Monday, September 1, 2014

Menggamit Nostalgia









Cerita semalam. Tapi terasa sampai ke hari ini. Rasa happy, rasa puas hati, rasa enjoy dan segala rasa yang ok-ok ada sama, termasuk juga rasa penat, rasa letih dan rasa sakit. Perancangan dari cetusan Mak Ngah beberapa hari lepas berjaya terlaksana semeriah mungkin. Idea asal adalah daripada atok yang berniat jika wan keluar daripada hospital beberapa bulan lalu setelah hampir dua bulan duduk hospital, atok nak bawa wan ke Bagan Lalang. Yang sebenarnya banyak lagi niat atok, tapi bersantaian di pantai Bagan Lalang kelihatan lebih bermunasabah untuk merealisasikan niat atok ni walau pun sebenarnya dah tak relevan lagi sejurus wan pergi seminggu dua selepas pulang ke rumah semula. Apapun, ia bukanlah perkara sukar kalau nak diteruskan niat atok yang ini. Janji atok happy biar pun mungkin menggamit memori atok terhadap wan. Malah, kami juga dapatlah 'kembali ke alam kanak2'. Mana tak, asal cuti je pi Morib. Aku sendiri secara peribadi kebetulan rumah wan kat Kelanang, maka semakin keraplah Morib tu jadi tempat bermandi dengan sepupu2 sebelah sana.

Setelah bermiting melalui wasap yang dimulakan Kak Hana (kata Pak Ngah Kak Hana dan aku yang mastermind program ni), kami semua bersepakat untuk berkelah di Morib. Ikutkan mahu saja buat di Bagan Lalang seperti plan asal, namun memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh membantutkan perkelahan maka sesuai saja diubah ke Morib. Atok pon ok je. Di tengah hari, aku bersama Epul dan Azam pergilah dulu membooking tempat. Sesampai sana, dari hujung ke hujung pantai kami mencari port sesuai, namun penuh semuanya. Mana taknya, yang datang dari pagi seolah2 tak mahu balik, last2 jumpa juga satu ceruk yang mungkin orang lain tak mahu pilih. Tak apalah, kata Mak Ngah selaku pengerusi tak rasmi (hehehe), tempat tu da kira strategik lah tu.

Sesampai tempat tu kami bentangkan tikar terus lebar-lebar. Kemudian hidupkan bara api untuk memBBQ. Punyalah payah, dekat sejam baru boleh hidup. Angan-angan yang lain datang lambat konon boleh makan terus bila sampai tapi x dapat...hehehe. Lupa pulak si Iqbal, dia ni entah apa angin dia mahu pulak ikut kami. Walhal dia ni jenis susah nak diajak kalau tak ada atok atau emaknya. Boleh la harapkan dia jaga barang kat tikar tu.

Sesampai je semua kerabat, doa selamat ringkas dibacakan. Masa ni sebenarnya kami yang datang awal ni undur diri p masjid untuk solat dan tukar baju mandi. Dalam hati aku kata, memang padan la kami susah nak hidupkan api tadi coz lewat2kan solat. Sebenarnya bukan sengaja, dalam kereta kami plan nak solat zohor kat pantai tu je terus bila sampai tapi toilet tutup, air laut jauh sangat membuatkan kami x dapat berwudhuk. Tak apalah, peringatan buat kami. So, lepas doa, mulalah makan. Macam-macam ada. Rasanya dalam wasap menunya ala2 sederhana je, tapi bila da depan mata, memang penuh dah tikar tu. Syukurlah, mujur tak da pembaziran. 

Setelah kenyang, entah sapa la yang ajak mulakan main. Kebetulan air punyalah jauh sangat lagi, maka kami putuskan main kat tengah2 pantai nun jauh dari tempat berkelah. Sebenarnya hati aku ragu2 sama ada betul ka kami semua ni ada mood main? Tapi tengok muka masing2 cam yakin je nak main, maka kami pon main lah. Masa nak bahagi group tu yang kelakar skit, entah apa kebetulan, majoriti daripada kami baju 2 kaler berbeza, merah dan biru, senang citer kumpulan permainan ikut pakaian. So masa main senang la nak cam ahli kumpulan.

