Saturday, June 28, 2014

Kemalangan OTW Makan Di Luar

Astaghfirullah al-Azim.

Malam tadi, Epul bersama Azam n Syidah menerima pelawaan Pak Ngah untuk makan di luar sekitar Bangi. Sebelum tu, di petangnya aku sendiri dah tau dan dengar. So malam tadi, mereka bertiga pergi dengan kereta berasingan. Aku tak sedar pun bila mereka pergi, tapi aku dapat panggilan dari Syidah yang nak bercakap dengan atok. So, aku bawa hp aku ke atok. Aku dengar syidah maklumkan kat atok yang dia dah keluar. Konon2nya minta izinlah. Dan dari perbualan mereka, atok asik mengulang2 tanya sebab x berapa jelas sampaikan aku pun kene dengar apa yang Syidah nak cakap. Tapi, lepas tamat perbualan, atok tanya aku, 'ko nak pergi x makan kat luar tu?' aku jawab 'x mahu lah, dah kenyang,'. Atop pon tanya mana abah pulak, kata atok dia nak ajak abah pergi. Tengok2 abah tengah tidur. So, aku call la semula diorg kot2 diorg masih di area sini, nak tanya diorg ke ajak atok p? Tadi kenapa x cakap dengan atok awal2? Ni atok nak pergi pulak. Tapi, diorg kata diorg nak patah balik even da sampai Dengkil. Disuruhnya aku siapkan atok. Kalau mavam tu baguslah. Dalam pada tu, atok pon merungut, dia memang tak mau pergi pon, Pak Ngah sendiri dah ajak atok berkali2 tapi atok memang tak mahu. Tapi bila Syidah telefon, atok fikir cucunya tu mengajak atok pergi sekali. 

Sedang atok bersiap, sekali lagi Syidah kol. Katanya, mereka terlibat dalam kemalangan. Allah. Aku tanya, ok ke tak? ada yang cedera? Syidah kata mereka bertiga okay, tapi motor yang melanggar kereta 'ada apa2'. So aku pun beritahu abah, n abah lantas bangun n bersiap pergi. Sementara tu, atok dah stand by kat kerusi, aku cakap, diorg x jadi makan luar, diorg patah balik. Atok tanya kenapa? Aku cakap 'entah' aje sebab x jelas cerita sebenar. So, aku ajak atok makan terus. Kalau da tau cerita nanti tak pasal2 atok x mau makan kang susah pulak. Dalam pada tu, Pak Ngah pulak kol tanya abah dah keluar ke. 

Last2 aku pun bagitahu atok lepas atok tengok apsal abah keluar pulak? Nak ke mana? Kenapa pula diorg tak jadi makan luar? Bila da tau tu, atok suruh tanya bagaimana keadaan mereka. Time aku kol, syidah dah otw ke hospital di bawa oleh Pak Ngah, sementara Epul, Azam n abah pulak dah ke balai polis buat laporan. Dalam pada tu aku kol juga Uda di mana kot2 aku boleh ambil, rupa2nya Ucu dah p dulu n bawa Uda ke hospital terus. 

Sebelum tidur atok masuk bilik aku tanya, ada tak diorg post gambar dalam wasap or fb (atok tanya, ada diorg bg gambar dalam talipon?), tapi x da. Aku berharap mereka snap gambar di tempat kejadian. Beberapa ketika, Epul, Azam n abah balik. So, mereka pon berceritalah. Katanya... 

Epul nak masuk simpang belah kanan selepas melepasi jambatan Dengkil. Epul da bagi signal n berhenti untuk pastikan kenderaan daripada arah bertentangan jauh lagi. So, dengan keyakinannya, Epul pun beloklah ke kanan. Tapi belom sempat separuh daripada belakang kereta sempurna masuk ke simpang, ada sebuah motor2 tiba2 dah melanggar bahagian kiri kereta. Kereta bergoyang mungkin sampaikan Syidah yang duduk di tengah2, badannya bergerak menghentam pintu belah kanan. Kepalanya turut terhantuk. So, mereka pun keluar kereta dan beberapa org telah ada di sekitarnya. Mereka besama2 mengangkat penunggang motor, lelaki tanpa memakai helmet ke tepi bersama motornya. Masa tu dikatakan ramai orang dah ada di sekitar. Mereka juga bersama2 cari kad pengenalan mangsa namun x jumpa sampai ada yang merumuskan mangsa adalah orang pakistan, dalam begnya pula ada alat2 baiki kereta.

Selepas tu, ambulans datang amik mereka, Syidah di bawa ke hospital n Epul ke balai polis untuk laporan kejadian. Selepas buat resport di balai polis Dengkil, mereka di minta untuk ke balai polis BBST pulak untuk merakam gambar kereta. Sementara Syidah pulak pendek cerita setelah membuat imbasan x ray di kepala, doktor sahkan xde apa2 berlaku. Kaki Syidah pulak bengkak gara2 besi kunci stereng menghentak kakinya masa kereta dilanggar. Dalam pada tu, semasa di hospital mereka yang temani Syidah cakap masa kat hospital kad pengenalan mangsa dah dijumpai, seorang lelaki berumur 25 tahun, beralamat di Sungai Pelek, Sepang. Namun, x tahu ke mana destinasinya. Mereka dengar2 juga, mangsa dalam keadaan parah dan perlu jalani pembedahan. 

Hari ni, lepas pergi ziarah wan Andak dan lawat anak Afiq, abah ajak pergi ke hospital untuk ziarah mangsa. Dari dalam kereta dah kami fikir2kan apa kenyataan yang sesuai diucapkan oleh Epul masa bertemu. Tapi, samapai sana, dapat khabar, mangsa telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi ranji'un. Kami terdiam. Masa nak ke arah parking, Mak tanya aku, apa perasaan aku tentang berita itu? Dengan slumber aku kata, 'sedeh'. Mak jawab, sedeh tu mestilah sedeh, tapi situasi Epul macamana? Mak kata, sebagai mak dia rasa lain. Dalam kereta abah usulkan sedeqahkan al-Fatehah untuk arwah yang kami baru tahu  namanya, Mohd Suffian bin Othman. Secara peribadi, macam2 kat kepala aku fikirkan berkaitan kejadian itu.

1. Siapa yang bersalah? Epul sebagai pemandu kereta yang masuk simpang?. Mangsa yang menunggang motor yang melanggar kereta? Atau unsur2 lain melibatkan faktor tempat? Atau juga disebabkan pihak2 lain yang termasuk dalam perancangan makan di luar secara langsung atau tidak sama ada yang pergi atau yang tidak pergi?

2. Apakah kedudukan Epul sekarang bilamana mangsa sudah meninggal dunia akubat kecederaan parah di kepala? Epul akan didakwa atas kejadian itu? Itu pun berlaku jika Epul benar2 di pihak yang salah tanpa ada unsur keraguan.

Ya ALLAH....
Hanya kepada Engkaulah kami serahkan segala ketentuan. Memang semuanya itu adalah satu takdir yang telah Engkau tentukan. Untuk mangsa, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba2Mu yang beriman. Untuk Epul, moga dia tak disabitkan bersalah atas kejadian itu. Moga2, kejadian itu memberi pengajaran kepada kami semua seisis rumah, seisi keluarga dan seisi kekerabatan yang mengetahui kejadian ini secara langsung atau tidak. Berkat Ramadhan yang bakal hadir sebentar lagi, moga2 semuanya dalam keadaan yang baik2 sahaja. Insya ALLAH.. Ameeeeennnnn.....














Friday, June 13, 2014

Atok Makin Stabil

Atok semakin stabil kesihatannya. Alhamdulillah. Aku rasa sangat2 bersyukur dengan perkembangan ini. Sangat berbezalah berbanding semasa pakai tube untuk CAPD. Kalau dulu atok ayik nak terbaring n tidor memanjang. Atok terasa macam tak bebas bergerak. Demam sesekali ditambah selera makan tak seberapa. 
Tapi, sejak discharge hospital yang latest ni, atok makin ceria. Jumpa suku sakat pon macam2 ada je cerita. Selera pon makin bertambah, sepatutnya makan 4 kali sehari, tapi kadang2 jadi 6 kali terutamanya bila pergi kedai, pergi rumah orang atau orang datang rumah atok join sekali hidangan. So, ubat pon kadang2 pening aku nak bagi coz kadang2 juga atok kenyang x nak makan pada masa yang sepatutnya atok makan. Tapi bila aku cakap, 'nanti pakngah marah' atok makan juga akhirnya hanya kerana nak makan ubat yang harus digaul di dalam nasi tu.

Sepanjang cuti ni memang aku banyak habiskan masa urus atok. Bergilir dengan abah dan ucu dalam urusan ubat-ubatan. Kadang2 bawa atok pergi sarapan kat luar atau aku sendiri pergi beli makanan di mana2 gerai. Kadang2 atok ajak pergi ke rumah suku sakatnya di dengkil dan kelanang. Kadang2 ajak pergi beli barang2 seperti racun dan kereta sorong atau buahp-buahan atau apa2 yang atok request. Tak apalah, nanti dah buka sekolah aku memang sukar nak buat macam ni lagi. Kalau buat pon mungkin dalam keadaan penat dan letih. 

Esok dah nak kenduri. Aku tak pasti apa nama kenduri tu. Kenduri arwah? Tapi abah kata kenduri pacak nisan. Pak Ngah pula seperti yang dia plan buat kenduri doa selamat sebab atok dah stabil. Ah, apa-apa jelah. Yang pasti, aku harap atok semakin okay dan bersemangat untuk melawan sakitnya. Sama ada atok akan kembali pakai tube untuk CAPD, biarlah kemudiannya selepas dua bulan. Tatkala ditanya, atok memang tak mahu langsung. Atok lebih selasa makan ubat semata-mata. Atok pon hampir setiap hari buang air besar, so, itu menunjukkan toksin dalam badan atok ternyah secara langsung. Untuk mengharapkan atok buang air kecil, kelihatan sukar setelah ginjal atol rosak di tahap kritikal sekarang ini.

2 minggu lagi dah nak puasa. Atok dah siap pasang niat niat sama2 berpuasa. Ada atok mintak pak ngah tanya dokter boleh tak atok puasa. Secara teori aku pikir atok boleh je puasa. Sebab bila atok puasa toksin dalam badan akan kurang dan tak perlu dirisaukanlah melainkan kalau bab ubat tu kene tanya doktor camana nak makan. Atok pon tulat akan ke hospital cek luka operation dah baik ke belum. katanya nak tetas benang jahitan. Atok pula yang exited. Baguslah tu. Insya ALLAH atok diberi kekuatan semangat untuk terus stabil untuk terus beribadah kepada Allah dan melakukan urusan2 yang dirasakannya boleh diuruskannya.

Thursday, June 5, 2014

Atuk Discharge

Hari ni atok discharge dari hospital sejak ditahan selama 11 hari. Dalam tempoh itu macam2 berlaku. Aku tak pasti apa percaturan Tuhan di atas semua yang berlaku. Untuk mengatakan ia satu takdir tanpa adanya hikmah, tak mungkin. Kerana setiap yang Allah jadikan serta aturkan ada hikmah dan pengajarannya. Hanya kadang2 kala kerana berjiwa manusia yang lemah, lalai, leka dan pelupa, maka pengajaran dan hikmah itu tiadalah dapat dilihat.

Pertama sekali, dua minggu sebelum masuk wad, atok memang dah menjalani CAPD, rawatan dialisis dengan mengeluarkan dan memasukkan air dari dan ke badan secara manual. Puas pakngah dan abah buat latihan kat hospital empat hari. Di rumah, ucu dan aku dilatih buat sama, namun kurang berjaya. Kebetulan tangan ucu dan aku ada luka kecil yang tentunya adalah dilarang untuk melakukan rawatan itu. Bahaya. Once virus berada pada peralatan n badan atok, habislah. Jadi selama pakai tu abah dan pakngah saling bergilir melakukannya 4 kali sehari. 

Tapi, pada hari isnin yang sepatutnya kene datang wad semula untuk jalani dialisis secara automatik, ada masalah pulak timbul. Pagi tu, air yang keluar daripada badan atok kelihatan sedikit keruh. Sampai di hospital terus jalani dialisis dengan menggunakan mesen selama hampir 10 jam. Tapi, air yang keluar makin keruh dan wujud jelly. Ya ALLAH. Memang pakngah terkejut jugak lah. Selama ni wat secara manual tiada masalah. Last2, kembali menggunakan CAPD manually sementara menunggu sampel air di diagnosis punca kekeruhannya. 

Rupe2nya, air yang keluar daripada badan atuk yang keruh tu adalah disebabkan jangkitan. Didapati ada kulat yang wujud pada tiub yang dimasukkan ke dalam badan atuk melalui exit-site. Ya Allah. Macam kedengarannya x okay je. So dari perkhabaran ini ia membuatkan seluruh keluarga menjadi tidak keruan, bimbang dan konfuz menjadi satu. Berdasarkan penjelasan dokter, tiub tersebut perlu dikeluarkan semula agar kulat pada tiub tu tidak merebak dan membiak. Sebab walau pun dah makan ubat yang menghapuskan kulat, ia tetap ada dan ada gara2 ia bermula daripada tiub tersebut. 

Bukan, kami saja, atuk pon hairan, macam mana ada kulat kat tiub tu. Antara kemungkinan2nya, persekitaran yang kurang bersih iaitu habuk yang berterbangan, serta proses CAPD yang dilakukan menjadi salah satu puncanya. Nak kata daripada makanan, rasanya tiada kene mengena. Aku lihat atok tersangat2lah risau bercampur hairan memikirkan bagaimana kulat tu wujud. Atuk kalau boleh tak mahu jalani pembedahan untuk keluarkan tiub. Tapi atok akhirnya akur dengan keputusan pakngah dan lain2 untuk tiub itu dikeluarkan. Tapi, timbul pula persoalan, kalau dikeluarkan tiub tu, bagaimana toksin dalam badan nak dikeluarkan? Bukan ke buah pinggang atok dah tak berfungsi bagi memproses air kencing?

Namun, ada 3 pilihan yang boleh diambil untuk apabila tiub itu dikeluarkan semula sebagai cara untuk membuat toksin. 1. Pasang tiub baru. Namun ada risko tersendiri. Bila pasang baru, kene tunggu dlam tempoh 6 minggu setelah pengeluaran tiub sebelumnya bagi memastikan luka exit-site tu sembuh betul2. Kalau dipasang juga tanpa sembuh dulu ditakuti akan wujud juga kulat n jangkitan kemudiannya. Serupa tak payah pakai. Kalau pun boleh pasang semula, adakah antibody atok kuat lagi untuk dicucuk2 jarum dan sebagainya? Apapun nampaknya ini cara yang paling baik.

2. Pemindahan atau pertukaran buah pinggang dari penderma lain. Yang ini nampaknya mustahil boleh berlaku sebab rumit. Mana nak cari penderma yang sesuai. Lepas tu kene tengok jenis darah pula, lain2 juga kene tengok ketahanan mental fizikal atok nk jalani pembedahan dan rawatan susulan. Bimbang2 dah buat tapi tak sesuai pulak, kan leceh dan susah. Lebih2 lagi memikirkan usia atok yang dah x semuda kami. Jadi, memang idea ini ditolak tepi2.

3. Makan ubat semata-mata. cara ini kelihatan mudah. Tapi masih tak dapat jawapan. Sebab kalau makan ubat tapi tak keluarkan toksin, lagi parah lah kot. Akhirnya, dapat juga difikirkan, cara membuang toksin selain buang air kecil adalah dengan cara membanyakkan peluh. So atuk kene buat aktiviti2 yang sesuai agar keluar peluh sekurang2nya keluar berjalan.

Apapun, setelah difikir2kan, atuk lakukan pembedahan keluarkan tiub yang berkulat tu. Kemudian makan ubat seperti pilihan nombor 3, dan selepas 6 minggu jika perlu, barulah buat pilihan 1. Atuk pon dah faham dan memegang flow yang ini. Jadi, tak semena2 atuk yang bersemangat nak buat pembedahan keluarkan tiub tu isnin lepas. Okay. Dan hari ni atuk dapat balik selepas doktor sahkan atuk boleh jalani kehidupan biasa di rumah. 

Sepanjang perjalan Pak Ngah seakan-akan memberi kuliah kat aku. Sambil memandu, aku mendengarkanya sambil berfikir daripada apa yang pakngah sebutkan. Ya ALLAH. Doktor kata atok diramal dapat survive dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Biar betul? 

Sebetulnya aku tengok atok sihat je, tak ada simtom2 sakit. Hanya cepat penat. Makan pun okay, selera sungguh. Makan ubat pun rajin. Solat sedaya upaya atok berdiri even 1 atau 2 rakaat yang awal sebelum duduk di kerusi. Dapat dilihat atok sangat2 opstimis untuk meneruskan kehidupan. Aku tak pasti sejauh mana atuk memahami betapa penyakitnya dah kronik. Tapi yang aku pasti, atok banyak benda nak buat dan masih prihatin dengan isu2 kehidupan seperti berita2 di tv n akhbar, perihal keluarga, tanah dan lain2. Malah, puasa ramadhan nanti pon atuk dah mula bersemangat!

Jadi, aku harapkan, atuk masih boleh survive bukan beberapa bulan sahaja, tapi beberapa tahun sahaja. Mungkin boleh berlaku dan tak mustahil ramalan doktor boleh tersasar. Ya ALLAH... Stabilkanlah kesihatan atuk ni. Permudahkanlah urusannya. Moga2 atuk boleh terus beramal ibadah dan menyembahMu selain menjadi pelengkap kebahagiaan kepada kami. Ameen.

Sunday, June 1, 2014

Atok Dah Buat Keptusan

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.





Setelah berfikir, berbincang dan bertimbang tara kesan dan kebaikan daripada 3 option yang ada, akhirnya keputusan dah diambil. Esok atok operation untuk keluarkan tiub yang berkulat. Entah bagaimana boleh teerjadi, doktor pon tak pasti. Jawapan yang diberikan sebelum ini tatkala ditanya hanyalah sekadar kemungkinan2. Memanglah Allah Yang Maha Mengetahui, tapi tak kan tiada pengetahuan daripada doktor untuk memberi kepastian? Tak apa lah, aku yang guru ni pon bukannya serba tahu. Begitu juga doktor dan lain2 profesion.

Poklong, Pakngah dan abah dilihat sepakat, tiub berkenaan dikeluarkan dari perut atok. Untuk seterusnya, option 3 itulah yang harus dipilih. Setelah menimbang dari segala segi terutamanya tahap kesihatan atuk, maka atok akan mengambil ubat-ubatan sahaja buat masa ini. Namun, setiap minggu atok harus bertemu dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatan atok stabil dan memuaskan. Namun jika ada masalah berkaitan, nampak gaya tiub baharu akan dimasukkan bagi mengeluarkan air dan memasukkan air secara manual atau mesen seperti sebelum ini. Syaratnya, ia mestilah setelah 6 minggu kemudian di mana dalam waktu itu kesan tebukan di perut atok dan baik sepenuhnya. Kalau tak sembuh sepenuhnya ditakuti bila buat lubang baharu di perut atok akan wujud pula jangkitan lain pula.

Keputusan yang diambil nampaknya selari dengan atok. Atok yang aku lihat, lebih kepada nak buang tiub dan makan ubat semata2. Tapi persoalan bagaimana nak urus kotoran n toksin dalam badan atok, kami pon tak dapat faham, fikir n ketahui dengan jelas. Tapi dapat aku bayangkan, untuk atok sihat cergas dan kuat selepas keluarkan tiub yakni tak lagi melakukan proses keluar dan masukkan air di badan, maka atok kene buat aktiviti sihat seperti rutin atok sebelum sakit ni. Kene hirup udara segar setiap pagi, makan macam biasa, berjalan2, berbual2, mengeluarkan peluh dengan apa2 cara dan seumpamanya. Atok juga harus berterusan menguatkan mental dan fizikal n jangan mudah putus asa dan letih dengan ujian yang menimpa serta sentiasa berdoa dan berzikir untuk mendapat ketenangan. Apa yang penting juga, seluruh keluarganya harus memberikan sokongan moral terutamanya berziarah, menghubungi dan bertanya khabar agar atok tak rasa terasing dan kesunyian. 

Ya ALLAH, semoga keputusan yang diambil ini merupakan keputusan yang terbaik untuk diri atok, diri kami dan keseluruhannya kehidupan kami sekeluarga. Stabilkanlah kesihatan kami semua agar dapat terus berbakti pada ibu bapa, atok nenek dan keluarga kami terutamanya berterusan dalam melaksanakan amal dan ibadah demi-Mu. Aamiiiiiinnnn.

Tuesday, May 27, 2014

Atok Suruh Balik.

Hari ni lepas sekolah aku ziarah atok di hospital. Kebetulan esok cuti so bolehlah kot aku balik lewat. Kebetulan tadi jam 4 baru keluar dari gate sekolah, so terus lah ke sana. Sampai sana cari katil atok, tapi x ada. Aku turun lah ke bawah terus di mana tempat atok lakukan homedelisis. Ingatkan dah guna mesen auto x payah manual lagi, tapi kene jugak. Entah, aku tak berapa faham sangat.

Sampai bawah atok dah nak habis treatment, terus pakngah suruh aku bawak atok p minum. So masa p kafeteria atok minum la nescafe. Ikut hati mahu je aku larang atok minum nescafe coz dokter pesan jangan selalu bernescafe sedangkan atok kat rumah ni hampir setiap hari minum nescafe. Kalau ucu x buat kang atok marah. So.....

Masa minum, ceria atokl bercerita pasal treatment dia. Aku ni macam paham, macam x paham tapi buat2 paham. Nanti aku nak tanya Pak Ngah untuk lebih pemahaman terutama tang citer air dari perut atok kenapa keruh x jernih macam biasa. Habis minum naik atas ada dinner meal da sampai atas meja. Sebelum atok makan atok semayang dulu. Dan sebelumnya juga atok bagitahu Pak Ngah supaya balik dulu. Aku pun atok suruh balik ikut Pak Ngah, tapi aku kata kitorang kan bawa kereta lain-lain. Sebelum tu lagi masa kat bawah atok suruh kol abah juga supaya tak payah datang. Atok confident sangat yang atok boleh jaga diri sendiri n tidor sorang2. Aku nak kata yakin tu, boleh la skit. Atok pun bukan jenis suka ditemani bila atok tahu dia terdaya nak buat sesuatu dengan sendirinya. 

Tapi aku tunggu juga atok, lepas solat atok makan sambil2 tu aku borak dengan orang katil sebelah, budak Sabah. Kenapa budak? Umurnya muda dari aku, 27 tahun. Sian, dah dapat sakit buah pinggang. Dia lebeh banyak bercerita n nampaknya ramah. So aku assume juga atok bolehlah ada orang yang di ajak berlawan cakap kat wad ni. Kalau ada abah n pakngah n poklong pon aku tak rasa mereka berborak rancak sama atok...hihi...agaknye lah. Bila da habis makan, atok bersiap2 nak baring. Mungkin nak lelap mata kejap. Tapi atok tanya aku, 'apa bende ko nak cerita sama aku ni sampai tak balik ikut pakngah ko?' 'eh, tak ada apa2 lah, saja je nak tggu trafik clear kat luar tu'. Dah tu atok pula tiba2 tanya kat aku, 'bila lagi?' ishk. Dah tanya yang ini nampak gaya memang aku perlu cabut dulu lah sebelum melarat. Dah la budak yang sakit tu dok pandang aku n atok berbual2. Malu lah aku...huhu..baik blah cepat di kala jam belum jam 7 petang.

Kesimpulannya, atok kini dah makin ceria. Nak kata atok dah makin melupakan wan tu, tak ada lah. Cuma mungkin dah boleh menerima kenyataan. Kalau dulu aku dan kami semua fikir wan tak nak makan sebab wan x selera, tapi rupa2nya wan sakit. tapi kini aku dan kami fikir atok monyok sebab teringatkan wan, tapi rupe2nya atok sakit. So kini atok dah ok dan cuba beraktiviti macam biasa yang sekurang2nya berjalan banting dengkil. Ok lah tu. 

Saturday, May 24, 2014

Konflik Tanah Sekeping

Hari Sabtu. Mengenangkan aku tak ke mana2, aku pun setujulah bawa atok ke Kelanang. Aku pun dah lama tak ke sana. So jam 12 siang kami gerak. Dalam perjalana macam2 lah aku dengar atok cerita. Aku masa tu sedang dengar radio, isu agak menarik untuk aku dengar, tapi dah atok nak bercerita aku pun perlahankanlah volume.

Dalam banyak2 cerita ada satu cerita yang best untuk aku catat sini. Boleh jadi ia boleh jadi panduan untuk aku dan kami dan kita sekeluarga pada masa depan. Masa lalu kawasan olak lempit utara menyempadani brokelands, atok kata kat situ ada tanah makcik atuk, entah onyang yang mana satu, aku pun tak pasti. Kata atok, tanah yang itu jadi rebutan keluarga onyang tu sampai ke anak cucu. Err, yang ni memang tak de kaitan dengan atok. 

Tapi yang ini, penting. Atok nak kaitkan cerita yang atas ni dengan situasi yg berlaku ke atas sekeping tanah yang boleh jadi besar bagi seorang pemilik, tp jadi kecik apabila da dimiliki oleh ramai orang. Tanah yang dimaksudkan adalah tanah yang diduduki oleh wan ani (entah apa pangkatnya). Isunya tanah tu sampai sekarang tak lagi dipecahkan kepada nama pemilik yang berhak. 

Kisahnya bermula, Onyit Mat Jamin amanahkan tanah itu kepada makcik atok yang merupakan mak kepada wan ngan menson iaitu isteri kepada tokngah mail. So, boleh dikatekan kesemua anak-anak onyit Mat Jamin tu ada share ke atas tanah tu. Namun bagi onyang mahiddin yang dah ke rahmatullah lebih awal, bahaginnya dimiliki n dikongsi oleh atok dan adik beradiknya yang 3 orang tu.

Masalah bermula apabila masa tu mungkin xde kesedaran nak wat proses pertukaran nama secara official. Tapi makin bermasalah apabila makcik atok yang itu meninggal dunia. Dalam keadaan ni dah nampak rumitnya apabila share makcik atok tu perlu dibahagikan mengikut faraidh kerana wan ngah Menson tak dapat share itu gara2 statusnya sebagai anak angkat sahaja dan mgkin tak sempat untuk dihebahkan sharenya itu. So bahagiannya makcik atok itu perlulah dibahagikan kepada semua adik beradiknya yang masih ada. Dan masa tu ada juga la kesedaran nak percah tanah officially tapi masa tu adayang tak bagi kerjasama. Isunya sebab salah sorang makcik atok yg lain (onyang Cik), iaitu mak kepada wan nina (entah apa pangkatnya juga), berhasrat nak memiliki semua share yang ada. Cadangan itu hampir diterima oleh kesemua suku sakat, yelah, tanah tu boleh la kata luas, tapi sebab waris2nya punyala banyak maka macam xde nilai la kalau sekangkang kera sorang2 dapat, so better disatukan atas satu nama dengan cara menjual kepada yang nak memilikinya. At least tak dapat tanah, dapat duit even ciput jadilah. Masa itu, tanah itu telah diduduki oleh wan ani sekeluarga (sampai sekarang). Tapi yg jadi masalah, onyang Cik tu berkeras tak mahu membeli semua share tu tetapi nak ambil tanpa apa2 bayaran pun. Aku tak tau apa kenenye lah beliau nak ambil tanah tu tapi tak nak bayar. Tak tergamak pulak aku kata beliau tamak atau apa2 yang seaktu dengannya. Tapi itulah ceritanya, last2 tak da sapa yang layan permintaannya dan merasakan lebih baik tak payah nak pecah officially. 

Menariknya, sebelum kekalutan itu berlaku, atok mewakili adik beradiknya dah menjual bahagiannya kepada wan ani tu atas alasan wan ani tu dah sedia menetap di situ dengan nialaian RM10,000. So dalam konflik ini nampak gaya atok dan adik beradiknya tidak terlibat. So kalau da diperhalusi sekarang, nampak gaya juga ia semakin konflik coz semua makcik2 n pakcik2 atok dah tiada. Maka bahagian2 mereka dah diwarisi oleh anak2 mereka yakni sepupu2 atok yang jumlahnya pun ramai. Pun masa tu tak ada lagi usaha proaktif nak memecahkan tanah tu atas penama2 yang berhak. Makin rumit, sepupu2 atok pun ada yang dah kembali ke alam baqa lalu tanah yang sekangkang kera itu jadi makin kecil untuk dishare kan kepada puluhan waris yang berhak iaitu anak2 sedara atok. So, bayangkan, anak2 onyit Mat Jamin pun ada 10 lebih kurang, pastu bila yang 10 itu sudah tiada jatuh pada anak masing2, mungkin setiap soang ada 3 anak secara purata, maka, 30 orang cucu onyit Mat Jamin berhak (tidak termasuk atok bersaudara kerana dari awal dah menjualnya). Tapi bila cucu2 Mat Jamin ni dah tiada, jatuh kepada cicit2nya pula yang purata katakanlah 3 orang juga, so 30 cucu kali 3 cicit = 90 orang or penama!

Masya Allah.... memang dah rumit tu. Ikutkan xde masalah pun jika semua waris faham kronologi untuk menyelesaikan masalah ni, sebab rasanya isu nk bolot sorang2 tanah tu dah tiada gara2 individu itu dah tiada. tapi tak tahulah kalau waris2nya pula memegang prinsip yang sama juga x tahulah. Ada aku cadangkan supaya atok cadangkan kepada para waris untuk bawa isu tu ke pejabat tanah, tapi atok pulak konfiden yang pejabat tanah akan naik pening dengan kes ini dan taj mustahil boleh selesai, tp mungkin memakan masa sehingga berbelas tahun. Malah lantik peguam untuk memperlicinkan urusan ni, tapi atok bangkitkan persoalan tentang siapa yang nak bayar khidmat guaman itu? Tentu mahal dan perlukan kerjasama semua, Tapi mahu kah puluhan waris tu mahu berkorban wang ringgit untuk matlamat itu. Kalau seorang dua je yang tanggung, belum tentu mereka tak dapat bahagian yang besar dan sama seperti yang lain2. Pastu aku cadangkan juga supaya tok usu Syukur (anak onyang uda) kendalikan kes ni sebab beliau pun seorang peguam merangkap pewaris tanah tersebut. Namun, atok pon kata, duit tetap menjadi persoalan sebab nak setel urusan tu perlukan duit nk kesana ke sini, nak beli borang n bayar perkhidmatan itu ini dll. Errr.. entahlah.

Pointnya di sini, atok nak berkongsi kerisauannya terhadap masalah yang berlaku terhadap kaum kerabatnya. Aku kata atok tak payah lah fikir sebab atok dah tak ada kaitannya dengan tanah tu lagi dan atok sendiri dah pernah menyarankan agar masalah itu diselesaikan sejak generasi demi generasi. So, terpulanglah pada mereka. Kita doakan sahaja agar Allah mengampunkan kekhilafan mereka terutamanya generasi yakni pewaris masa kini yang tak tahu menahu pun situasi sebenar pada asalnya. 

Atok bukak cerita ni pun sebab ada terbaca dalam buku mengenai pewarisan harta yang aku beli. Aku bagi pakngah baca sebab masa pakngah tidur bilik atok pakngah minta apa2 buku yang boleh dibaca. So, aku bagilah tu, tak sangka atok pula berminat nak baca sampai siap baca jadual faraidh lagi. Aku pun ting tong tak paham...haha..

Kesimpulannya, atok berpesan pada masa hadapan kalu konflik ni timbul semula jangan ada antara anak cucunya pergi mengaku ada share lagi kat tanah tu. Sebabnya walau pun atok dan jualkannya, tapi seperti yang diceritakan, nama atol dan abang2nya masih ada sama tak ditukar2 lagi kepada wan ani selaku pihak yang membeli bahagian itu. Okay?

Ya ALLAH....Allahummaghfirli wa lana. 










Sunday, March 30, 2014

Alahai Atok

Atokku kuat dan lincah, garang dan tegas, mesra dan penyayang kini terbaring dan menyendiri. Dulu rajin ke sana-sini dengan kereta menjalar Dengkil-Banting, sarapan pagi di kedai, ke masjid hampir saban waktu, kini hanya di rumah. Langsung tidak mahu ke mana-mana. Puas aku dan yang lain-lain ajak berjalan-jalan, meronda ke luar kawasan rumah dan berziarah saudara-mara hanya digelengkan kepala. Alahai atok, aku rasa macam tak kena lah dengan karektor atok yang jenis tak lekat di rumah. Kalau tak mahu dengan aku, Akmal ada juga, pun tak mahu. Allah...

Menyorot kembali saat-saat wan melalui penyakitnya dengan sabar, aku lihat atok masih dengan rutinnya ke sana-sini. Bukan atok kaki lepak atau keluar tanpa tujuan, tapi memang ada sebab dan alasan atok keluar. Hatta kalau nak beli sebunkus kelapa parut pon atok jenis rela keluar ke kedai. Berbanding aku, kalau setakat 1 2 benda nak beli, aku hold dulu cek kat dapur apa lagi nak beli. Pendek kata, atok memang jenis tak betah nak duduk di rumah. Kalau tak keluar berjalan pun, atok akan bersama pokok-pokok tanamannya iaitu sawit, pisang, ubi, nenas, durian dan lain-lain yang sebenarnya aku pun tak begitu arif pasal pokok-pokok buah, sayur mahu pun tanam-tanaman lain di keliling rumah ni. 

Tetapi sekarang, atok seolah-olah menyesali sikapnya yang tidak begitu menghiraukan wan di saat-saat wan perlukan perhatian dan penjagaan. Kenyataan ni aku dimaklumkan Ilmi yang ku lihat, atok lebih suka mengadu kepada cucunya yang seorang itu. Sedangkan aku dan 3 lagi cucu serumahnya tidak pula dikongsi cerita. Tak mengapalah, masing-masing ada aura tersendiri untuk menarik perhatian atok. Jadi, bila Ilmi cerita aku rasa tidak sepatutnya atok berperasaan begitu. Ikutkan sepanjang wan di hospital dan juga di rumah, wan dijaga sebaik-baiknya. Si Kina aku boleh kata macam leaderlah. Mana taknya, di hospital dia antara individu awal menjaga wan, sampaikan hal ehwal stoma care wan pun dia lebih expert daripada yang lain. Aku ni memang tak berapa nak faham. Malah nak tengok usus wan di perut pon rasa macam nak pengsan. Kalau tak Kina ada pun, Anis yang masih di rumah menunggu dipanggil kerja pun berkemahiran seperti Kina. Ucu pula lebih-lebih lagi mengambil perhatian pada wan. Mak Ngah pun juga saban petang datang membantu mana yang patut. Pendek kata, atok tak perlulah rasakan kekesalan tak jaga wan betul-betul. Bukan atok tak nampak, wan okay je sepanjang berada di rumah selepas pulang dari hospital. Sesekali ada jururawat klinik datang buat pemeriksaan ke atas wan. Hanya kerana penyakitnya, wan semakin tak bermaya dari semasa ke semasa. Itu bukan salah sesiapa. Dan bukan sahaja atok, kami semua yang lain tak perlu rasa ralat dengan keadaan itu.

Semenjak wan pergi, atok seolah-olah hilang semangat. Ikutkan pada pagi Ahad semasa pengurusan jenazah wan, atok kelihatan tenang walaupun sugul menunduk ke lantai. Saudara-mara datang berziarah atok sambut seperti majlis kenduri. Memang aku lihat atok seolah-olah boleh menerima hakikat biarpun sebenarnya pada masa itu bukan sekadar aku, malah kerabat-kerabat aku yang lain turut sama menahan rasa. Yang di dalam bilik, yang memandikan, yang mengkafankan, yang beryaasin dan bertahlil, yang di ruang tengah, yang di beranda, yang di luar dan semua hadirin yang ada turut sama khususnya sanak saudara aku lihat kesayuan di wajah masing-masing. Mungkin ada yang sedia maklum dengan keadaan wan kebelakangan itu membisikkan ke hati masing-masing akan kemujuran mereka mengetahuinya terlebih dahulu lalu menyempatkan diri berziarah wan di hospital mahu pun di rumah. Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan berita yang diperolehi. Apapun responnya, semuanya merelakan wan pergi lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak melalui derita penyakit yang berlanjutan. 

Memang, lebih kurang sebulan sahaja sejak wan di kesan penyakitnya, Allah memberikan tanda-tanda untuk menjemput wan ke sisinya sebagai persediaan kerabat-kerabat wan untuk menerima qada' dan ketentuan. Tidak terlalu cepat seolah-olahnya dalam keadaan tiba-tiba, mahupun terlalu lama seolah-olahnya menjadi satu penderitaan luar biasa. Berdasarkan pengalaman, pemberitahuan dan pembacaan mengenai tanda-tanda pemergian seseorang, aku rasa semua dah maklum dan mungkin bersedia. Tapi, aku saja yang buat-buat tak endah. Aku dari dulu selalu sebut 'wan muda lagi' bila wan kata wan dah tua. Contoh; 'Lutut wan sakit ni, picit skit. Biasalah, orang tua', 'ko bila nak menikah ni, entah sempat entah tak aku nak tengok ko,' atau 'wan malulah nak berjalan akai tongkat ni, macam dah tua je,'. Paling tak aku sebut, 'tengok Tun Mahathir dan Dato' Nik Aziz atau Agung tu, lagi tua dari wan, tau.". Tetapi hakikatnya, wan dah tak muda lagi. Aku sengaja nak menyedapkan hati. Tetapi, sekarang tak lagi. Biarpun wan dah pergi, kesemua individu yang aku sebutkan tadi masih sihat dan kuat menjalankan tugas masing-masing. Aku doakan mereka berlanjutan lagi kemudaan mereka. Nak doa untuk wan, wan dah tiada. Jadi, berbalik kepada yang tadi, tidak sepatutnya kami semua rasa terkejut dan kekesalan yang amat. Bak kata Pak Uda pada atok, tak perlu lagi mengenang-ngenangkan yang tiada, tak perlu lagi rasa bersalah kalau tak sempat tunaikan permintaan wan jika ada.

Aku dan juga kerabat-kerabat aku yang lain sejak hari pertama dah dinasihatkan saudara-mara supaya jangan biarkan atok bersendirian. Antara yang direct pada aku, Pak Usu Karim dan Pak Usu Mat Isa. Eh, apa pasal semua pak usu ya? Entahlah. Pointnya sama saja. Mungkin pada yang lain-lain pun mendapat mesej yang sama daripada sanak saudara yang lain. Dan alhamdulillah, sehingga kini kami saban masa bersama atok, pagi petang siang malam hatta masa tidur ada yang sama atok. Nak kata atok sunyi, tak lah. Hanya atok yang lebih senang nak tidur daripada berborak dengan kami. Tapi, bila cicit-cicitnya datang masuk ke bilik, memang bikin kecoh jugalah, atok siap kata dia suka dan tertawa sendiri dengan keletah mereka. Iqbal pun kalau datang atok suka biarpun cucunya yang itu jenis tak duduk diam. Bila mereka semua tu datang, memamg aku suruh picit kaki dan tangan atok. Jadi, atok pun rasa okaylah kot. Pak Ngah siap pesan juga pada aku supaya bagi nasihat-nasihat pada atok ala-ala motivatorlah. Ishk, atok ni bukanlah nak nasihat apa pun, aok ni lebih hebat dari aku. 'atok, bersabarlah. Sudah taqdir ke atas wan. Redhalah...', ayat macam itulah agaknya lebih kurang. Tapi, ayat ni macam formal benar, aku kalau cakap macam ni macam berdrama pula. Last-last nanti kalau atok menangis, aku terus terdiam pula, macam mana? Lagi-lagilah atok kenali aku bukan seorang yang ala-ala romantik. Cara aku cakap pun agak selamba. Sopannya agak kurang, tapi bukan bernada tinggi atau tegang, hanya tidak menggunakan laras bahasa yang 'skema' gara-gara hubungan aku dengan atok ni macam anak dengan bapa sebab dah tinggal sama atok sejak kecik-kecik. So, apa yang boleh aku cakap kat atok adalah, 'relaxlah tok, wan dah selamat kat sana dah, semua dah okay' dan seumpamanya. Ikutkan juga aku tak pernah nampak atok menangis sekalipun kesan mata berair. Tapi, mereka yang lain kata ada nampak. Jadi, tak ada situasilah yang nak aku memujuk dan melayan perasaan atok yang rindukan wan jika benarlah kerana itu. Mana taknya, 64 tahun bersama walaupun bertukar berek dan rumah, mana boleh atok lupakan wan dalam tempoh ini. Aku sangat-sangat berharap agar atok kuat hati dan tabah sepertimana Tok Cik Usop, Tok Itam dan Pok Long Madon yang melalui pengalaman teman hidup masing-masing yang diuji dengan penyakit dan pergi menemui Tuhan akhirnya. Please, tok.

Mengundur pada petang Sabtu selepas kenduri hari ke 7 wan, atok mengadu sakit perut dan rasa tak lalu nak makan. Lalu di bawalah cucu-cucunya beramai-ramai ke klinik. hasil pemeriksaan, tiada apa-apa komplikasi penyakit atok kecuali sakit perut kerana makan sesuatu yang pedas. Mana taknya, semalamnya, atok menyudu sambal belacan begitu saja. Memanglah perut jadi sakit. Atok ni kan... Bila balik tu masa aku picit-picit kepala watok, atok ada cakap, 'memang padan lah dengan atok, hari tu atok marah-marah wan sebab wan tak lalu nak makan, sekarang atok pulak yang rasa sendiri'. Atok oh atok. Atok ni cari penyakit. Wan tu pulak memang sakit yang masa tu tak dikesan lagi apa penyakitnya. Kemudian sejak dari hari tu atok sering tak lalu nak makan. Makan pun sikit-sikit je. Ada juga hati aku terdetik, 'atok ni macam saja-saja nak ambil feel tak makan macam wan, konon nak rasa juga apa yang wan rasa bila tak makan'. Entahlah. Bila dah tak makan, atok asyik rasa pening. Kadang-kadang atok rasa mual dan beberapa kali juga muntah. Itu pun gara-gara perut atok banyak angin, kosong. Setakat ni atok tak adalah nak minta makan apa-apa, apa yang dihidangkan di pagi petang siang dan malam itulah atok makan sekadar syarat kami tak bising dan paksa atok makan. Setakat ni juga atok suka makan buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Tapi atok makan skit je, yang banyak tu, kamilah yang harus menghabiskannya. Senang cerita, atok jadi tak lalu makan ni sejak seminggu selepas wan tiada, dan sebelum itu atok okay dan agak sibuk bersama anakanaknya menguruskan tinggalan-tinggalan wan sama ada harta bermanfaat dan sebaliknya. Kenduri hari pertama, kedua, ketiga dan kelima pun atuk okay dan bersemangat. 

Allahu Rabbi... Aku harap, atok tidak berterusan begini. Pada aku dan kebanyakan kami, kalau atok makan semakan-makannya macam biasa, Insya Allah atok ada tenaga dan menjalani rutin macam biasa. Sepanjang seminggu ni aku bersedia nak bawa atok ke mana-mana, kalau sebelum-sebelum ni cuti aku diisi dengan kuliah, tugasan kuliah, kerja sekolah, tulis artikel dan manuskrip untuk buku termasuk keluar berjalan, tapi untuk cuti seminggu ni tidak lagi. Tapi, dah atok asyik terbaring, apa aku nak buat. Kata Pok Long, paksa aja atok bangun, tarik atok masuk kereta kemudian jalanlah pusing kampung. Alahai Pok Long, nak ajak makan pun kene diajak berkali-kali dan dipimpin, apatahlagi nak berjalan keluar. Tapi tak apa, idea tu nanti aku usul pada yang lain-lain. Esok dah mula bertugas seperti biasa. Bukan aku je, semuanya menjalani rutin dan tugas seperti sedia kala, berkerja dan berkuliah. Jadi, atok macam mana? 

Apapun macam biasa, atok bukan seorang, kerabatnya ramai, yang tinggal serumah, yang sebelah-sebelah rumah. Insya-Allah boleh jadi penghibur atok. Tapi, itulah. Kerana komitmen kerja, kuliah dan keluarga masing-masing, kadang-kadang bimbang juga kami terlupa kat atok. Tapi mujurlah ramai anak cucu atok bersekitarnya sahaja. Pada yang jauh aku sangat-sangatlah mengharapkan balik menjenguk atok. Atok ni sebenarnya, rindu pada yang jarang dijumpanya. Kalau berjauhan, telefon kan ada, atok tu pun, siap ada handfon sendiri. Bangga aku, atok aku ni ada handfon sendiri tu, persis orang muda gayanya. Kalau kerabat-kerabat aku nak bertanya pasal atok, patut aku usulkan telefon sendiri atok. Mana tahu, sekali dengar suara mereka, atok terus dapat power! Insya-Allah. Kalau mati akal tak tahu nak borak apa, sekadar tanya khabar, makan minum, sakit pening dan sewaktu dengannya. Setakat ni aku tabik kat Syidah, ada sekali dia telefon atok, aku tengok atok macam happy je. Bukanlah sebab itu cucu kesayangan dan sebagainya, tetapi lebih kepada nak dengar suara orang yang jarang dia jumpa. Kalau aku ni, tak payah pandang muka, bercakap dengan aku pun matanya dipejamkan. Atok..atok..

Pada penilaian aku, Pok Long dan Uda adalah individu yang atok nak bersama. Mungkin kalau boleh kesemua anaknya berada di hadapan mata. Kalangan cucu-cucunya, pastinya si Kemal yang aku tak boleh nak sanggah kemanjaan atok kepadanya diikuti Kak Miza, Azam, Nadiah dan tentunya Amin serta selainnya adalah Ilmi yang walaupun dekat, tapi dah duduk asrama. Siap atok cakap dengan dia, 'jangan tingggalkan atok'. Situasi ni membuatkan Si Ilmi mula berbelah bahagi. Sudahlah dia ni 3 minggu di sekolah tahfiz tu, dia dah rasa kurang seronok. Ditambah lagi dengan pesan si atok tu membuatkan dia nampak peluang cerah untuk keluar asrama. Tapi, kalau nak kena marah dengan bapaknya, buatlah perangai. Ingat senang ke nak masuk sekolah macam tu. Apapun, ia hanyalah pada penilaian mata aku. Kami cucu-cucunya yang lain tidak seharusnya merasa dibeza-bezakan. Sebenarnya atok sayang semua. Contoh mudah, masa mak abah kami semua pergi haji, atok dan wan jugalah yang menjaga kami semua sampai sanggup menetap di rumah masing-masing sebab kami semua sekolah. Kecuali akulah, masa tu memang aku sorang je yang sudah bersekolah, Si Amin dan yang lain-lain tak bersekolah lagi. 

Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, stabilkanlah kesihatan atok, kembalikan semangatnya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, permudahkanlah urusan atok, tidak lupa juga eratkan persefahaman sesama anak cucu cicit atok, berikanlah kami kelapangan untuk berada di sisi atok serta cucuri rahmat ke atas wan di sana. Amiin...