Lama tak cerita di sini. Ikut hati mahu hari2 aku cerita pasal rumah ni yang tentunya berkaitan atok dan wan. Sebenarnya, masih terasa baru beberapa hari wan pergi, sedangkan atok aku terasa macam tak sedar bila perginya. Ku pujuk diri dengan beranggapan perginya atok dan wan adalah seperti mana perginya mereka berdua menunaikan umrah, berjalan ke Johor atau tidur di rumah Pok Long. Nampak macam meniupu diri sendiri, tapi hakikatnya bia masuk bilik atok dan wan macam2 kenangan muncul di mata. Hatta kalau pergi ke tempat yang pernah atok dan wan pergi seperti ke Batu laut, atau kedai makan pusat serenti pon masih terngiang-ngiang di ingatan. Mujur kereta atok tiada di rumah ini. Kalau tak, naik pun aku tak berdaya. Ah, sampai bila nak begini?
18 bulan wan pergi dan 5 bulan atok pergi, aku serta seluruh ahli keluarga tidak harus mengenang-ngenangkan kisah lalu. Kenang untuk ambil pengajaran dan melepas rindu tiada masalah. Kalau mengenang-ngennag sampai tertangguh kerja lain atau pun terigau-igau sampai ke mimpi itu yang tidak patut. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun menasihatkan agar bersedih dan berkabung atas kematian tidak lebih daripada tiga hari, kecuali bagi para isteri yang tertakluk pada iddahnya. Lebih daripada itu, perjalanan hidup adalah seperti biasa.
Atok dan wan, perginya mereka meninggalkan banyak perkara. Harta itu tentulah, tapi dah setel hasil permuafakatan anak-anak mereka. Alhamdulillah, tiada sengketa wujud dalam usaha mengagihkannya secara faraidh dan hibbah. Selalu aku tengok tivi yang bergaduh adik beradik dan anak beranak pasal harta pusaka, sungguh menakutkan. Tapi biasalah, drama, over sangat menipunya. Selain harta puasaka yang wajib diperwariskan, ada milikan lain kepunyaan atok dan wan banyak tersimpan di rumah ini. Pakaian, rasanya anak-anak mereka dah agih-agih sesama sendiri. Malahan ada dalam kalangan cucunya pun dihadiahkan pakaian atok dan wan untuk digunakan. Ada yang tidak mahu dipakai, bakinya disedekahkan. Harap-harap ada pahala yang berpanjangan diperolehi mereka kelak. Periuk, belanga, pinggan, mangkuk dan seumpamanya tidak menjadi hal. Memandangkan rumah ni besar, Ucu dan Uda tidak mahu mengambil dan menyimpan di rumah mereka. Hanya aku katakan, kalau nak guna datang saja ambil, Langsir dan kusyen seumpamanya pula dah tentu tak boleh nak diagih-agihkan pada yang lain. Rumah ni lain sikit fesyennya, tak sama denngan saiz pintu dan tingkap rumah lain yang standard. Sofa pon fesyen lama. Jadi, tiada isu di sini. Kesimpulannya, semua barang yang boleh digunapakai kami simpan dan agih-agihkan untuk digunakan. Tapi tak pasti pula ada barang yang dibuang sebab tidak dapat digunakan. Hatta buku-buku bacaan atok pon sekarang aku aku ambil letak di rak buku.
Sekarang ini, aku dan seisi rumah ini sedang dalam proses menstruktur semula susun ator perabut dan perubahan bilik. Memandangkan dua bilik utama di depan tu dah lama tiada penghuni tetap, maka seelok-eloknya ia harus dihuni secepatnya. Jadi, telah diputuskan bersama-sama untuk abah dan mak beralih bilik ke bilik atok dan wan, dan aku pula perlu beralih ke bilik abah dan mak bagi memberi laluan agar bilik ini menjadi bilik tetamu. Asalnya dulu sejurus atok pergi, ramai yang minta aku duduk bilik atok dan wan, tapi apahal la pula aku sorang-sorang duduk situ dalam bilik yang besar. Jadi, aku tak kisahlah. Cuma aku bimbang sangat-sangat kalau Uda dan Pok Long balik sini. Biasanya mereka akan terus ke bilik atok dan wan untuk berehat. Tapi selepas ini bagaimana? Aku bimbang sangat-sangat kalu mereka rasa kekok pula kerana perubahan tempat rehat bagi mereka iaitu di bilik aku ni. Bilik ni tak kurang juga luas tapi mungkin tidak sama seperti bilik atok dan wan. Ya Allah, serba salah sebenarnya. Tapi seperti yang aku sebutkan tadi, sampai bila mahu begini? Perubahan harus dilakukan.
Allah.... Yang lepas biarlah berlalu. setiap yang pergi hanya tiga perkara yang masih menghubungkannya dengan dunia ini; Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh. Harap-harapnya ketiga-tiga talian itu ada lah pada atok dan wan. Yang lain-lain bukan lagi keutamaan kepada mereka. Apa yang ditinggalkan mereka untuk kita khususnya seisi rumah ini, adalah jariah mereka yang insya Allah jika digunakan sebaik-baiknya akan berterusan ganjarannya. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment