Saturday, April 18, 2015

ATOK PULA PERGI

Akhirnya atok pergi jua. Sungguh pun disedari ia akan berlaku pada bila-bila masa, secara peribadi aku tetap tak putus-putus berharap agar ia bukanlah dalam waktu terdekat. Terlintas di hati aku pada hari wan ke rahmatullah terdahulu, biarlah atok tetap bersama-sama kami dalam tempoh lebih 5 tahun. Memang aku bukan Tuhan untuk menentukan cepat lambatnya nasib seseorang, namun tetap juga aku tetapkannya untuk menyedapkan hati sendiri biar pun tahap kesihatan atok yang dikira lanjut usianya tidaklah baik sangat. 

Dalam usia 87, memang dikira bonus jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia atok yang telah lama pergi dahulu (Tapi aku perhatikan ramai suku sakat atok seperti mak-mak dan bapak-bapak sedare atok memang brusia lanjut. Hanya ayah atok sahaja yang dikenalpasti pergi dalam usia yang muda, 20-an). Jadi, segala kemungkinan yang bakal berlaku sepatutnya patut kami hadapi dengan persediaan mental dan emosi. Lebih-lebih start atok mula disahkan ada masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik, kami dah tahu saat atok pergi semakin hampir dari hari ke hari. Tapi mungkin sbb berfikir positif dan berdoa yang baik2 buat atok, membuatkan ada antara kami yang meneruskan kehidupan seperti biasa. (masih dalam keadaan kesal sebab mengambil masa yang lama untuk makan dan borak bersama-sama uda dan ucu. Mujur sempat berada di sisi atok di masa itu).

Bercerita tentang kejadian tadi, sekitar 10.30 aku menjengah masuk ke bilik atok. Masa melangkah masuk pintu pertama, Syida pula melangkah keluar sambil teresak-esak. Aku tidak ambil peduli sebab tau syidah tu memang begitu. Sejurus masuk, aku tengok abah dan kemal sedang mengurut dada atok. Kelihatan sukar untuk atok bernafas sebab ada terdengar macam jerih. Ucu dan uda pula menyangka atok nak buang kahak. Uda siap cari besen dalam toilet sebelum diserahkannya pada aku yang diminta uda mencapai tisu. Lepas tu aku yang berada di tepi kaki atok menghulurkannya kepada abah untuk disuakan kepada atuk. Tapi, atok seolah-olah macam cuba nak batuk tapi tak jadi. Yang berlaku atok menarik nafas panjang sebelum dilepas secara perlahan-lahan. Aku mula kaget. Abah dan Kemal cuba menyedarkan atuk. Dalam hati aku berharap-harap agar atuk cuma pengsan sebab penat bernafas tak lancar. Mana taknya, sejak 2 3 hari lalu susah sangat atuk nak bernafas. Malam tadi pun atok tak dapat nak tidur agaknya disebabkan nafasnya tak teratur macam orang asthma. Macam aku pun, kalu datangnya penyakit ni memang merana lah tak tidur semalaman sebab terdengar bunyi nafas sendiri selain dada berombak. Sementara si Azam yang sedang baca yaasin mula tersekat-sekat dan mahu berhenti tapi abah suruh teruskan bacaam. Pak Uda dari hujung katil sebelah memandang bersahaja. Apa yang bermain di fikirannya tak dapat aku pastikan. Ucu yang sedari tadi di sisi sebelah kiri atok berjuraian air mata. 

Melihatkan atuk tiada respon, abah minta aku call hidayah jika ada di sini. Tapi Yan jawab Dayah dan Arif tiada di sini. Arghh.. last2, aku minta semua datang. Masa tu aku tak berani nak kata atuk dah tak ada. Akhirnya abah suruh Kemal panggil pegawai kesihatan untuk mengesahkan ketiadaan atuk. Memang benar, atuk dah tiada sejak tadi. Mudah sangat. Kalau tengok drama kat tv tu, maa-syaa-Allah, payahnya ruh dan berpisah dengan jasad. Sedangkan atuk, tenang. Sekali lagi aku rasa tertipu (masa wan dulu tu aku rasa tertipu sebab menganggap selagi mana kaki wan hangat or x sejuk bermakna wan masih ada. Kira-kiranya, kalau ruh dah naik sampai ke lutut, bermakna kaki dah sejuk. Tapi rupa-rupanya teori aku salah. So, tadi, lepas tengok atok dah tak da, aku try pegang kakinya, memang masih hangat. Cuma yang aku harap, atok pengsan saja. Tapi, aku saja yang menipu diri). Aku ni pun satu, bukankah dulu masa beberapa orang kaum Yahudi cuba menguji nabi tentang persoalan ruh, nabi menjawab berdasarkan firman Allah yang mafhumnya, 'Tatkala kamu ditanya mengenai ruh, katakanlah (wahai Muhammad), ianya di dalam pengetahuan Allah semata-mata'. Tak apa, nanti aku tanya Dr. Hidayah kalau dia dapat explain sikit tentang teori aku yang ternyata meleset tu walau pun sedar, perkara-perkara metafizik ni para doktor pun tak mudah nak beroleh jawapannya.