1stly, main baling selipar. 2ndly main galah panjang. Seronok habis. Memang main tak ingat dunialah. Terasa kami ni kembali ke zaman kanak2 yang hanya ingat bermain sahaja. Bezanya dulu, kami main penuh emosi siap ada yang merajuk dan main secara main-main. Siap dulu ada pemain ta-ya-pa-waw lagi...hihi..Yang ta-ya-pa-waw ni biasanya budak2 kecik bawah umur tadika. Kalau diorg main pon diorg ni pengacau..haha...biasanya mereka pemain batch budak 90-an. Tapi sekarang semua dah dewasa, so tiada siapa yang ta-ya-pa-waw lagilah. Sekarang ni kiranya dah standard la 'kekuatan' kami. Malah kami bermain dengan semangat persaudaraan. Isu kalah menang tidak menjadi hal. Janji enjoy. Tapi main yang 2nd tu tak puas hati sangat coz masa dah suntuk sangat. Abah siap dari sana datang sini jadi 'pengadil' yang menamatkan permainan...haha...Sori abah. 

Habis bermain, sambung makan lagi mengabiskan baki-baki yang ada. Namun masih berbaki lagi makanan yang ada. Habis makan, sesi bergambar bersama atok. Macam-macam gaya kami buat, tapi yang kelakar muka atok macam muka tak de perasaan je duduk atas kerusi..hihi...nasiblah. Dah habis tu kami mula lah mengemas dan terus pulang. Ada yang singgah ke masjid untuk mandi daan solat asar, ada yang terus balik ke rumah. Uda pulak singgah ke rumah Wan Wa ambil belacan.

Masa kat masjid plak lah entah camana aku terfikir alangkah baiknya kegembiraan hari itu disambung ke malam. Nak buat apa lagi? Main bolinglah. Dalam wasap si Yan siap cakap ada instinct antara kami coz dia pun nak suggest idea yang sama...hahaha. Apa-apalah. Last2 semua bersetuju untuk main bowling di Alamanda malam tu. Sebelum pergi kami makan kenyang2 dulu. Makanan petang tadi kami makan balik biar habis. Biar berkat pada makanan tu kami perolehi. Kalau boleh jangan ada yang ngada-ngada nak ajak dinner extra n supper lepas main...hihi. So, sampai sana kami main enjoy2 even sekadar 1 game je. Tak apalah. Matlamatnya enjoy sesama sedare. Bukan main sampai tak ingat dunia. 

Habis main ada plak idea dari entah sapa untuk lepak ke dataran Putrajaya. Ada apa? Kata Sue, nak tengok orang main skateboard. Dalam hati aku ni terpikir, tengok aje? Best ke? Ah, ikut aja. Bukan selalu pon. Samapi sana, ma-sya-Allah, sesak giler! Dah dapat parking mula la kami berjalan-jalan tengok suasana. Ada yang main belon buih, ada yang main basikal, ada juga yang main roller blade. Last2, majoriti daripada kami teringin juga nak main roller blade. Nampak macam best, tapi aku sendiri tak main. Malas cari pasal. Tengok diorg pon asik2lah jatuh. Kalau aku yang main dah tentu2 jatuh juga. Lagi malang kalu ada murid2 aku tengok. Dan ternyata ada juga ank murid aku yang menyapa aku tanya aku x main ke. Huh, mujur tak main...hihi. Kalau tak, boleh la kata aku membayar sewa roller blade tu sekadar untuk jatuh. Hampir jam 1, kami pulang ke rumah.
Daripada program sepanjang hari merdeka ni dapat aku simpulkan dan harapkan:

- Program yang ad-hock n sederhana, namun enjoy dan meriah.

- Mereka yang tiada adalah, Kak Miza (jaga anak kot), Dayah (bekerja), Nadiah (jumpa suami), Najihah (jumpa kawan), Taufiq (di kolej) & Illmi (di asrama). Boleh la kata majoriti ada bersama.

- Aku tak pasti adalah program seumpama ini akan dijayakan lagi. Ikut hati memang mahu, tapi masing2 dah berkerjaya dan bekeluarga sendiri. Kalau banyak permintaan, mungkin satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan. Kalau nak harapkan aku dan kak Hana lagi mau pengsan...haha.

- Aku tak nampak sangat adanya kelemahan atau kekurangan dalam program ni. Mungkin membabitkan masa yang singkat. Mujur cuaca baik sepanjang petang.

- Harap-harap juga ukhwah kami berterusan mesra. Tiada salah faham n rasa saing menyaingi. Kesian atok karang. Takkanlah masa wan ada dulu semua berbaik2, dah wan tak ada masing2 nak renggangkan diri dari atok... (peace!!!)

- Ya ALLAH... Satukanlah hati kami di bawah rahmat dan kasih sayang-Mu. Amin. Al-Fatihah untuk wan.