, mengusik barang wan atau atok dan macam-macam lagi. Untuk semuanya itu, terima kasih untuk wan Along ucapkan sebab baik garangnya wan merupakan salah satu cara mendidik.

Tetapi, bila Along dah besar panjang macam ni, seringkali Along lalai nak berdampingan dengan wan. Mungkin tak sedikit Along menghiburkan wan, tetapi banyak juga situasi Along tidak menghiraukan wan tanpa sedar dan sebaliknya. Wan panggil ke dapur tolong hidang juadah atok, Along tolong ala kadar. Bila wan suruh beli barang dapur Along menangguh-nagguhkan. Wan pesan beli rojak dan oren Along asyik-asyiklah tak sempat. Along harap wan tak menaruh hati kecewa dengan sikap Along ni yang baik dan nakalnya bertukar-tukar dan tidak konsisten. Hendak disalahkan keadaan dan situasi, susah juga. Tapi wan, Along dah buat yang terbaik semampu Along demi wan selama ni. Ada kekurangan, Along minta maaf banyak-banyak.

Wan, Along ingat lagi, semasa kecil bila wan lenguh dan sengal di badan, tangan dan kaki, wan akan suruh urutkan dengan memijak di mana-mana bahagian berkenaan sebab kalau Along picit-picit pakai tangan sikit pun wan tak terasa yang di akhirnya Along meletop-letopkan jemari tangan dan kaki wan. Bila Along besar sikit, wan mintak picit-picit tapi kuat-kuat., tak mahu pijak lagi. Tapi masa wan sakit hari tu, Along nak picit-picit wan pon rasa was-was, sebab sesekali Along picit wan mengaduh sakit. Tapi sekarang, tiada lagi khidmat picit-picit yang boleh Along berikan, selama-lamanya. Lagi satu, wan. Kalau sabtu dan ahad cuti hujung minggu terutamanya masa nak raya wan ajak Along tolong sapu halaman rumah dan bakar sampah. Lagi yang teringat, masa nak pergi sekolah setiap pagi dan petang dulu wan duduk sama tepi jalan dengan Along tunggu van sekolah datang. Allah… banyak lagi sebenarnya Along nak tulis, tapi memang, sampai esok pon tak habis-habis.

Wan, sejak wan sakit dan disahkan mengidap barah usus tahap 4, tak putus-putus Along berdoa mengharapkan wan sentiasa dalam keadaan stabil. Sekurang-kurangnya dapat wan bertahan dan bersemangat untuk terus dengan kehidupan rutin. Along juga mengharapkan wan dapat berpuasa dan beraya bersama Along dan anak cucu wan yang lain di tahun ini sekurang-kurangnya. Namun, Allah lebih sayangkan wan dengan memanggil wan sesegera ini. Sungguh Along tak sangka.

Wan, Along pasrah dan redha atas ketentuan Allah ini. Along akui, kita sebagai makhluk tidak akan kekal seperti mana al-Khaliq. Along lihat wan pergi dengan tenang gayanya. Masakan tidak, kami secara tak sedar tak perasan bila nafas terkahir wan hembuskan. Tahu-tahu je, lepas atok mengucup wan dan beredar beberapa langkah, wan dah tiada. Tapi Along puas hati, anak cucu wan yang ada di keliling telah membimbing wan menyebut nama Allah. Wan juga pergi dalam lingkungan anak cucu yang ada bersama, di dalam bilik wan sendiri dan di dinihari yang hening. Bacaan ayat-ayat suci Kalam Tuhan telah kami perdengarkan dan khususkan buat wan sepangjang beberapa hari sebelumnya. Along harap segala amal makruf yang kami lakukan untuk wan diterima Allah. Insya Allah.

Wan, damailah wan di alam sana. Kalau sebelum ini wan dijaga dan dirawat kami, moga di sana Allah merawat wan dengan nikmat daripada keredhaan-Nya dan amal soleh bersama kalangan mukminin dan mukminat. Moga kita juga direzekikan bertemu di syurga abadi dan bertautan kembali kemesraan seperti mana di dunia ini. InsyaAllah.

