Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Friday, February 6, 2015

SYUKUR DI JANUARI

Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran kepada Tuhan, atas setiap kurnian-Nya yang tidak ternilai bagi hamba-hamba-Nya yang tahu erti syukur. yang tak reti erti syukur memang akan merasakan tidak cukup atas apa-apa yang telah Tuhan-Nya berikan. Harap-harapnya, aku ni antara golongan yang bersyukur biar pun kadang-kadang aku rasa ada yang tak lengkap dalam kehidupanku, Biarlah, yang pasti, semakin meningkat rasa syukur, makin lagi kurniaan yang akan dia perolehi. Namun, tidak bersyukurnya dia, sedikit pun tidak menjejaskan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa yang menguasai alam sarwajagat ini.

Apa yang aku merepek pasal syukur-syukur ni? Ah, dah basi punya isu baru sekarang sempat nak tulis. Tak apalah. Nanti bila-bila masa dah tua kalau dibaca semula sekurang-kurangnya adalah kenangan yang boleh disingkap kembali. Januari lalu, keluarga ini menerima ahli baru, Aisy Iman, anak Amin pada tanggal 19. Kesian dia, beberapa hari tak berapa sihat kerana demam kuning. Kene enjet berkali-kali. Moga sekarang dia dah sihat. 

Kemudian tanggal 29 mak bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dijawatnya selama 33 tahun. Aku tak pasti yang ini syukurku atas kerana apa. Mungkin sebab lepas ni aku tak ada lagi buat kerja sekolah mak yang berasaskan on-line dan komputer. Yelah, dalam dunia pendidikan sekarang ni tak mudah kerja seorang guru. Untunglah mak bersara sekarang. Ada cikgu-cikgu lain tega menungu sampai 60 tahun sedangkan mereka tahu sistem pendidikan ni bersifat dinamik yang memerlukan guru mengeksplorasi pelbagai medium untuk mendapatkan bahan dan menyelesaikan tugas. Dalam pada tu, rasa ralat juga sebab mak juga idola aku dalam kerjaya yang sama ni. Kalau mak jenis cintakan murid sampai tak rela keluar berkursus dan buat kerja-kerja pengurusan sedangkan aku sebaliknya. Selagi ada ruang dan peluang, suka sangatlah aku pergi berkursus...hihi. bukan tak sayang murid, tapi itu satu cara untuk aku dapatkan ketenangan daripada rutin biasa yang dilalui sepanjang sesi persekolahan. 

Petang lepas mak beersara tu, Sakinah pula dapat berita dia berjaya dalam temuduga Shell sebelum itu. Entah apa kekuatannya, yang pasti dia dapat kerja yang aku kira bagus dari aspek background syarikat serta dekat dengan rumah. Sedangkan dalam masa sama aku harap dia dapat penempatan di kementerian perumahan supaya senang la nanti aku nak apply rumah kerjaan..haha..

Selain petang tu, malamnya Belang beranak tiga. Sepatutnya anak Amin lahir tarikh ni yang bersama-sama dengan mak, Ilmi dan Aref, tapi Belang pulak punya masa. Tak kisah la. Nak kata ini satu perkara yang menggembiarakan tu, tak de lah sangat. Tapi itu juga rezeki dari Tuhan, setiap suara 'meowan' mereka tu tentunya zkir dan doa. Harap-harap ada la doa buat kami ni daripda berbelas-belas kucing yang ada,

Apapun, kegembiraan yang seterusnya, atok punya kesihatan stabil. Bengkak di muka dan kaki kejap ada kejap hilang. Tak apalah. Harap berterusan stabil. Kerjya aku, bolehla kata sibuk. Ah, aku ni sibuk aja. Apa-apa jelah. Janji ada faedahnya yang aku dapat daripada kesibukan aku ni.

Saturday, July 10, 2010

Kenduri Banyak Kali

Sepanjang rejab ni ade 3 4 kali atok aku wat kenduri doa arwah / doa selamat. Aku rasa pelek lah. Ikutkan tak ade perlunye coz aku rasa itu satu bende yang x baik n pelek. Kan ke bagus tu.. Atok buat majlis untuk jamu orang makan. Ikutkan aku, x lah pelek sangat dengan kenduri atok ni. Dah biasa atok buat majlis cam tu. Kalau dulu2 biasanya buat kat rumah. Ala, macam majlis kenduri biasa tu la, jempot orang masjid n sedare mare. Tapi lately beberapa tahun ni atok kate better wat kat masjid je pasal kalau wat kat umah siapa nak prepare masak2 sampai kemas? Last2 atok pon pergi upah orang kedai depan masjid buatkan juadah, doa kat masjid lepas solat asar (biasanya la), then ramai2 berbondong2 ke kedai makan depan masjid yang sedia terhidang. Kirenye atok dah booking meja lah untuk orang2 masjid ni. Kami yang kat rumah pulak terus dah sedia dudukk kat kedai tu. Haha, kirenye majlis tu kat kedai makan lah.

Tapi tahun ni, bukan takat yang kat masjid tu je (x sure ade ke x hari tu, aku x perasan). Tapi siap atok booking wan wah kat batu laut tu untuk masak2 n siap2 rumah wan wah tu sekali jadi tempat majlis. Kami anak beranak cucu cicit die pulak seolah2 jadi tetamu datang rumah wan wah sedangkan ikutkan majlis tu kami yang tuan rumahnye. Ok, tak ape lah. Tak kisah, janji kenyang... haha.

Yang heran lagi tu, lepas wat kat masjid n rumah wan wah, tadi atok wat kenduri kat rumah ni pulak, macam dulu2. Erm, aku tak kisah lah sebab biasa lah, rumah sendiri. Tapi yan aku nak kate ni, petang karang atok invite anak cucu cicit die ni pergi majlis yang die booking kat kampung kelanang pulak! Adoi atok, jauh beno tu, apsal sampai ke sana lak wat kenduri kite ni? Kate atok petang ni dalam 6 suku kene gerak. Magrib kat sana lepas tu doa n tahlil kat masjid tu n makan. Tapi aku x pasti cara nak makan tu, bungkus ke, buffet ke, hidang ke, macam mana atok urus dengan pihak masjid tu x tau lah. Tapi aku x heran pasal kelanang tu kan kampung atok. Atok dah biasa kat sana. Suku sakat die pon ramai lagi kat Ssana. o no wonder lah.

Kesimpulan dari kewonderan aku ni adalah, apsal lah banyak sangat tempat atok wat majlis ni...? Aku x kesah dengan banyaknye duit atok laburkan. Aku memang kagum dengan sifat pemurah atok. Dalam hati selalu aku doa agar aku pemurah n baik hati macam atok. Tapi lain macam sangat lah. Ermm, may be anggapan aku je. Ye lah, agaknye atok dapat durian runtuh kot tahun ni dari hasil kelapa sawitnya. Entah lah.

Ya ALLAH, Aku harap bukan bende2 buruk yang terngiang2 dari kepala aku ni menjadi nyata, Aku ni memang jenis berprasangka, buruk atau baik memang itu lah aku, jenis yang suke berfikir n berfikir atas setiap yang berlaku. So aku harap itu adalah normal dan bakal menjadi rutin tahunan atok n kami sekeluarga pada masa2 depan. Rezeki tuhan kan memang harus dikongsi dengan kaum muslimin lain kan.