Perginya atok antara jam 10.30-10.40 pagi biar pun dalam sijil kematiannya 11.00 pagi. Ah, sama saja, yang pasti atok dah pergi. Cuma perginya atok ni tidak terlalu menganggu emosi aku seperti mana masa wan tahun lepas. Masa wan, maa-syaa-Allah, bukan aku je yang berjurai air mata, majoriti suku sakat yang lain pun sama. Tapi bila atok ni, mungkin ramai yang tabah. Hanya ketentuan-Nya, kami tak menyangka hari ini adalah hari untuk atok pergi tanpa dapat kami ramai-ramai di sisi atok macam wan dulu. Nak mengungkit sesiapa yang tak bergegas balik bilamana di maklumkan keadaan atok yang semakin uzur, benda tu dah berlaku. Mujur aku tak tergeark hati nak keluar ke Sepang untuk latihan nasyid negeri. Tak apalah, yang penting waris-warisnya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat atok. Pak Ngah pulak, siap tanya, 'perlukah kita bersedih?' Ishk, susah aku nak jawab. Tapi pada aku, bergantuglah pada diri masing-masing. Tak salah pun nak bersedih sebab itu satu proses kita bermuhasabah diri mengenai hubungan kita dengan mana-mana arwah tu. Mungkin ada manis, pahit, masam dan masin yang boleh kita imbau untuk kita tergerak hati secara berterusan mendoakannya. Kalau buat slumber macam tak ada apa-apa berlaku, macam something wrong pula kot biar pun 'hidup perlu diteruskan'. Nabi pun tak larang. Cuma jangan meratap merayu sudahlah. Sedeh, tapi tidak ditunjukkan.

Allahu rabbi. Rasa pelek malam ni tak buat rutin biasa. Masuk bilik atok petang-petang dan sembahyang jemaah dengan atuk sebelum tengok berita sama-sama dan makan malam. Kemudian cek tekanan darah, timbang berat n bagi makan ubat. Ya Allah... Tak pernah aku rasa rutin itu satu bebanan. Aku dah biasa dengan rutin itu sejak hampir setahun lalu biarpun aku sibuk dengan hal-hal sekolah. Lagi ralat kalu atok kata, kalau aku tak makan, atok tak nak makan. Kalau aku berkursus berhari-hari, atok merungut asik berkursus je. Kalau balik petang-petang pun sama, katanya, cikgu mana ada kerja sampai petang. Ishk. Tu zaman cikgu Zainal memanglah, tok....

Selepas seluruh waris dan suku sakat dihebahkan tentang atok, seawal jam 11.30 ramai dah datang. Kami seisi rumah sibuk mengemas rumah untuk persediaan pengurusan jenazah, layat n solat. Rasanya pantas juga kami buat sebab dah ada pengalaman setahun lalu. bezanya, dulu ada masa panjang nak buat sedari malam bawa ke pagi. Tapi tadi, hanya menhambil masa beberapa jam saja semuanya dah siap. Rata-rata yang datang tertanya-tanya apa sebab kematian atok. Ada juga yang bertanya-tanya kenapa tak beritahu keadaan atok sebelum ni. Atok sakit apa, dan lain-lain respon saudara-mara.

Sepanjang menguruskan jenazah atok, tak da pula yang menyulitkan. Daripada pemandian hingga mengkafankan serta solat. Hatta di kburan pon mudah dan cepat. Ada yang bertanya orang masjid dah datang ke untuk mandikan jenazah? kain kafan dah ada semua ke, siapa potong? Imam masjid dah diberitahu untuk solat jenazah ke? Ada pula yang menjawab, 'Nizam dah uruskan', 'anak-anak ucu yang mandikan' dan lain-lain jawapan sesama mereka. kelihatan mereka seakan-akan percaya dan tidak percaya bilamana semuanya diuruskan oleh anak cucu atok sendiri. Alhamdulillah, tiada yang meragui.

Apapun kini, aku dan kami semua yang lain, perlu menerima hakikat atok dah tiada. Atok pergi dengan tenang dan mudah. Proses menguruskannya pun lancar. Apa lagi yang mahu aku kesalkan? Hampir semua cucu atok dapat melihat wajah terakhir atuk. Tidak perlu aku ragui tentang amal ibadah serta jariah atok sebagai bekalan ke alam sana. Dalam diam aku sendiri 'admire' dengan sifat pemurah atok. Contohnya, biarpun atok sejak setahun lalu tidak lagi ke masjid, atok hulurkan sejumlah duit yang diperutukkan dalam tabung masjid semasa solat Jumaat melalui aku saban bulan. Katanya, niatkan untuknya dan wan. Sekarang dan untuk hari-hari yang seterusnya, in-syaa-Allah akan ku konsisten dengan saranannya itu.

Bercakap mengenai kenangan, pastinya setiap daripada kami ada cebiasan kenangan bersama-sama atok terutamanya di akhir-akhir hayatnya. Biarlah ia tersimpan di hati masing-masing. Aku sendiri belum ada kekuatan untuk mencatatnya satu demi satu. Catatan ini pun, biarlah menjadi bahan sejarah pada anak cucu cicit atok jika ada di suatu masa nanti mahu mengenali siapa atok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'anhu.




                                                                    

Thursday, April 16, 2015

KONDISI ATOK

Kondisi atok semakin lemah dari masa ke masa. Sebenarnya sejak balik dari Terengganu keadaannya kian uzur. Banyak tidur, kurang makan. Sesekali ada moodnya, boleh pulak atok bangun dan cergas daripada pembaringannya. Selalunya atok akan duduk di sofa hitam tepi pintu tu. Kalau kuat sikit kudratnya, atok bangun ke toilet sendirian. Kalau makan pun mahu juga ke meja makan. Tapi sejak seminggu ni atok dah tak banyak bergerak. Disedari, kali terakhir setakat ini atok ke meja makan adalah pada Rabu lepas, 8/4/2015 untuk makan tengahari bersama-sama Pok Long. Manakala ke tandas pulak pada hari Ahad subuh masa Pok Long tidur dengan atok di bilik atok tu. Last di sofa pula pada hari Sabtu masa ucu mengemop lantai bilik.

Sehingga kini selera makan atok menurun. Beberapa kali juga aku kene marah sebab paksa atok makan. Aku pulak memang kenelah begitu, kalau tak abah kata aku tak berusaha bagi atok makan. Belum lagi kalu Pak Ngah n Pok Long bertanya, habislah aku dipertanggungjwabkan. Mujur kalau minum atok okay lagi. Beberapa hari sebelum ni ada atok nak air laici, oren dll. Selalu juga atok nak minum air yang sejuk. Aku fikir badan atok panas di dalam. Di luaran tak la panas sangat. 

Kencing berak atok pon dah tak berwaktu. Jalan selamat, pakai dyper bairpun atok tak selesa. Kalau ada kudratnya juga, atok mintak botol urin untuk kencing biar pun memakan dyper. Solat pulak, aku yakin, atok memang solat dengan isyarat. Sempat aku rakamkan solat atok time aku duduk temani atok waktu asar hari Isnin. Dalam hal ni, biarpun aku bimbang atok terskip solat, tapi  bila tengok situasi tu, aku percaya, atok memang solat. Yang aku sedar, bila sepanjang masa atok tidur, tapi tetiba atok jaga dengan mata pandang ke atas serta tangan berada di atas dadanya, itu lah keadaan atok solat. Tak payah di kacau. Moga-moga Allah terima ibadah atok tu.

Urghh... Aku tak tahu nak kata apa. Abah dan Epul dalam waktu berbeza ada cuba-cuba nak borak pasal keadaan atok. Tapi aku mengelak. Aku tak mahu berfkir yang bukan-bukan tentang keadaan semasa atok. Aku cuba bersikap optimis mendoakan atok akan sembuh kembali. Allahu rabbi....

Dalam keadaan sekarang, yang pasti, atok perlu sentiasa orang temani. Paling afdhol bacalah apa-apa ayat quran, zikir dan apa-apa doa. Ajak atok berborak pon okay. Tanyakan ada yang atok nak. Biasanya aku sesekali akan suakan ari untuk atok minum. Atok tak menolak. Mungkin memang atok haus tapi atok tak kuasa bercakap. Kalau tak pon sekurang-kurangnya buat hal sendiri tapi mesti berdekatan dengan atok. Setakat ini aku amik part daripada sebelum maghrib sampailah selepas isyak. Untuk masa-masa lain aku prlu rehat dan buat kerja-kerja lain sedangkan lepas isyak atok nak tidur dengan lampu terpadam.

Minggu depan aku 3 hari kena ke luar daerah. Kalu ditanya abah, pasti abah tak menghalang. Tapi aku rasa ralat untuk pergi lebih-lebih lagi bermalam. Aduhai... Aku harap, suku sakat dan kerabat yang lain datanglah menemani atok ni. Mungkin sedikit sebanyak atok rasa terhibur dengan kedatangan orang-orang berbeza menjaganya. Tapi bukan datang beramai-ramai sebab atok nak berehat sepanjang masa. Apapun, yang oenting adalah berdoa untuk kesejahteraan atok. Mudah-mudahan atok segera sembuh.

Allahu a'lam.

Monday, March 16, 2015

KINI SETELAH SETAHUN BERLALU

Hari ini, genap sudah setahun wan pergi menemui Ilahi. Apa khabar wan di sana ya? Moga2 baiklah keadaannya. Aku percaya, anak cucu wan sentiasa mengingati wan melalui kiriman al-fatihah serta yaasin. Insya Allah. Mungkin ada sebahagian daripada kami masih galau hatinya, mungkin aku juga. Tapi tiada apa yang dapat mengembalikan semula wan ke dunia bersama-sama kami. Ah, aku ni. Bila nak cerita pasal wan mulalah nak berkaca mata ni. Apa-apa jelah.

Hari ni, hari ketiga kami sekeluarga keluar bercuti-cuti Malaysia dengan destinasinya sekitar pantai timur. Destinasi ini merupakan idea atok. Asalnya atok nak jalan ke Terengganu sebab nak lawat Arif yang sepatutnya ditgaskan ke hospital sekitar negeri ini. Tapi yang berlaku, Arif buat rayuan tak mahu ke sana. Sebaliknya, perancangan ke sana tetap diteruskan. Dan sekarang ini kami sedang berda dalam mode bercuti. 

Bagaikan sebuah janji, di tarikh setahun wan pergi, kami seolah-olah bergembira bercuti. Tidak. Sesekali tidak. Memang ia berkebetulan tetapi ia dirancang secara tidak sengaja. Allahu Akbar. Tapi atok ni pulak, sepanjang berjalan-jalan ni lebih banyak berehat di bilik. Makan pun tak berapa banyak. Malam-malam lebih suka tidur awal. Kadang-kadang mengelak daripada makan. Nampak atok lemah je, mungkin sebab atok tak makan. Boleh jadi atok demam sebabnya bilik dalam keadaan sejuk. Sedangkan di rumah pon ad aircond tapi tak pakai apatahlagi di hotel-hotel. Keisannya atok. 

Apapun ya Allah, harap-harap percutian ini dapat menggembrikan atok. Jika ada rezeki nanti akan ada percutian lain di tempat lain. Syaratnya atok kenelah sihat semula kan. Insya Allah, esok balik rumah atok okay lah balik ya.


Friday, February 6, 2015

SYUKUR DI JANUARI

Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran kepada Tuhan, atas setiap kurnian-Nya yang tidak ternilai bagi hamba-hamba-Nya yang tahu erti syukur. yang tak reti erti syukur memang akan merasakan tidak cukup atas apa-apa yang telah Tuhan-Nya berikan. Harap-harapnya, aku ni antara golongan yang bersyukur biar pun kadang-kadang aku rasa ada yang tak lengkap dalam kehidupanku, Biarlah, yang pasti, semakin meningkat rasa syukur, makin lagi kurniaan yang akan dia perolehi. Namun, tidak bersyukurnya dia, sedikit pun tidak menjejaskan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Perkasa yang menguasai alam sarwajagat ini.

Apa yang aku merepek pasal syukur-syukur ni? Ah, dah basi punya isu baru sekarang sempat nak tulis. Tak apalah. Nanti bila-bila masa dah tua kalau dibaca semula sekurang-kurangnya adalah kenangan yang boleh disingkap kembali. Januari lalu, keluarga ini menerima ahli baru, Aisy Iman, anak Amin pada tanggal 19. Kesian dia, beberapa hari tak berapa sihat kerana demam kuning. Kene enjet berkali-kali. Moga sekarang dia dah sihat. 

Kemudian tanggal 29 mak bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan yang dijawatnya selama 33 tahun. Aku tak pasti yang ini syukurku atas kerana apa. Mungkin sebab lepas ni aku tak ada lagi buat kerja sekolah mak yang berasaskan on-line dan komputer. Yelah, dalam dunia pendidikan sekarang ni tak mudah kerja seorang guru. Untunglah mak bersara sekarang. Ada cikgu-cikgu lain tega menungu sampai 60 tahun sedangkan mereka tahu sistem pendidikan ni bersifat dinamik yang memerlukan guru mengeksplorasi pelbagai medium untuk mendapatkan bahan dan menyelesaikan tugas. Dalam pada tu, rasa ralat juga sebab mak juga idola aku dalam kerjaya yang sama ni. Kalau mak jenis cintakan murid sampai tak rela keluar berkursus dan buat kerja-kerja pengurusan sedangkan aku sebaliknya. Selagi ada ruang dan peluang, suka sangatlah aku pergi berkursus...hihi. bukan tak sayang murid, tapi itu satu cara untuk aku dapatkan ketenangan daripada rutin biasa yang dilalui sepanjang sesi persekolahan. 

Petang lepas mak beersara tu, Sakinah pula dapat berita dia berjaya dalam temuduga Shell sebelum itu. Entah apa kekuatannya, yang pasti dia dapat kerja yang aku kira bagus dari aspek background syarikat serta dekat dengan rumah. Sedangkan dalam masa sama aku harap dia dapat penempatan di kementerian perumahan supaya senang la nanti aku nak apply rumah kerjaan..haha..

Selain petang tu, malamnya Belang beranak tiga. Sepatutnya anak Amin lahir tarikh ni yang bersama-sama dengan mak, Ilmi dan Aref, tapi Belang pulak punya masa. Tak kisah la. Nak kata ini satu perkara yang menggembiarakan tu, tak de lah sangat. Tapi itu juga rezeki dari Tuhan, setiap suara 'meowan' mereka tu tentunya zkir dan doa. Harap-harap ada la doa buat kami ni daripda berbelas-belas kucing yang ada,

Apapun, kegembiraan yang seterusnya, atok punya kesihatan stabil. Bengkak di muka dan kaki kejap ada kejap hilang. Tak apalah. Harap berterusan stabil. Kerjya aku, bolehla kata sibuk. Ah, aku ni sibuk aja. Apa-apa jelah. Janji ada faedahnya yang aku dapat daripada kesibukan aku ni.