Allahummafhamha wa’afiha wa’fu anha. Ya Allah, ampunilah segala dosa wan, rahmati roh wan, hindarkan wan dari segala seksaan di barzakh dan mahsyar. Kasihanilah wan. Jangan Engkau biarkan wan terdedah dengan ancaman munkar dan nakir. Permudahkanlah urusan wan di sana. Amin.

Selamat jalan, wan.

Al-Fatihah.

Thursday, January 16, 2014

Wan Berkerusi Roda

Rasanya ini kali pertama buat tahun ini aku menukil catatan. Memang sibuk sejak 1 Januari, lagi sibuk bila banyak program dah mula di awal tahun. Dalam pada tu hal pengajian aku masih tak berpenamatnya. Walau aku penat, aku harus tabahkan hati. Hal-hal peribadi juga masih yang kekaburan. Kereta yang aku order masih x berkesampaian. Hal-hal rumah juga sering aku cuaikan.

Tapi dalam pada tu, hati aku sering berharap-harapan.  Selain berdoa untuk semua masalah di atas supaya dipermudahkan, aku sangat risau tentang kesihatan atok dan wan. Atok masih aku boleh relax lagi, Selagi atok bersolat di masjid, aku fikir atok sihat. Tapi kalau wan tu, sekarang dah berkerusi roda. Bukan sebab lumpuh ke sakit ke apa, tapi sebab kaki wan mudah goyah tatkala berdiri, mungkin lemah gara-gara menanggung beban berat badan wan. Kalau dulu bertongkat, sekarang ke mana-mana wan kena berkerusi roda hatta ketika melawat Tok Itam yang sakit dan melayat sehari selepasnya.  Kalau dulu wan malu-malu dan segan-segan nak berkerusi roda, tapi sekarang bila da tak berdaya lagi, hilang sudah rasa malu segan wan lagi-lagi kalu bertemu janji di hospital.

Kalau wan sakit, bukan sebab wan berkerusi roda sangat. Tapi bila wan tak mahu makan, tau-tau terbaring x nak bangun. Kalau bab makan, wan asik la kata jemu. Kadang2 bila ditanya nak makan apa, jawabnya tak tahu.  Tapi selalu juga bila tekaknya rasa nak makan apa2, terus wan sebut. Bila dah orang belikan atau buatkan, mood nak makan yang itu dah x ada. Kalau wan terbaring pula, wan asik pening-pening. Hanya bila wan okay, minta duduk luar atau tengok tivi tu tandanya wan sihat walau berkerusi roda dan bertongkat.

Tapi sejak akhir-akhir ni, wan asik rasa x sihat. Makan x lalu, semuanya jemu. Tadi ucu kata, wan buang air besar. Tapi yang ucu pelik najisnya kaler hitam sehitam-hitamnya. Allah. Bila ucu bagitahu tu, aku otamatik rasa tak keruan. Aku bukan nak mengandaikan bukan-bukan. Tapi bimbang yang bukan-bukan itu menjadi benar kalau aku tak sedar. Pada aku mungkin wan dah lama x buang air, membuatkan najis2 dalam perut wan terkumpul. Aku pun kalu tak buang air besar 2 3 hari pon rasa x sedap badan. Apa lagi wan ni, yang makan sikit, so kekotoran n toksin dalam badan x dapat la nak dikeluarkan, tu yang jadi cam tu kot najisnya.
Allah… Dengan rahmat dan keberkatan nabiku, stabilkan kesihatan wan. Janganlah wan berterusan sakit dan pening-pening macam tu. Ya Allah. Tolonglah, aku tak mahulah kehilangan wan, malah atok, mak dan abah dalam keadaan aku sibuk dan tak bersedia nak merasa erti kehilangan. Bukan aku fikir yang bukan-bukan, tapi aku hanya berharap agar aku dapat lagi bermanja bermesra dengan mereka. Sungguh pun aku sangat sibuk dengan kerja dan study, aku cuba sedaya aku nak duduk berborak bersama wan n atok. Ya Allah…………………………..


7.12 petang. 16/1/2014. Dalam bilik. Selepas balik sekolah jam 6.

Tuesday, November 26, 2013

Wan Pening, Atok Demam

Aku dalam sibuk2 ni, sebenarnya dalam hati punyalah tak keruan. Mana taknya, wan n atuk sekarang asik demam. Wan lately ni asik pening2. Selalunya menjelang petang je wan dah pening kepala. Pada aku wan tu x minum petang, tu yang pening. Paling parah kalau masa tengah hari wan makan sejemput je. Lagi Teruk wan lupa nak makan masa tengah hari tu.

Atuk plak, kalau tak boleh nak bangun tu kira teruk tu. Atuk biasanya akan sedaya upaya kerahkan diri bangun hatta tengok2 tanah kat luar tu. Atuk ni xde masalah makan sangat. Atuk ni jenis pemaksa diri. Makan ke, berjalan ke, berbual ke, selagi larat atuk lakukan. Tapi bila atuk pening, terbaring dan penat tu yang atuk kene betul2 berehat. 

Aku pula, lately ni rasa macam sakit kat belakang badan je. Sebenarnya aku tak tahu la tu memang normal pada aku yang memang ada masalah scoliosis, tapi memang kadang2 rasa x sedap la belakang ni. Tapi apa nak buat, dah aku ni x senormal orang lain, redha je lah.

Ya Allah, dengan penuh harapan, aku mohon stabilkan kesihatan atuk dan wan. Tak kurang juga kesihatan mak n abah serta aku dan adik2ku, suapay kami dapat teruskan beribadah kepada-Mu. Tolonglah Ya Allah, moga wan dapat mencergaskan diri tengok luar rumah, jalan2 tengok bunga dan lepak d tangga. Moga atuk juga dapat drive Banting-Dengkil macam selalu. Tolonglah. Permudahkanlah semua urusan kami, dunia dan akhirat. Ampunkan dosa kami. Andai kesakitan dan kepayahan yang kami alami ini adalah kifarah penghapus dosa kami, aku redha ianya berlaku. Ya Allah...

Saturday, August 3, 2013

Terganggu Tarawihku

Bismillah...Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad wa alih.

Ya ALlah, wan sekali lagi x sedarkan diri sejak maghrib tadi. Petang tadi dalam pukul 3 aku tegur wan, tanya mana syidah, wan kata dah balik dah, ucu pergi hantar. Petang tadi jam 6 aku menyapu bilik wan tanya dah solat asar ke belom wan kata 'erm...haaa..' je. Aku fikir mungkin wan nak rest kejap sebelum bangun.

Tapi tengah2 aku habis menyapu, aku dengar entah sapa kata wan hypo err.. hyper kot.. x ingat istilah mana satu guna. Last2 wan diberi la air gula oleh abah, macam biasa kalau terjadi macam ni. Kemudian kami berbuka, wan masih macam tu. Aku tengok dada wan berombak, wan macam kepenatan je. Aku pikir wan x nyenyak tidur, mana x nya, tv depan mata terbuka, bising, even buka volume perlahan.

Aku sembahyang maghrib, aku lepas tu tangok wan semula, wan macam dah sedar skit tapi macam x sedar sangat coz kedudukan wan dah mengiring. Abah kat tepi wan bagi ubat. N lepas tu aku ke masjid solat terawih la. Sepanjang solat tu hati aku macam x senang je, rasa nak skip terawih jemaah tapi aku kuatkan azam, habiskan terawih even 8 (memang hari2 aku wat 8 pon), juz masa witir aku blah. Nak tengok wan ape kabo. 

Balik2 je, aku kire2 kereta, x cukup 1 kerete, kereta atok mana? Rupanye abah, amin n atok dah bawa wan ke hospital. Allah kenapa dengan wan? Aku x tanya epul n mak lagi. Aku harap wan x ada pape2 la.

Allah.... Stabilkan kesihatan wan tu... pliz la. 1 beg u Ya Allah... Harap2 wan ok2 saja. harapnya wan balik kejap lagi x tunggu lama2 kat spital. 

Sunday, June 23, 2013

Atok & Wan Makin OK

Alhamdulillah, sudah seminggu kondisi kesihatan atok dan wan semakin pulih. Kalau tak sejak 14 Mei hari tu wan ngan atuk saling jatuh sakit berselang seli dan berlanjutan serentak dari semasa ke semasa. Wan nampak lebih ok sepanjang tempoh itu tapi sering demam. Dan keadaan ni membuatkan wan jadi kurang makan. Atok juga mula hilang selera makan sampai badan nampak susut. Kadang2 kalau dah makan siang, atok x nak makan malam. Pakai baju pun nampak x smart sedangkan baju tu mmg feet ngan saiz atuk masa beli. Bila da macam tu atok dah x keluar mana2 lagi. Kekadang atok ada rasa nak keluar, n aku lah tukang bawa, tapi x selalu. Kalau hujung minggu tu sama ada kemal atau epul lah yang bawa. Memang masa tu atok boring giler. Rutin atok minum pagi kat luar dah x ada lagi. Sampai atok call Poklong suruh bawa sumthing untuk dimakan dengann maksud roti canai atau nasi lemak atau apa saja dari kedai sedangkan wan boleh je buatkan air dan sediakan roti. Selama 5 ke 6 minggu atuk tak p masjid termasuk masa solat Jumaat, tapi Jumaat lepas atok berjaya ke masjid. Bukan sebab atok tak daya, tapi mudah leteh duduk n takut terbuang air on the spot. Tapi, ok la Jumaat lepas, atok berjaya tamatkan solat Jumaat sampai habis macam biasa. Thanks Allah.

Atok baru balik sama illmi beli nasi beriani wan pesan. Wan pun sekadar pesan je, kadang2 dah beli, makan secubit dua. Allah. Dalam hal ni aku pikir kene pelbagaikan makanan wan. Atau sebenarnya kene kerapkan wan makan sama ada makan bende berat atau biskut n roti sebab yang penting adalah makan. Tapi aku tak tau lah pulak kalau wan memang wajib makan nasik je, sedangkan makan mee ke, roti ke atau apa2 kuih pon dah kira kenyang juga kan. Apapun aku harap dalam masa sama selera makan atok pon ok. Makan macam biasa.  

Dalam hal begini, orang2 sekeliling atok n wan kene selalu berada di sisi mereka. Ajak bercakap n berborak2. Aku dengan abah rupenye punya idea yg sama. Ajak wan n atok borak untuk elak lonely n bosan. Biarlah wan citer macam2 hal zaman muda yang dah banyak kali aku dengar, asalkan wan yang bercakap, bukan aku n sapa2 yg terlebeh cakap. Biarkan juga atok menyakat orang even rasa x senang hati, asalkan muka ni ketawa jugak even dalam hati terasa.. huhu..

Ya Allah. Ighfirlana warhamna ila yaumil akhirah.

Tuesday, May 14, 2013

Hantar Wan Ke Hospital

Allahu akbar.

letih sangat2 hari ni. Konon bila mintak excuz awal dari miting, dapatlah sambung kerje tertunggak, cerpen aku ni tergantung2 lagi. Nak edit cerpen budak lagi.. argh...

Last2 bila sampai umah, wan plak mamai. Huh, berat ni. Aku panggil lah Pakngah, mmg betul wan hypo. Lalu, dengan penuh redha aku pon ikut lah bawa wan ke hospital. Dalam hati ni aku buang jauh2 segala sifat mementingkan diri saat itu. Takkan lah wan sakit macam ni aku nak menolak daripada ikut bawak wan pergi hospital. Last2 sampai lah spital. Mujur lah tak lama. 

Tapi bila balik dari hospital atok pulak demam. Allaaaah... Stabilkan kesihatan atok wan aku ya Tuhan...

Aku ni sebenarnya x de mood sgt nak menulis. Banyak kerje nak buat. Harap2 aku x collapse awal la malam ni. Insya Allah.

Saturday, April 13, 2013

Atok Cari Rendang

Aku rasa ralat. Atok sejak semalam ajak aku cari rendang untuk lunch. Kalau semalam aku memang penat coz dari pagi dah keluar sama atok pergi putrajaya dan serdang. Cari je la kat LD, x ada pulak sebab b4 tu Pakngah kata situ ada jual. Atok ajak p Banting aku kata penat. So memang nampak lah atok kecewa. Atok kata wan yang nak rendang tu, wan dah sebut2 sejak 3 4 hari lalu. Allah. Memang ralat sungguh la rasanya. Tapi aku diamkan saja.

Hari ni pula sekali lagi atok ajak pergi Banting cari rendang. Aku menolak lagi dengan alasan aku x mahu keluar ke mana2 hari ni. Pastu aku dengar atok cakap seolah2 merajuk, 'ko x nak pegi atok pegi sorang je la sambil angkat kaki...'. Masa tu hati aku rasa kesal jugak la, tapi tak ada la rasa nak ubah fikiran. Juz mengharap agar atok kansel kan je.  Yelah, aku nak spend time untuk tulis artikel jurnal. Dah seminggu bertangguh, x start2 lagi. Asal nak buat je ada kerje lain yang kene buat. Konon nak buat semalam, tapi lepas bawa atok keluar kat umah kene juga d urus. Sapu sampah, lap taik kucing, buang n bakar sampah termasuklah basuh n sidai baju di ampaian. Penat sangat sampai tengahari pon aku tak makan. So hari ni memang aku tak mahu buat kerje lain sebenarnya tapi tadi mak dah minta tolong kat dapur masak kejap. Ni aku sambung semula buat.

Tetibe aku tgok atok dengan keretanya pergi keluar belok arah Banting. Aik? Tadi kat dapur aku dengar wan nak masak rendag kerang untuk esok, so aku assume atok x jadi la p cari rendang kat Banting. Tapi apa jadi ni? Aku terus pergi dapatkan wan kat biliknya tanya atok p mana? Wan kata atok pergi Banting sama Amin. Ishk, biar betul? Tapi wan tak tahu atok pegi sana nak carik apa. Pastu aku pon saja nyakat wan atok pergi sebab cari rendang untuk wan makan yang wan nak tu. Wan plak kata mana ada dia nak sangat. Kalau ada, adalah. Wan cakap takkanlah sebab dia nak makan rendang atok pergi cari jejauh. Ermm, aku rasa, bukan wan yang nak makan sangat, tapi atok.. huhu. Apapun sebenarnya itulah tanda cinta atok pada wan. Aku tahu tu, dalam garang2 atok, atok sangat sayang dengan wan. Dalam rajuk atok kadang2 dengan wan, wan juga jadi keutamaan atok. Aku tahu.

Sekarang aku harap agar benar atok pergi keluar tu sebab nak cari rendang, moga2 ada lah. Dan yang penting jangan pula atok terus merajuk dengan aku. Allahu Akbar.

Friday, December 21, 2012

Aku Kemas Bilik Wan

Pada minggu lepas syida stay sini seminggu untuk release otak die lepas lalui SPM. Kebetulan pulak masa tu memang tengah mood kenduri kawen yan n dayah.. So memang patut lah dia stay di sini. Dalam pada tu sempat aku ajak die n pika untuk kemas bilik atok n wan.. memang niat aku nak kemas pon tapi masa x ade kesempatan. Lagi pun sorang2. So time ni lah aku rasa sesuai. Bertepatan hari rabu minggu lepas, aku bertiga buat lah kerje2 perkemasan tu. Mula-mula punggah barang dalam bilik tu sampai habis, lepas tu proses menyahkan habuk2 dari tinggkap, siling, dinding sebelum menyapu lantai. Lepas tu aku mengemop lantai sambil budak2 tu lap cermin tingkap, cemin muka n almari2. Dah habis tu sesi mengatur semula barang2 yang dikeluarkan sebelum tu... konon2 nak ubah suai kedudukan tapi last2 sama macam asal gara2 takut wan terlupa mana barang dia punye tempat dia letak. haha..



iqbal menolong punggah barang2 yg telah kami punggah...haha..

macam2 khazanah wan ade...

tilam katil habis ku bukak

malas nk angkut katil kuar...so biarla cam tu..mujur bawak katil leh capai sapu n mop.

macam2 ade dr bawah katil..heheh

kutip sampah ke posing je...?

time nk snap je mesti die nk posing dulu...kelihatan juga lantai da siap bersih licin bermop

tetibe kan, wan terjumpa balik 4 pasang kasut yg ghaib beberapa tahun..die kata 9 tahun...hehe..

apapun aku harap akan dtg aku leh tolong kemas lagi...tp masa je mencemburui..pliz la Ya Tuhan, permudahkanlah urusan ku agar dapat aku bantu mak abah atok n wan...



Friday, November 23, 2012

Wan, Durian Dan Tempoyak






Tangan aku bau durian x hilang2. mana x nya, berpuluh2 biji durIan aku pegang n memasukkan beratus2 ulas dalam bekas untuk wan. A'ah, wan punye. Sejak durian gugur sekitar 3 4 minggu lalu memang hari2 wan akan ngadap durian. Bukan takat makan begitu sahaja, tapi diproses jadi tempoyak. Bukan satu dua bekas, tapi berbelas2 bekas! Sampai semua orang dah bising pasal ada sebilangan durian yang dah bukak tapi x diproses lagi sudah busuk. Dalam peti sejuk wan tu memang ada bau durian sebab dah penuh dengan durian. Sampai kan atuk kata ubat2an die pulak kene keluar letak kat almari dalam suhu bilik.. hihi...wan..wan.. Tapi apakandaya, semua orang yang bising harus juga turuti kehendak wan. 

Secara peribadinya pon, suka hati wan lah nak buat apa. Isu membazir perkara kedua pada aku. Pada aku biarlah wan buat apa yang die suke nak buat janji x lah die boring x tau nak buat apa. Biasanya kalau x ade nak buat ape2 wan tertido sambil tv tengok die. Wan kata die bukan nak tidor pon tapi x sedar bile tertido. Tak pun kalau wan ada orang kat sekitar die, ada lah kawan nak borak2, tapi selalunya kalau wan yang bercerita, segala2 cerite lama di ulang dengar berkali2. Kalau orang lain esp orang luar sure tensen punye pasal balik2 cerita yang sama. Hampir x tinggal n beza ceritanye yang dulu n sekarang. 

Cerita2nya lebih kepada zaman die budak2, zaman sekolah dan zaman pindah2 randah ikut atuk betugas. Aku pon sama, kadang2 penat dah dengar, aku tune masuk cerita lain.. Hehe.. Tapi kalu aku x ade modal aku biarkan je tapi dalam masa sama buat2 minat n kadang2nya aku pulak yang tertidur.. hoho... So pasal tempoyak tu, orang2 yang bising tu kene lah pandai pusing2 sikit. Aku petang ni nak plan buat cekodok durian, x tau lah ada duriannya ke x.. tapi aku akan cekau skit stok durian untuk wat cekodok tu.. haha... Selain tempoyak, durian leh buat macam2, setakat ni serawa durian beberapa kali dah buat, pastu gula durian. Eh, gula duirian? Mana ek, ada lagi ke? Sebab hari tu aku tolong wan buat gula durian, aku letak dalam balang dalam peti ais, pastu petangnya nak makan x ade lah pulak.. Sure wan dah alih tapi sure2 lagi wan dah lupa mana di alihkannya, coz aku x nampak pulak wan makan selama ni.. hehe... nnt aku carik sndiri. 

