Sunday, February 9, 2014

Wan Masuk Wad

25 Januari, sabtu pagi wan dibawa check up ke hospital putrajaya gara2 lemah badan kerana x mahu makan beberapa hari sebelumnya. Di wad emergency, badan wan dimasukkan air langsung terus ke wad biasa dalam pemerhatian doktor. Masa tu nak kata wan tak sedar, wan sebenarnya sedar juga tapi asyik lupa yang wan sebenarnya di hospital. Bila dapat tahu wan masuk wad memang kami ramai2 bergegas la ke sana. Alhamdulillah, wan tak ada apa2 pun masa tu, tapi sebab tak mahu makan tu lah yang membuatkan badan masih lemah. So, start dari hari tu, apa wan minta nak makan, akan ada yanag carikan. Hatta ais krim mahu pun aiskrim soda, akan cuba diusahakan. Cendol dan rojak kesukaan wan pon ada. Kadang2 wan minta menu yang tak dapat dicari on de spot seperti nasi minyak atau rendang, bila dah bawa wan kata dia tak minta pon. Selalu juga wan order itu n ini seperti pau n nasi lemak, tapi bila dah ada depan mata wan makan sikit sesudu dua. Tak apa lah, asalkan makan. Tu pun puas yang datang ni pujuk makan. Lagi kelakar kawan2 sebilik wan yang sakit tu pon pujuk wan makan juga. 

Dari hari ke hari kesihatan wan makin okay. Wan mula makan lebih dari semalam dan semalam. Ujian darah saban kali dibuat. Akhirnya tiub air ke badan wan dicabutkan tanda wan dah stabil. Lagi2 mungkin sebab setiap masa ada yang berdamping dengan wan, tu yang wan rasa ceria. Sebab doktor pon sendiri pesan untuk wan kepada kami, beri wan makan n ceriakan wan. So, setiap malam ada lah yang tidur dengan wan. Aku buat penggiliran dari pesanan Uda untuk melibatkan semua cucu2 perempuan wan yang tidak bekerja dan belajar saat ini. Mujur semua memberi kerjasama dan rela hati. Ingatkan wan dah ok, rupa2nya wan kene lalui proses 'scan' dan 'scope' selain 'x-ray' untuk mengensahkan wan sihat. Tapi, dari pemeriksaan awal didapati ada something yang kecil dekat2 dengan hati wan. Jadi, kenelah duduk lagi sampai doktor dapat kesan. Dalam pada tu, tangan wan pula bernanah sebab lebam asik kene cucuk ambil darah. Kene la buat operation lagi. Allah. 

Dah selamat buat tu, sekarang memang dah makin ok lah tangan wan. Lege. wan makin ceria dari hari ke hari. Tapi semalam, wan mula lemah kerana demam. Mungkin sebab suhu ekon yang sejuk membuatkan suhu badan wan x menentu. Dan wan pon dah kurang cerianya. Puas juga kami yang datang ni mengajak wan berborak. Tapi wan tak berapa nak beri respon. Wan lebih suka nak tidur sebab nampak letih dan mengantuk. Dengan keadaan sekarang ni, kami semua mula tak keruan. Kami tak nak lah nak membuat andaian yang kurang baik. Hanya berharap wan dapat pulih semula dan ceria agar wan dapat keluar dari hospital secepatnya. Ya Allah... perkenankan harapan dan doa kami ini. Amin.

Yan orang pertama sampai pada malam pertama wan masuk wad.

Wan asyiklah bertanya dia kat mana. Walhal banyak kali da orang cakap wan kat hospital.

Wan kene paksa makan.

Wan kesejukan.

Tiap-tiap hari kami datang melawat.

Wan diberuskan gigi.

Macam-macam makanan wan minta orang bawa, tapi wan makan sikitlah sangat.

Wan mandi dan bersalin pakaian.

Fizikal wan sihat sangat sampai terpaksa angkat wan ramai-ramai.

Masa ni wan mula ceria.

Wan demam taoi kene makan juga.

Macam-macam wan minta.

Dr. Noor Hidayah, ada juga cucu wan yang jadi doktor perubatan.

Wan mula lemah sebab demam.


Ya Allah....

No comments:

Post a Comment