Thursday, June 5, 2014

Atuk Discharge

Hari ni atok discharge dari hospital sejak ditahan selama 11 hari. Dalam tempoh itu macam2 berlaku. Aku tak pasti apa percaturan Tuhan di atas semua yang berlaku. Untuk mengatakan ia satu takdir tanpa adanya hikmah, tak mungkin. Kerana setiap yang Allah jadikan serta aturkan ada hikmah dan pengajarannya. Hanya kadang2 kala kerana berjiwa manusia yang lemah, lalai, leka dan pelupa, maka pengajaran dan hikmah itu tiadalah dapat dilihat.

Pertama sekali, dua minggu sebelum masuk wad, atok memang dah menjalani CAPD, rawatan dialisis dengan mengeluarkan dan memasukkan air dari dan ke badan secara manual. Puas pakngah dan abah buat latihan kat hospital empat hari. Di rumah, ucu dan aku dilatih buat sama, namun kurang berjaya. Kebetulan tangan ucu dan aku ada luka kecil yang tentunya adalah dilarang untuk melakukan rawatan itu. Bahaya. Once virus berada pada peralatan n badan atok, habislah. Jadi selama pakai tu abah dan pakngah saling bergilir melakukannya 4 kali sehari. 

Tapi, pada hari isnin yang sepatutnya kene datang wad semula untuk jalani dialisis secara automatik, ada masalah pulak timbul. Pagi tu, air yang keluar daripada badan atok kelihatan sedikit keruh. Sampai di hospital terus jalani dialisis dengan menggunakan mesen selama hampir 10 jam. Tapi, air yang keluar makin keruh dan wujud jelly. Ya ALLAH. Memang pakngah terkejut jugak lah. Selama ni wat secara manual tiada masalah. Last2, kembali menggunakan CAPD manually sementara menunggu sampel air di diagnosis punca kekeruhannya. 

Rupe2nya, air yang keluar daripada badan atuk yang keruh tu adalah disebabkan jangkitan. Didapati ada kulat yang wujud pada tiub yang dimasukkan ke dalam badan atuk melalui exit-site. Ya Allah. Macam kedengarannya x okay je. So dari perkhabaran ini ia membuatkan seluruh keluarga menjadi tidak keruan, bimbang dan konfuz menjadi satu. Berdasarkan penjelasan dokter, tiub tersebut perlu dikeluarkan semula agar kulat pada tiub tu tidak merebak dan membiak. Sebab walau pun dah makan ubat yang menghapuskan kulat, ia tetap ada dan ada gara2 ia bermula daripada tiub tersebut. 

Bukan, kami saja, atuk pon hairan, macam mana ada kulat kat tiub tu. Antara kemungkinan2nya, persekitaran yang kurang bersih iaitu habuk yang berterbangan, serta proses CAPD yang dilakukan menjadi salah satu puncanya. Nak kata daripada makanan, rasanya tiada kene mengena. Aku lihat atok tersangat2lah risau bercampur hairan memikirkan bagaimana kulat tu wujud. Atuk kalau boleh tak mahu jalani pembedahan untuk keluarkan tiub. Tapi atok akhirnya akur dengan keputusan pakngah dan lain2 untuk tiub itu dikeluarkan. Tapi, timbul pula persoalan, kalau dikeluarkan tiub tu, bagaimana toksin dalam badan nak dikeluarkan? Bukan ke buah pinggang atok dah tak berfungsi bagi memproses air kencing?

Namun, ada 3 pilihan yang boleh diambil untuk apabila tiub itu dikeluarkan semula sebagai cara untuk membuat toksin. 1. Pasang tiub baru. Namun ada risko tersendiri. Bila pasang baru, kene tunggu dlam tempoh 6 minggu setelah pengeluaran tiub sebelumnya bagi memastikan luka exit-site tu sembuh betul2. Kalau dipasang juga tanpa sembuh dulu ditakuti akan wujud juga kulat n jangkitan kemudiannya. Serupa tak payah pakai. Kalau pun boleh pasang semula, adakah antibody atok kuat lagi untuk dicucuk2 jarum dan sebagainya? Apapun nampaknya ini cara yang paling baik.

2. Pemindahan atau pertukaran buah pinggang dari penderma lain. Yang ini nampaknya mustahil boleh berlaku sebab rumit. Mana nak cari penderma yang sesuai. Lepas tu kene tengok jenis darah pula, lain2 juga kene tengok ketahanan mental fizikal atok nk jalani pembedahan dan rawatan susulan. Bimbang2 dah buat tapi tak sesuai pulak, kan leceh dan susah. Lebih2 lagi memikirkan usia atok yang dah x semuda kami. Jadi, memang idea ini ditolak tepi2.

3. Makan ubat semata-mata. cara ini kelihatan mudah. Tapi masih tak dapat jawapan. Sebab kalau makan ubat tapi tak keluarkan toksin, lagi parah lah kot. Akhirnya, dapat juga difikirkan, cara membuang toksin selain buang air kecil adalah dengan cara membanyakkan peluh. So atuk kene buat aktiviti2 yang sesuai agar keluar peluh sekurang2nya keluar berjalan.

Apapun, setelah difikir2kan, atuk lakukan pembedahan keluarkan tiub yang berkulat tu. Kemudian makan ubat seperti pilihan nombor 3, dan selepas 6 minggu jika perlu, barulah buat pilihan 1. Atuk pon dah faham dan memegang flow yang ini. Jadi, tak semena2 atuk yang bersemangat nak buat pembedahan keluarkan tiub tu isnin lepas. Okay. Dan hari ni atuk dapat balik selepas doktor sahkan atuk boleh jalani kehidupan biasa di rumah. 

Sepanjang perjalan Pak Ngah seakan-akan memberi kuliah kat aku. Sambil memandu, aku mendengarkanya sambil berfikir daripada apa yang pakngah sebutkan. Ya ALLAH. Doktor kata atok diramal dapat survive dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Biar betul? 

Sebetulnya aku tengok atok sihat je, tak ada simtom2 sakit. Hanya cepat penat. Makan pun okay, selera sungguh. Makan ubat pun rajin. Solat sedaya upaya atok berdiri even 1 atau 2 rakaat yang awal sebelum duduk di kerusi. Dapat dilihat atok sangat2 opstimis untuk meneruskan kehidupan. Aku tak pasti sejauh mana atuk memahami betapa penyakitnya dah kronik. Tapi yang aku pasti, atok banyak benda nak buat dan masih prihatin dengan isu2 kehidupan seperti berita2 di tv n akhbar, perihal keluarga, tanah dan lain2. Malah, puasa ramadhan nanti pon atuk dah mula bersemangat!

Jadi, aku harapkan, atuk masih boleh survive bukan beberapa bulan sahaja, tapi beberapa tahun sahaja. Mungkin boleh berlaku dan tak mustahil ramalan doktor boleh tersasar. Ya ALLAH... Stabilkanlah kesihatan atuk ni. Permudahkanlah urusannya. Moga2 atuk boleh terus beramal ibadah dan menyembahMu selain menjadi pelengkap kebahagiaan kepada kami. Ameen.

No comments:

Post a Comment