Apapun syukur sangat ada durian punye pokok kat rumah ni, orang lain punye lah lecur air liur nak makan durian tapi aku pulak x berapa nak heran dengan durian. actly bukan durian je, ape2 buah pon, bukan x minat tapi x berapa gile lah ... Juz kalau ada, makan. Kalu x ade, senyap. Dah tu, kalau ada belom tentu makan kalau x dikupaskan.. hahaha... dan aku harap, agar untuk beberapa minggu lagi durian tetap gugur dan subur... Biarpun wan bebel durian yang gugur2 majoritinya kecik2 n comel2 tapi x kisah lah.. Kite ada, orang lain ada ke wan? Err... Aku cium lagi tangan, masih berbau pulak..adui...



Saturday, June 16, 2012

Wan Oh Wan

Adui wan... Tolong lah jangan sebut2 mati. Tensen aku. Bukan tensen dengan mati, tapi perkataan tu aku takuti sangat2. Memang lah semua tu akan berlaku pada suatu masa pada semua manusia even aku pon tapi x enak lah telinge bila disebut2 bende tu.. Sedangkan setiap dari kata2 tu kan doa.. So harap word tu x lagi wan ulang2nya terutamanya bila dalam keterpaksaan n mendesakkan. Cakap bende lain ok. Dalam pada tu aku doakan wan dan atuk sekali akan sentiasa sihat dengan tahap kesihatan dan keselamatan yang stabil dari semasa ke semasa, dengan kata lain biarlah Allah panjangkan umur mereka dengan lembayung rahmat n redhaNya. Berkati umur mereka dan berterusan teguh keimanan kepadaNya. Aku masih mengharapkan limpahan kasih sayang dan perhatian mereka kepada aku sebagai cucunya. Even dah besar panjang pon aku masih bertaut harap bergantung dalam keadaan2 tertentu dalam kehidupan aku. Biarkan orang kata aku anak manja, cucu mengada2, lantak. Aku bahagia dengan mereka bersama adanya mak n abah serta adik2 beradik yang begitu memahami aku. 

Dan dalam pada tu beberapa rakan da dok tanya bila tengok khemah depan rumah. Mereka terkejut kononnya aku kawen x jempot mereka walhal memang pon aku x jempot pasal bukan aku yg kawen.. Emmm.. x apelah..moga2 ada doa mereka buat aku dan ia makbul dalam masa terdekat..amiiin.. :P Err... berbalik pada cerita di atas, wan cakap, "ko nak tunggu aku mati ke baru nak kawen? Aku bela ko dari kecik nak jugak tengok ko naik pelamin." Allah wan, wan doa2 lah ya mana yang baik untuk along...hihi.

Thursday, September 8, 2011

Wan Mengigau

Aku nak tidor dah. Esok ada miting d sk dengkil untuk pengawas UPSR. Tapi tadi masa minum kat dapor wan tibe2 bangun dari tidur..jam menunjukkan 11.30 malam. Wan tanye mana kerang yang die kupas petang tadi? katenye nak d buat rendang. Aku pon bagai nak rak mencari kat dua2 buah peti ais tu. Tak cukup situ cek kat peti ais kat bilik wan.  Tak ade jugak. Last2 aku panggil acik. Acik pulak teekejut pasal sepanjang hari ni masa bila pulak wan kupas kerang? Last2 wan kate wan nak masak rendang kerang tu. Esok kan raya haji. Ish, raya haji? Adoi waaaaaan...... Wan ngigau rupenyer...huhu. Tergelak2 kitorang..haha.. Tak ape la. Harap itu hanya mainan tidur wan. Bukan effect apa2 pun atau bende2 x elok terjadi kat wan. Normalla tu. huhu... (Adakah ini permulaan fikiran wan mula terjejas?)