Tuesday, January 6, 2015

PERKEMBANGAN BAHARU ATOK

Tahun baharu ini menyaksikan satu keajaiban yang dialami oleh atok. Mungkin pada atok ianya perkara biasa-biasa. Tapi pada aku, bilamana atok boleh solat secara normal macam sebelum sakit dulu aku jadi hairan. Tadi solat Maghrib, atok solat berdiri untuk kesemua rakaat, namun masa rukuk dan sujud arok duduk atas kerusi. Tapi bila solat Isyak, atok solat berdiri, rukuk dan sujud macam biasa sampai habis! Aku yang di depan jdi cam khusuk tak khusyuk menjeling kat atok bila masa nak bangun bangun unuk rakaat baharu, Bimbang atok terjatuh atau berat nak bangun bendiri semula. Masa rukuk pun aku takut-takut kalau atok terjerumus. Namun, selamat juga akhirnya. Rasa syukur jugak la. Tapi lepas solat aku tanya atok, tak sakit ke solat macam biasa. Atok jawab, 'huiiii, apa tak sakitnya." Jadi, kesimpulannya, atok berusaha untuk berperilaku macam orang sihat biarpun dalam kesukaran. Oklah tu. Moga-moga esok lusa atok makin okay lah ya.

Soal kesihatan atok, aku tengok berat atok mencanak naik antara sebelum dan selepas pergi Johor. Sebelum tu n selama-lama dulu sekitar 53-55 kg. Sesekali kalau atok demam ke pening ke, sekitar 51-53 kg. tapi lately ni sekitar 58-60 kg! Hairan sungguh. Mungkin sebab faktor pemakanan atok. Sekarang ni bukan main menambah masa makan. Lagi-lagi kalau lauk or gulai masa tu sedap. Tadi pun, kuah lemak tempe tengah hari licin satu mangkuk atok atok hirup. Semalam makan sup daging menambah-nambah masuk pinggan. Nasi pon bukan agi sesenduk macam sebelum-sebelum ni, kadang-kadang sampai 3 senduk sekali makan. Dalam hal ni aku sangat-sangatlah suka. Bila atok makan, atok jadi kuat.

Bila dah kuat, mula la atok ajak keluar berjalan. Kalu tak jauh ke Dengkil, Banting, Kelanang atau Batu laut, atok ajak ronda sekitar kampung ni je. Janji naik kereta. Tapi kelmarin, masa atok jalan di deretan kedai di Taman Arked untuk beli beli tongkatnya, atok tergelincir sikit. masa tu hujan, kaki lima pula basah. Mujur atok tak terduduk, hanya badannya membongkok dengan tangan mencecah lantai. Risau pula aku. Ada beberapa orang kat situ siap cakap, 'pakcik, jalan baik-baik, hujan ni."

Secara kesimpulan, aku harap atok terus stabil kesihatannya. Aku meletakkan kayu ukur, kalau atok boleh solat secara normal bermaksud atok sihat lah tu. Makan pun sama lah, tapi belum tentu juga. Apa-apa pun sesekali aku sampaikan perkembangan kesihatan atok pada Dr. Dayah. Mungkin ada nasihat-nasihat yang boleh Dayah beri atas perkembangan semasa atok. Lagi-lagi bila atok selalu elak nak makan ubat sesi tengahari, tu yang aku dan ucu malas nak paksa, tapi risau lah juga kalau nanti ada kesan pada atok. Allah.

Sekarang ni cuti sekolah boleh lah aku temankan atok secara lebih masa. Minggu depan dah start sekolah silap hari bulan malam pon aku tak sempat nak temankan atok makan. Si Epul dah nak masuk kolej pulak. Si Anis dah nak duduk rumah sewa. Si Kina dah mula kelas jugak. Semuanya bermula pada minggu depan. Oh... Harap atok memahami, di samping atok tak rasa kesunyian. Syafika dan Iqbal pun rutinnya da mula sibuk sama. Aduhai... Harap program-program tv dapat menemani atoklah. Tadi pun atok tidur dekat-dekat jam 10 sebab tengok ceramah Ustaz Kazim. Biasanya dalam jam 9 dah tidur. Oklah tu, satu perkembangan yang baik juga. Tapi dalam pada kesibukan nak bukak sekolah ni jga atok tetiba suarakan nak berjalan ke Terengganu. Eh, jauh beno... nak buat apa di sana? Ishk.,, Tak dapat aku nak fikirkannya wat masa ni. Mentang-mentanglah atok dah boleh tahan naik kereta lama-lama sikit masa pergi dan balik Johor, mulalah nak jalan lagi jauh. Kalau macam tu naik flight je la...hehe..

Apapun, Insya Allah, tahun 2015 memberi sinar baharu buat atok. 