Wednesday, August 10, 2011

Wan Kena Tahan?

Terkejut aku bila dengar wan kene tahan kat wad kecemasan hospital putrajaya. Ishk, serius beno gayanya. Aku tak berapa paham hal2 pemeriksaan wan. Katenye pergi cek darah.. So wan puasa la. Sampai sana katenye juz amik keputusan darah yang dah diambil b4 ni. Dan kerana wan memikirkan dah bangun sahur n alang2 dah berpuasa baik teruskan puasa. Sedangkan pakngah n abah dah pesan jangan puasa dah, makan je. lepas tu kat hospital ucu pon dah belikan roti x payah puasa. Tapi wan x mau gak. Last2 x lama tu masa tuggu turn, wan pengsan. Atok kate 2 3 kali. Ishk, biar betul? Wan ni nak cam tu pon masih nak puasa? Last2 kene tahan lah kat wad..Dan sekarang setelah beberapa jam kene tahan baru dapat keluar. Kire ok lah tu...orang kat rumah risau yang amat tapi aku rasa wan ok. Ye lah, orang berumur memang macam tu. Kirenye dengan bayanya itu kire ok n normal lah. Insya Allah wan  tak ade apa2. Ni atok n abah pergo amik wan. Atok pulak tadi balik kejap sebab x tau entah bila wan keluar. Ucu siap dah masakkan makanan untuk bawak ke wan lepas maghrib nanti, last2 x payah lah sebab wan pon dah nak sampai jap lagi. Alhamdulillah lah, tq Tuhan. Stabilkan kesihatan wan lah ek...atok pon...aku pon, mak abah pon n seluruh keluarga aku pon. Moga2 kami dapat terus menerus beribadah kepada mu, wahai tuhan. Cerite bab buka pulak hari ni aku request kat mak supaya jangan masak banyak sangat. masak juz cukup2 leh habis malam ni jugak je. Tak mau lebih2 coz aku nak makan nasi goreng esok masa sahur. Dah boring dah makan roti tiap2 pagi. Kebetulan roti pulak dah habis...nak singgah kedai malas pulak..huhu. Ok lah, moga2 keluargaku dirahmati mu ya Allah..hari ni last ganjaran rahmat yang Allah turunkan kat hamba2nya. esok dah start pemberian barakah pulak. Wallahu a'lam.

Tuesday, April 12, 2011

Stabilkan Wan Ya Tuhan

Dari atas kadang kala aku dengar wan terbatuk2, kesiannye wan.... dah beberapa hari wan demam. Namun wan masih boleh bangun dan bergerak keluar masuk bilik, dapor dan sekitar dalam rumah macam biasa dengan pergerakan lambat. Guna tongkat tu sekali sekala. Mungkin mata wan yang cerah amat membantu dalam setiap gerakan wan. Ya Allah. Stabilkan lah kesihatan wan. Jangan lah wan asik sakit2 je. Pulihkan wan seperti sedia kala. Nampak wan jerih sangat2 terutamanya pepagi. Tadi wan tidur siang, bangun2 wan tanye pukol berapa. Terkejut die bila aku kata dah jam 5 petang. Sedangkan die pikir sekarang masih pagi. sebab tu lah tadi die tanye aku tak pergi mengajar ke? Aku cakap dah balik. Ala biasalah, aku pon pernah jugak bangun2 mamai pikir ingatkan dah pagi sedangkan aku tidor masa petang. haha. Apapun Tuhan, stabilkan kesihatan wan n atok ek. I'ALLAH hujung minggu ni aku nak belanja atok dan wan makan seafood. Atok dah beberapa kali sebut. Tapi nk bawak makan mana ek? Aku bukannye tau tempat mana yamg best. Erm..nanti aku pikir lah ..Tanye amin je.