Sunday, October 5, 2014

CERITA ATOK DI RAYA HAJI

Aidil Adha kali ini seperti aidil fitri yang baru lepas tempoh hari, Hambar tanpa wan. Hambar juga sedara-mara wan x datang beraya. Benar kata abah dulu2, selagi mana wan n atok ada sedara mara memang berduyun2 datang. Sekarang ni aku da lihat, sedara mara wan yang tentunya semuanya bertaraf anak sedaranya dah ramai yang x datang. Lalu rumah ni dah kurang meriahnya sedangkan ziarah di raya haji n raya puasa lebih kurang sama biasanya di rumah ini. Tak mengapalah. Itu antara 'lesson learn' yang dapat ku ambil setakat ini. Moralnya, tidak beraya n berjalan ke mana-mana time raya bukan masalah kerana bila orang datang rumah kita juga namanya beraya, Kalau dulu aku asyik bertanya hari ni nak ke mana esok nak ke mana pada abah n mak, tapi tidak lagi kali ini. Atok di rumah, siapa nak jaga. Tapi yang berlaku, atok pulak nak berjalan time raya biar pun selalunya atok jarang nak bersiar2 naik kereta. Ok lah tu.
Bercerita pasal atok keluar bersiar, semalam, lepas sembahyang raya, atok ajak jalan ronda-ronda Paya Indah, Aku ni ikutkan tak ada mood coz demam, tapi mengenangkan yang selalunya aku sibuk tak apalah sesekali aku korbankan diri, Nak tengok orang sembelih lembu korban kat surau aku ni jenis fobia tengok darah. Kalau nak p pon skadar jenguk kan kepala. So, baiklah lagi aku bawa atok keluar sementara atok ada mood. Sebenarnya, atok ada misi nak ajak keluar nim bukan saja-saja.

Start asuk kereta, atok mula bercerita pasal wan. Start dari atok kenal wan sejak kecik, sampaila ke saat kematian wan. Tidaklah detail semua cerita atok, juz cerita mana2 part yang penting. Antara yang atok cerita...

1. Atok kenal wan masa di zaman british masa atok bermain di kawasan kampung di kelanang. Mereka langsung tak pernah bercakap apatahlagi berborak. Hanya nak disebutkan, atok kenal wan pertama kali masa tulah. Tapi yang hairannya, Tok Alang Jako, abang atok tu yang lebih friendly n close dengan family wan. Aku tanya, adakah tok alang tu suka kat wan? Atok kata tak, tapi dia selalu datang umah atok Majid n selalulah berborak dengan wan. Hatta sampai atok da kawen dengan wan pon, tok alang n wan masih berborak macam member2 je. Tapi, dengan atok, wan malu segan.

2. Atok cerita wan ni suka mengumpul harta. Antaranya duit. Sejak dulu2 wan akan mintak atok duit pada setiap 10hb setiap bulan Atok kata dalam 2 ke 3 ribu. Aku heran, banyak betul gaji atok? Rupa2nya plus2 dengan duit kebun atok, patutlah banyak. Siap atok kata, kalau wan ada lagi memang bertambah kaya raya lah wan coz wan dapat duit wan x joli, wan simpan terus dalam bank x dibelanjakan, Asal nak beli barang atok juga yang bayar. Patutlah kat hospital aku perhatikan wan mudah dipujuk dengan duit. Wan mata duitan? Hahaha, tak lah. Wan sebenarnya menghargai pemberian n dalam masa sama mengenangkan situasi zaman british n jepun yang hidupnya susah. Sebab tu wan tak nak membazir biar pun kain batik wan di akhir hayatnya penuh satu almari bagaikan saudagar kain batik! Tu belum lagi kain2, tuala2, langsir2, pinggan mangkuk, tapawe2 baju2 dan macam2 lagi yang wan buat koleksi sampai penuh rumah. Rupanya ada cerita di sebaliknya, itulah wan. Siap atok cakap lagi, kalau wan ada lagi tentu sekarang wan ada beli tanah lagi. Fuh, kayanya wan biar pun hanya seorang suri rumah dengan cara berjimat cermat.

3. Selain kisah di atas tu ada lagi sebenarnya. Tapi aku x lah detail. Antaranya sikap cemburu wan bilamana atok n wan keluar berdua ke mana2 khususnya di area serendah, ramai pompuan2 x kira anak dara or janda kata atok, menegur atok sedangkan wan ada di sebelahnya. Atok x pula bereaksi apa2 tapi muka wan masam mencuka sampai balik umah. Pada aku biasalah, da atok polis area situ, mesti ramai yang kenal...hihi.. Cerita lain, wan sangat menjaga pakngah agar tak de pompuan yang gatal2 dengannya. Pernah sekali kata atok, ada sorang pompuan mengaku tunang pakngah, sampai ke telinga wan, terus wan mengamuk sejak bila anak dia bertunang? kenal pon tak. haha...kelakar2x. dari sini aku lihat wan ni seorang protector kepada keluarga even x berpendidikan tggi, tapi sangat memahami situasi. Sebab tu kata atok, bila wan bebel n marah2 atok senyap je. Erk, ye ke? Yang aku selalu nampak atok yang marah2. dah la garang giler. Kami cucu2 pon takut giler. Tapi da atok kata wan lagi garang, aku x kata apa lah. Mungkin time atok marah wan x menjawab n begitu juga sebaliknya. Boleh pulak atok kata, kalu ikut hati au je atok tinggalkan wan, tapi ada bapak2 sedare atok bagi kaunseling kat wan n atok bila bergeseran....hihi..

Tapi itu semua tinggal kenangan pada atok, Untuk tidak terluput begitu saja, sengaja aku catatkan di sini, kalau tak orang lain baca sekurang2nya aku akan baca sendiri pada bila2 masa (Konon lah tu, nak update cerita pon susah n bizi apatahlagi nak baca semula..hihi). Cuma banyak la moral yang atok nk hilightkan kat aku, tapi pepandailah aku serap kat kepala ni satu2.

Sepanjang bercerita tu, aku drive masuk keluar paya indah, lalu perkampungan selangor dredging seterusnya ke dengkil dan balik melalui kota warisan. Sempat juga menyinggah beraya ke rumah wan long ani di belakang pejabat pos. Sepanjang atok cerita atok xde la sebab ke menangis ke sedeh ke apa, sekadar bercerita macam biasa even masuk part ketika wan dah nak pergi, tapi aku pula yang cuba tahan2 sedih. Dah la raya, atok pulak bukak cerita. Mungkin atok rindu wan, tapi bila ajak ke kubur atok kata nak ajak poklong pergi petang nanti, tapi tak ada pulak pergi malah poklong terus balik KJ. 

Ya ALlah, stabilkan kesihatan atok. So far atok makan ok, buang air kadang2 x ok, berat badan n tekanan daqrah stabil, tapi kat lengan atok kata epul ada kesan lebam2. Jap lagi aku nak cek. Ops, ada atok kata nak buat korban tahun depan kalau panjang umur, ajak aku share dengan mana2 anak cucu yang mahu, tahun ni atok kata atok lupa, aku pon terlupa sampai bila gaji kuar abru aku teringat nak wat tapi abah kata da last minit. Tak apalah. wallahu a'lam.

Monday, September 1, 2014

Menggamit Nostalgia









Cerita semalam. Tapi terasa sampai ke hari ini. Rasa happy, rasa puas hati, rasa enjoy dan segala rasa yang ok-ok ada sama, termasuk juga rasa penat, rasa letih dan rasa sakit. Perancangan dari cetusan Mak Ngah beberapa hari lepas berjaya terlaksana semeriah mungkin. Idea asal adalah daripada atok yang berniat jika wan keluar daripada hospital beberapa bulan lalu setelah hampir dua bulan duduk hospital, atok nak bawa wan ke Bagan Lalang. Yang sebenarnya banyak lagi niat atok, tapi bersantaian di pantai Bagan Lalang kelihatan lebih bermunasabah untuk merealisasikan niat atok ni walau pun sebenarnya dah tak relevan lagi sejurus wan pergi seminggu dua selepas pulang ke rumah semula. Apapun, ia bukanlah perkara sukar kalau nak diteruskan niat atok yang ini. Janji atok happy biar pun mungkin menggamit memori atok terhadap wan. Malah, kami juga dapatlah 'kembali ke alam kanak2'. Mana tak, asal cuti je pi Morib. Aku sendiri secara peribadi kebetulan rumah wan kat Kelanang, maka semakin keraplah Morib tu jadi tempat bermandi dengan sepupu2 sebelah sana.

Setelah bermiting melalui wasap yang dimulakan Kak Hana (kata Pak Ngah Kak Hana dan aku yang mastermind program ni), kami semua bersepakat untuk berkelah di Morib. Ikutkan mahu saja buat di Bagan Lalang seperti plan asal, namun memikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh membantutkan perkelahan maka sesuai saja diubah ke Morib. Atok pon ok je. Di tengah hari, aku bersama Epul dan Azam pergilah dulu membooking tempat. Sesampai sana, dari hujung ke hujung pantai kami mencari port sesuai, namun penuh semuanya. Mana taknya, yang datang dari pagi seolah2 tak mahu balik, last2 jumpa juga satu ceruk yang mungkin orang lain tak mahu pilih. Tak apalah, kata Mak Ngah selaku pengerusi tak rasmi (hehehe), tempat tu da kira strategik lah tu.

Sesampai tempat tu kami bentangkan tikar terus lebar-lebar. Kemudian hidupkan bara api untuk memBBQ. Punyalah payah, dekat sejam baru boleh hidup. Angan-angan yang lain datang lambat konon boleh makan terus bila sampai tapi x dapat...hehehe. Lupa pulak si Iqbal, dia ni entah apa angin dia mahu pulak ikut kami. Walhal dia ni jenis susah nak diajak kalau tak ada atok atau emaknya. Boleh la harapkan dia jaga barang kat tikar tu.

Sesampai je semua kerabat, doa selamat ringkas dibacakan. Masa ni sebenarnya kami yang datang awal ni undur diri p masjid untuk solat dan tukar baju mandi. Dalam hati aku kata, memang padan la kami susah nak hidupkan api tadi coz lewat2kan solat. Sebenarnya bukan sengaja, dalam kereta kami plan nak solat zohor kat pantai tu je terus bila sampai tapi toilet tutup, air laut jauh sangat membuatkan kami x dapat berwudhuk. Tak apalah, peringatan buat kami. So, lepas doa, mulalah makan. Macam-macam ada. Rasanya dalam wasap menunya ala2 sederhana je, tapi bila da depan mata, memang penuh dah tikar tu. Syukurlah, mujur tak da pembaziran. 

Setelah kenyang, entah sapa la yang ajak mulakan main. Kebetulan air punyalah jauh sangat lagi, maka kami putuskan main kat tengah2 pantai nun jauh dari tempat berkelah. Sebenarnya hati aku ragu2 sama ada betul ka kami semua ni ada mood main? Tapi tengok muka masing2 cam yakin je nak main, maka kami pon main lah. Masa nak bahagi group tu yang kelakar skit, entah apa kebetulan, majoriti daripada kami baju 2 kaler berbeza, merah dan biru, senang citer kumpulan permainan ikut pakaian. So masa main senang la nak cam ahli kumpulan.

1stly, main baling selipar. 2ndly main galah panjang. Seronok habis. Memang main tak ingat dunialah. Terasa kami ni kembali ke zaman kanak2 yang hanya ingat bermain sahaja. Bezanya dulu, kami main penuh emosi siap ada yang merajuk dan main secara main-main. Siap dulu ada pemain ta-ya-pa-waw lagi...hihi..Yang ta-ya-pa-waw ni biasanya budak2 kecik bawah umur tadika. Kalau diorg main pon diorg ni pengacau..haha...biasanya mereka pemain batch budak 90-an. Tapi sekarang semua dah dewasa, so tiada siapa yang ta-ya-pa-waw lagilah. Sekarang ni kiranya dah standard la 'kekuatan' kami. Malah kami bermain dengan semangat persaudaraan. Isu kalah menang tidak menjadi hal. Janji enjoy. Tapi main yang 2nd tu tak puas hati sangat coz masa dah suntuk sangat. Abah siap dari sana datang sini jadi 'pengadil' yang menamatkan permainan...haha...Sori abah. 

Habis bermain, sambung makan lagi mengabiskan baki-baki yang ada. Namun masih berbaki lagi makanan yang ada. Habis makan, sesi bergambar bersama atok. Macam-macam gaya kami buat, tapi yang kelakar muka atok macam muka tak de perasaan je duduk atas kerusi..hihi...nasiblah. Dah habis tu kami mula lah mengemas dan terus pulang. Ada yang singgah ke masjid untuk mandi daan solat asar, ada yang terus balik ke rumah. Uda pulak singgah ke rumah Wan Wa ambil belacan.

Masa kat masjid plak lah entah camana aku terfikir alangkah baiknya kegembiraan hari itu disambung ke malam. Nak buat apa lagi? Main bolinglah. Dalam wasap si Yan siap cakap ada instinct antara kami coz dia pun nak suggest idea yang sama...hahaha. Apa-apalah. Last2 semua bersetuju untuk main bowling di Alamanda malam tu. Sebelum pergi kami makan kenyang2 dulu. Makanan petang tadi kami makan balik biar habis. Biar berkat pada makanan tu kami perolehi. Kalau boleh jangan ada yang ngada-ngada nak ajak dinner extra n supper lepas main...hihi. So, sampai sana kami main enjoy2 even sekadar 1 game je. Tak apalah. Matlamatnya enjoy sesama sedare. Bukan main sampai tak ingat dunia. 

Habis main ada plak idea dari entah sapa untuk lepak ke dataran Putrajaya. Ada apa? Kata Sue, nak tengok orang main skateboard. Dalam hati aku ni terpikir, tengok aje? Best ke? Ah, ikut aja. Bukan selalu pon. Samapi sana, ma-sya-Allah, sesak giler! Dah dapat parking mula la kami berjalan-jalan tengok suasana. Ada yang main belon buih, ada yang main basikal, ada juga yang main roller blade. Last2, majoriti daripada kami teringin juga nak main roller blade. Nampak macam best, tapi aku sendiri tak main. Malas cari pasal. Tengok diorg pon asik2lah jatuh. Kalau aku yang main dah tentu2 jatuh juga. Lagi malang kalu ada murid2 aku tengok. Dan ternyata ada juga ank murid aku yang menyapa aku tanya aku x main ke. Huh, mujur tak main...hihi. Kalau tak, boleh la kata aku membayar sewa roller blade tu sekadar untuk jatuh. Hampir jam 1, kami pulang ke rumah.
Daripada program sepanjang hari merdeka ni dapat aku simpulkan dan harapkan:

- Program yang ad-hock n sederhana, namun enjoy dan meriah.

- Mereka yang tiada adalah, Kak Miza (jaga anak kot), Dayah (bekerja), Nadiah (jumpa suami), Najihah (jumpa kawan), Taufiq (di kolej) & Illmi (di asrama). Boleh la kata majoriti ada bersama.

- Aku tak pasti adalah program seumpama ini akan dijayakan lagi. Ikut hati memang mahu, tapi masing2 dah berkerjaya dan bekeluarga sendiri. Kalau banyak permintaan, mungkin satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan. Kalau nak harapkan aku dan kak Hana lagi mau pengsan...haha.

- Aku tak nampak sangat adanya kelemahan atau kekurangan dalam program ni. Mungkin membabitkan masa yang singkat. Mujur cuaca baik sepanjang petang.

- Harap-harap juga ukhwah kami berterusan mesra. Tiada salah faham n rasa saing menyaingi. Kesian atok karang. Takkanlah masa wan ada dulu semua berbaik2, dah wan tak ada masing2 nak renggangkan diri dari atok... (peace!!!)

- Ya ALLAH... Satukanlah hati kami di bawah rahmat dan kasih sayang-Mu. Amin. Al-Fatihah untuk wan.